Thursday, 17 October 2013

RESEPI KEJAYAAN DALAM KERJAYA

250 gm Daya usaha

100 gm Kesabaran

100 gm Keimanan

190 gm Keinsafan

150 gm Pengorbanan

150 gm Campuran akhlak mulia 

( boleh didapati dari didikan yang baik dan sempurna)

8 sudu the rasa tanggungjawab


200 gm senyum secukup rasa
Cara-cara membuatnya:
Pukul semangat hingga menjadi kembang dan kental. Masukkan usaha dan kesabaran, gaul sehingga sebati. Masukkan keinsafan sedikit demi sedikit . Biarkan adunan menjadi lembut. Setelah itu campurkan keimanan , rasa tanggungjawab dan campuran akhlak mulia. Ia perlulah dibungkus dengan kertas ingin tahu dan ingin mencuba. Masukkan adunan tersebut ke dalam mangkuk bertimbang rasa dan tolak ansur. Hiaslah dengan senyum yang menawan kemudian bakar dengan tenaga yang ada.
U/p : Untuk mendapatkan kek yang cantik dan elok, jauhilah ia dari air mata putus asa walaupun setitik. Oleh kerana kek kejayaan ini amat sukar unutk dibuat, syabas kepada sesiapa jua yang berjaya melaksanakan dengan baik.

Wednesday, 16 October 2013

WASIAT IMAM SYAFIEI

SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut: "Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara." 

PERTAMA: HAK KEPADA DIRI. Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

KETIGA : HAK KEPADA KUBUR Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMALPADA HARI KIAMAT) Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA) Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA) Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI S.A.W Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat,dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia darikemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

DOSA BESAR

70 DOSA BESAR;

Mengikut Imam Azzahabiyy dalam kitabnya “Al-Kabaair” beliau menghimpunkan jenis dosa-dosa besar sebanyak 70 perkara:

01 – Belajar ilmu dan sembunyi pengetahuan
02 – Bersaksi palsu
03 – Berjudi
04 – Bersumpah palsu dan bohong
05 – Berbohong
06 – Bergambar di baju (bila sembahyang)
07 – Perempuan pelacur
08 – Berbuat buruk terhadap yang lemah
09 – Berdebat dan memusuhi
10 – Bersifat dayus
11 – Bercakap kasar dengan orang tua
12 – Dusta atas nama Allah dan rasul-Nya
13 – Derhaka pada suami
14 – Derhaka pada hamba Allah, anggap baik dirinya
15 – Hakim derhaka
16 – Homosek (hubungan sejenis)
17 – Mengurangi timbangan
18 – Lari seorang hamba dari tuannya
19 – Lelaki menyerupai wanita
20 – Lari dari medan perang di jalan Allah
21 – Membunuh manusia
22 – Membunuh diri sendiri
23 – Mengamalkan sihir
24 – Meninggalkan sembahyang lima waktu
25 – Meninggalkan sembahyang jumaat
26 – Menderhaka kepada kedua ibu bapa
27 – Memutuskan hubungan silaturrahim
28 – Melakukan zina
29 – Makan harta anak yatim secara tidak betul
30 – Makan dari kekayaan haram
31 – Memberi dan menerima rasuah
32 – Melabuhkan pakaian kerana berlagak sombong
33 – Makan riba
34 – Minum arak
35 – Mencuri
36 – Merompak
37 – Melalukan kezaliman
38 – Melakukan pengkhianatan
39 – Menyebut-nyebut pemberian
40 – Mengingkari janji
41 – Memfitnah
42 – Mengutuk orang Islam
43 – Merasa aman dari kemurkaan Allah
44 – Menipu harta rampasan
45 – Melampaui batas
46 – Menuduh zina terhadap orang baik
47 – Memakai emas dan sutera (bagi lelaki)
48 – Mempercayai nujum dan sihir
49 – Menjadi bapa sanggup
50 – Mencari kesalahan orang lain
51 – Menganggu orang lain
52 – Menganggu tetangga
53 – Menyakiti dan memaki orang islam
54 – Mengintip dan membuka rahsia orang
55 – Mencaci sahabat Nabi
56 – Mengurangi wasiat
57 – Mengingkari takdir
58 – Putus asa dari rahmat Allah
59 – Penipuan dan kezaliman terhadap rakyat
60 – Riak dan mempamerkan diri
61 – Syirikkan Allah dengan sesuatu yang lain
62 – Sombong serta angkuh
63 – Sembelih untuk selain Allah
64 – Tidak mengeluarkan zakat
65 – Tidak berpuasa di bulan Ramadhan
66 – Tidak mengerjakan haji jikalau mampu
67 – Tidak istinjak selepas kencing
68 – Tidak mendengar cakap ibu bapa
69 – Tipu daya
70 – Wanita menyerupai lelaki

Jangan sekali-kali melakukan dosa-dosa di atas. Jika terlanjur cepat-cepat bertaubat sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Semuga taubat kita diterima oleh Allah. Amin ya Rabbal a'lamin.

