Thursday, 22 December 2011

JERSLIN POWER OIL 1001 RAHSIA







Minyak jerslin diperbuat daripada bahan-bahan seperti HIRUDO MANILLENSIS (ekstak lintah), campuran herba terpilih seperti HABBATUS SAUDA, MINYAK ZAITUN, MINYAK BIJAN dan MINYAK BUNGA MATAHARI
CARA MENGGUNA

SAPU dan urut di tempat bermasalah selama 5 - 10 minit sekerap 1 atau 2 kali sehari.



MINYAK JERSLIN DIGUNAKAN UNTUK MEMULIHKAN MASALAH SEPERTI BERIKUT:-
1.             Asma / Lelah / Semput - SAPU di dada
2.             Anak yg dilahirkan kurang sihat - SAPU dari hujung rambut ke hujung kaki
3.             Alahan / Alergi makanan laut - SAPU dari hujung rambut ke hujung kaki
4.             Buasir - SAPU di dada dan di kerongkong
5.             Demam - SAPU di kaki dan pakai stokin
6.             Gastrik - SAPU di perut
7.             Gout - SAPU di tempat bermasalah
8.             Jangkitan Faraj/Keputihan - SAPU di kemaluan
9.             Ketidakseimbangan hormon - SAPU dari hujung rambut hingga ke hujung kaki
10.          Kencing Manis/Darah Tinggi - SAPU dari hujung rambut hingga ke hujung kaki
11.          Kekejangan Otot/Simpul Biawak - SAPU di tempat bermasalah
12.          Kembung Perut - SAPU di perut
13.          Kesukaran bernafas - SAPU di dada dan hidung
14.          Keracunan makanan - SAPU di perut dan dubur
15.          Kerap buang air kecil - SAPU di kaki dan bawah pusat
16.          Kesuburan Lelaki/Wanita turun - SAPU di kemaluan
17.          Kurang tumpuan terhadap pelajaran - SAPU di kepala
18.          Kolestrol tinggi - SAPU di keseluruhan badan
19.          Mata kabur / selalu keluar air mata - SAPU di kelopak dan bawah mata
20.          Kesejukan di kaki dan tangan - SAPU di kaki dan tangan dan pakai stokin
21.          Kayap - SAPU di tempat bermasalah
22.          Kutil/Tumor/Ketumbuhan - SAPU di tempat ketumbuhan
23.          Mati pucuk / Kurang bernafsu - SAPU dari hujung rambut hingga ke hujung kaki
24.          Mati anggota tubuh atau lumpuh - SAPU dari hujung rambut hingga hujung kaki
25.          Monopause - SAPU di kemaluan
26.          Putaran haid tidak tetap masa - SAPU pada kemaluan
27.          Peranakan turun - SAPU pada bawah pusat dan naikkan
28.          Resdung - SAPU di hidung
29.          Sakit kepala atau migrain - SAPU di kepala dan muka
30.          Sakit buah pinggang - SAPU pada pinggang
31.          Sembelit / Cirit - birit  - SAPU di dubur
32.          Sakit Sendi/ lutut bengkak - SAPU di tempat bermasalah
33.          Senga-sengal tulang - SAPU dari hujung rambut hingga ke hujung kaki
34.          Sakit usus - SAPU di tempat bermasalah iaitu sekitar bawah pusat
35.          Selalu selsema - SAPU di hidung
36.          Susah dapat anak - SAPU di tapak kaki dan kemaluan (suami dan isteri)
37.          Senggugut - SAPU di tempat yang sakit
38.          Senang beremosi / cepat marah - SAPU di kepala
39.          Susah ingat pelajaran / bebal - SAPU di kepala dan ubun-ubun
40.          Susah hendak tidur - SAPU di seluruh badan
41.          Stroke / angin ahmar - SAPU dari hujung rambut hingga hujung kaki
42.          Tidak bersemangat / selalu keletihan - SAPU dari hujung rambut hingga hujung kaki
43.          Tekanan darah tinggi /tekanan darah rendah - SAPU dari hujung rambut hingga hujung kaki
44.          Tulang reput / mudah patah - SAPU di tempat yang bermasalah
45.          Tiroid - SAPU di tempat yang bermasalah

22 TANDA HARI KIAMAT SEMAKIN HAMPIR

1.Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).
2.Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah,atau filem.
3.Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.
4.Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.
5.Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.
6.Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.
7.Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.
8.Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.
9.Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.
10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.
11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).
12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.
13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.
14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.
15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,
16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.
17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.
18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.
19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.
20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.
21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).
22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah

Saturday, 12 November 2011

Lirik Lagu Motivasi





TANGAN YANG MEMBERI

Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima
Menolong orang jangan harap balasannya
Biar dengan ikhlas janganlah separuh hati
Tiap yang berbakti Tuhan Maha Mengetahui

Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima

Kesucian diri itulah sifat paling dipuji
Senyuman di bibir keindahan budi bahasa
Keluhuran hati kita akan berbahagia

Sikit sama merasa
Fakir jangan dilupa
Hidup kita hanya sementara
Manusia bersaudara
Kasih sesama kita
Jauhi dari bersengketa.

