Tuesday, 29 March 2016

PEDOMAN HIDUP INSAN

KATA-KATA HIKMAT
1.     Kata-kata hikmat merupakan ungkapan yang mempunyai makna yang dapat memberi pengajaran, teladan, kesedaran, dan peringatan kepada kita.
2.     Lazimnya, kata-kata hikmat adalah ringkas tetapi mempunyai pengertian yang mendalam dan dapat dijadikan panduan dalam kehidupan harian.
3.     Kata-kata hikmat merupakan sebahagian daripada peribahasa.
4.     Kata-kata hikmat biasanya mempunyai maksud yang tersirat.
5.     Kata-kata hikmat dipetik daripada kitab-kitab suci, kata-kata dan pendapat tokoh, negarawan, cendekiawan, dan sasterawan yang bijak pandai.
6.     Biasanya, kata-kata hikmat digunakan sebagai cogan kata atau kiasan dalam pertuturan dan penulisan.

CONTOH-CONTOH KATA HIKMAT
1. Bahasa Jiwa Bangsa -
     Bahasa merupakan satu identiti atau lambing sesuatu negara
2. Bahasa Menunjukkan Bangsa –
     Pertuturan seseorang membolehkan seseorang itu diketahui bangsanya
3. Bersatu Teguh, Bercerai Roboh –
    Kita akan menjadi kuat sekiranya bersatu dan kita akan menjadi lemah jika kita
    bercerai- berai.
4. Hilang Bahasa, Lenyaplah Bangsa
    Sesuatu bangsa itu dianggap sudah tiada sekiranya bahasanya sudah tidak ditutur lagi
5. Kata Mesti Dikota –
    Setiap janji hendaklah ditunaikan
6. Ilmu Pelita Hati -
    Ilmu pengetahuan dapat memberi petunjuk dan panduan kepada kehidupan
    manusia.
7. Masa Itu Emas -
    Masa adalah sangat berharga
8. Membaca Jambatan Ilmu -
    Ilmu pengetahuan itu dapat ditingkatkan melalui pembacaan
9. Otak Cerdas, Badan Cergas –
    Kita dapat berfikir dengan baik dan sempurna jika mempunyai kesihatan yang baik
10. Pandu Cermat Jiwa Selamat –
      Sekiranya kita memandu dengan berhati-hati, kemungkinan kita ditimpa 
      kemalangan adalah sedikit.
11. Tangan Yang Menghayun Buaian Mampu Menggoncang Dunia –
      Wanita yang secara umumnya bersifat malu dan lemah lembut, mampu
      menyumbang idea dan tenaga kepada pembangunan negara.
12. Bertangguh Pencuri Masa –
      Kerja bertangguh tidak membawa manfaat kepada diri sendiri
13. Ilmu Itu Pelita Hati –
      Ilmu merupakan cahaya yang menerangi hidup seseorang
14. Hidup Ini Adalah Suatu Perlumbaan –
      Kita terpaksa menempuhi pelbagai cabaran dalam kehidupan ini.
15. Kita Harus Memberi Dan Menerima –
      Kita perlu mengamalkan sikap bertolak ansur dan Bantu-membantu antara satu 
      sama lain
16. Kata-kata Lebih Tajam Daripada Mata Pedang
       Kata-kata yang pedas dapat menyinggung dan menghiris perasaan seseorang
17. Muafakat Membawa Berkat –
      Sesuatu perkara yang dilaksanakan atas persetujuan ramai akan membawa kebaikan

Monday, 28 March 2016

AKIBAT TAMAKKAN DUNIA

Dahulu ada seorang lelaki yang datang kepada nabi Isa a.s., ia ingin sekali bersahabat dengan beliau, kerana itu ia berkata : .... "Aku ingin sekali bersahabat denganmu kemana saja engkau pergi." Jawab Isa a.s.: "Baiklah kalau demikian."

