Monday, 23 October 2017
Wednesday, 18 October 2017
FIKIR SIASAH UMMAH
Kita mesti lebih maju berbanding negara lain dari segi;
1. keilmuan
2.kenegaraan
3.keagamaan
Jika tidak, negara bangsa kita boleh kembali dijajah dan terjajah.
Asas kekuatan dan keselamatan bangsa kita ialah bucu paling tajam di atas (rujuk segitiga).
Apa yang kamu tahu?
Rujuk dan semak al Quran dan al Hadis.
Jika ada sifatnya, maka berhak untuk kamu buat keputusan untuk "pilih" atau "toleh".
Insya Allah.
Selamat berjaya wahai Akhi.
Akhikum Fillah,
Dr. Ahmad Kamal bin Ariffin.
abbaakba@yahoo.com
012 6650387.
1. keilmuan
2.kenegaraan
3.keagamaan
Jika tidak, negara bangsa kita boleh kembali dijajah dan terjajah.
Asas kekuatan dan keselamatan bangsa kita ialah bucu paling tajam di atas (rujuk segitiga).
Apa yang kamu tahu?
Rujuk dan semak al Quran dan al Hadis.
Jika ada sifatnya, maka berhak untuk kamu buat keputusan untuk "pilih" atau "toleh".
Insya Allah.
Selamat berjaya wahai Akhi.
Akhikum Fillah,
Dr. Ahmad Kamal bin Ariffin.
abbaakba@yahoo.com
012 6650387.
Wednesday, 4 October 2017
KEPENTINGAN PERANCANGAN STRATEGIK DALAM INSTITUSI KELUARGA BAHAGIA
OLEH;
DR. AHMAD KAMAL BIN ARIFFIN - 012 6650387
PENDAHULUAN
Kepimpinan keibubapaan
yang strategik ialah merujuk kepada
kalangan ibubapa yang mampu mengenalpasti dan jelas dengan persoalan berikut;
1. Apakah urusan-urusan
yang perlu ditumpukan untuk peningkatan kualiti setiap kalangan ahli dalam
sesebuah keluarga?
2.
Bagaimana prestasi pendidikan anak-anak pada masa kini?
3.
Ke manakah hala tuju keluarga anda?
4.
Bagaimana cara dan cadangan anda untuk mencapainya?
5.
Apakah isu-isu kritikal yang dihadapi oleh kalangan ahli
keluarga anda kini?
6.
Apakah budaya keluarga anda sekarang?
7.
Apakah yang anda pelajari daripada setiap kejayaan dan kegagalan
yang dihadapi oleh setiap ahli keluarga anda?
8. Jika anda dapat
menentukan masa depan keluarga anda, apakah yang anda harapkan daripadanya?
BERSEDIA UNTUK BERUBAH
Sebuah institusi keluarga yang berdaya maju adalah sebuah
keluarga yang dipimpin oleh ibubapa yang sanggup dan mampu menerima serta
melakukan perubahan demi kebaikan jati diri dan imej institusi keluarganya.
Perubahan pula lazimnya seringkali mengundang pelbagai tekanan dan cabaran.
Ibarat laying-layang, ia senantiasa perlu tekanan udara untuk dia terbang lebih
tinggi. Justeru, kepentingan pengurusan sebuah keluarga yang strategik adalah
merupakan wadah yang dapat memberi peluang kepada penglibatan setiap ahli
keluarga. Manakala proses pemikiran strategik akan mengurangkan tekanan hasil
daripada perubahan tersebut.
Pengurusan strategik sebuah keluarga memerlukan penyelarasan
dalam keputusan-keputusan yang berkaitan seperti berikut;
1.
Tahap kewangan keluarga
2.
Tahap pendidikan
anak-anak
3.
Budaya komunikasi ahli
keluarga
4.
Perkembangan psikososial
ahli keluarga
5.
