Kesedihan apabila dikhianati
Kemurungan apabila kehilangan
Tuesday, 1 March 2016
KITA AKAN BELAJAR HINGGA KE HARI TUA
Kita belajar kesucian dari cahaya
Yang selalu bersinar lurus menyibakkan gelap
Kita belajar kesetiaan dari matahari
Yang selalu menepati janji terbit di pagi hari
Kita belajar keluasan jiwa dari keluasan langit
Yang senantiasa berdandan dengan warna-warninya
Arakan mega atau kemilau bintang-gemintangnya
Yang selalu bersinar lurus menyibakkan gelap
Kita belajar kesetiaan dari matahari
Yang selalu menepati janji terbit di pagi hari
Kita belajar keluasan jiwa dari keluasan langit
Yang senantiasa berdandan dengan warna-warninya
Arakan mega atau kemilau bintang-gemintangnya
Kita belajar kearifan dari kedalaman samudera
Yang menyimpan untaian mutiara dan keindahan
Kerajaan batu karang di dasarnya
Kita belajar kerendah hatian dari gerak air
Yang mengalir ke tempat yang lebih rendah
Kita belajar dari titik-titik hujan
Menghapus kemarau panjang
Kita belajar dari kesejukan embun pagi
Menyegarkan daun-daun.
Yang menyimpan untaian mutiara dan keindahan
Kerajaan batu karang di dasarnya
Kita belajar kerendah hatian dari gerak air
Yang mengalir ke tempat yang lebih rendah
Kita belajar dari titik-titik hujan
Menghapus kemarau panjang
Kita belajar dari kesejukan embun pagi
Menyegarkan daun-daun.
SEKIAN.
Monday, 1 February 2016
teguh
Akan kupintal buih-buih
menjadi tali
mengikatmu
akan kuanyam gelombang-gelombang
menjadi hamparan
ranjang tidurmu
menjadi tali
mengikatmu
akan kuanyam gelombang-gelombang
menjadi hamparan
ranjang tidurmu
akan kutenun awan-gemawan
menjadi selendang
menudungi rambutmu
menudungi rambutmu
akan kujahit bayu gunung
menjadi baju
pakaian malammu
menjadi baju
pakaian malammu
akan kupetik bintang timur
menjadi kerongsang
menyinari dadamu
menjadi kerongsang
menyinari dadamu
akan kujolok bulan gerhana
menjadi lampu
menyuluhi rindu
menjadi lampu
menyuluhi rindu
akan kurebahkan matari
menjadi laut malammu
menghirup sakar madumu
menjadi laut malammu
menghirup sakar madumu
Kekasih, hitunglah mimpi
yang membunuh realiti
dengan syurga ilusi.
yang membunuh realiti
dengan syurga ilusi.
NIKMAT UJIAN
Jadikanlah sabar seperti sabarnya ulat yang menanti menjadi kepompong
dan kepompong pun harus bersabar untuk menjadi seekor kupu-kupu yang Indah...
Jadikanlah sabar seperti sabarnya kaktus yang bertahan di padang pasir yang panas
untuk menanti mekarnya kuncup bunga sebagai penghiburnya...
Jadilah sabar seperti sabarnya bumi menanti hujan yang turun dari langit untuk menumbuhkan biji-bijian dalam perutnya.
Sabar...
bukan bererti lemah,
bukan pula bererti kalah.
Justeru sabar adalah benteng keselamatan dari keputusasaan
Bertawakal atas segala ujian...
dan kepompong pun harus bersabar untuk menjadi seekor kupu-kupu yang Indah...
Jadikanlah sabar seperti sabarnya kaktus yang bertahan di padang pasir yang panas
untuk menanti mekarnya kuncup bunga sebagai penghiburnya...
Jadilah sabar seperti sabarnya bumi menanti hujan yang turun dari langit untuk menumbuhkan biji-bijian dalam perutnya.
Sabar...
bukan bererti lemah,
bukan pula bererti kalah.
Justeru sabar adalah benteng keselamatan dari keputusasaan
Bertawakal atas segala ujian...
Tuesday, 26 January 2016
world
“With realization of one’s own potential & self confidence in one’s ability, one can build a better world.” ~Dalai Lama
Monday, 11 January 2016
Friday, 8 January 2016
TEKS UCAPAN MAJLIS PERKAHWINAN
BISMILLAH HIRRAHMANIRRAHIM
Terima kasih kepada Tuan Pengerusi
Majlis,
Saya dahulu kan kata bicara saya
dengan lafaz
Assalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh
Salam hormat dan penuh takzim saya
tujukan kepada;
Yang Berhormat En. Khairy bin
Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan, Malaysia.
Yang Amat Berhormat, Datuk Seri Datuk Seri
Hj. Mohamed Khaled bin Nordin. Menteri
Besar Johor
Yang Amat Berhormat, Dato'
Seri Paduka Mohamed Azmin bin Ali, Menteri Besar Selangor,
Yang saya kasihi kedua-dua besan saya………………………..........