…………………………………………………………………………………………

                                                      FIKIR BOLEH

1.         Jika kau fikirkan kau boleh                        
            Kau hampir boleh melakukan                                  
            Jika kau fikirkan ragu-ragu                                     
            Usahamu tidak menentu                               

2.         Jika kau fikirkan kekalahan
            Kau hampiri kegagalan                                              
            Jika kau fikirkan kemenangan                                  
            Kau hampiri kejayaan                                                

3.         Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Berfikir boleh melakukan
Fikirkan boleh

4.         Percaya apa yang kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
ENGKAU BOLEH



AL-FATIHAH…..untuk Allahyarham Sudirman Hj Arshad



TANGAN YANG MEMBERI

Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima
Menolong orang jangan harap balasannya
Biar dengan ikhlas janganlah separuh hati
Tiap yang berbakti Tuhan Maha Mengetahui

Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima

Kesucian diri itulah sifat paling dipuji
Senyuman di bibir keindahan budi bahasa
Keluhuran hati kita akan berbahagia

Sikit sama merasa
Fakir jangan dilupa

Hidup kita hanya sementara

Manusia bersaudara

Kasih sesama kita

Jauhi dari bersengketa.

PERASA

Pembimbing Rakan Sekerja                             Membina diri membimbing rakan dan taulan

Saling membantu dan juga bekerjasama         Pulihkan yang negatif
Demi cabaran                                                  Kembangkan yang positif
Demi kehidupan                                              Demi agama, bangsa juga negara
Juga demi kejayaan
Yang lebih sempurna                                      PERASA
                                                                        Menolong bukan menghukum
PERASA                                                        Membimbing kita
Berfikiran rasional                                           Sesama rakan
Bertolak ansur serta memahami semua           Ikhlas dan murni
Insan sejati                                                      Membina dan membimbing
Menghormati menyayangi                              Semangat dihulurkan
Juga memperbaiki semua kesilapan                 Demi merapatkan persaudaraan
Membina diri
Membimbing rakan dan taulan
Pulihkan yang negatif
Kembangkan yang positif
Demi agama, bangsa juga negara

PERASA
Menolong bukan menghukum
Membimbing kita sesama
Rakan
Ikhlas dan murni
Membina  dan membimbing
Semangat dihulurkan
Demi merapatkan persaudaraan

REMAJA

Remaja
Ingatlah masa depanmu
Janganlah kau terleka
Di usia remaja

Kenanglah
Jasa ibu dan ayahmu
Susah payah mereka
Membesarkan kita

Gunakanlah masa yang ada
Dengan sebaiknya
Kuatkanlah tekad di hati
Memajukan diri
Tiada kejayaan yang datang
Tanpa usaha yang gigih
Bersusah-susahlah dahulu
Bersenang kemudian
Jadilah warga yang berguna
Pada keluarga, masyarakat jua negara

Waspada
Janganlah mudah terpedaya
Oleh hasutan dunia
Yang bisa merosakkan hidupmu
(Ingatlah remaja)















PESAN ABANG

Adikku muda remaja
Awasi bila melangkah
Wajahmu manis bak gula
Pasti ramaikan tergoda

Tidak dilarang kau bersuka
Asal tahukan batasnya
Jangan sampai adik terlupa
Harapan.. dan cita-cita…

IBU dan AYAH menaruh harapan
Agar kau berjaya
Di hari kemudian…..

Bila tiba waktu petang
Dari sekolah kau pulang
Bergalas buku di pinggang
Siapa lihat tertawan

Adik masih bersekolah
Awas segala dugaan
Adikkan ambil periksa
Agar senang… MASA DEPAN….

Tumpukan perhatian
Dengan sepenuhnya
Serahkan selainnnya kepada yang ESA….

