Friday, 3 July 2015

BIARLAH BERKESAN BILA SAMPAIKAN MESEJ UCAPAN





1 – Clear (Jelas)
Apabila kita menulis atau bercakap pada seseorang pastikan ianya jelas dalam menyampaikan maksud sebenar mesej yang kita berikan. Secara mudah untuk menjadikan ia jelas, kurangkan terlalu banyak idea atau yang berbentuk fakta dalam satu pernyataan.Pastikan ia mudah untuk difahami.

2 – Concise (Ringkas)
Gunakan bahasa yang ringkas serta dapat difahami oleh pelbagai peringkat. Pendengar atau pembaca akan mudah bosan dengan kata-kata yang terlalu padat dan berat sedangkan maksudnya sangat ringkas. Akan tetapi elakkan dari memendekkan perkataan seperti (mkn : Makan/yg : Yang/kmane : Ke Mana) dalam urusan rasmi kerana ia akan menampakkan keperibadian kita sendiri.

3 – Concrete (Kukuh)
Apabila mesej anda kukuh iaitu beserta bukti yang tepat akan meyakinkan pendengar atau audien tentang gambaran sebenar apa yang cuba anda sampaikan.
Contoh 1 : Jika anda penjual produk bekas makanan serbaguna, mungkin ayat yang digunakan ialah “Jimatkan masa penyediaan makanan bagi anak-anak anda dengan bekas makanan serbaguna!Tak perlu lagi pinggan sewaktu sarapan!”

Sekali baca nampak satu promosi yang menarik, namun masih belum jelas dan kukuh dari segi realitinya.

Contoh 2 : Berapa lama masa yang anda perlu bagi menyediakan sarapan anak-anak anda di saat anda juga sibuk bersiap ke tempat kerja? Kami anda jalannya bagi membantu anda! Mudah, Cepat dan Bersih! Gunakan Bekas makanan Serbaguna!

4 – Correct (Betul)
Setiap penyampaian anda dapat difahami oleh semua golongan dan tepat pada individu sasaran sama ada dewasa atau remaja mahupun golongan korporat. Kegagalan dalam memahami keadaan audien akan menyebabkan kita kelihatan ‘syok sendiri’ atau ‘paham hanya dia’. Jadi untuk mengelakkan hal ini dari berlaku maka perlu dikenalpasti siapa dan apa tahap pendidikan mereka.

5 – Coherent (Logik dan Bersesuaian)
Bagi setiap isi penyampaian mestilah logik dan ada perkaitan di antara fakta dan contoh-contoh yang diberikan. Jiak tidak ia akan kelihatan janggal serta tidak munasabah.

6 – Complete (Lengkap)
Mesej yang lengkap ialah yang memenuhi kehendak pendengar sama ada melalui kefahaman, kejelasan dan cara ia disampaikan. Selain itu ia juga mengandungi unsur galakan dan dorongan positif pada pendengar bagi bertindak dan lakukan dengan penuh yakin.

7 – Courteous (Sopan)
Komunikasi ini lebih bersifat persahabatan,terbuka dan jujur tanpa ada perkara yang diselindungkan. Ia juga lebih kepada nilai-nilai kemanusiaan sebenar seperti memahami, empati dan belas ihsan.

YAKIN

Firman Allah S.W.T :

"Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan Rasulnya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya)." Surah al-Hujurat ayat 15

hidup dan hakikat



manusia memang ada yang  mungkiri janji
janji tak ditepati sebab  tak berduit.
orang gagal sentiasa sedih.

tajam, keras dan pantas


terjagaku dari tidur yang  lena
melangkah malas menuju jendela
kabus menyelubungi Subuh




MAAF

"..hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani". (An-Nuur [24] : 22)

