Monday, 26 September 2011

13 How to Identify Your Best Learning Styles

 

13 How to Identify your Best Learning Styles

Key Point
To be more effective, determine your best learning styles.


Know Thyself.

I hear and I forget.
I see and I remember.
I do and I understand.

Old Chinese Proverb

People learn differently. Some prefer using pictures. Others like working in groups. How do you learn best? Here are the three major factors making up your learning style.
  1. The three senses - auditory, visual and kinesthetics
  2. The two reasoning types - deductive and inductive
  3. The two environments - intrapersonal and interpersonal
Check these factors as they apply to different subjects to discover your learning preferences.

The Three Senses

Auditory - listening
( ) - I prefer to follow verbal instructions rather than written ones.

( ) - I find it comfortable to add spoken numbers mentally.
Visual - seeing, reading and visualizing
( ) - I score high on tests that depend on reading comprehension.

( ) - I can read formulas and understand them.

( ) - I prefer maps to verbal directions when I am trying to find a place.
Kinesthetics - moving, touching, writing and doing.
( ) - When I write things down, it clarifies my thoughts.

( ) - I have to manipulate formulas in order to understand them.

( ) - I like to draw pictures.

( ) - I am good at using my hands. I enjoy lab classes.
The Two Reasoning Types

Deductive reasoning
( ) - I like to look at the big picture first, then get the details.

( ) - When learning a new game, I like to know all the rules before playing.

( ) - In an argument, I state my premises first, then draw conclusions.
Inductive reasoning
( ) - I like to see some examples when first learning a new subject, before developing an overview.

( ) - I prefer to learn the rules of a new game "as we go along".
The Two Learning Environments

Intrapersonal - working alone.
( ) - When solving word problems, I have to figure it out for myself.

( ) - Doing school work with a group often wastes a lot of time.
Interpersonal - working with others.
( ) - Before making a decision, I usually discuss it with my family or friends.

( ) - I like to do my homework with others.

What Are You Best At?

Ideally, we are good with each learning style. However, what we do best can depend on our mood, the subject matter, our friends and the teacher. Our goal is to monitor our learning effectiveness and to adjust our learning styles for maximum advantage.

Call us ; 012 6650387 / emmcresourcesmalaysia@yahoo.com

Wednesday, 21 September 2011

SYUKURI NIKMAT DAPAT BERSOLAT DI SELURUH PELUSUK MALAYSIA

Sahabat yang dimuliakan.

Saya kongsikan di sini pengalaman dapat solat dengan mudah di bumi Malaysia ini.
Benar Malaysia tanah Melayu, tanah tumpah darah. Maka menjadi tanggungjawab
anak Melayu untuk mempertahankan ketuanan dan kepimpinan nusa bangsa kita.

Saya bandingkan pengalaman ketika melawat negara luar, amat susah nak jumpa
surau dan masjid.

Apa lagi tempat yang lebih suci dan menarik, melainkan tempat kita bersolat.

Sahabat  yang dimuliakan. Banyakkanlah sedekah untuk kebaikan surau dan masjid
kita.  Datangilah surau dan masjid dengan khusyuk beribadat dan bersolat meskipun
sibuk kita mencari ilmu dan rezeki tidak terkata.

Amin. Takbir.

emmcresourcesmalaysia@yahoo.com / 0126650387

CONTOH TEKS UCAPAN MAJLIS PERKAHWINAN ANAKANDA

.