Bila adik telah berjaya
Abangkan turut gembira
Tapi andai sebaliknya,
Jangan kau rasa kecewa

Sekali adik terkandas
Bukan untuk selamanya
Di HATI sematkan pesanan
Ingat abang…tetap sayang…
                                                                                              

AL-FATIHAH…untuk Allahyarham Sudirman Hj Arshad

MOTIVASI TERBAIK - Ikrar Pemuda - Lagu Inpirasi - Sawah Merdeka


IKRAR MURID

MAKA KAMI, MURID-MURID TINGKATAN 1 SEKOLAH RENDAH / MENENGAH ………………………………………
DENGAN PENUH KESEDARAN DAN RASA TANGGUNGJAWAB BERIKRAR AKAN :

¨    MEMATUHI SEGALA PERATURAN SEKOLAH DAN ASRAMA YANG TELAH DITETAPKAN
¨    SENTIASA BERDISIPLIN, BERHEMAH TINGGI DAN BERAKHLAK MULIA
¨    SENTIASA MENJAGA NAMA BAIK SEKOLAH DAN BERUSAHA MENINGKATKAN IMEJ SEKOLAH
¨    MENUMPUKAN SEPENUH PERHATIAN TERHADAP AKADEMI DEMI MENCAPAI KECEMERLANGAN
¨    MELIBATKAN DIRI SECARA AKTIF DALAM BIDANG KOKURIKULUM
¨    SENTIASA MENGHORMATI PARA PENTADBIR, GURU-GURU SERTA SELURUH WARGA SEKOLAH KAMI


NAMA;


..............................................
(                                               )

Kebesaran Allah Taala





Wednesday, 19 October 2011

ILMU ATASI MENGANTUK



Masalah yang dihadapi oleh kita iaitu mengantuk serta menguap sebaik-baik sahaja
memulakan pembelajaran atau mengulang kaji pelajaran khususnya membaca nota sememangnya sering kali dihadapi oleh kebanyakan murid.
Kalaulah saya bertanyakan kepada para murid apakah pandangan mereka mengenai pelajaran, saya pasti ramai yang akan memberi maklum balas yang negatif. Perkataan seperti malas, tidak ada mood, boring akan terkeluar daripada bibir mereka. Jika ada jawapan yang agak positif, hanyalah tidak mahu menghampakan harapan ibubapa atau diterima oleh individu tertentu.
Murid berasa bosan dengan pelajaran kerana dikelilingi dengan buku pelajaran dan kerja sekolah sejak berumur tujuh tahun lagi. Alam persekolahan yang berorientasikan peperiksaan akan meninggalkan kesan negatif. Sebagai seorang murid, pelajaran tetap penting untuk ke mercu kejayaan di masa hadapan.  Perasaan jemu, bosan, malas serta sikap sambil lewa terhadap pelajaran bermula dengan minda yang negatif. Apa yang perlu dilakukan ialah :-

1. Bina sikap yang positif. Kejayaan seseorang sebenarnya 90% ditentukan oleh tindakan dan hanya 10% sahaja ditentukan oleh pengetahuan sedia ada. Sekiranya kita membaca terlalu lama tetapi tidak menumpukan perhatian, maka kita hanya membuang masa. Jadi perbaikilah diri supaya menjadi lebih bersungguh-sungguh dan bersikap positif.

2. Persediaan minda.
Sikap negatif adalah daripada minda sendiri yang negatif. Oleh itu minda perlu diubah menjadi positif. Gunakan satu kaedah yang dinamakan Saranan Kendiri iaitu pembentukan kata-kata positif seperti berikut:-
“Saya mesti berusaha dan menjadi murid cemerlang. Belajar adalah wajib untuk masa depan. Orang lain boleh berjaya, saya yakin saya juga boleh berjaya.

3. Persediaan perasaan.
Fikiran dan perasaan yang positif, memudahkan lagi kita memberi tumpuan kepada pelajaran. Kita akan berasa selesa kerana perasaan tidak diganggu dengan kata-kata negatif.

4. Persekitaran yang sesuai.
Apabila ingin belajar, kita perlu mencari tempat yang sesuai tanpa sebarang gangguan. Mental dan emosi yang terganggu akan menjejaskan tumpuan fikiran.

5. Ketepikan seketika masalah sampingan.
Sekiranya kita menghadapi masalah lain seperti perselisihan dengan rakan sebaya, masalah kewangan dan sebagainya, kita perlu berkongsi atau meluahkan masalah kita kepada ibu bapa dan juga guru kaunseling di sekolah. Ini boleh mengurangkan tekanan lantas memberi laluan untuk kita menumpukan perhatian kepada pelajaran. Jika tidak berjaya, lawanlah fikiran dengan mengenepikan seketika masalah tadi. Percayalah setiap kejayaan akan diperolehi atas dasar usaha walaupun bermula dengan usaha yang penuh keperitan.



MOTIVASI - UJI MINDA BERASASKAN GAMBAR