DOA NABI DAUD A.S;



Diriwayatkan bahawa antara doa yang menjadi amalan Nabi Daud alaihis salam ialah : Ya Allah, aku memohon kepadaMu 4 perkara dan aku berlindung denganMu daripada 4 perkara.

4 perkara yang aku pohon dariMu ialah:
1. Mempunyai lidah yang sentiasa berzikir kepadaMu.
2. Mempunyai hati yang sentiasa bersyukur kepadaMu.
3. Mempunyai tubuh badan yang sanggup menahan sabar.
4. Mempunyai isteri yang sentiasa membantuku dalam urusan dunia dan akhiratku.

4 perkara yang aku memohon perlindunganMu ialah :
1. Mempunyai anak yang bersikap sebagai tuan kepadaku.
2. Mempunyai isteri yang menyebabkan aku beruban sebelum waktu aku patut beruban.
3. Mempunyai harta benda yang menjadi bencana dan menyusahkan diriku.
4. Mempunyai jiran yang suka menyembunyi dan memejamkan mata dengan kebaikan yang aku lakukan, tetapi menghebahkan kepada orang lain apabila sahaja melihat keburukanku.

7 KARAKTER INSAN BERJAYA MENURUT ANALISIS DAN KAJIAN DR. STEVEN COVEY;



1.Pro-aktif

Maksudnya mengambil tanggungjawab terhadap sesuatu perkara dan bukannya menuding jadi kepada orang lain atau persekitaran yang menimbulkan halangan dan masalah.

2.Mula dengan wawasan di dalam minda

Bina wawasan berdasarkan prinsip "utara-benar". Cipta satu pernyataan misi hidup anda dan bayangkan kesudahan misi anda itu. Minda anda perlu membayangkan kejayaan pencapaian misi tadi untuk merangsang diri anda melakukan langkah-langkah yang sesuai ke arahnya.

3.Utamakan yang utama

Dalam usaha mencapai sasaran jangka panjang, keluarkan kerja-kerja yang bersifat segera tetapi tidak penting untuk mencapai sasaran anda. Bahagikan tugas dan rancangan dengan sebaiknya agar anda tidak perlu memperincikan semua perkara.

4. Fikirkan Menang-Menang

Apabila menghadapi kebuntuan terutamanya apabila bertembungan kepentingan dengan orang lain, fikirkan penyelesaian yang memberi manfaat kepada setiap pihak. Dengan itu, keberhasilan penyelesaian itu akan mudah dicapai.

5. Dengar dahulu sebelum berkata

Sebelum anda meminta orang lain mendengar permintaan atau nasihat anda, dengar terlebih dahulu perihal latarbelakang mereka. Apabila latarbelakang mereka diketahui anda, anda dapat memikirkan satu penyelesaian yang memudahkan mereka menerimanya.

6. Sepadukan usaha

Amalkan kerja dalam kumpulan. Jika hal ini menjadi tabiat, pencapaian anda akan menjadi berganda kerana faktor kekuatan kumpulan mengatasi kekuatan individu.

7. Tajamkan pedang

Dari masa ke semasa, amalkan peningkatan diri supaya kadar produktiviti dapat ditingkatkan selaras dengan perubahan masa.

AHMAD KAMAL BIN ARIFFIN

Cr. Ahmad Kamal bin Ariffin

Berkelulusan dalam bidang;

1. B.ed (Hons) UPM 1999
2. M.ed UM 2006
3. CR (Kaunselor Bertauliah) - Malaysia & Asia Emirates Soc.
4. Phd - di UM (2012-2015)
5. Kaunselor Berdaftar (1616:1991)

Berpengalaman sebagai pendidik selama 7 tahun di SMK Seksyen 18, Shah Alam, warden asrama selama 3 tahun. Mendapat anugerah perkhidmatan cemerlang pada tahun 2004 oleh KPM.

Bermula pada 16 Ogos 2006, telah bertugas selama 1 tahun sebagai Penolong Pengarah Aduan Disiplin, KPM, selama 5 tahun sebagai Penolong Pengarah Pengurusan Kaunseling Sekolah Malaysia, KPM dan selama 1 tahun sebagai Pegawai Meja pengurusan Kelas Rancangan Khas, Pengurusan Akademik Sekolah Menengah dan Penulis Teks Ucapan Utama KPM dalam bidang Pendidikan Kaunseling, Karakter dan Kerjaya Murid, KPM

Selain tugasan umum di KPM, merupakan seorang Mission Specialist dalam Pembangunan Perancangan Organisasi di EMMC Resources Malaysia, pakar penulisan kertas cadangan pelaksanaan projek dan program profesional dan konsultan dalam bidang pengurusan dinamika organisasi, bakat, psikologi, kaunseling industri dan kerjaya.