SESIAPA YANG TELAH BERHAJAT MENGGUNA TEKS UCAPAN INI SEBAGAI PANDUAN, BOLEHLAH BAYAR DAHULU KEPADA SAYA SEBAGAI TANDA PENGHARGAAN. NILAI BAYARAN IALAH RM10.00 SAHAJA.
BAYARAN BOLEH DI BUAT KEPADA AKAUN BANK BERIKUT;
MAYBANK : NO AKAUN 166010109002
TEKS UCAPAN
MAJLIS PERKAHWINAN ANAKANDA

disediakan oleh:
DR. AHMAD KAMAL BIN ARIFFIN
012 6650387


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam hormat dan penuh takzim saya tujukan kepada;
Yang Berbahagia Tan Sri – Tan Sri,Dato’-Dato’,Datin-Datin, Tuan-Tuan dan Puan-Puan sidang hadirin yang dikasihi dan dirahmati oleh Allah Subhanahu wa taala sekalian.
Terlebih dahulu kita berikan satu tepukan tanda tahniah dan syabas kepada pasangan pengantin yang bertuah hari ini, iaitu anak perempuan kami .......................... dan pasangan pilihan hatinya ........................... kerana berjaya menyulam ikatan kasih sayang dan hormat sehingga termeterainya ikatan perkahwinan yang suci ini.

PENDAHULUAN

1.   Saya  ingin memanjatkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah SWT sekali lagi, kerana dengan izin-Nya majlis perkahwinan anakanda kami  selamat dilaksanakan dengan meriahnya. Ianya berkat sokongan dan doa restu semua pihak, khususnya daripada ahli keluarga kedua-dua belah pihak pengantin lelaki dan perempuan, sanak saudara dan sahabat handai.


2.   Yang berbahagia Tan Sri-Tan Sri, Dato- Dato’, Datin-Datin, sidang hadirin yang dimuliakan;

Di malam hari terang senegeri
Memberi cahaya di tengah balai
Majlis indah ditambah seri
Untuk meraikan kedua mempelai

DOA  RESTU IBUBAPA KEPADA PASANGAN PENGANTIN

3.   Selaku ibubapa, kami mendoakan  kebahagiaan dan kerukunan keluarga yang berkekalan hingga ke akhir hayat kepada anakanda berdua. Bagi membina institusi keluarga yang bahagia sepertimana Pesanan Luqman Al Hakim (Pesuruh Allah yang namanya disebut dalam Al Quran)  kepada anaknya, katanya;

"Ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam di dalamnya. Bila engkau ingin selamat, layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama taqwa, isinya iman dan layarnya adalah tawakkal kepada Allah SWT".

Insya Allah, hidup kita akan berjaya dan bahagia di dunia dan akhirat, jika kita mengikut  jalan agama, jujur dan amanah dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai pasangan suami isteri yang diredhoi Allah Taala.

RASA SYUKUR  DAN GEMBIRA DIKURNIAKAN MENANTU  DAN BESAN YANG BAIK

4.   Kami juga ingin berkongsi perasaaan sangat gembira dan bersyukur di sini, kerana kehadiran menantu yang baik, bijaksana dan berperibadi  tinggi. Harapan kami, semoga dengan kehadiran ahli keluarga baharu ini, akan menambahkan lagi seri, kerukunan dan kebahagiaan kami seisi keluarga  kedua-dua belah pihak.

5.   Kami juga ingin berkongsi rasa sangat bersyukur  kehadrat tuhan, kerana mempunyai besan yang sedia berkongsi rasa, memahami antara satu sama lain dan saling kasih mengasihi, demi untuk kesejahteraan keluarga dan kebahagiaan anak-anak yang menjadi pelita hati kami selama ini.

PENGHARGAAN KEPADA SEMUA AHLI KELUARGA, SAHABAT DAN TETAMU

6.   Dikesempatan ini juga, saya ingin rakamkan ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua ahli keluarga dan krew pengelola majlis perkahwinan anak perempuan kami pada hari ini. Khususnya kepada saudara pengacara majlis, ustaz yang memimpin bacaan doa dan semua yang terlibat dalam slot persembahan dan keceriaan dalam pengendalian dewan acara perkahwinan kedua pasangan mempelai yang bertuah, pada hari ini. Segala penat lelah dan pengorbanan masa dan tenaga yang pihak saudara-saudari semua berikan, hanya Allah Taala sahaja yang layak membalasnya.

