Thursday, 13 October 2011

PENYAKIT HATI AKIBAT API KEMARAHAN



 

 

 

Hasad            

(Dengki)                     “Hasad itu memakan (membinasakan) kebajikan, Sebagaimana api memakan kayu”.

Maksud Hadith


                                    2 Jenis hasad:

1.            Rasa kurang senang nikmat yang diperolehi oleh orang lain, lalu mengharapkan nikmat itu terhapus darinya.
2.            Tidak mengharapkan nikmat itu lenyap daripada orang lain tetapi menginginkan nikmat yang sama kepada dirinya. (Ghibtah).

“Apabila kamu mendapat kebaikan, niscaya mereka akan merasa kurang senang, tetapi apabila kamu mendapat kejelekan, maka mereka pun merasa gembira ria kerananya”
ali-Imran:120


Berlumba mencari kesenangan dunia tidak dilarang ada kalanya dituntut.

Hasad yang dibenarkan:

Seorang yang dikurniakan harta yang banyak lalu ia menaburkan harta itu kepada yang hak dan benar sehingga habis.

Seorang yang dikurniakan Allah ilmu,lalu ia mengamalkan  ilmu itu serta mengajarnya kepada orang ramai.

Sebab

Hasad                        
1.         Permusuhan dan kebencian.
2.         Sifat meninggi diri.
3.            Kegemaran menjadi ketua.
4.            Busuk hati dan kedekut menderma kebajikan.

Dendam                      Hati yang merasa tersangat berat terhadap seseorang contohnya membencinya, menjauhkan diri daripadanya dan sifat ini sentiasa bersemadi dalam hati  anda dan sentiasa hidup.

Kesan                         1.         Tidak senang melihat seseorang di
Dendam                                  dalam kenikmatan.
2.            Merasa senang apabila melihat orang terkena bencana.
3.            Memutuskan perhubungan walaupun dia cuba berbaik dengan anda.
4.            Kiranya orang itu lebih rendah kedudukannya maka anda akan memalingkan diri anda daripadanya.
5.            Mengucapkan kata-kata yang tidak patut terhadap orang itu:
Berbohong / Mengumpat. / Membocorkan rahsia. / Melanggar kehormatan.
6.            Mengejek dan mendedah keburukan perilakunya.
7.            Menganiaya dengan memukul atau menyakitinya.
8.            Menahan hak miliknya.

Serendah-Rendah Darjat Dendam

1.     Tidak mahu bermuka manis
                                                       terhadap orang itu.

2.    Tidak berlaku belas kasihan.

       3.   Tidak mengambil berat.
4.    Tidak redha menolong.

       Buat baik dibalas baik, biasa.
       Buat jahat dibalas jahat, biasa.
       Buat jahat dibalas baik,luar biasa.
       Hanya manusia budiman yang boleh melakukannya.
HAMKA


Maaf                            Apabila anda  mempunyai hak untuk membalas, lalu anda gugurkan hak itu, dan bebaskan orang yang patut menerima pembalasan.

“Dan kiranya kamu memaafkan itu adalah lebih dekat kepada taqwa kepada Allah”
                                                                                  (al-Baqarah :237)

                                    “ Merendah diri itu tiada menambahkan seseorang hamba itu melainkan ketiggian, maka hendaklah kamu merendah diri moga-moga Allah akan meninggikan darjatmu dan memberi maaf pula tiada menambahkan seseorang hamba melainkan kemuliaan, maka hendaklah kamu memaafkan, moga-moga Allah akan memuliakan dirimu. Dan sedekah itu tiada akan menjadikan harta itu melaikan bertambah-tambah, maka bersedekahlah kamu agar Allah akan merahmati kamu.”

Maksud Hadith




Belas Kasihan          

Sifat terpuji. Keluhuran budi. Kesucian jiwa. Lawannya kekerasan  dan kekasaran.

“Barang siapa yang telah dikurniakan sifat belas kasihan, maka ia telah diberikan bahagiannya dari kebaikan dunia dan akhirat. Barang siapa yang telah dihalangi dari belas kasihan, maka ia telah terhalang bahagiannya dari kebaikan dunia dan akhirat.”

Maksud Hadith


Ihya’Ulumiddin – Imam Ghazali                              23.7.2002 0815



PENAWAR
DENGKI                     1.               Pengetahuan
-          Tahu bahaya bagi  diri untuk urusan dunia atau agama.
-          Tidak membahayakan orang yang didengki malah mendapat faedah.
-          Bila mendengki orang lain maka bererti anda menentang Qadho’ dan Qadhar Allah.
-          Menyangkal keadilaan Allah.
-          Menyangkal nikmat yang diberikan Allah kepada sekelian hambanya.
-          Terdapat sesuatu hikmat tersembunyi dalam sesuatu kejadian.
-          Jenayah ketauhidan.
-          Kecacatan keimanan.
-          Menyeleweng dari jalan Wali dan Nabi yang menggalakkan mencintai kebajikan.
-          Menyertai  iblis.
-          Rasa pedih sepanjang hidup dengan berdengki.
-          Merasa sedih kerana seteru diliputi kenikmatan.
-          Muram apabila bencana tidak mengenai musuh.
-          Sebaliknya bencana mengenai diri sendiri.
-          Nikmat musuh tidak akan terhapus dengan hasad anda.
-          Segala umpatan diibaratkan hadiah kepada musuh.
-          Segala kebajikan anda diberi kepada musuh di akhirat, tinggallah anda sebagai muflis.
-          Dosa musuh menggantikan amalan anda yang telah muflis.
-          Menaruh musuh kepada diri sendiri dan kawan kepada musuhmu.
-          Hasad mendatang kecelakaan dunia akhirat.
-          Musuh mendapat manafaat dunia akhirat.
-          Anda orang yang tercela kepada Allah dan orang ramai.