Amalan hidup beragama setiap ahli keluarga
Pembentukan strategi untuk merancang bagi mencapai matlamat
pengwujudan sebuah keluarga yang cemerlang dan bahagia perlu bermula dengan
pembentukan strategi. Langkah-langkah strategi adalah seperti berikut;
1.
Mengadakan visi keluarga
2.
Menetapkan misi
strategik keluarga
3.
Menentukan matlamat keluarga
yang strategik
VISI KELUARGA
Visi keluarga yang terbaik adalah bercirikan perkara berikut;
1.
Realistik
2.
Ringkas dan jelas
3.
Tekal dan berterusan
4.
Terancang dengan rapi
5.
Bahasanya mudah difahami
6.
Konsisten dalam
kenyataan dan tindakan
7.
Ada sasaran tarikh
(tahun) untuk mencapainya
8.
Berupaya menyakinkan dan
merangsang tindakan ahli keluarga
9.
Cara penyampaian yang
bersesuaian dengan setiap ahli keluarga
Aspek menyampaikan visi
keluarga merupakan satu proses yang sangat sukar dan penting dalam usaha untuk
menjadikan visi tersebut sebagai visi yang dikongsi bersama oleh setiap ahli
keluarga.
Kewujudan pelbagai visi
boleh menimbulkan kekeliruan kepada kalangan ahli keluarga anda. Akibatnya visi
keluarga anda tidak akan berjaya dicapai. Contoh satu visi keluarga yang
berkualiti adalah seperti berikut;
“Keluarga Ahmad (nama bapa yang menjadi ketua keluarga) adalah
sebuah keluarga Islam yang berilmu tinggi dan berdaya maju dalam bidang ekonomi
menjelang tahun 2020.”
MISI KELUARGA
Misi keluarga adalah bermaksud langkah atau daya usaha untuk
bertindak untuk mencapai visi keluarga anda. Misi sifatnya mesti jelas, mantap
dan mampu menjana ke arah merealisasikan visi keluarga anda. Diantara ciri misi keluarga yang berkualiti ialah seperti
berikut;
1.
Mudah dan senang diingat
2.
Berkait rapat dan
menyokong sepenuhnya visi
3.
Boleh menjadi budaya
kepada setiap ahli keluarga anda
4.
Menjawab kepada
persoalan bagaimana untuk mencapai visi keluarga anda
Contoh misi keluarga ialah seperti berikut;
Berusaha mencapai visi keluarga dalam aspek amalan hidup beragama, gigih menimba dan menguasai ilmu
pengetahuan, pengurusan dan amalan yang mantap dalam aspek kewangan, kebersihan
dan komunikasi perorangan.
MENENTUKAN MATLAMAT
STRATEGIK
Bagi mencapai misi bagi setiap sudut kehidupan khususnya hala
tuju kerjaya seisi ahli keluarga, maka
matlamat strategik institusi keluarga mesti ada. Ciri-ciri matlamat strategik
yang baik mestilah mencabar, boleh dicapai dan boleh diukur. Dalam langkah menentukan matlamat strategik
keluarga anda, dua proses utama yang terlibat ialah mengenalpasti isu-isu
strategik dan membuat analisis dari segi kekuatan, kelemahan, peluang dan
ancaman (ANALISIS SWOT). Analisis SWOT sangat membantu untuk memastikan tindakan
anda bagi menacapai visi dan misi keluarga berjalan dengan lancar dan
bersepadu.
KESIMPULAN
Perancangan stragtegik untuk mencapai visi dan misi keluarga
amat penting diambil perhatian dan diamalkan oleh kalangan ibubapa yang ingin
mewujudkan sebuah institusi keluarga yang bahagia. Ia baik untuk memastikan
setiap ahli keluarga anda bebas daripada masalah kecelaruan emosi, masalah
komunikasi dan konflik yang boleh merencatkan keharmonian sesebuah institusi
keluarga. Selain perancangan strategik institusi keluarga yang berkaitan,
pengurusan strategik sebuah institusi keluarga yang bahagia hanya akan boleh
menjelma setelah pihak kepimpinan ibubapa melaksana plan tindakan yang telah
dirancang dengan berkesan, seterusnya
melaksanakan pemantauan sejauhmana pelaksanaan sesuatu perancangan itu berjaya
dilaksana dengan penuh motivasi, fokus diri dan ikhlas dari semasa ke semasa.
