Tuan tuan yang mulia,
Telah diucapkan oleh
seorang alim bahawa;
"Pada zaman dahulu,
Islam tidak pernah berlaku mana-mana konflik antara Iman, Ilmu Sains dan ilmu
dunia. Tiada konflik. Ilmu pengetahuan dunia ini, ia hanya merupakan hasil
sampingan dari salah satu tanda Kebesaran Allah. Kerana Allah SWT tidak hanya
menciptakan dunia ini. Dunia ini, dunia fizikal ini, Asfala safilin, ia adalah
yang rendah dari terendah. Allah SWT, saat ini sudah menciptakan banyak dunia
dan alam semesta lain yang tak terhitung jumlahnya. Teori-teori yang telah
dihasilkan dari berbagai penelitian Sains dan rekayasa, yang berkaitan dengan
dunia ini, ia tidak boleh diaplikasikan pada dunia yang lain. Ia bahkan tidak
boleh diaplikasikan pada planet-planet yang lain dan tentu sekali tidak pada
Matahari. Jadi apakah kesimpulannya? Apakah kesudahannya?
Maka dalam merenungkan
semua ini, umat manusia harus, pada setiap masa dan ketika, maklum bahawa dunia
ini adalah yang rendah dari terendah, dan terdapat dunia yang lebih tinggi,
lebih luas, lebih mendalam dan melebihi segala-galanya. Dunia yang dimaksudkan
itu adalah Alam Malakut. Alam bagi kekuasaan Allah SWT, dan lebih daripada itu
adalah alam dari kekuasaan Nabi (AS) yang juga telah turut diwujudkan. Melebihi
segala-gala yang adalah kekuasaan dan kebesaran Allah SWT. Dengan memahami
semua ini, manusia tidak akan pernah berkata, “Aku berfikir maka aku ada.” Dia
tidak akan pernah berkata, “‘kerana aku berfikir dan aku mengetahui semua ini,
maka aku wujud.” Tidak. Lebih banyak dia merenung pada bahagian dalaman tubuh
manusia, dari pembentukan secara fizikal, hingga ke komponen-komponen yang
terkandung di dalam sel-sel darah, lebih banyak dia meneliti dan mengkaji,
lebih banyak lagi dia akan mengetahui bahawa terdapat alam demi alam demi alam
yang tiada berujung. Dan dia akan berkata, “SubhanaAllah!”
Seorang mukmin
sejati.......pada setiap detik dan waktu, dia akan berkata, “SubhanaAllah!
Betapa hebatnya Tuhanku!” Pada setiap ciptaan yang dilihat, yang berada di luar
dirinya sendiri, pemandangan alam semula jadi dengan langit membiru dihiasi
awan-gemawan yang memutih, matahari yang berkemilau terang di lautan luas nan
biru, gurun padang pasir yang terbentang sepanjang pandangan, pohonan dari
pelbagai rona hijau, juga gunung-ganang yang berdiri teguh tanpa pasak, dan tak
terhitung lagi keindahan alam ciptaan Allah SWT, semua ini akan membawa
keinsafan dan kesedaran terhadap kebesaran Tuhan maha Agung, dan dia akan
mengatakan, SubhanaAllah!
Segala Kemuliaan, segala
Kebesaran hanya untuk Allah. Maka biasakan tuan-tuan agar kita bertanyakan
"Siapakah diriku? Siapakah aku?" lalu saat itu, orang-orang beriman
akan mula memahami serba sedikit dari doa Nabi Yunus (AS): “Tiada tuhan selain
Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku telah termasuk dalam kalangan
orang-orang yang berlaku zalim.”
Selalunya memuhasabah dan
mengkoreksi diri. Semoga kita selamat daripada azab kubur. Saya doakan kita
semua, khusus sahabat saya dirahmati dan diampuni oleh Allah Taala.
Akhukum Fillah,
Dr. Ahmad Kamal bin
Ariffin.