Tuesday 18 September 2018

HALUAN DAKWAH



Tuan tuan yang mulia,
Telah diucapkan oleh seorang alim bahawa;


"Pada zaman dahulu, Islam tidak pernah berlaku mana-mana konflik antara Iman, Ilmu Sains dan ilmu dunia. Tiada konflik. Ilmu pengetahuan dunia ini, ia hanya merupakan hasil sampingan dari salah satu tanda Kebesaran Allah. Kerana Allah SWT tidak hanya menciptakan dunia ini. Dunia ini, dunia fizikal ini, Asfala safilin, ia adalah yang rendah dari terendah. Allah SWT, saat ini sudah menciptakan banyak dunia dan alam semesta lain yang tak terhitung jumlahnya. Teori-teori yang telah dihasilkan dari berbagai penelitian Sains dan rekayasa, yang berkaitan dengan dunia ini, ia tidak boleh diaplikasikan pada dunia yang lain. Ia bahkan tidak boleh diaplikasikan pada planet-planet yang lain dan tentu sekali tidak pada Matahari. Jadi apakah kesimpulannya? Apakah kesudahannya?


Maka dalam merenungkan semua ini, umat manusia harus, pada setiap masa dan ketika, maklum bahawa dunia ini adalah yang rendah dari terendah, dan terdapat dunia yang lebih tinggi, lebih luas, lebih mendalam dan melebihi segala-galanya. Dunia yang dimaksudkan itu adalah Alam Malakut. Alam bagi kekuasaan Allah SWT, dan lebih daripada itu adalah alam dari kekuasaan Nabi (AS) yang juga telah turut diwujudkan. Melebihi segala-gala yang adalah kekuasaan dan kebesaran Allah SWT. Dengan memahami semua ini, manusia tidak akan pernah berkata, “Aku berfikir maka aku ada.” Dia tidak akan pernah berkata, “‘kerana aku berfikir dan aku mengetahui semua ini, maka aku wujud.” Tidak. Lebih banyak dia merenung pada bahagian dalaman tubuh manusia, dari pembentukan secara fizikal, hingga ke komponen-komponen yang terkandung di dalam sel-sel darah, lebih banyak dia meneliti dan mengkaji, lebih banyak lagi dia akan mengetahui bahawa terdapat alam demi alam demi alam yang tiada berujung. Dan dia akan berkata, “SubhanaAllah!”


Seorang mukmin sejati.......pada setiap detik dan waktu, dia akan berkata, “SubhanaAllah! Betapa hebatnya Tuhanku!” Pada setiap ciptaan yang dilihat, yang berada di luar dirinya sendiri, pemandangan alam semula jadi dengan langit membiru dihiasi awan-gemawan yang memutih, matahari yang berkemilau terang di lautan luas nan biru, gurun padang pasir yang terbentang sepanjang pandangan, pohonan dari pelbagai rona hijau, juga gunung-ganang yang berdiri teguh tanpa pasak, dan tak terhitung lagi keindahan alam ciptaan Allah SWT, semua ini akan membawa keinsafan dan kesedaran terhadap kebesaran Tuhan maha Agung, dan dia akan mengatakan, SubhanaAllah!


Segala Kemuliaan, segala Kebesaran hanya untuk Allah. Maka biasakan tuan-tuan agar kita bertanyakan "Siapakah diriku? Siapakah aku?" lalu saat itu, orang-orang beriman akan mula memahami serba sedikit dari doa Nabi Yunus (AS): “Tiada tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku telah termasuk dalam kalangan orang-orang yang berlaku zalim.”


Selalunya memuhasabah dan mengkoreksi diri. Semoga kita selamat daripada azab kubur. Saya doakan kita semua, khusus sahabat saya dirahmati dan diampuni oleh Allah Taala.




Akhukum Fillah,


Dr. Ahmad Kamal bin Ariffin.