7.   Di sepanjang pelaksanaan majlis perkahwinan anak-anak kami yang amat bermakna dan bersejarah  ini, seandainya ada serba sedikit kekurangannya, maka kami rumuskan dalam bentuk ungkapan  klasik seperti berikut;

Kalau ada wajah yang tersalah pandang
Kalau ada nama yang tersalah sebut
Kalau ada gelar yang tersalah ucap
Kalau ada yang duduk di salah tempat

Kalau ada hidangan yang salah bekas
Kalau ada air mawar yang tersalah renjis
Kalau ada gelas tersalah letak
Kalau ada nasi tersalah tambah



Maka, kami ulit perkara itu dengan ungkapan;

Bunga sakura si bunga Jepun
Ditanam nyonya berpohon-pohon
Tersilap tersalah harap diampun
Terkasar bahasa maaf dipohon

PENUTUP

Tindih kasih jahitan baju,
Bila menjahit baju pendita,
Terima kasih kepada para tetamu
Mengimarahkan majlis sehingga berjaya.

Terangnya api di Tanjung Andas,
Nampak di laut kapal belayar,
Sayang dan kasih boleh dibalas,
Budi dan jasa tidak terbayar.

Sekian, terima kasih.



DI SEDIAKAN OLEH :  DR. AHMAD KAMAL BIN ARIFFIN












Friday, 16 September 2011

KEKAYAAN MENJADIKAN ANDA LEBIH KUAT DAN CEMERLANG


BARCELONA - Dua bintang baru Barcelona, Cesc Fabregas dan Alexis Sanchez meledakkan gol pada perlawanan pertama La Liga bagi membantu Barcelona meraih kemenangan besar ke atas Villarreal, 5-0 di Nou Camp, semalam.
Pemain yang baru dinobatkan sebagai pemain terbaik Eropah, Lionel Messi menjaringkan dua gol, manakala bintang Sepanyol Bawah 21 tahun, Thiago Alcantara menyumbangkan satu jaringan.
Kemenangan itu jelas memberikan tindak balas ke atas kemenangan besar seteru utama, Real Madrid yang membelasah Real Zaragoza 6-0 dengan Cristiano Ronaldo mencipta hatrik.
Di hadapan 75,000 penonton, jurulatih Barca, Pep Guardiola membuat kejutan menyimpan khidmat dua pemain utama skuad kebangsaan Sepanyol, Xavi dan David Villa di bangku simpanan dan menyenaraikan Fabregas beraksi dalam kesebelasan utama bersama Alcantara, Andres Iniesta dan Seydou Keita.
Dengan sejumlah besar ketiadaan pemain pertahanan termasuk Carles Puyol dan Gerard Pique serta penggantungan Daniel Alves, dia meletakkan Sergio Busquets serta Javie Mascherano dan Eric Abidal sebagai tiga pemain pertahanan tengah.
Selepas menguasai sebahagian besar perlawanan, Barca berada di hadapan pada minit ke-25 melalui gerakan bijak Alcantara yang merobek kubu Villarreal dengan melakukan rembatan rendah di penjuru gawang menewaskan Diego Lopez.
Bekas kapten Arsenal, Fabregas yang akhirnya kembali ke kelab lamanya pada bulan ini selepas lapan tahun berhijrah ke Arsenal, menjadikan kedudukan 2-0 selepas menerima hantaran Messi, menggelecek Lopez dan menolak ke dalam gawang yang kosong.
Dia yang sebelum ini menjaringkan gol pada perlawanan Super Eropah hasil gandingan menarik dengan Messi ketika mengatasi Porto 2-0 pada Jumaat lalu dan kombinasi mereka berdua dilihat cukup menjadi selepas dua perlawanan.
''Cesc tahu rakan sepasukannya dengan baik. Dia mempunyai personaliti yang kuat dan dia pernah menjadi kapten kepada pasukan yang ternama, " kata Guardiola.
Sanchez, yang merupakan satu lagi muka baru di Barca selepas berpindah dari Udinese, meletakkan Barca semakin selesa sebaik sahaja dua minit separuh masa kedua bermula. Dua lagi gol disumbangkan oleh Messi pada minit ke-52 dan 75.
Kekalahan besar Villarreal dan persembahan tidak menyakinkan Valencia pada Sabtu lalu, dua lagi pasukan dalam Liga Juara-Juara memberikan kesimpulan awal bahawa perebutan takhta liga mungkin antara Barca dengan Real pada musim ini.
Jurulatih Villarreal, Juan Carlos Garrido berkata, pada sidang media bahawa penguasaan mutlak Barca dan Real adalah kerana kedua-dua kelab itu jauh terlalu kaya jika dibandingkan pesaing La Liga yang lain.
Bajet tahunan Barca adalah sebanyak 430 juta euro (RM1.85 bilion) pada musim lalu dan jurangnya terlalu besar dengan Villarreal iaitu 70 juta euro sahaja (RM302 juta).
''Hari ini kami tidak berada di tahap terbaik di samping hakikat pasukan yang kita tentang ternyata lebih baik. Apa yang kami lakukan adalah mengucapkan tahniah kepada lawan dan mengakui bahawa mereka cukup kuat.
''Fakta yang paling mudah ialah pasukan lawan boleh letakkan Xavi dan Villa di bangku simpanan, itu sudah menggambarkan sejauh mana kekuatan mereka, " kata Garrido. - Reuters

