Friday, 3 October 2014

HIKMAT SOLAT

Kajian yang dilakukan oleh Dr. Muhammad Salleh mengenai Terapi Solat Tahajjud mendapati bahawa solat yang dilakukan oleh orang yang mengerjakan solat secara terpaksa akan meningkatkan paras hormon kartisol yang menjadi punca stress.

APAKAH HORMON KARTISOL?

Kartisol adalah sejenis hormon yang dirembeskan oleh kalenjer adrenal kesan dari tindak balas stres dan kerana tahap glucocorticoids darah yang rendah. Tugas utamanya untuk menaikkan paras gula darah semasa proses gluconeogenesis, menekan sistem pertahanan badan, membantu metabolisme lemak, protein dan karbohidrat.

Hormon kartisol juga dirembeskan dengan banyak di dalam membantu pembentukkan paru-paru janin pada minggu ke 30-32 kandungan.

BAGAIMANA CARA MENURUNKAN PARAS HORMON KARTISOL?

1) Ikhlaskan hati di dalam melakukan ibadah dan kerja-kerja kita di dunia ini kerana hati yang ikhlas membantu mengharungi segala kepayahan hidup di dunia ini, seterusnya dapat menurunkan paras hormon kartisol ini untuk mengurangkan stres. Hati jadi kuat dan tenang. Metabolisma meningkat dan daya tahan tubuh juga mampu melawan penyakit.

2) Bangun untuk solat malam kerana hormon kartisol berada pada paras yang paling rendah di awal pagi iaitu sekitar pukul 4 pagi hinggalah saat bangun tidur. Solat malam juga dapat meningkatkan tahap khusyuk dan seterusnya dapat menurunkan paras hormon kartisol. Oksigen yang terdapat di awal pagi ini juga mengandungi triple oksigen yang berupaya merawat dan menyembuhkan penyakit.

3) Bersenam, terapi muzik, urutan, ketawa, menangis, vitamin c, teh hitam, menari tango dan jima' (yang sah dalam Islam), dapat membantu menurunkan paras hormon kartisol juga. Oleh itu, apabila mengalami stress, peluklah pasangan anda dengan ikhlas dan penuh kasih sayang supaya paras hormon kartisol dapat diturunkan walaupun stres itu berpunca dari pasangan itu sendiri.

APAKAH FAKTOR YANG MENINGKATKAN PARAS HORMON KARTISOL?

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan paras hormon kartisol itu meningkat yang ada hubungan secara langsung dengan paras hormon adrenocorticotropic (ACTH). Beberapa keadaan lain seperti demam, kemurungan, stres, kesakitan, trauma, pembedahan, ketakutan, perubahan cuaca ekstrem, kafein, sukar tidur, melecur, anorexia nervosa, pil perancang dan berulang alik menempuh perjalanan yang jauh juga mempengaruhi tahap rembesan hormon kartisol.