Yang Berbahagia Tan Sri – Tan
Sri,Dato’-Dato’,Datin-Datin, Tuan-Tuan dan Puan-Puan sidang hadirin yang
dikasihi dan dirahmati oleh Allah Subhanahu wa taala sekalian.
Saya mulakan isi utama ucapan saya ini
dengan ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua tetamu jemputan
yang hadir bagi merai dan menjayakan majlis perkahwinan anak-anak kami yang
tidak sepertinya ini.
Seterusnya, saya seisi keluarga dan
juga mewakili semua kedua-dua pihak keluarga pengantin ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada
pasangan pengantin yang bertuah hari ini, iaitu anak perempuan kami .......................... dan pasangan pilihan hatinya ........................... kerana berjaya menyulam ikatan kasih
sayang dan hormat sehingga termeterainya ikatan perkahwinan yang suci ini.
MERAI TETAMU
Saya
seisi keluarga ingin memanjatkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah
SWT sekali lagi, kerana dengan izin-Nya majlis perkahwinan kedua-dua anakanda
kami ini selamat
dilaksanakan dengan suasana yang gembira dan ditambahkan serinya pula Yang
Berbahagia Tan Sri – Tan Sri,Dato’-Dato’,Datin-Datin, Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang terserlah sungguh anggun dan cantik
berseri, sama macam kedua-dua mempelai pengantin kita hari ini .
2. Yang
berbahagia Tan Sri-Tan Sri, Dato- Dato’, Datin-Datin, tuan-tuan dan puan-puan sidang
hadirin yang dimuliakan;
Di malam hari terang senegeri
Memberi cahaya di tengah balai
Majlis indah ditambah seri
Untuk meraikan kedua mempelai
DOA RESTU IBUBAPA
3. Selaku
ibubapa, kami mendoakan kebahagiaan
dan kerukunan keluarga yang berkekalan hingga ke akhir hayat kepada anakanda
berdua. Bagi membina institusi keluarga yang bahagia sepertimana Pesanan Luqman
Al Hakim (Pesuruh Allah yang namanya disebut dalam Al Quran) kepada anaknya, katanya;
"Ketahuilah sesungguhnya dunia ini
bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam di dalamnya. Bila engkau
ingin selamat, layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama taqwa, isinya
iman dan layarnya adalah tawakkal kepada Allah SWT".
Insya Allah, hidup kita akan berjaya dan
bahagia di dunia dan akhirat, jika kita mengikut jalan agama, jujur dan amanah dalam
melaksanakan tanggungjawab sebagai pasangan suami isteri yang diredhoi Allah
Taala.
RASA SYUKUR DAN GEMBIRA
4. Kami
juga ingin berkongsi perasaaan sangat gembira dan bersyukur di sini, kerana
kehadiran anak menantu serta sekalian
ahli keluarganya yang baik dan berhemah tinggi, moga ikatan kekeluargaan ini
akal membina satu institusi keluarga besar yang bahagia dan maju jaya di dunia
dan akhirat.
PENGHARGAAN KEPADA SEMUA
6. Dikesempatan
ini juga, saya ingin rakamkan ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga
kepada semua ahli keluarga dan krew pengelola majlis perkahwinan anak perempuan
kami pada hari ini. Khususnya kepada tuan pengacara majlis, ustaz yang memimpin
bacaan doa dan semua yang terlibat dalam slot persembahan dan keceriaan dalam
pengendalian dewan acara perkahwinan kedua pasangan mempelai yang bertuah, pada
hari ini. Segala penat lelah dan pengorbanan masa dan tenaga yang pihak
saudara-saudari semua berikan, hanya Allah Taala sahaja yang layak membalasnya.
7. Saya juga ingin memohon, agar semua tetamu yang hadir pada hari
ini, agar dapat mendoakan kebahagian dan kejayaan buat kedua-dua pengantin
iaitu anakanda kami ini, menjadi pasangan yang bahagia, dikurniakan oleh Allah
anak-anak yang soleh dan boleh menjadi role model yang baik buat pasangan suami isteri yang lain pada masa
yang mendatang.
7. Di
sepanjang pelaksanaan majlis perkahwinan anak-anak kami yang amat bermakna dan
bersejarah ini, seandainya
ada serba sedikit kekurangannya, maka kami rumuskan dalam bentuk ungkapan klasik seperti berikut;
Kalau ada wajah yang tersalah pandang
Kalau ada nama yang tersalah sebut
Kalau ada gelar yang tersalah ucap
Kalau ada yang duduk di salah tempat
Kalau ada hidangan yang salah bekas
Kalau ada air mawar yang tersalah renjis
Kalau ada gelas tersalah letak
Kalau ada nasi tersalah tambah
Maka, kami ulit perkara itu dengan ungkapan;
Bunga sakura si bunga Jepun
Ditanam nyonya berpohon-pohon
Tersilap tersalah harap diampun
Terkasar bahasa maaf dipohon
PENUTUP
Sekian terima kasih
Selamat menjamu selera.
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH.
Subscribe to:
Posts (Atom)