Wednesday, 14 September 2011

MOTIVASI MENCARI ILMU




DEFINISI ILMU
ü  Sesuatu fakta atau maklumat
ü  Membawa manusia kepada kebenaran

KEMAHIRAN DIRI DAN TAHAP MINDA
          Kemahiran Diri                                   Tahap Minda
a) Melihat                                                        Minda Dungu (Gelap)
b) Memerhati                                                   Minda Bodoh (Sedar/Insaf)
c) Memahami                                                  Minda Tahu (Pengetahuan)
d) Berfikir                                                       Minda Pandai (Beringat)
e) Mengambil Pelajaran                                   Minda Bijak (Menyesuai)
f) Beriman / Yakin                                          Minda Cerdik (Inovatif)
g) Beribadah/ Melaksanakan Tugas                Minda Pintar (Gigih)
h)Bersyukur/ Redha (Tabah)                           Minda Haniff (Tabah)

DASAR PELAJARAN

ü  Memenuhi keperluan negara (kebudayaan, sosial, ekonomi dan politik)

ü  Mengikut kemahuan ibubapa

ü  Bahasa Kebangsaan sebagai pengantar


PUSAT PENGAJIAN

ü  Umpama kilang memproses output mengikut keperluan negara & masyarakat

ü  Tempat menyemai segala nilai yang terkandung dalam DPN dan Wawasan 2020

ü  Pusat pemerosesan dan pembangunan manusia

PELAJAR

ü  Bahan Mentah yang diproses (dibungkus dan dirempahi dengan nilai)

ü  Permata yang dicanai, digilap dan dijelmakan dengan nilai sejagat

ü  Pencari ilmu (bukan disuapkan dengan ilmu)

NEGARA MAJU

Mempunyai masyarakat yang:

ü  confident  

ü  infused by strong moral and ethical values

ü  democratic

ü  tolerant

ü  economically just and equitable

ü  progressive and prosperous

ü  competittive, dynamic, robust and resilient

DASAR PENDIDIKAN  NEGARA

Membentuk Insan:

ü  Berilmu dan Berakhlak

ü  Seimbang dan harmoni

ü  Boleh capai kesejahteraan diri

ü  Beri sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran negara

PERANAN PELAJAR

ü  Think Globally and act locally

ü  fleksibel, berketrampilan dan multi kemahiran

ü  New World Order

ü  Negara Maju Acuan Sendiri

ü  Masyarakat berilmu berasaskan sains dan teknologi serta teknologi maklumat

ü  Bermaruah, berdaya tahan dan daya saing tinggi berasaskan etika dan moral

TRANSFORMASI MALAYSIA

ü  Resource based

ü  value added economy

ü  Ekonomi berlandas ekonomi tinggi


SELEPAS SPM ?