Usaha berterusan dalam memastikan setiap ahli keluarga melaksana visi dan misi keluarga
yang bahagia pasti akan menghadapi pelbagai rintangan berupa tekanan emosi,
kecelaruan tingkahlaku, kegagalan, fitnah jiran taulan dan seumpamanya. Namun
ia mesti dihadapi dengan sabar dan tawakal kerana ia adalah fitrah hidup
manusia. Ia selari dengan apa yang telah ditegaskan oleh Allah Taala dalam al
Quran yang bermaksud; “Maha
Suci Allah Yang di tangan-Nyalah segala kerajaan, dan Dia Maha Kuasa atas
segala sesuatu, yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa
di antara kamu yang lebih baik amalnya.” (QS al-Mulk [67]: 1-2)
Sunday, 1 October 2017
REZEKI BERKAT KELUARGA SIHAT
OLEH : DR. AHMAD KAMAL BIN ARIFFIN, 012 6650387
PAKAR KAUNSELING KELUARGA
MALAYSIA.
PENDAHULUAN
Semua pasangan suami isteri yang sihat dari segi emosi dan
mental punyai impian untuk miliki sebuah institusi keluarga yang bahagia.
Ironinya, masyarakat mempersepsi imej sebuah keluarga yang bahagia banyak berdasarkan
kepada trait-trait berikut;
1.
Bebas daripada krisis kesihatan
2.
Bebas daripada krisis kewangan
3.
Miliki pengangkutan yang berkualiti
4. Saiz
rumah dan lokasi rumah yang bagus
5.
Punyai jiran tetangga yang berpekerti
mulia
6.
Budaya bercakap seisi keluarga yang
harmoni
7. Miliki
perolehan sumber kewangan yang mampan
Berkaitan dengan itu, jumhur ahli psikologi Islam berpendapat
bahawa kunci utama bagi membina sebuah institusi keluarga yang harmoni, aman,
bahagia serta bebas daripada sakit poket dan sakit penyakit ialah kerana natijah daripada rahmat rezeki yang berkat.
Persoalannya, apakah ilmu sebenar yang berhubung rezeki yang berkat menurut
syariat Islam? Jelasnya, terdapat juga pandangan
kalangan bijak pandai yang berkata bahawa rezeki yang berkat itu bersifat “Sedikitnya
cukup, banyaknya boleh diagih-agihkan”.
KEPENTINGAN REZEKI BERKAT
Dari segi bahasa berkat atau “barakah” bermaksud bertambah dan
berkembang. ia menunjukkan ‘kebaikan yang banyak’. Punca rezeki jadi berkat,
mudah bertambah dan cukup dari semasa ke semasa menurut Nabi Muhammad Saw
seperti yang telah diriwayatkan oleh Muaz bin Jabal ialah kita budayakan sikap
suka bersedekah. Misalnya, berlaku suatu hari apabila Nabi Muhammad Saw
bertanya kepada sahabatnya (Muaz), mahukah kamu aku beritahu punca rezeki kamu
berkat bercukupan. Maka dijawab oleh sahabatnya mahu. Maka Nabi Saw menjelaskan
bahawa ummat baginda akan sentiasa murah rezeki dari segi makanan, duit dan
ilmu pengetahuan jika ia suka memberi dan bersedekah dengan perkara yang sama.
Sebaliknya, sikap kedekut, memakan riba, memberi dan menerima rasuah, menipu
dalam jual beli, mencuri harta orang lain dan memakan harta anak yatim akan
menjadikan seseorang itu rezekinya tidak berkat. Kesannya ialah timbul penyakit
tekanan emosi, mudah stress, ditimpa pelbagai krisis hidup dan wajahnya akan
kelihatan masam, menakutkan dan tidak dipercayai oleh orang kebanyakan.
