Tuesday 20 June 2017

BIARLAH DIRIMU MENJADI OBOR HEMAH


Tugas orang dewasa menjadi contoh teladan.
Bahawa jangan biarkan orang barat terus tangkas bijak zalim menindas orang timur.
Orang timur perlu bersatu, taati pemimpin dan kukuhkan hubungan dengan tuhan.
Jika tersilap, lalai dan malas gerak tindak orang dewasa, maka akan meranalah nasib kanak-kanak bangsa kita pada masa depan.

Iman dan ilmu tidak boleh dijual beli.
Ia hanya singgah tersimpan dalam hati insan yang;

1. Gigih belajar
2. Taati ibubapa dan guru
3. Fokus diri tinggi
4. Disiplin tinggi
5. Tabah hadapi cabaran

Harta dan duit pasti habis setelah diguna. Sebaliknya iman dan ilmu semakin menebal pabila diguna.

Akhikum Fillah;

Dr. Ahmad Kamal bin Ariffin.

KEHIDUPAN


Tuhan mewarna warnikan hidup manusia bertujuan;

1. Menguji siapa paling beriman
2. Melihat siapa paling tenang
3. Mengukur siapa paling pemurah
4. Menambah pengetahuan baharu
5. Memberi pengajaran dan pengalaman


Moga sukses dan jangan paksa orang suka kamu.
Akhikum Fillah;

Dr. Ahmad Kamal bin Ariffin.

SAYA TERIMA HADIAH DARIPADA DUTA BESAR MALAYSIA


Alhamdulillah.

Semalam, 20 Jun 2017, pagi ini, jam 9.00 pagi, saya menerima hadiah daripada seorang Duta Besar Malaysia di KLN.

Dia bagi sebagai tanda terima kasih dalam membantunya mengimarah aktiviti pembangunan insan di jabatannya.

Saya sedar ia hakikatnya adalah anugerah dari Allah jua. Syukur, Alhamdulillah.

Akhikum Fillah,
Dr. Ahmad Kamal bin Ariffin.

DATUK SERI HUSNI HANADZLAH


Saya nak ucapkan jutaan terima kasih, ucapan hormat penuh kasih dan rasa bangga yang teramat di atas sikap;

1. Sentiasa menziarahi kehidupan rakyat setempat
2. Prihatin dengan nasib masyarakat miskin
3. Rendah diri dan sabar mendengar rakyat mengadu
4. Tidak pilih kasih dalam menolong rakyat pelbagai kaum, agama dan kepercayaan
5. Memuliakan kanak kanak dan orang tua


Khusus buat YB Datuk Seri Husni Hanadzlah.

Sikap beliau ini menjadikan saya rasa selamat, bersyukur dan terpimpin.
Terima kasih kehadrat Allah jua kerana mewujudkan hamba yang sepertinya.

Ia selari dengan kata bidalan Melayu
"Kepimpinan melalui teladan".

Alhamdulillah.

Akhikum Fillah;

Dr. Ahmad Kamal bin Ariffin.

SIKAP MULIA


Hidup kita didunia ini hakikatnya sangat singkat.
Umumnya, menurut Nabi Muhammad Saw, umur ummat manusia kini sekitar 60 tahun sahaja. Sampai ajal, matilah ia.

Andai umur mereka lebih sikit, umumnya mereka sudah lemah, kudrat menipis, banyak yang semakin nipis, tipis dan sadis.
Jika awak lihat, manusia berumur lebih 60 tahun, namun lidah, mata, fikiran dan kaki tangan mereka masih dan semakin ghairah mencari;

1. Hiburan
2. Perempuan
3. Harta
4. Kuasa
5. Populariti

Maka pada tuhan, itulah tanda mereka;

1. Terpedaya
2. Iq lemah
3. Eq lemah
4. Gelojoh
5. Jiwa kosong

Maka, kita golongan muda yang empati, berfikiran klasik dan berminda futuristik, wajib menolong kalangan orang tua yang sedemikian dengan cara;

1. Hadiahi mereka al Quran dan kitab Fadhilat Amal karangan Maulana Muhammad Zakaria.
2. Sentiasa doakan mereka agar dikurnia taufik hidayah.
3. Muliakan mereka. Umumnya, orang tua hatinya mudah tersentuh jika dimuliakan.
4. Bawa mereka menuju persekitaran ibadah.
5. Terus berbual kebaikan kepada mereka. Penuhi keperluan kebajikan mereka.

Konklusinya, layanilah semua orang khususnya orang tua dengan baik. Jangan hina dan label personaliti orang tua yang lemah. Ingatlah, balasan Allah dalam kubur lagi sangatlah menakutkan. Justeru, jika pandangan kamu terhadap orang lain sentiasa positif, kasih dan empati, maka insya Allah, kamulah agen kepada pembinaan persekitaran hidup yang mahmudah dan takwa.

Haraplah selagi bernafas
Even the Moron have a dream.

Akhikum Fillah,
Dr. Ahmad Kamal bin Ariffin.