ü  A Level (persediaan keluar negara)

ü  Peringkat Ijazah ( UiTM,UTM, UTTHO, UM,)

ü  Matrikulasi (BMKPM , UIA)

ü  Diploma

ü  Tkn 6 (STPM)

ü  Maahad Tahfiz

ü  Kursus Peringkat Persijilan

ü  Kerja

MATRIKULASI ?

ü  BUMIPUTERA

ü  Lulus SPM/SPMV

ü  Kepujian Bahasa Melayu

ü  Lulus Bahasa Inggeris

ü  Kepujian Matematik

§   +

ü  M.Tambahan/Fizik/Kimia atau P.Akaun/ E.Asas/ Perdagangan

KEMANA SELEPAS  MATRIKULASI ?

      PURATA NILAI GRED KUMULATIF

   > 3.0      : TAJAAN JPA LUAR NEGARA

   > 2.00    : LAYAK MASUK IPTA/IPTS

   < 2.00    : GAGAL MATRIKULASI

SEBELUM IPTA...

SUDAHKAH ANDA:

ü  Uji Personaliti?

ü  Uji Minat Kerjaya?

ü  Uji Nilai Diri?

ü  Ukur Pencapaian Diri?

TAJAAN JPA LUAR NEGARA

ü  UNIVERSITI UNITED KINGDOM

ü  UNIVERSITI USA

ü  PROGRAM KHAS  JEPUN

ü  PROGRAM KHAS PERANCIS

ü  PROGRAM AKADEMI JEPUN

ü  PROGRAM TEKNIKAL JEPUN

ü  PROGRAM TEKNIKAL KOREA

ü  PROGRAM KHAS TIMUR TENGAH

MATRIKULASI SAINS FIZIKAL...

Ciri

ü  Elak kerja sosial

ü  Kekuatan fizikal

ü  kebolehan mekanikal

ü  Wang, kuasa, status

ü  Maskulin

Sifat

ü  Pemalu

ü  Suka ikut Perintah

ü  Berterus terang

ü  Materialistik

ü  praktikal

ü  Natural

ü  Jujur

ü  Tekun

Program Sains Fizikal

ü  Kejuruteraan

ü  Sains Komputer

ü  Teknologi Maklumat

ü  Ukur Bangunan

ü  Ukur Tanah

ü  Teknologi Industri

ü  Teknologi Kayu

ü  Teknologi Kertas

ü  Teknologi Kawalan Mutu

ü  Komputeran Industri

ü  Sains Sukan

ü  Remote Sensing

ü  Teknologi Percetakan

ü  Teknolgi Perabot

ü  Penerbangan

7 CABARAN KERJAYA TAHUN 2020

1. Cabaran Kemampuan Mendengar & Memahami

    Perlukan Penumpuan & Keazaman yang kuat

2. Cabaran Kemampuan Bercakap/ bentuk ayat

    Kekurangan perbendaharaa kata

    Lembab dan tidak yakin

    Kesilapan dalam pembinaan ayat

3. Cabaran Kemampuan Membaca & Menulis

    Membaca secara normal

    Membaca secara laju

    Membaca secara  mendalam

4. Cabaran Kemampuan Sistem Komunikasi Berkesan

    Paksi Komunikasi

5. Cabaran Kemampuan Matematik

    Teknologi Maklumat

    Komputer (Penganalisaan)

    Teknik Kawalan Mutu

    Proses Statistik

6. Cabaran Penglibatan Aktiviti Profesional

    Kerjaya masa depan memerlukan inter relationship yang berkaitan dengan aktiviti profesional