Merupakan seorang yang suka menulis, membaca dan mendengar pelbagai pandangan dan forum intelek di dalam pelbagai lapangan dan disiplin ilmu.

Dalam Bidang Pengurusan Latihan dan Motivasi Pembangunan Organisasi Peringkat Super Mania, Tema dan Modul Latihan Adalah Seperti Di Bawah:

MY TRAINING PROGRAMS Are Often Based On Generic Competencies May Include These Skill Areas :


1.Coaching, Counselling & Mentoring
2.Problem Solving & Decision Making
3.Leadership
4.Interpersonal & Communication
5.Motivation
6.Initiative
7.Proactive Self Management
8.Planning & Organizing
9.Creative Thinking
10.People-Centric
11.Networking & Relationship Building
12.Team Leadership / Teambuilding
13.Strategic Thinking & Planning
14.Performance Management
15.Influencing & Negotiation
16.Customer-Centric
17.Stress Management
18.Conflict Management
19.Change Management
20.Creativity & Innovation
21.Instructional Leadership in School
22. GOOD LUCK TECHNIC

............................................

SECOND IS MY OUTDOOR PROGRAMS:

1. TEAM BUILDING
-Corporate Team Building & Adventure Malaysia



Team Building Objective:

-Creating one excellent & a powerful team for your organization
-Improve communication & cooperation among team members 
with trust and mutual respect 
-Discover the strength and identify the weaknesses of your 
team 
-Enhancing cohesiveness of your team
-Lastly, having lots of fun 


Types of Team Building Activities

-Outdoor / Indoor Team Building Games
-Team Management Games
-Prison Break Team Building
-Go Green Team Building
-Race De Genting Amazing Team Building
-Commando Minefield
-Water Rafting Challenge
-Corporate Games Relay Challenge
-Obstacle Course Challenge
-The Survival Challenge on Island or Beach
-Command & Conquer Military Style Challe

" Semua rakan dan sahabat FB saya dialu-alukan untuk menghubungi saya, andainya ada niat untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang diharapkan.


Boleh dihubungi ditalian 01115700275













PSIKOLOGI QIAMULLAIL

Antara ikhtiar yang boleh kita sama-sama amalkan untuk istiqamah berqiamullail: 

1- Ikhlas kepada ALLAH dalam setiap tindakan yang dilakukan bagi meraih keredhaanNYA, iaitu melakukan solat malam dengan merahsiakannya dari pengetahuan orang ramai. Ini bertujuan supaya tidak ada rasa riak dalam diri.

2- Hendaklah melakukan solat malam dengan perasaan dalaman bahawa ALLAH swt menjemputnya untuk bangun di tengah malam. 

3- Mengetahui sedalam-dalamnya ilmu mengenai kelebihan bangun malam berdasarkan pengajian & perbincangan.

4- Memerhati kesungguhan individu-individu terdahuludaripada kita yang istiqamah & iltizam melakukan qiamullail khususnya para soliheen di kalangan sahabat & ulama'. 

5- Tidur di atas lambung sebelah kanan akan memudahkan seseorang itu bangun di tengah malam seperti yang ditunjukkan oleh baginda Rasulullah saw.

6- Tidur dalam keadaan berwudhu' seperti yang ditegaskan oleh Rasulullah saw: "Apabila kamu hendak masuk tidur, berwudhu'lah seperti untuk menunaikan solat."-Hadith riwayat Imam Bukhari & Muslim daripada al-Barra b. Azib. 

7- Bersegeralah masuk tidur (tidur di awal waktu) terutama selepas solat Isya' seperti amalan yang dilakukan oleh Rasulullah saw.

8- Berzikir dengan wirid-wirid yang ma'thur seperti Ma'thurat sebelum tidur, atau ayat-ayat pilihan dari al-Quran, dan baca doa tidur. Kerana ia menjadi benteng diri dari kejahatan syaitan dan membantu untuk mudah bangun. 

9- Seboleh-bolehnya tidur sebentar di siang hari (Qailullah) iaitu sebelum masuk waktu Zuhur atau selepasnya, sekadar dalam setengah jam. 

10- Elakkan dari banyak makan dan minum, kerana ia boleh membantutkan hasrat untuk bangun di tengah malam. 

11- Bertekad sedaya upaya untuk bangun malam dalam apa jua keadaan. 

12- Menjauhi dosa dan maksiat, kerana ia dikenal pasti sebagai penghalang pertama & utama dari nudah untuk bangun di tengah malam.