    Pada suatu hari berjalanlah keduanya di tepi sungai dan makanlah berdua tiga potong roti, Nabi Isa a.s. satu potong dan satu potong untuk orang itu, sisa satu potong. Kemudian ketika Nabi Isa a.s. pergi minum ke sungai, dan ketika kembali, lalu didapati  roti yang sepotong itu tidak ada, lalu beliau bertanya kepada sahabatnya: "Siapakah yang telah mengabil sepotong roti ?" Jawab sahabat itu: "Aku tidak tahu."

    Maka berjalanlah keduanya, tiba-tiba melihat rusa dengan kedua anaknya, maka dipanggillah salah satu dari anak rusa itu lalu disembelihnya dan dibakar. Kemudian dimakan berdua, lalu Nabi Isa a.s. menyuruh anak rusa yang telah dimakan itu supaya hidup kembali maka hiduplah ia dengan izin Allah, kemudian Nabi Isa a.s. bertanya: Demi Allah, yang memperlihatkan kepadamu bukti kekuasaan-Nya itu siapakah yang mengambil sepotong roti itu ?" Jawab sahabatnya: "Aku tidak tahu."

    Kemudian keduanya meneruskan perjalanan hingga sampai ke tepi sungai, lalu Nabi Isa a.s. memegang tangan sahabatnya itu dan mengajaknya berjalan hingga sampai ke seberang, lalu ditanyalah sahabatnya itu sekali lagi: "Demi Allah, yang memperlihatkan kepadamu bukti ini, siapakah yang mengambil sepotong roti itu ?" Sahabat itu menjawab: "Aku tidak tahu."

    Kemudian berjalanlah keduanya ketika berada di hutan dan keduanya sedang duduk-duduk, Nabi Isa a.s. mengambil tanah dan kerikil/anak batu, lalu diperintahkan: "Jadilah emas dengan izin Allah." Maka dengan tiba-tiba tanah dan kerikil itu berubah menjadi emas, lalu dibagi menjadi tiga bahagian, kemudian beliau berkata: "Untukku sepertiga, dan kamu sepertiga, sedang sepertiga ini untuk orang yang mengambil roti." Serentak sahabat itu menjawab: "Akulah yang mengambil roti itu." 

    Nabi Isa a.s. berkata: "Maka ambillah semua bahagian ini untukmu." Lalu keduanya berpisah. Kemudian orang itu didatangi oleh dua orang yang akan merompak harta itu dan membunuhnya lalu orang itu (sahabat Isa a.s.) berkata: "Lebih baik kita bagi tiga saja." Ketiga orang itu menjadi setuju, lalu menyuruh salah seorang pergi ke pasar berbelanja makanan, maka timbul perasaan orang yang berbelanja itu, dan berkata dalam hatinya: "Untuk apa kita membagi wang/harta, lebih baik makanan ini saya bubuh racun saja biar keduanya mati, dan ambil semua harta itu." 

    Lalu diberinya racun makanan itu. Sementara orang yang tinggal itu berkata: "Untuk apa kita membagi harta ini, lebih baik jika ia datang, kita bunuh saja, lalu harta itu kita bagi dua." Maka ketika datang orang yang berbelanja itu, segera dibunuh oleh keduanya, lalu hartanya dibagi menjadi dua, kemudian keduanya makan dari makanan yang telah diberi racun itu, maka matilah keduanya, dan tinggallah harta itu di hutan, sedang mereka mati di sekitar harta itu.

    Kemudian ketika Nabi Isa a.s. berjalan di hutan dan menemukan (melihat) hal itu, maka iapun berkata kepada sahabat-sahabatnya: "Inilah contohnya dunia, maka berhati-hatilah kamu kepadanya."

Sumber : Kitab Ihya Ulumuddin Karangan Imam Ghazali

Monday, 14 March 2016

Dinamika Tatabahasa Melayu

Vokal dalam bahasa Melayu terdiri daripada [a], [e], [e], [i], [o] dan [u]. Vokal [e] terdiri daripada e taling dan e pepet.

