Thursday, 24 August 2017

JAGALAH UMMAT BERSAMA




Tuan-tuan yang mulia,

Andai kita hendak jaga agama kita, kita kena bawa ummat bersama kita untuk dekatkan diri kepada Allah. Kita tidak boleh tinggalkan ummat, maju dan cemerlang seorang diri. Nabi Musa AS kerana terlalu ingin dan rindu untuk bertemu dengan Allah, maka dia buat amal ibadat semata-mata untuk dapat redha ilahi. Nabi Musa AS sempurnakan 40 malam dan disana seorang fasik bernama Samiri telah membina satu anak lembu dan diberitahu olehnya kepada kaum Bani Israel bahawa inilah tuhan kamu, beribadatlah kepada Tuhan kamu. Maka Nabi Musa AS pergi dan beritahu kepada kaum Bani Israel bahawa inilah tuhan kamu, beribadatlah kepada tuhan kamu. Nabi Musa AS telah pergi dan lupakan kamu semua. Ini sebenarnya tuhan  dan kamu semua beribadat kepada tuhan dia. Sebelum itu, 600 ribu Bani Israel beriman dengan Allah tetapi dalam masa 40 hari, 40 malam, 588 ribu orang  Bani Israel telah sesat. Tinggal 12 ribu orang sahaja masih beriman. Dengan nasihat Harun, mereka terus beribadat pada anak lembu sehingga Musa AS balik. Allah Taala telah terangkan dalam al Quran apakah sebab kaum Bani Israel telah sesat. Ia disebabkan apabila kita meninggalkan ummat untuk beribadat seorang diri kepada Allah. Dalam masa 40 hari, 40 malam….98 peratus Bani Israel telah sesat dan hanya 2 peratus sahaja yang kekal atas hidayat. Oleh kerana itu, amat penting buat kita memikir dan membawa ummat ini agar berilmu, beriman dan beramal pada jalan agamanya. Kita bawa bersama-masa ummat ini untuk dekatkan diri kepada Allah. Sikap dan niat untuk jaga ummat akan membantu kita sibuk dengan amal yang baik-baik, menjauh diri kita dari perkara maksiat dan kealpaan.


Akhikum Fillah

KURSUS MOTIVASI SEMANGAT BEKERJA





KURSUS TERAPI KAUNSELING ISLAM

PENCERAMAH : DR. AHMAD KAMAL BIN ARIFFIN







KURSUS KAUNSELING KOMUNITI



PENCERAMAH DAN PEMBIMBING : DR. AHMAD KAMAL BIN ARIFFIN


KANDUNGAN KURSUS


1.       Personaliti Dalam Profesionalisme

2.       Motivasi Dan Kaunseling Dalam Kerjaya

3.       Kemahiran Komunikasi

4.       Kemahiran Berfikir

5.       Kemahiran Menangani Krisis

6.       Perancangan Strategik Dalam Organisasi

7.       Perbincangan Dalam Kumpulan

8.       Ujian Personaliti Dan Kesihatan Emosi































Monday, 21 August 2017

SENI PERSAHABATAN DALAM HUBUNGAN SUAMI ISTERI



OLEH : DR. AHMAD KAMAL BIN ARIFFIN (012 6650387)

PENDAHULUAN

Hubungan suami isteri sangat unik dan dinamik jika ia dikembang tumbuhkan dengan  nilai ilmu, komunikasi berkesan dan kesedaran jelas mengenai “role dan status” masing-masing. Isu mengenainya ialah, tidak semua pasangan suami isteri mampu membina hubungan perorangan mereka sebagai sahabat sejati sama ada di dalam mahupun di luar rumah. Umumnya, nilai sahabat sejati boleh menerima kekuatan, kekurangan, kelebihan dan keistimewaan masing-masing tanpa buruk sangka dan busuk hati. Dengan adanya nilai persahabatan, semua perkara dan masalah akan dihadapi dan diatasi dengan riang, selesa, berfikiran terbuka, mesra, tolong menolong, saling bekerjasama dan melengkapi antara satu sama lain.

