OLEH :
DR. AHMAD KAMAL BIN ARIFFIN – 012 6650387
(boleh call saya untuk jemput ceramah
bersama pakar)
PUSAT ASUHAN PERTIWI
MALAYSIA
PENDAHULUAN
Cinta adalah anugerah ilahi.
Dengan adanya rasa cinta, manusia menjadi tenang, bertenaga dan ceria.
Ironinya, cinta lahir melalui perasaan terpendam yang disokong oleh rasa hati
dan digerak oleh daya fikir. Cinta bukan
sahaja dimiliki oleh kalangan orang muda, malah juga orang tua. Justeru, kita
biasa dengar kisah orang tua dah berumur lebih 60 tahun yang bernikah dengan
pilihan hati masing-masing. Begitulah juga dengan orang muda. Kita biasa dengar
anak lelaki dan perempuan yang bernikah seawal umur 18 tahun. Cinta juga
dinikmati oleh semua orang, mencakupi lelaki dan perempuan. Cinta adalah
fitrah. Tanpanya jiwa gundah. Tanpa etika menimbul fitnah. Ikuti syarak hidup
barokah. Kekuatan cinta itulah yang menggerakkan seseorang untuk mengurat,
menjelaskan perasaan hingga berjaya ke jinjang pelamin.
ASAS CINTA SUCI
Cinta adalah seni. Seninya perlu
dipelajari. Tanpa ilmu seni bercinta, matlamat hidup insani menjadi kabur.
Perkara lagho(maksiat) boleh mudah
muncul. Mengelak dan menjauh diri daripada maksiat dianjur tuhan yang esa. Jika
terjebak noda, akan diselimutilah diri dengan dosa. Orang berdosa hidupnya
susah , gundah dan akhirnya punah. Hendak bangkit kembali bukannya mudah. Jumpa
alim ulamak, kaunselor dan psikiatris pun belum tentu boleh berjaya berubah.
Kerana cinta itu adalah soal hati. Santapannya iman. Hasilnya pekerti. Maka
cinta akan kembah tumbuh mewangi mencantik peribadi atau personaliti lantaran
hasil pekerti insani. Manakala pekerti yang dikait dengan hubungan cinta antara
setiap lelaki dan perempuan dibumi ini adalah;
1.
Niatnya
2.
Tanggungjawabnya
3.
Empatinya
4.
Pengorbanannya
5.
Perjuangannya
6.
Kesetiaannya
7.
Keilmuannya
Demikianlah konkritnya nilai disebalik kalimah cinta.
Cinta yang disulami kalimah Allah, merujuki Al Quran dan As Sunnah, yang mampu menghasilkan monumen “evergreen”
yang tak dimakan zaman berupa Taj Mahal (binaan Shah Jahan, berpusat di Agra,
1648) dan Tenggelamnya Kapal Van Der
Wijck karya Prof Hamka (1938). Malah, cinta bukan dinikmati oleh ummah Islam
semata, sebaliknya cinta dialami dan dinikmati dengan pelbagai episode, genre,
irama dan kisah yang melibatkan semua
ummat manusia, tanpa mengira bangsa dan agama. Justeru, dunia memaklumi disebalik
kegemilangan Adolf Hitler (1945), ialah isterinya yang dipuja iaitu Eva Braun. Begitulah cinta Picasso terhadap isterinya
Jacqueline Roque (1961). Tidak perlulah saya masukkan nama-nama besar lain bagi
membuktikan kisah dan nilai cinta seorang lelaki dan wanita. Kerana ia sudah
cukup untuk memahami kewujudan gramatis skrip
menarik manusia dan cinta tersendiri. Kita pula sekadar ambil pengajaran dan
penghargaan.
TRAIT RACUN CINTA
Cinta yang dibina dengan niat
yang suci akan kekal hingga ke syurga. Sebaliknya, cinta akan gagal
dipertahankan hingga ke akhir hayat disebabkan
7 perkara yang menyialkan. Ianya adalah faktor;
1.
Kecurangan
2.
Kemiskinan
3.
Kekeliruan
4.
Kemarahan
5.
Keegoaan
6.
Kekecewaan
7.
Kezaliman
Untuk penjelasan lanjut berhubung perkara diatas, memerlukan kita
menghadiri majlis ilmu yang khusus. Saya fikir kalau di Malaysia ini, pakar
yang boleh interpretasi hujah diatas ialah tokoh motivator negara iaitu Datuk Dr. Mohd Fadzillah
Khamsah. Kalau ahli agama pula, saya fikir Ustaz Azhar Idrus adalah ahli dalam
menghuraikannya menurut perspektif Islam.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, cinta mudah
disebut namun sukar dipertahan dan diperkukuhkan. Ia memerlukan ilmu, kefahaman
dan penghayatan amal. Jika cinta tidak dibina dengan iman dan amal, maka
rosaklah akhlah ummah dan akan banyaklah berlaku kes wanita dianiaya, anak
dibuang, kes dera, kes bunuh, lelaki murung moron perangai dan masalah sosial. Ingatlah, pesanan daripada Saidina Ali KW yang bermaksud “Maksiat zina berleluasa menjemput penyakit taun, ummah tak bayar zakat menjemput
kekeringan bumi (kering kontang)dan tidak laksana syariat menjemput pembunuhan sesama manusia” .
Analoginya, cinta tanpa nilai agama mengakibatkan pelbagai penyakit tubuh,
berbelanja tanpa beringat menjemput masalah kebajikan asasi keluarga terabai
dan hidup tanpa ikut dan laksana perintah Allah mengundang permusuhan sesama
pasangan suami isteri. Begitulah pentingnya hidup bersyariat, cinta tumbuh
bersemarak seiring kembang tumbuhnya pahala kendiri dan keharmonian
rumahtangga.
Sekian.