Vokal bergading boleh ditemui dalam kebanyakan perkataan bahasa Melayu seperti perkataan 'taat', 'saat', 'muat', 'buat', 'kain', 'sains', dan sebagainya. Cara penyebutannya kelihatan seperti terasing dan agak janggal, namun lidah Melayu memudahkannya dengan sekali sebut tetapi seperti terdapat huruf tertentu ditambah di antara gandingan vokal tersebut. Sebagai contoh, perkataan 'laut' tidak akan disebut sebagai [la.ut] tetapi kedengaran seperti adanya penambahan /w/ dalam sebutan tersebut menjadi [la.wut]. Tetapi perlu diingat bahawa cara mengejanya tetap 'laut', dan salah jika dieja sebagai 'lawut'. Ini turut menjelaskan bahawa perkataan tersebut mempunyai dua suku kata bukan satu suku kata.

Masalah akan timbul dalam kalangan pelajar yang kurang membaca atau kurang terdedah dengan perkataan yang mengandungi vokal berganding ini, kerana mereka akan menambah huruf tertentu kerana terpengaruh dengan sebutan daripada penutur jati, seperti perkataan 'kuih' mungkin dieja sebagai 'kuwih' disebut [ku.wih].

Diftong pula kelihatan hampir sama dengan vokal berganding namun vokal tersebut dibunyikan serentak, seperti perkataan 'amboi' disebut [am.boi] bukan disebut [am.bo.i]. Diftong dalam bahasa Melayu terdiri daripada [oi], [au] dan [ai].

Perlu diingat bahawa perkataan 'gulai' yang disebut [gu.lai] tidak sama dengan [gu.la.i] kerana [gu.lai] menggunakan diftong [oi] manakala [gu.la.i] adalah kata dasar 'gula' yang menerima pengimbuhan akhiran [-i].