Wednesday, 1 July 2015

MESEJ UMMAH

Akhir-akhir ini kita telah didedahkan dengan isu jihad di bumi Syria dan juga Iraq lebih lebih lagi wujudnya ISIL atau ISIS yang dikenali dengan NEGARA ISLAM IRAQ DAN JAJAHANNYA atau NEGARA ISLAM IRAQ DAN SYRIA, dan NEGARA ISLAM IRAQ DAN AL-SYAM. Dalam singkatan bahasa Arab sebagai DAISH (داعش).
Kumpulan ini mendakwa telah menubuhkan khalifah Islamiyyah di Iraq dan Syria. Secara ringkasnya mimbar yang mulia ini ingin menyatakan bahawa mereka merupakan rentetan dari gerakan Salafi Jihadi di Iraq yang pada asalnya terdiri dari tiga organisasi jihad yang berbeza.
Kumpulan ini telah mengisytiharkan kumpulan mereka sebagai sebuah Negara Islam, mereka juga mendakwa di atas nama agama mereka berkuasa ke atas semua umat Islam dan bercita-cita untuk membawa banyak negara Islam yang ada di seluruh dunia ini bersama dengan mereka.
Malah, apa yang mendukacitakan kita ialah wujudnya rakyat negara ini yang dikaitkan dengan gerakan militan yang kononnya mahu berjihad bersama gerakan yang menggunakan label negara Islam (IS) di Syria dan Iraq. Mereka juga mendakwa gerakan jihad dalam bentuk yang baru seperti jihad al-nikah atau jihad seksual yang menghalalkan anak-anak gadis mahupun wanita janda ke medan pertempuran bagi memuaskan nafsu seksual.
.
Persoalan besar timbul di sini kenapakah perkara ini berlaku?. Berdasarkan kepada pemerhatian mimbar yang mulia ini antara perkara yang menyebabkannya ialah salah faham tentang hakikat jihad itu sendiri.
Mereka memahaminya dengan maksud yang melampau sebagaimana yang dinyatakan oleh Dr Yusuf al-Qaradawi dalam kitabnya Fiqh Jihad yang telah membahagikan kepada tiga golongan mereka yang melihat isu jihad ini, antaranya golongan yang mengisytiharkan perang terhadap dunia, beliau berkata:
“Sesungguhnya pemikiran yang sebegini mempunyai pengaruh yang buruk terutama bagi para pemuda yang mempunyai niat yang ikhlas, dengan itu mereka mengangkat senjata kepada bangsa dan keluarga sendiri sehingga mereka terbunuh. Mereka menganggap bangsa dan keluarga mereka sebagai kelompok orang kafir yang harus diperangi kerana murtad dari Islam. Golongan fanatik ini terus melemparkan tuduhan kafir terhadap orang yang bercanggah pendapat dengan mereka sehingga golongan ulama’ turut dikafirkan. Mereka tidak peduli dengan golongan tidak berdosa yang membunuh sehingga Islam dilebelkan sebagai agama kekerasan.”
.
Mimbar yang mulia ini ingin menyatakan bahawa pemahaman sebegini adalah tidak begitu tepat kerana skop jihad itu amat luas, bukan hanya berjuang di medan perang, akan tetapi lebih daripada itu. Para pemikir Islam memberi takrifan yang begitu mendalam seperti ulama fiqh menyatakan bahawa makna jihad ialah menumpukan sepenuh daya dan tenaga dalam melawan serangan musuh dan memerangi mereka.
Manakala ulama Tafsir pula menyatakan bahawa makna jihad itu mempunyai pengertian umum dan menyeluruh dengan tujuan untuk melindungi agama Allah SWT dan orang-orang Islam. Al-Raghib al-Asfhani menyatakan bahawa jihad itu terbahagi kepada tiga perkara,
pertama: berjuang kepada musuh yang nampak,
kedua: berjuang menghadapi syaitan dan
ketiga: berjuang menghadapi hawa nafsu
Ketiga-tiga bahagian ini terkandung di dalam firman Allah SWT di dalam surah al-Hajj ayat 78:

 وَجَـٰهِدُوا۟ فِى ٱللَّـهِ حَقَّ جِهَادِهِۦ

Maksudnya: “Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya;”
.
Ibn Taimiyyah pula menyatakan jihad itu hakikatnya ialah berusaha secara bersungguh-sungguh untuk menghasilkan sesuatu yang diredhai oleh Allah SWT dari segi keimanan, amal soleh dan menolak sesuatu yang dimurkai Allah iaitu kekufuran, kefasikan dan kederhakaan. Seorang lagi ulama’ Kamil Salamah al-Daqs menjelaskan bahawa dalam al-Quran terdapat lafaz jihad yang bermakna mencurahkan kemampuan sepenuh kekuatannya secara mutlak.
Firman Allah SWT di dalam surah al-Ankabut ayat 8:

 وَوَصَّيْنَا ٱلْإِنسَـٰنَ بِوَٰلِدَيْهِ حُسْنًاۖ وَإِن جَـٰهَدَاكَ لِتُشْرِكَ بِى مَا لَيْسَ لَكَ بِهِۦ عِلْمٌ فَلَا تُطِعْهُمَآۚ إِلَىَّ مَرْجِعُكُمْ فَأُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ ﴿٨

Maksudnya: “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan Daku (dalam ibadatmu) dengan sesuatu yang tidak engkau ketahui tentangnya, maka janganlah engkau taat kepada mereka. Kepada Akulah tempat kembali kamu kemudian Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan.”
.
Mimbar yang mulia ini ingin menyatakan bahawa berdasarkan kepada takrifan yang diberikan oleh ulama’ tersebut dapatlah disimpulkan pengertian jihad di dalam agama Islam mempunyai makna yang lebih luas daripada peperangan, ianya meliputi seluruh aspek perbuatan manusia dalam usaha mendokong agama Allah SWT seperti menuntut ilmu, memperkasa ekonomi, menghapuskan kemiskinan, memperkukuh kesatuan ummah, memerangi nafsu lagha dan syaitan serta memastikan umatnya mendapat kebahagian dunia dan akhirat.
.
.
Saudara,
.
Dalam memperkatakan tentang isu ISIL atau ISIS ini, mimbar ingin menyatakan bahawa umat Islam semestinya mempunyai pemikiran yang matang dan hati yang senantiasa tenang. Persoalannya adakah perjuangan mereka yang melibatkan pertempuran sesama Islam ketika ini dianggap suatu bentuk jihad yang suci?, apakah benar agama Islam yang mulia ini membenarkan perbuatan yang berbentuk keganasan dan kemudharatan demi mencapai matlamat yang murni.
Mimbar ingin menyatakan bahawa apa yang pasti jihad bukannya sesuatu perjuangan yang menghalalkan darah sesama umat Islam, jihad tidak sesekali merelakan perbuatan dan perlakuan keji yang jelas menyimpang daripada prinsip Islam.
.
Sebaliknya agama Islam sentiasa menganjurkan keamanan, kesejahteraan dan keselamatan, menghindari segala bentuk perbuatan yang boleh mencetuskan keganasan mahupun kemudharatan.
Memetik kata kata Dr Yusuf al-Qaradawi bahawa: “Pemerintahan khalifah Islam yang diwujudkan oleh kumpulan Negara Islam Iraq dan jajahannya adalah melanggar undang-undang syariah.”
Begitu juga dengan pandangan seorang ulama tersohor dari Magribi Prof Dr Ahmad al-Raysuni bahawa: “Khilafah Islamiah yang diumumkan hanyalah tidak lebih dari angan-angan, fatamorgana dan mimpi buruk sama ada ditinjau dari sudut realiti ilmiah mahupun syariah.”
.
Justeru, mimbar ingin menyatakan bahawa Institusi Fatwa tersohor di dunia Darul Ifta’ telah membuat keputusan bahawa menyertai kumpulan ini adalah haram pada hukum syara’ kerana ianya mengakibatkan kehancuran negara dan gambaran buruk terhadap Islam dan umatnya.
Begitu juga Fatwa Rawabit Ilmiah Islamiah Syria menyatakan bahawa: Mereka seumpama golongan Khawarij terdahulu yang tidak ingin kembali kepada syariat Allah bahkan bertambah dalam kesesatan, mereka sanggup membunuh orang Islam.
Ketegasan ini bertepatan dengan Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan kali ke 106 yang bersidang pada 23 Oktober 2014 merumuskan penyertaan umat Islam negara ini dalam perjuangan bersenjata militan (IS) di Iraq dan Syria atas nama jihad, adalah bertentangan dengan syarak dan kematian dialami bukannya mati syahid.
.
Berdasarkan kepada situasi ini, mimbar yang mulia ingin menyatakan bahawa umat Islam perlu memahami makna jihad yang sebenar, kecelaruan minda terhadap makna jihad yang sebenar inilah menuntut segelintir umat Islam kepada perbuatan yang hakikatnya menyanggahi dan menyalahi aturan syariat yang benar dan sahih.
Mimbar juga ingin berpesan bahawa umat Islam perlulah  menghayati dengan jelas tentang fiqh keutamaan (fiqh awlawiyat) untuk membuat pertimbangan hidup yang mana perlu diutamakan dan yang mana perlu dikemudiankan. Sebagai umat Islam juga kita diseru agar senantiasa berpegang kepada prinsip kesederhanaan dalam semua perkara.
Kesederhanaan yang diamalkan di dalam Islam adalah bermatlamat untuk mencari kebenaran atau al-Haq. Perkara ini tidak mungkin akan dapat dicapai melainkan dengan kita kembali kepada ajaran sunnah Rasulullah SAW dan al-Quran al-Karim.
.
Mimbar ingin menegaskan, janganlah kita menjadi umat Islam yang mendatangkan fitnah pada Islam itu sendiri. Apa yang pasti adalah Islam sememangnya agama yang bencikan keganasan dan peperangan secara keseluruhannya. Hakikatnya, umat Islam mesti mencari jalan untuk memperkenalkan Islam kepada orang bukan Islam sebagai satu agama yang bertujuan memberi rahmat kepada seluruh umat manusia.
Yakinlah bahawa agama Islam menuntut jihad di jalan Allah sekiranya maruah Islam dan ummahnya diperkosa demi mempertahankan diri. Inilah prinsip yang dipegang oleh negara Islam dan menjadi amalan pemimpin agung Islam sejak dulu. Islam mewajibkan umatnya untuk menjaga keamanan, kemerdekaan dan perpaduan negara.
.
.
Saudara,
.
Mimbar menyeru sidang Jumaat, umat Islam dan ibu bapa sekalian, marilah sama-sama kita membentuk umat yang terbaik dengan memahami tuntutan jihad yang sebenarnya di dalam agama kita. Marilah kita sama-sama memahami fiqh awlawiyyat dengan memberi keutamaan kepada perkara yang sewajarnya diutamakan.
Ambillah contoh teladan yang telah digariskan oleh Baginda Rasulullah SAW dalam mempertahankan agama yang berteraskan konsep wasatiyyah dan al-tawazun yang amat sesuai dengan keadaan semasa dan serasi dengan manusia sejagat.
.
Ingatlah bahawa agama adalah umpama pedang yang bermata dua, kedua-dua belah sama tajam. Apabila seseorang itu melaksanakan ajaran-ajaran agama dengan baik maka ia boleh menolongnya menghadapi pelbagai kesukaran dan kesulitan. Jikalau agama itu digunakan untuk tujuan yang tidak baik maka orang itu akan dibinasakan oleh pedangnya sendiri.
Percayalah bahawa Islam sebagai agama yang menganjurkan keamanan dan kesejahteraan, tidak sesekali menghalalkan cara untuk mencapai sesuatu matlamat, apatah lagi sekiranya pendekatan itu diambil hanya menjurus kepada tercetusnya kemudharatan yang lebih besar.
Marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT di dalam surah al-Baqarah ayat 286:

لَا يُكَلِّفُ ٱللَّـهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَاۚ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا ٱكْتَسَبَتْۗ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَآ إِن نَّسِينَآ أَوْ أَخْطَأْنَاۚ رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَآ إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُۥ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبْلِنَاۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِۦۖ وَٱعْفُ عَنَّا وَٱغْفِرْ لَنَا وَٱرْحَمْنَآۚ أَنتَ مَوْلَىٰنَا فَٱنصُرْنَا عَلَى ٱلْقَوْمِ ٱلْكَـٰفِرِينَ ﴿٢٨٦

 Maksudnya: “Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah engkau bebankan kepada orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kami, dan ampunkanlah kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; maka tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.”
-haraplah SELAGI  anda bernafas-

aman




Indah, indahnya hatimu
Lembut namamu membuat aku
Tenang atas jalan terang
Mudah, mudahnya caramu
Membuka pintu hati aku
Kau bukakan semua nyata

Jaga..jangan pernah pergi
Tolong datang kembali
Ku kan tetap mencari
Untuk membalas baikmu
Untuk menjaga dirimu
Without you
Aku hilang keliru


Without you
Aku diam membisu
Siapalah diriku
Yang berdiri tanpamu
Hilang
Hilang dalam diri
Kotak hatimu dibela sepi
Malammu nantikan hariku

Jaga.. jangan pernah pergi
Tolong datang kembali
Ku kan tetap mencari
Untuk membalas baikmu
Untuk menjaga dirimu

Without you
Aku hilang keliru
Without you
Aku diam membisu
Siapalah diriku
Yang berdiri tanpamu