Oleh : Dr. Ahmad Kamal
bin Ariffin, 012 6650387
Malaysia
PENDAHULUAN
Pada suatu hari, Nabi Muhammad SAW menyatakan
kepada sahabatnya Muaz bin Jabal bahawa di dunia ini, terdapat tiga anugerah
daripada Allah buat hambanya yang bertakwa. Pertama berupa anugerah pasangan
hidup yang baik. Kedua orang yang baik. Dan ketiga kenderaan yang baik.
DILEMA SIKAP MANUSIA
Ada dalam kalangan warga kita merasa tidak
selesa dengan orang lain. Mereka diuji dengan miliki orang yang tidak menepati
piawai untuk menjadi orang yang baik. Misalnya suka memfitnah dan dengki dengan
kelebihan yang kita ada. Ia lebih diburukkan lagi jika ia memberi kesan kepada
keharmonian keluarga kita. Ia boleh menimbulkan rasa marah, benci dan tidak
aman. Ia juga boleh memberi kesan kepada kerukunan institusi sesebuah keluarga.
Hakikatnya manusia lebih mengenali akal budi /
peribadi ahli keluarga, adik beradik dan anak-anaknya sendiri. Jelasnya, anak
adalah zuriat, harta dan amanah Allah. Anak adalah faktor yang boleh menjadikan
ibubapa bahagia dan selamat hidup di dunia dan akhirat. Anak yang soleh, doanya makbul dan boleh
menyelamatkan ibubapanya di dalam alam barzakh. Anak yang soleh juga, akan
menjadi penghibur hati setiap ibubapa ketika di dunia lagi. Misalnya cemerlang
dalam sahsiah, kurikulum dan kokurikulum. Kecemerlangan anak-anak ketika di sekolah
memberi impak positif kepada motivasi keibubapaan dalam kalangan ibubapa.
Begitulah juga adanya pasangan hidup, adik
beradik, sahabat dan jiran yang mempunyai akhlak mulia. Mereka akan menjadi
sumber inspirasi hidup yang membahagiakan ahli keluarga dan sesiapa sahaja yang
hidup dengannya. Sabda Nabi Saw
maksudnya “Sebaik-baik manusia ialah
mereka yang paling baik akhlaknya” – HR At Tabrani. Sembari itu, ada
kata-kata pujangga Inggeris yang menyatakan seperti berikut “ Don’t live your
life with hate in your heart. You’ll only be hurting yourself more than people
you hate”.
MUHASABAH DIRI
Justeru, kita mesti tenang dan tabah dalam
hadapi pelbagai rintangan hidup. Sebenarnya, setiap cabaran dan rintangan hidup
ini, semua daripada Allah. Allah bagi
ujian untuk kebaikan kita sebenarnya,
Cuba kita banyakkan muhasabah diri. Cuba
kita koreksi diri untuk mengenalpasti punca setiap kejayaan dan kegagalan yang
pernah kita alami. Kelak kita pasti merasa syukur tak terkata, betapa sebenarnya
nikmat kebaikan yang telah Allah kurniakan kepada kita begitu besar. Kita pasti
tidak mampu membalas segala jasa daripada Allah kepada kita. Firman Allah, maksudnya “Dan (Dia) menyempurnakan untukmu
nikmat-Nya lahir dan batin” (Luqman: 20).
Berkata seorang Sufi bernama Muqatil, “Adapun (nikmat) yang lahir (nampak) adalah Islam, sedangkan yang batin adalah ditutupnya kemaksiatan yang dilakukan kalian.”
Kes kaunseling yang saya kendalikan banyak
menyentuh isu kalangan ibubapa yang tidak mempercayai anak kandungnya sendiri.
Jika kita sedang alami masalah sebegini, maka kita mesti semak dan nilai semula
mengapa ibubapa kita tidak mempercayai kita? Tentu ada asas dan sebabnya. Adakah
sebelum ini kita pernah melakukan sesuatu maksiat atau kemungkaran yang
menjadikan ibubapa kita murka dan kecewa. Lalu apabila ada kalangan orang kita
mengadu kepada ibubapa kita tentang sesuatu perlakuan kita yang negatif, maka adakah
kita berhak merasa benci, marah dan tak puas hati? Jika sebegitu yang kita
alami, apakah reaksi kita yang terbaik?
