Sunday 6 May 2012

KELAS RANCANGAN KHAS DAN KELAS ALIRAN AGAMA DI KPM



PDF | Print |
Pengenalan Kelas Rancangan Khas (KRK)
Kelas Rancangan Khas (KRK) diwujudkan di sekolah menengah harian sebagai satu alternatif kepada murid-murid lepasan UPSR dari sekolah sekolah kerajaan yang mendapat keputusan cemerlang dalam kurikulum serta aktif dalam kokurikulum tetapi tidak mendapat tempat di Sekolah Berasrama Penuh (SBP). Hal ini kerana tempat di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) adalah amat terhad dan tidak dapat menampung kesemua murid yang mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR.

Melalui Kelas Rancangan Khas ini adalah diharapkan kecemerlangan murid-murid ini akan dapat diteruskan serta dapat membawa iklim yang positif kepada warga sekolah demi menjayakan aspirasi kerajaan untuk membina modal insan berminda kelas pertama.
SMK TTDI Jaya akan memulakan Kelas Rancangan Khas yang pertama secara rasmi pada tahun 2011 dengan mempunyai 35 orang murid. Pemilihan nama-nama murid tersebut telah dibuat oleh pihak Pejabat Pelajaran Daerah Petaling (PPD) dalam Mesyuarat Pemilihan Murid-murid KRK.
Matlamat KRK
Melahirkan individu yang cemerlangdari segi kurikulum, kokurikulum dan sahsiah.

Objektif KRK
  • Menghasilkan 100% murid mendapat semua A dalam peperiksaan PMR.
  • Menggilap porensi murid agar dapat menjadi wakil-wakil sekolah dalam pelbagai pertandingan samada berbentuk kurikulum atau kokurikulum di peringkat daerah, negeri, kebangsaan mahupun antarabangsa.
  • Menghasilkan murid-murid yang memiliki serta mengamalkan keperibadian yang tinggi dan mulia sepanjang masa.
  • Menjadi role model kepada murid-murid lain.

Aktiviti KRK
  • Sukatan pelajaran secara ekspres atau advanced sylibus.
  • Penggunaan komputer riba (laptop) bagi tujuan pembelajaran di dalam kelas.
  • Lawatan sambil belajar semasa P & P.
  • Persatuan berbentuk ko akademik.
  • Program hari Sabtu sekurang-kurangnya sekali sebulan.
  • Program pemantapan sahsiah dan kerohanian.
  • Taklimat kepada ibu bapa Kelas Rancangan Khas (KRK).
Pengenalan Kelas Aliran Agama
Kelas Aliran Agama (KAA) di sekolah menengah harian diwujudkan atas permintaan ibubapa dan masyarakat kepada pendidikan yang disediakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama(SMKA). SMKA yang sedia ada tidak dapat menampung permintaan ibubapa berikutan pencapaian prestasi murid-murid dalam UPSR yang meningkat. Kementerian Pelajaran Malaysia pula tidak lagi bercadang untuk menambah bilangn SMKA maka keperluan kepada aliran seperti yang dilaksanakan di SMKA amat diperlukan dan diperluaskan di Sekolah Menengah Harian Biasa iaitu melalui kelas KAA. Kelas ini telah diwujudkan di SMK TTDI Jaya pada tahun 2006 yang bermula dari Tingkatan Satu. Tahun 2008 adalah merupakan tahun pertama murid KAA yang telah menduduki PMR mengambil mata pelajaran Bahasa Arab. Pada tahun tersebut, seramai 9 orang murid KAA telah mendapat 9A di dalam PMR.

Kriteria Pemilihan Murid Ke KAA
  • Murid tersebut memohon masuk ke KAA dan dipilih oleh pihak sekolah dan dipersetujui oleh pihak JPN
    Murid dari kawasan setempat yang mempunyai kelayakan minima 3A 2B dalam peperiksaan UPSR. Jabatan Pendidikan Negeri dibenarkan membuat pemilihan mengikut keadaan dan keperluan setempat
  • Murid-murid tersebut boleh menulis, membaca jawi dan membaca Al-Quran dengan baik
  • Pemilihan murid juga dibuat oleh pihak sekolah berdasarkan kecemerlangan UPSR dan lulus PAFA.
  • Pemilihan melalui ujian lisan dan bertulis.

Proses Pemilihan Murid Ke KAA
  1. Pemilihan calon-calon murid yang layak oleh Jabatan Pendidikan Negeri;
  2. Pemilihan calon-calon murid yang layak juga boleh dibuat oleh pihak sekolah;
  3. Murid yang berkelayakan boleh memasuki kelas KAA melalui Ujian Penempatan Secara Bertulis dan Lisan ( Ujian Kelayakan Kelas Aliran Agama

Saturday 5 May 2012

PEJUANG


Tanam kan hatimu dengan semangat seorang pejuang. Insya Allah semua kerja yang kamu buat tidak menjadi sia-sia.