7. Cabaran Penglibatan Aktiviti Sosial

    aktif


MANUSIA  BERKUALITI

ü  Pantas dalam pemerhatian

ü  Tenang dalam tindakan

ü  Berkeupayaan

ü  Waras

ü  Bertindak cepat dan tepat

PERLAKUAN YANG MEROSAKKAN IMEJ DIRI

ü  Cemburu

ü  merasa bersalah

ü  sukar beri pujian

ü  tidak menerima penghargaan

ü  sukar meluahkan rasa hati

ü  tidak mesra dengan orang lain

ü  suka mengkritik orang lain

ü  kesihatan selalu terganggu

AMALAN YANG SIHAT

ü  Hargai setiap sanjungan dengan senyuman dan ucapan terima kasih

ü  Berusaha menghargai dan memberi pujian

ü  Selalu memperkatakan yang baik-baik tentang diri

ü  Sayangi dan hargai diri sendiri

ü  Bergaul dengan orang yang baik-baik

ü  Tambah ilmu (idea dan inspirasi)

HALANGAN KECEMERLANGAN

ü  Sikap Malas

ü  Sikap Bertangguh

ü  Sikap Berpura-pura

ü  Sifat mementingkan diri sendiri

ü  Hidup Tanpa Tujuan

BAGAIMANA MENGUBAH CORAK PEMIKIRAN?

ü  Tetapkan Fikiran

ü  Perancangan (jangka pendek dan panjang)

ü  Azam yang kuat

ü  Percaya pada diri sendiri

TANDA-TANDA KECEMERLANGAN MULA BERJAYA

ü  Kesihatan Bertambah Baik

ü  Pemikiran Sentiasa Cergas

ü  Rasa Bahagia Meningkat

ü  Anda Menjadi Semakin Teratur

ü  Menyukai Peribadi Diri dan Orang Lain

ü  Anda Berasa Menjadi Lebih Menarik

10 PETUA MENINGKATKAN KECEMERLANGAN

ü  Berusaha Mencari Ilmu

ü  Bersedia Terima Kebenaran Tentang Diri

ü  Pikul Tanggungjawab (kejayaan/kegagalan)

ü  Hadapi Masalah dan Cuba Selesaikan

ü  Tolak Jalan Mudah / Singkat

ü  Ketepikan sentimen yang remeh

ü  Berterus terang

ü  Berbuat Baik Tanpa Fikir Balasan

ü  Yakin


INGATLAH !

ü  Cara Manusia Bertindak Bergantung pada Sikapnya

ü  Cara Dia Bersikap Bergantung pada Kesimpulan yang dibuatnya

ü  Cara Dia Membuat Kesimpulan Bergantung pada Cara Dia Berfikir

ü  Cara Dia Berfikir Bergantung pada Pengetahuan dan Pengalamannya


KATA-KATA MOTIVASI

ü  Life is not what we found but what we create

ü  No Pain , No Gain

ü  Kejayaan itu ada dimana-mana terutama disebalik kegagalan

ü  When work is pleasure, life is joy ; When work is a duty, life is slavery

CIRI MANUSIA BERMOTIVASI

ü  Suka kerja berkaitan pencapaian

ü  Suka ambil risiko yang sederhana

ü  Suka kerja yang ada tanggungjawab

ü  Suka feedback tentang pencapaiannya

ü  Pentingkan masa depan

ü  Tabah menempuh kegagalan

BAGAIMANA CARA MENINGKATKAN MOTIVASI?

ü  Tetapkan Matlamat Khusus

ü  Matlamat yang ditetapkan biar mencabar tapi boleh diterima

ü  Terima maklumbalas prestasi

WE ARE THREE THING

ü  Anggapan kita terhadap diri sendiri

ü  Diri kita di kaca mata orang lain

ü  Diri kita sebenar

3 JENIS MANUSIA

ü  Mereka yang menjadikan sesuatu berlaku

ü  Mereka yang melihat sahaja sesuatu berlaku

ü  Mereka yang tertanya-tanya apa yang berlaku

    Alvin Tofler