Kesan hidup dengan rezeki yang tidak berkat banyak diperkata dan
dibahas oleh kalangan ahli psikologi. Diantara tanda-tanda hidup orang yang
rezekinya tidak berkat ialah;
1.
Ada kerja tetapi kerjanya tidak
pernah siap
2.
Ada tindak usaha tetapi hasilnya
tidak berbaloi
3.
Ada duit banyak namun terlalu cepat
sangat habis
4. Ada
banyak masa tetapi sentiasa terlepas begitu sahaja
5.
Ada banyak kawan tetapi tidak seorang
pun sudi membantunya
6.
Ada bakat istimewa tetapi tidak boleh
dimanfaat oleh diri sendiri dan orang lain.
Setiap ahli keluarga mesti ambil berat soal rezeki berkat (halal)
ini kerana jika dikesamping atau dipandang remeh, ia akan menatijahkan barah
psikososial ummah yang impaknya bukan sahaja memberi imej buruk terhadap bangsa
Melayu malah ummah Islam itu sendiri. Bukan senang nak masuk syurga dan bukan
senang nak miliki hidup yang bahagia. Ia memerlukan ilmu, penghayatan, latihan,
amalan, teladan dan pengorbanan. Allah Taala telah berfirman maksudnya; “Wahai
sekalian manusia! makanlah dari apa yang ada di bumi yang HALAL lagi baik, dan
janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana Sesungguhnya Syaitan itu
ialah musuh Yang terang nyata bagi kamu”. (al-Baqarah: 168)
KAEDAH MERAIH REZEKI BERKAT
Setiap hajat jika ingin mudah diraih kuncinya ialah doa. Nabi
Muhammad Saw pernah bersabda maksudnya;
“Doa adalah senjata (sumber) kepada orang mukmin (selamat)” –
Hadis Riwayat Abu Ya’la. Saya sertakan doa murah rezeki dan seterusnya
diberkati hidup bersumber rezeki yang halal seperti berikut;
. اللَّهُمَّ اكْفِنِي
بِحَلاَلِكَ عَنْ حَرَامِكَ وَأَغْنِني بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِـوَاكَ
“Ya Allah,
cukupilah aku dengan (rezeki)-Mu yang halal (hingga aku terhindar) dari yang
haram. Kayakanlah aku dengan kenikmatan-Mu selain-Mu“.
Sembari itu, jika
kita rujuk kepada al Quran, maka terdapat 8 doa mohon kemurahan dan keberkatan rezeki oleh Allah iaitu
:
- Ayat seribu dinar : Surah At Talaaq Ayat ke 2 dan ke 3
- Doa Nabi Muhammad S.A.W : Surah Ali Imran Ayat ke 27
- Doa Nabi Muhammad S.A.W : Surah Saba’ Ayat ke 36
- Doa Nabi Muhammad S.A.W : Surah Saba’ Ayat ke 39
- Doa Nabi Isa A.S : Surah Al Maidah Ayat ke 114
- Doa Nabi Musa A.S : Surah Al Qasas Ayat ke 24
- Doa Nabi Ibrahim A.S : Surah Ibrahim Ayat ke 37
- Doa Nabi Ibrahim A.S : Surah Al Baqarah Ayat ke 126
Seterusnya, bagi memastikan rezeki kita berkat, maka kita mesti
memastikan perkara yang berhubung latarbelakang, sebab musabab dan perkara
penting berkaitan rezeki yang kita usaha dan miliki iaitu dari segi;
1.
Barangnya
2.
Sumbernya
3.
Prosesnya
4. Bahannya
5.
Pilihannya
6.