Bahasa adalah harta bangsa Kita = MELAYU

SISTEM EJAAN RUMI BAHARU BAHASA MELAYU

Sistem ejaan bahasa Melayu telah mengalami pembakuan sejak beratus-ratus tahun jika
mengambil kira tulisan Jawi sebagai tulisan tradisi bahasa Melayu. Sistem ejaan Rumi dirumuskan sistem penulisannya sejak awal abad ke-20.  R. J. Wilkinson (1904) telah berhasil menyusun
Asas sistem ejaan Rumi bahasa Melayu.
Za’ba kemudiannya telah memperkemasnya sehingga menjadi satu sistem ejaan yang digunakan di sekolah selama 30 tahun.  Pada tahun 1972, satu ejaan terhasil melalui kerjasama dengan Indonesia. Di Malaysia, sistem ejaan itu dikenali sebagai Sistem Ejaan Rumi Baharu manakala di Indonesia, dikenali sebagai Sistem Ejaan Yang Telah Disempurnakan.
Sistem pengejaan baharu bahasa Melayu boleh dibahagikan kepada dua sistem, iaitu Sistem Keselarasan Huruf Vokal (untuk pengejaan kata jati bahasa Melayu) dan Sistem Kekecualian Keselarasan Huruf Vokal (untuk pengejaan kata pinjaman).
Sistem Keselarasan Huruf vokal.
Menurut Siti Hajar Abdul Aziz 2008,  keselarasan vokal bermaksud kesesuaian dua huruf vokal yang membentuk dua suku kata pada kata dasar, iaitu pasangan antara dua huruf vokal pada suku kata praakhir dengan huruf vokal pada suku suku kata akhir tertutup.  Di samping itu, prinsip keselarasan huruf vokal ini berlaku dengan syarat-syarat yang berikut: 
  1. Keselarasan adalah antara dua huruf vokal pada kata dasar. 
  2. Kata dasar hendaklah berakhir dengan suku kata tertutup.
  3. Bagi kata yang mengandungi lebih daripada dua suku kata,yang terlibat dengan sistem keselarasan vokal hanyalah dua suku kata yang terakhir sahaja. 
Dalam Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu,18 pola keselarasan huruf vokal seperti
berikut:
Bil.
Suku Kata Praakhir
Suku kata Tertutup
Contoh Perkataan
1
a
-a
asah, balak, halaman
2
a
-i
alih, balik, sumbangsih
3
a
-u
asuh, datuk, lembayung
4
e pepet
-a
emas, kelam, tembeling
5
e pepet
-i
lebih, betik, sembelih
6
e pepet
-u
telur, tempuh, temenggung
7
e taling
-a
elak, dewan, belerang
8
e taling
-e taling
leceh, gelek, selekeh
9
e taling
-o
esok, telor, selekoh
10
i
-a
ingat, kilang, selinap
11
i
-i
intip, sisih, belimbing
12
i
-u
riuh, tidur, tembeliung
13
o
-a
otak, boring, selekoh
14
o
-e taling
oleh, boleh, celoteh
15
o
-o
obor, borong, kelompok
16
u
-a
ubat, tumpang, ketupat
17
u
-i
usik, kuih, gerusih
18
u
-u
untuk, tunduk, tengkujuh
Bagi memudahkan kita mengingat dan memahami kesemua 18 pola tersebut, maka rajah berikut telah dirumuskan daripada jadual di atas. Berdasarkan Rajah 6.1, ada empat perjelasan seperti yang berikut:
i.                     Garisan segi tiga yang berhubungan menunjukkan vokal-vokal yang boleh dipasangkan antara satu sama lain,maka terbentuklah pola:
a-i
u-i
i-u
i-a
u-a
e-o
a-u
o-e
ii.                   Huruf yang berada di dalam bulatan dan separuh bulatan menunjukkan bahawa setiap vokal tersebut boleh dipasangkan dengan vokal itu sendiri,maka terbentuklah pola:
a-a
i-i
u-u
e-e
o-o
iii.                  Huruf yang berada di dalam separuh bulatan menunjukkan vokal e taling dan o berada bertentangan dan masing-masing mempunyai anak panah yang menghala ke atas,maka terbentuklah pola:
e-a
o-a
iv.                 Huruf vokal e pepet yang berada dalam segi empat mempunyai tiga anak panah yang menghala ke huruf a, i dan u,maka terbentuklah pola:
e-i
e-u
e-a
Daripada 18 pola itu,ada lapan pola yang merupakan pola yang berubah daripada sistem ejaan lama. Dasar mengenai perubahan ini menetapkan supaya digunakan huruf vokal i atau u pada suku kata akhir tertutup sekiranya suku kata praakhir menggunakan huruf vokal a,e pepet, i atau u seperti yang berikut:
Bil
Ejaan Lama