Di dalam ilmu kaunseling, ada disebut istilah
mekanisme bela diri. Ada bukti dan kes kaunseling yang menunjukkan bahawa
komunikasi perorangan dalam kalangan ahli masyarakat kita telah menunjukkan
bahawa terdapat dalam kalangan manusia yang
“rasa tidak bersalah meskipun
mereka telah membuat salah. Mereka berlakon seolah-olah mereka benar, baik dan
bijak. Walhal kalangan orang dewasa yang
memerhatikannya sedar akan keburukan peribadinya. Justeru, aduan dibuat dengan
objektif untuk mencegah keburukan sikap
negatif tersebut berpanjangan”. Terpulanglah kepada pihak berwajib untuk
menanganinya.
STRATEGI MENGATASI
MASALAH FITNAH
Namun, jika sebaliknya, maka saya berikan strategi berikut bagi menyelesaikan
konflik ini;
1.
Kita perlu membuat aduan
kepada pihak yang berkepentingan. Bercakaplah dengan baik dan jelaskan dengan hujah yang konkrit /
berfakta bahawa kita adalah mangsa orang yang mulutnya jahat.
2.
Kita wajib buktikan yang
diri tidak bersalah. Seterusnya
tunjukkan bukti bahawa orang itu berniat jahat dan ingin merosakkan keharmonian
hidup orang lain.
3.
Kita boleh guna perkataan seperti berikut;
“Saya mengaku
saya bukanlah insan yang sempurna. Namun saya berhak bercakap benar. Saya tidak
lakukan perbuatan seperti yang dinyatakan olehnya. Saya tahu dosa yang besar
jika membohongi ibubapa atau ahli keluarga saya sendiri”.
4.
Boleh tunjukkan pernyataan positif berupa ingatan daripada Allah Taala tentang
hukum orang yang memfitnah dan orang yang tidak memeriksa terlebih dahulu
sesuatu berita yang tidak jelas akan kebenarannya daripada seseorang yang lain;
Allah
berfirman, maksudnya:-
“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu”. [Al Hujurat : 6].
KESIMPULAN
Marilah kita
menilai pernyataan berikut. Tujuannya adalah untuk memuhasabah diri sendiri
supaya boleh membina institusi diri dan keluarga yang aman damai, berkasih
sayang dan mempercayai antara satu sama lain. Pernyataan tersebut berbunyi;
“Wahai para penyebar berita palsu (fitnah)! Wahai para pendusta! Hai orang yang
tidak senang melihat orang mukmin saling berbaik baik sehingga dipisahkan! Hai
orang yang tidak suka melihat kaum mukmin aman! Hai para pencari aib orang yang
baik! Tahanlah lidahmu, kerana sesungguhnya kamu akan diminta
pertanggungjawaban kata-kata yang engkau ucapkan. Allah telah berfirman
maksudnya;
“Tiada suatu ucapanpun yang diucapkan, melainkan
ada padanya Malaikat pengawas yang selalu hadir”. [Qaf : 18].
Tahanlah
lidahmu! Jauhilah perbuatan bohong dan janganlah menyebar fitnah! Janganlah
menuduh kaum muslimin tanpa bukti, dan janganlah berburuk sangka kepada mereka!
Seakan-akan aku dengan engkau, wahai saudaraku, berada pada hari kiamat; hari
kerugian dan hari penyesalan. Sementara para seterumu merebutmu. Yang ini
mengatakan “Engkau telah menzalimiku”, yang lain mengatakan “Engkau telah
menfitnahku”, yang lain lagi mengatakan, “Engkau telah mengaibkanku”. Sementara
engkau tidak mampu menghadapi mereka. Engkau mengharap kepada Rabb-mu agar
menyelamatkanmu dari mereka, namun tiba-tiba engkau mendengar. Semoga Allah
memberi taufik dan hidayah kepada kita semua. Sesungguhnya dengan hati,
perasaan dan daya fikiran yang baik dan positif, insya Allah kehidupan manusia akan bebas daripada
penyakit jiwa dan kedukaan yang berpanjangan.
Amin.