-          Memaksa diri melakukan bertentangan dengan apa yang di hasadkan.


2.            Merendah diri terhadap orang yang didengki.

3.            Bersyukur dengan kenikmatan.

4.           Tunjukkan keikhlasan kepada musuh.

5.            Menghargai musuh.

6.            Berniat mendapat keredaan Allah.

7.            Lakukan dengan hikmah dan baik.



SELAMAT MAJU JAYA – Ikhlas daripada Presiden EMMC Malaysia - emmcresourcesmalaysia@yahoo.com.

ILMU PENGURUSAN - UNTUK DIKAJI





GRID PENGURUSAN

OLEH

ROBERT BLAKE DAN JANE MOUTON



1,9









9,9






                     






























ORANG





5,5






































1,1











9,1

PRODUK



                    1.1                    Pengurusan Miskin

                    1.9                    Pengurusan Kelab Rekreasi

                    9.1                    Pengurus Autoktarik

                    5.5                    Pengurus Sederhana

                    9.9                    Pengurus Pasukan




1.1 PENGURUSAN MISKIN


1. Tidak begitu memberi perhatian kepada orang atau produk.

2. Kurang melibatkan diri dalam pekerjaan.

3. Menunggu tanpa buat apa-apa.

4. Bertindak sebagai pesuruh yang menyampaikan maklumat daripada ketua kepada subordinit.





1.9. PENGURUSAN KELAB REKREASI

1. Kurang atau tidak menaruh perhatian terhadap produk.

2. Mengambil berat kepada orang.

3. Menggalakkan persekitaran yang mesra, rehat dan, gembira.

4. Mengenepikan matlamat perusahaan.

      
9.1.    PENGURUS                    AUTOKRATIK


1. Mengambil berat kepada pengembangan sesuatu operasi yang cekap.

2. Sedikit atau tiada langsung perhatian terhadap orang.

3. Kepimpinan yang Autokratik.




5.5 PENGURUS SEDERHANA

1. Perhatian yang sederhana terhadap produk dan orang.

2. Mempunyai semangat bekerja yang mencukupi tetapi tidak luar biasa.

3. Tidak menetapkan matlamat yang terlalu tinggi.

5. Berkemungkinan mempunyai sikap autokratik tetapi murah hati terhadap orang lain.




          9.9 PENGURUS PASUKAN

1. Dedikasi terhadap orang dan produk.

2. Pengurus pasukan yang tulen yang memadukan keperluan produk dengan keperluan individu.


PEDOMAN UNTUK MUSLIM



“Serulah ke jalan Tuhanmu dengan kebijaksanan dan nasihat (peringatan) yang baik”.
(an-Nahl:125)

“Moga-moga Allah akan menukarkan keadaan kamu dengan orang-orang yang kamu bermusuh-musuhan itu dengan kasih sayang”.

(Al-Mumtahinah:7)

“Kamu tidak mungkin akan menguasai orang ramai dengan dengan harta kekayaan kamu, tetapi kuasailah mereka dengan wajah yang berseri-seri dan budi pekerti yang luhur”

Maksud Hadith

“Kiranya seseorang kamu mencintai saudaranya, maka hendaklah diberitahukan kepadanya”.

Maksud Hadith

“Beri memberilah antara kamu, niscaya kamu akan cinta mencintai antara sesama kamu”.

Maksud Hadith




“Modeling may not only the best way to teach; it may only way to teach”.

Albert Schweitzer


“Catch people in the act of doing something right”.

Ken Blanchard


“We need to have respect and love for all things and all people”.

Don Doyhis


“People rarely succeed at anything unless they are having fun doing it”.

La Rochefoucauld


There are two things people want more than sex and money, that’s praise and recognition”.

Mary Kay Ash


“Many managers ignore or undersestimate the power of praise”.
Roger Flex

I can live for two months on a good compliment”.

Mark Twain



46% of those who quit their jobs last year did so because they felt unappreciated”.

U.S.Department of Labor


“Not a gift of cow, nor a gift of land, nor yet a ift of food, is so important as the gift of safety, which is declared to be the great gift among all”.

Panchatantra (5th.Century)


















“People rarely succeed at anything unless they are having fun doing it”.

La Rochefoucauld




AMALAN MULIA UNTUK MURAHKAN REZEKI





Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:

1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba.
Sabda Nabi s.a.w.:
“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan
menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad,Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3.Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:
“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

4.Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:
“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)

5.Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:
“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani,al-Asybahani dan al-Hakim)
Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki,
berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:
“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6.Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin,juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:
“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7.Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:
“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)

8.Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan,kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9.Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata:
“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain.Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10.Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti hariansebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11.Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda:
“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

12.Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda:
“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13.Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14.Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah

15.Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16.Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:
“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)

17.Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki. Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki. Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat
menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu;
misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi
doa: “Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu,bukalah
pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya `Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, diatidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18.Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19.Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah
beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)
Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya,hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20.Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah . Firman-Nya:
“Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan(keperluannya) .” (At-Thalaq: 3)

Nabi s.a.w. bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattabr.a.)
Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3)

Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

Presiden EMMC Malaysia - emmcresourcesmalaysia@yahoo.com / 012 6650387