Ejaan Baru


Pola
contoh
Pola
Contoh
1
a-e taling
aleh
a-i
alih
2
a-o
batok
a-u
batuk
3
e pepet-e taling
lebeh
e-i
lebih
4
e pepet-o
tempoh
e-u
tempuh
5
i-e taling
pileh
i-i
pilih
6
i-o
tidor
i-u
tidur
7
u-e taling
usek
u-i
usik
8
u-o
untong
u-u
untung
Perkataan yang terlibat biasanya mengandungi huruf konsonan yang berakhir dengan h, k, ng dan r.
Bagi pola yang tidak berubah daripada sistem ejaan lama,maka digunakan huruf vokal e taling atau o pada suku kata akhir tertutup jika suku kata praakhir menggunakan huruf vokal e taling atau o juga, contoh:
Bil
Pola
Contoh Perkataan
1
e taling-e taling
leceh, gelek, teleng, selekeh
2
e taling-o
tempoh, belok, telor, selekoh
3
o-e taling
oleh, boleh, ponteng, celoteh
4
o-o
pokok, boron, kelompok, seloroh
POLA KEKECUALIAN KESELARASAN HURUF VOKAL
Bil.    Pola Ejaan                           Contoh Kata Bahasa         Contoh Kata Bahasa
                                                      Nusantara                           Inggeris
1         a – e taling                       aneh, awet                         kabaret, jaket
2         a – o                                 barong, calon                    atom, kontraktor
3         e pepet – e taling             gembleng                            setem
4         e pepet – o                       bendok, jempol                   gabenor, interkom
5         i – e taling                       imlek                                   tiket, kriket
6         i – o                                 ijon, pilon                           diftong, transistor
7         u – e taling                      tulen, ulet                            subjek
8         u – o                                buron, bunglon                   kupon, konduktor
9         a – e pepet                       pakem                                 teater, plaster
10     e taling – i                           -                                      hipotesis, objektif
1         11     e taling – u                          -                                       petroleum, spectrum
1         12     e pepet – e pepet             demdem                                -
1         13     i – e pepet                        iseng                                   artikel, filem, dividen
1         14     o – i                                        -                                    fosil, polis
1         15     o – u                                      -                                     bonus, forum
1         16     e taling – e pepet                  -                                     meter
1         17     o – e pepet                          -                                       Oktober, broker

Ejaan Kata Serapan daripada Bahasa Inggeris dan Bahasa Eropah
Penyusunan ejaan bagi kata serapan daripada bahasa Inggeris dan bahasa Eropah yang lain yang ditulis dalam huruf Roman dilakukan dengan mengikut peraturan penyesuaian huruf, contohnya:
Bahasa Inggeris Bahasa Melayu                 Contoh Penggunaan
                a                                                             a           abstrak
                ae                                                           ae         aerial
                ai                                                            ai         aileron, aising
                au                                                           au        audit, automatik
                b, bb                                                      b           lobi, hobi
Bagi penyesuaian ejaan daripada bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa Eropah yang lain yang ditulis dengan huruf Roman, yang dipentingkan Ialah bentuk ejaan dan bentuk visualnya.
Bahasa Inggeris                 Bahasa Melayu
carbon                  jadi        karbon              bukan   kaban
cartoon                               kart                               katun
conductor                           konduktor                      kondakter
dialogue                              dialog                           dailog
institute                               institut                           institiut
structure                              struktur                         strakcer
Kata serapan daripada bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa Eropah yang lain dikecualikan daripada peraturan sistem keselarasan huruf vokal menurut Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Melayu.
               
Bahasa Inggeris                                 Bahasa Melayu
atom                     tetap     atom     bukan      atum
bonus                                bonus                    bonos, bunus
fossil                                 fosil                        fosel, fusil
pistol                                 pistol                     pestol, pistul
Ejaan gugus konsonan yang terdapat dalam bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa Eropah yang lain diterima dan dikekalkan bentuknya dalam bahasa Melayu dengan beberapa penyesuaian. Penulisan gugus konsonan di awal kata atau awal suku kata dikekalkan.  Sebagai contoh:
Bahasa Inggeris                                 Bahasa Melayu
bl            block                     jadi        bl -          blok
br            brake                                  br-          brek
chl-         chlorophyll                         kl-           klorofil
chr-        chronology                          kr-          kronologi
cl-           clinic                                   kl-           klinik
cr-           credit                                  kr-          kredit
fr-           franc                                    fr-           franc
gl-           glocose                               gl-           glukosa
gr-          gravity                                gr-          graviti
kn-         knot                                     kn-         knot
kr-          krone                                  kr-          krone
pl-           plumbum                           pl-           plumbum
pr-          practical                            pr-          praktikal
ps-          psychology                         ps-          psikologi
pt-          ptomaine                            pt-          ptomain
sc-          scandal                              sk-          skandal
scr-         script                                 skr-        skrip
sk-          ski                                      sk-          ski
sn-          snooker                             sn-          snuker
sp-          spectrum                           sp-          spektrum
sph-       sphere                                sf-           sfera
spr-        spring                                spr-        spring
sq-          squadron                           sk-          skuadron
st-           stable                                st-           stabil
str-         structure                           str-         struktur
tr-           tragedy                             tr-           tragedi
tz-           tzar                                   tz-           tzar
Sebagai kekecualian kepada peraturan gugus konsonan,  beberapa kata tertentu telah diterima mengikut sistem ejaan lama yang menggunakan huruf e pepet, sebagai contoh:
Bahasa Inggeris                                 Bahasa Melayu
class      jadi           kelas          bukan                klas
club                        kelab                                   klab, klub
glass                       gelas                                   glas
grant                       geran                                  gran
plan                         pelan                                  plan
stamp                      setem                                  stem
Penulisan huruf gugus konsonan pada akhir kata (atau pada akhir suku kata) bagi kata yang diterima bentuk gugus konsonannya adalah seperti yang berikut:
               