DILEMA HUBUNGAN SUAMI ISTERI

Umumnya,  banyak kalangan suami dan isteri terperangkap dengan soal apa yang boleh dan tak boleh dalam aspek status masing-masing sebagai suami dan isteri. Ironinya, hak utama seorang suami daripada isterinya misalnya;

1.    Dilayani
2.    Dihormati
3.    Diambil peduli
4.    Dijaga maruahnya
5.    Dijaga harta miliknya.

Manakala hak utama seorang isteri daripada suaminya pula ialah;

1.    Dikasihi
2.    Dilindungi
3.    Diambil peduli
4.    Dijaga kebajikan
5.    Dibimbing agar sentiasa patuh syar’ie.

Namun, proses penyampaian makna kasih sayang, tanggungjawab, kebajikan dan hala tuju institusi keluarga itulah yang perlu dimahiri dan dipakari oleh setiap pasangan suami isteri.  Analogi seni komunikasi perorangan diantara suami dan isteri dalam sesebuah rumahtangga ini ialah dengan nilai seni komunikasi persahabatan,  membebas dan menghindar diri daripada sikap;

1.    Authoritarian (kuku besi) oleh pihak suami terhadap isteri
2.    Laissez Faire (tak bertanggungjawab) oleh pihak suami terhadap isteri mahupun oleh pihak isteri terhadap pihak suami
3.    Ammarah (pemarah) yang melihat diri lebih berkuasa, berhak dalam membuat keputusan dan mesti betul akan segala tindakannya.

Junjungan besar Nabi Muhammad Saw telah berpesan maksudnya “Seseorang ada diatas perangai sahabatnya (pasangannya). Maka hendaknya seseorang itu meneliti siapa yang dia jadikan sahabatnya (pasangannya)”. (Hadis riwayat Abu Dawud dan Ahmad). Jelasnya, berdasarkan hadis Nabi Saw itu, setiap pasangan mesti muhasabah diri dan bina cita-cita kendiri untuk menjadi sahabat yang soleh kepada pasangan masing-masing. Tanpa cita dan kesedaran, setiap pasangan akan lebih bersikap menunggu dan bergantung kepada pasangan masing-masing untuk berbuat baik dahulu berbanding berlumba untuk memulakan amal soleh, berbuat baik dan berbakti buat pasangan masing-masing.

FITRAH KEINGINAN PASANGAN

Dari segi ilmu  psikologi komunikasi, 7 perkara berikut adalah ingatan utama yang mesti dihayati bagi membina nilai persahabatan sejati dalam hubungan komunikasi diantara suami dan isteri. Ianya adalah bahawa setiap suami dan isteri itu ingin;

1.    Disayangi  bukan  dipergunakan
2.    Difahami  bukan  dihukum
3.    Diterima  bukan  disisih
4.    Dihormati  bukan  diperkecil
5.    Ditolong  bukan  dirosakkan
6.    Merasa selesa   bukan  dikutuk
7.    Berkembang   bukan  rencat

Menjelaskan lagi akan hal tersebut, Imam Al Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin ada menyatakan bahawa;

“Jalinan tali persahabatan antara dua orang seperti halnya akad nikah suami-isteri. Dalam pernikahan terdapat hak yang harus dipenuhi sebagaimana disebutkan sebelumnya pada pembahasan nikah. Demikian pula dalam persahabatan ada kewajipanmu untuk memenuhi hak saudaramu, baik yang berkaitan dengan harta, jiwa, tutur kata, dan hati: dengan memberikan maaf, keikhlasan, menunaikan janji, dan meringankan beban.”



KESIMPULAN

Jika ingin membina hubungan suami isteri yang berdiplomasi, setia dan bahagia, merujuk ilmu psikologi komunikasi, perlu diambil pengajaran bahawa terdapat 3 perkara yang akan merosakkan hubungan iaitu sikap pemarah, angkuh dan suka mengungkit akan kelemahan pasangan.  Sembari itu, dalam ilmu psikologi komunikasi juga, kita diingatkan bahawa terdapat 3 perkara utama yang menjadi dambaan setiap pasangan iaitu harapan positif oleh pasangan, keikhlasan pasangan dan kejujuran pasangan mereka.  Dengan adanya asas-asas ilmu seni persahabatan  bagi kalangan suami isteri ini, akan terbitlah 3 perkara yang sangat diidam oleh setiap pasangan iaitu suasana hidup berkeluarga yang sentiasa berkasih sayang, cinta yang mendalam dan ketinggian budi pekerti.