Caranya
Ini adalah kerana, rezeki (duit, makanan, pakaian, kenderaan,
rumah kediaman dan seumpamanya) akan diguna, dimakan dan dinikmati bukan sahaja
untuk diri sendiri malah juga buat pasangan dan anak-anak sendiri. Malah, menurut Nabi Muhammad Saw,
setiap apa yang kita usahakan dan nikmati di dunia ini akan dipersoal kembali
oleh Allah di padang mahsyar kelak. Perkara ini disebut dalam Sunan
At-Tirmidizi bahawa
diriwayatkan oleh Abdullah ibn Masud bahawa Nabi SAW telah bersabda maksudnya, “Kedua-dua
kaki anak Adam (manusia) tidak akan melangkah dari hadapan Allah pada hari
kiamat sebelum dia akan ditanya lima hal. Umurnya, untuk apa dia habiskan. Masa
mudanya, untuk apa dia habiskan. Hartanya, cara apa dia perolehi dan untuk apa
dia telah gunakan, serta apa yang dia perbuat dengan ilmunya.”.
Seterusnya bagi
memiliki setiap rezeki yang diterima sama ada banyak atau sedikit itu mendapat
keberkatan daripada Allah S.w.t maka kita perlulah juga meneliti perkara
berikut :
1. Kita tidak meninggalkan sebarang
perintah Allah seperti sembahyang dan mengeluarkan zakat sepanjang tempoh kita
mencari rezeki.
2. Kita tidak melakukan perkara-perkara yang
dilarang dan maksiat seperti menipu, tidak amanah, tidak menepati masa, bertangguh
kerja dan seumpamanya tatkala di tempat kerja.
3. Kita bekerja dengan niat untuk
membantu diri sendiri dan orang lain dengan penuh ihsan, jujur dan tekun.
4. Kita menjaga lidah dan anggota
badan kita daripada merosakkan maruah diri, keluarga dan orang lain.
5. Kita yakin bahawa Allah yang
memberi kita rezeki. Justeru, kepada Allah sahaja kita berserah, mengadu dan
berharap.
TANDA NIKMATI REZEKI BERKAT
Menurut Ibnu Hajar
al Asqalani (1448M) bahawa tanda seseorang itu miliki rezeki yang berkat ialah;
1.
Dia semakin baik dari segi karektor
2.
Dia istiqamah dengan imej sahsiah terpuji.
Mengenainya, umum
mengambil maklum tentang ungkapan “Anda ialah apa yang anda makan”. Jika kita
makan makanan yang datang daripada duit rompakan, rasuah, riba dan seumpamanya,
maka natijahnya ialah negatif. Bersusah dahulu bersenang kemudian. Jangan ambil
mudah berhubung halal dan haram dalam mencari rezeki. Ini kerana, jika
seseorang manusia selagi hayatnya ada, jika dia amalkan sikap makan rasuah,
ambil rasuah atau memberi rasuah, maka hakikatnya dia sedang menyediakan
dirinya untuk diazab oleh Allah di alam akhirat nanti. Pentas hidup setiap kita
didunia ini adalah untuk dinilai, diuji dan diambil peduli oleh setiap ummah.
JENIS REZEKI BERKAT
Setiap pasangan
yang beriman, mesti menyedari bahawa untuk mendapat rezeki yang berkat, kita
mesti tahu apa jenisnya. Ia bagi membantu pemikiran dan hati kita agar sedar
hala tuju dan fokus diri berhubung setiap tindakan yang kita lakukan. Dari segi
psikologi, fitrah setiap manusia ingin rezekinya berkat dan mendapat reda
Allah. Berikut adalah jenis-jenis keberkatan menurut perspektif Islam;
1.
Keberkatan zahir : iaitu kekayaan fizikal atau materi
berupa harta benda seperti kenderaan, rumah dan peralatan elektronik yang
membantu memudahkan seseorang itu beribadat dan menjadi hamba Allah yang soleh.
2.
Keberkatan tersembunyi : iaitu seseorang yang memiliki akal
yang cerdas, kesihatan yang baik dan tidak mengalami sebarang penyakit yang
boleh mengganggu kebahagiaan dan keharmonian hidupnya.
3.
