.
SESIAPA YANG TELAH BERHAJAT MENGGUNA TEKS UCAPAN INI SEBAGAI PANDUAN, BOLEHLAH BAYAR DAHULU KEPADA SAYA SEBAGAI TANDA PENGHARGAAN. NILAI BAYARAN IALAH RM10.00 SAHAJA.
BAYARAN BOLEH DI BUAT KEPADA AKAUN BANK BERIKUT;
MAYBANK : NO AKAUN 166010109002
TEKS UCAPAN
MAJLIS PERKAHWINAN ANAKANDA
disediakan oleh:
DR. AHMAD KAMAL BIN ARIFFIN
012 6650387
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam hormat dan penuh takzim saya tujukan kepada;
Yang Berbahagia Tan Sri – Tan Sri,Dato’-Dato’,Datin-Datin, Tuan-Tuan dan Puan-Puan sidang hadirin yang dikasihi dan dirahmati oleh Allah Subhanahu wa taala sekalian.
Terlebih dahulu kita berikan satu tepukan tanda tahniah dan syabas kepada pasangan pengantin yang bertuah hari ini, iaitu anak perempuan kami .......................... dan pasangan pilihan hatinya ........................... kerana berjaya menyulam ikatan kasih sayang dan hormat sehingga termeterainya ikatan perkahwinan yang suci ini.
1. Saya ingin memanjatkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah SWT sekali lagi, kerana dengan izin-Nya majlis perkahwinan anakanda kami selamat dilaksanakan dengan meriahnya. Ianya berkat sokongan dan doa restu semua pihak, khususnya daripada ahli keluarga kedua-dua belah pihak pengantin lelaki dan perempuan, sanak saudara dan sahabat handai.
2. Yang berbahagia Tan Sri-Tan Sri, Dato- Dato’, Datin-Datin, sidang hadirin yang dimuliakan;
Di malam hari terang senegeri
Memberi cahaya di tengah balai
Majlis indah ditambah seri
Untuk meraikan kedua mempelai
DOA RESTU IBUBAPA KEPADA PASANGAN PENGANTIN
3. Selaku ibubapa, kami mendoakan kebahagiaan dan kerukunan keluarga yang berkekalan hingga ke akhir hayat kepada anakanda berdua. Bagi membina institusi keluarga yang bahagia sepertimana Pesanan Luqman Al Hakim (Pesuruh Allah yang namanya disebut dalam Al Quran) kepada anaknya, katanya;
"Ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam di dalamnya. Bila engkau ingin selamat, layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama taqwa, isinya iman dan layarnya adalah tawakkal kepada Allah SWT".
Insya Allah, hidup kita akan berjaya dan bahagia di dunia dan akhirat, jika kita mengikut jalan agama, jujur dan amanah dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai pasangan suami isteri yang diredhoi Allah Taala.
RASA SYUKUR DAN GEMBIRA DIKURNIAKAN MENANTU DAN BESAN YANG BAIK
4. Kami juga ingin berkongsi perasaaan sangat gembira dan bersyukur di sini, kerana kehadiran menantu yang baik, bijaksana dan berperibadi tinggi. Harapan kami, semoga dengan kehadiran ahli keluarga baharu ini, akan menambahkan lagi seri, kerukunan dan kebahagiaan kami seisi keluarga kedua-dua belah pihak.
5. Kami juga ingin berkongsi rasa sangat bersyukur kehadrat tuhan, kerana mempunyai besan yang sedia berkongsi rasa, memahami antara satu sama lain dan saling kasih mengasihi, demi untuk kesejahteraan keluarga dan kebahagiaan anak-anak yang menjadi pelita hati kami selama ini.
PENGHARGAAN KEPADA SEMUA AHLI KELUARGA, SAHABAT DAN TETAMU
6. Dikesempatan ini juga, saya ingin rakamkan ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua ahli keluarga dan krew pengelola majlis perkahwinan anak perempuan kami pada hari ini. Khususnya kepada saudara pengacara majlis, ustaz yang memimpin bacaan doa dan semua yang terlibat dalam slot persembahan dan keceriaan dalam pengendalian dewan acara perkahwinan kedua pasangan mempelai yang bertuah, pada hari ini. Segala penat lelah dan pengorbanan masa dan tenaga yang pihak saudara-saudari semua berikan, hanya Allah Taala sahaja yang layak membalasnya.
7. Di sepanjang pelaksanaan majlis perkahwinan anak-anak kami yang amat bermakna dan bersejarah ini, seandainya ada serba sedikit kekurangannya, maka kami rumuskan dalam bentuk ungkapan klasik seperti berikut;
Kalau ada wajah yang tersalah pandang
Kalau ada nama yang tersalah sebut
Kalau ada gelar yang tersalah ucap
Kalau ada yang duduk di salah tempat
Kalau ada hidangan yang salah bekas
Kalau ada air mawar yang tersalah renjis
Kalau ada gelas tersalah letak
Kalau ada nasi tersalah tambah
Maka, kami ulit perkara itu dengan ungkapan;
Bunga sakura si bunga Jepun
Ditanam nyonya berpohon-pohon
Tersilap tersalah harap diampun
Terkasar bahasa maaf dipohon
Tindih kasih jahitan baju,
Bila menjahit baju pendita,
Terima kasih kepada para tetamu
Mengimarahkan majlis sehingga berjaya.
Terangnya api di Tanjung Andas,
Nampak di laut kapal belayar,
Sayang dan kasih boleh dibalas,
Budi dan jasa tidak terbayar.
Sekian, terima kasih.
DI SEDIAKAN OLEH : DR. AHMAD KAMAL BIN ARIFFIN