Bahasa Inggeris                                 Bahasa Melayu
-lf                 golf                   jadi         -lf            golf
-lt                 cobalt                              -lt            kobalt
-nce            science                             -ns          sains
-nk              bank                                 -nk         bank
-ps               forceps                            -ps          forseps
-rd               standard                          -rd          standard
-rm              chloroform                      -rm         kloroform
-rt                consert                            -rt           konsert
-x                 complex                          -ks          kompleks
-xt               text                                   -ks          teks
Huruf gugus konsonan di akhir kata dalam bahasa Inggeris yang disesuaikan dengan penambahan huruf vokal dalam bahasa Melayu adalah seperti yang berikut:
               
Bahasa Inggeris                                 Bahasa Melayu
-ct                fact                   jadi         -kta        fakta
-gm             paradigm                       -gma     paradigma
-ism            materialism                   -isme     materialisme
Kata daripada bahasa Inggeris dan bahasa Eropah yang lain yang sudah sebati atau telah lama terserap dalam bahasa Melayu dikekalkan ejaannya mengikut kaedah ejaan bahasa Melayu, contohnya:
Bahasa Inggeris                                 Bahasa Melayu
bureau   jadi         biro        bukan   bureau
custom                  kastam                 kustom
driver                    drebar                  driber, driver
modern                 moden                  modern
pension                 pencen                 pension
station                  stesen                   station, stasion,               stesyen
Semua huruf ‘g’ yang diucapkan ‘j’ dalam bahasa Inggeris tetap diterima sebagai huruf ‘g’ juga dalam bahasa Melayu.  Sebagai contoh:
Bahasa Inggeris                               Bahasa Melayu
agenda                   tetap     agenda        bukan           ajenda
gymnasium                        gimnasium                         jimnasium
technology                         teknologi                          teknoloji
tragedy                              tragedi                              trajedi
Huruf ‘g’ yang diucapkan ‘j’ mengikut sebutan dalam bahasa Inggeris, disesuaikan menjadi huruf ‘j’ dalam bahasa Melayu, sebagai contoh:
               
Bahasa Inggeris                                 Bahasa Melayu
agent                    jadi                        ejen, agen
college                                               kolej
contingent                                          kontinjen
engine                                                enjin
Ejaan Kata Serapan daripada Bahasa Arab
Terdapat dua cara untuk mengeja kata setapan daripada bahasa Arab dalam bahasa Melayu, iaitu:
Kata umum daripada bahasa Arab yang sudah terserap atau sebati dalam bahasa Melayu dieja dalam tulisan Rumi seperti mengeja kata jati bahasa Melayu, sebagai contoh:
               
sahabat              
darurat                               
hakim
izin                        
kubur                   
zat
sabar                   
zalim
Istilah daripada bahasa Arab boleh ditulis menggunakan kaedah transliterasi huruf Arab ke tulisan Rumi, sebagai contoh:
hadith
kidhib
isti’mal
qunut