Keberkatan akhirat : iaitu seseorang yang tergerak
hatinya untuk beribadat kepada Allah (solat sunat, mengaji al Quran dan
bersedekah di masjid) bertujuan untuk mendapat keredaan Allah.
Sehubungan dengan
itu, jelas bahawa rezeki yang berkat bukan semata-mata merujuk kepada aspek
duit atau wang ringgit atau emas yang banyak dimiliki. Sebaliknya, rezeki yang
berkat juga adalah berhubung dengan kesihatan, kecerdasan, kemahiran, keimanan
hinggalah adanya sifat ihsan yang dimiliki oleh seseorang. Maka hendaklah
bersyukur banyak-banyak kehadrat Allah jika seseorang itu Allah kurniakan
pasangan (samada suami atau isteri) yang sikapnya penuh kasih sayang, warak,
jujur, rela berkorban, pendengar yang setia dan menjadi “role model” kepada
setiap ahli keluarganya.
Firman Allah yang bermaksud: “Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi,(kemakmuran) tetapi mereka mendustakan [ayat-ayat Kami] itu, maka Kami siksa mereka (dengan kemiskinan dan kekacauan ) disebabkan perbuatannya”. Al-‘Araf (96).
HUBUNGAN REZEKI BERKAT DAN KELUARGA
SIHAT
Banyak bukti yang terkumpul dalam sirah pengalaman hidup saya
sebagai pakar kaunseling keluarga di Malaysia mendapati jika seseorang suami
atau isteri memberi makan minum, pakaian dan rumah tempat tinggal hatta kereta
motor yang mereka guna bersumber rezeki yang haram, akan menghadapi
krisis-krisis rumahtangga yang kadangkala tak sanggup untuk saya dengar dan
sukar untuk saya interpretasikan. Misalnya isu;
1.
Ada kereta, tetapi kereta asyik rosak
2.
Ada kawan, tetapi kawan makan kawan
3.
Ada jiran, tetapi jiran tak hormati
hak jiran
4. Ada
pekerjaan, tetapi asyik tukar-tukar pekerjaan
5.
Ada isteri, tetapi isteri tidak taat
kepada perintah isteri
6.
Ada kemahuan untuk berjaya, tetapi
susah nak bertindak dan mencuba jaya.
7. Ada
anak tetapi anak mengalami kecelaruan mental (Mental Illness Disorder)
Menyedari betapa keluarga yang sihat
dari segi hubungan komunikasi, perorangan dan sikap hormat dan saling
melengkapi, bertitik tolak daripada rezeki yang berkat atau halal, maka perkara
ini mesti diberi perhatian penuh oleh setiap pasangan suami isteri demi untuk
memastikan nilai “rumahku syurgaku” dapat dibina mahupun dipertahankan.
KESIMPULAN
Mencegah lebih baik daripada merawat.
Kita boleh mencegah dari terjerumus ke lembah
suasana hidup berkeluarga yang tak bahagia natijah daripada terbelenggu
dengan hidup bersumber rezeki yang tidak berkat. Rezeki yang berkat (halal)
sangat penting dalam hidup kerana ia adalah sunnah Nabi Muhammad Saw, dituntut
oleh Allah dan akan dihisab oleh Allah pada alam mahsyar kelak. Biarlah kita
bersusah dahulu dan bersenang kemudian. Biarlah hidup kita patuh syariat dengan
tujuan terhindar daripada masalah hidup yang berat, tidak bernoktah dan
dipandang hina oleh masyarakat. Dengan
adanya rezeki yang berkat, keluarga jadi sihat dan mudahlah masalah diatasi
secara muafakat. Akhirnya, suka saya kongsikan intipati lirik lagu
kumpulan muzik Indonesia “Wali Band”
bertajuk Yang Penting Halal yang berbunyi;
Biar kerjaku begini, biar gajiku
sebegini
Yang penting halal untukmu yang ku
beri
Pedih ya memang pedih, letih jangan
ditanya lagi
Yang penting halal untukmu yang ku
beri
Subscribe to:
Posts (Atom)