Wednesday, 29 May 2013

Kursus Aplikasi Teknik Kaunseling dalam Peningkatan Kompetensi & Prestasi

Super AKBA 2013: EMMC Resources (M)
Hotel Seri Costa, Melaka
Staf dan pegawai kerajaan






















Selamat Maju Jaya kepada semua para peserta :)

Thursday, 2 May 2013

Adab dalam Persahabatan

Assalamualaikum semua.
Pertamanya, marilah panjatkan syukur ke hadrat Allah kerana memberi kita sehari lagi peluang untuk perbaiki diri, pertingkat amalan, dan berusaha menjadi lebih baik.

Kurang 48 jam sahaja lagi, rakyat Malaysia yang layak mengundi akan keluar mengundi, memilih pemimpin masyarakat mereka. Mungkin ada yang ingin mengekalkan yang lama, dan mungkin ada yang inginkan wajah yang lebih segar untuk terajui kawasan tempat tinggal mereka. Terpulanglah. Anda ada kuasa memilih.



Namun, pesan saya, walaupun apa logo dan aprti anda. Usah bergaduh. Jangan kerana berbeza ideologi, kau mengkafirkan dia, dia melaknat kau. Allahuakbar. Bersatulah, demi ukhwah seorang Islam.


Antara adab dalam pergaulan adalah seperti;

1 . Mesti tahan bergurau senda, adat bergurau terlebih usik. Pastikan kita dan sahabat saling boleh menerima gurauan. Oleh itu berfikir dahulu sebelum ianya berlaku.
2 . Jangan terlalu celupar atau mengkritik. Kita sendiri tidak semestinya bagus dan betul.

3 . Jangan terlalu mengambil tahu hal peribadi orang terdekat dengan sahabat kita seperti tunang, isteri/suaminya atau kaum keluarganya.

4 . Perkara sensitif seperti gaji, kenaikan pangkat dan hutangnya jangan sekali-kali ditanya.

5 . Pandai menyimpan rahsia terutama hal peribadi seperti rumahtangga atau hubungan suami/ isteri sahabat.

6 . Terima kekurangan dan keburukan sahabat seadanya. Cuba lihat nilai positifnya dan lihat diri sendiri. Diri kita belum tentunya baik.

7 . Bijak menyesuaikan tutur kata dengan emosi sahabat. Jangan cakap mengikut sedap mulut tanpa memikir kesannya kepada sahabat.
 
 
 
Sebaik-baiknya, jadikanlah sabhabat kita itu seperti ladang penyuburan ilmu dan amal. Pimpinlah tangan bersama untuk sama-sama menuju Syurga Allah.
 
InsyaAllah.
 
Wallahualam.

Thursday, 14 March 2013

Pesanan Luqmanul Hakim

Hai anakku! orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada Allah, maka dia tawaduk kepada Allah, dia akan lebih dekat kepada Allah dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada Allah. Dan selalulah berharap kepada Allah tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak mendurhakai Allah. Takutlah kepada Allah dengan sebenar-benar takut (taqwa), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat Allah.” ~

KAUNSELING KELUARGA


SUAMI ISTERI YANG MEMERLUKAN KAUNSELING
  • Berkonflik
  • Mengalami tekanan/Stres
  • Sukar berinteraksi dengan pasangan
  • Ingin berkongsi masalah
  • Memerlukan pengukuhana emosi
  • Memerlukan bimbingan/panduan
  • Ingin memahami peraturan/prosedur
  • Ingin mempertingkatkan kemahiran diri
  • Memulihkan perhubungan dengan ahli keluarga
  • Memahami diri sendiri, pasangan dan ahli keluarga
  • Mengenalpasti masalah


MATLAMAT KAUNSELING


Membantu Suami Isteri
  • Menyelesaikan konflik
  • Memahami tanggungjawab
  • Mengubah tingkahlaku yang tidak adaptif (tidak berfaedah)
  • Memulihkan perhubungan
  • Memahami prosedur/tuntutan dan perbicaraan di mahkamah
  • Memahami diri sendiri dan orang lain yang signifikan (kaitan rapat)
  • Mempertingkatkan kemahiran diri
  • Membina sikap asertif (berterus-terang) serta keyakinan diri
  • Mengenalpasti masalah, memilih alternatif dan bertanggungjawab terhadap keputusan yang diambil
  • Merujuk masalah kepada institusi yang tepat


TATACARA MENDAPATKAN PERKHIDMATAN KAUNSELING
  • Suami Isteri hadir di Jabatan Agama Islam Negeri mengikut tempat mastautin
  • Isi borang yang disediakan
  • Lampirkan salinan surat nikah/rujuk nikah dan kad pengenalan
  • Dapatkan nombor rujukan/tarikh temujanji


TANGGUNGJAWAB KLIEN
  • Bersedia/kerelaan sendiri
  • Memberikan kerjasama
  • Bertanggungjawab terhadap keputusan yang diambil
  • Melaksanakan tindakan
  • Bertingkah-laku (penampilan) sopan/beradab
  • Bersikap jujur/ikhlas
  • Menghormati kaunselor
  • Mengelakkan bertelagah/bertengkar
  • Hadir pada masa dan tarikh yang ditetapkan (ada temujanji)
  • Bersabar dan bertenang
  • Mematuhi peraturan/undang-undang


TANGGUNGJAWAB KAUNSELOR
  • Menghormati klien
  • Berlaku adil/tidak bais
  • Sabar dan ikhlas
  • Tidak menghukum
  • Tidak banyak bercakap
  • Menggalakan klien bercakap
  • Bersedia dan menunjukkan minat
  • Memahami masalah klien (empati)
  • Mendengar dengan teliti
  • Berupaya mempelbagaikan alternatif
  • Mewujudkan suasana teraputik
  • Berusaha mencipta kemaslahatan
  • Membantu klien membuat keputusan
  • Menyediakan laporan yang diperlukan oleh klien
  • Mengelakan daripada berlakunya "transparence"


ETIKA KAUNSELOR
  • Menghormati klien
  • Tidak bais (berlaku adil)
  • Tidak menghukum
  • Menjaga masa
  • Menjaga rahsia
  • Mendorong ke arah melakukan ma'aruf


KAREKTOR SUAMI ISTERI SEMASA BERADA DALAM SESI
  • Sedih/murung/bingung
  • Agresif/marah/baran
  • Pasif/perlu bimbingan
  • Memutar belit fakta/memburuk-buruk
  • Menguasai sesi/ingin menang
  • Mendesak
  • Mengancam/menggugut
  • Takut/bimbang/risau
  • Mengalah/menurut kata


SESI KAUNSELING
  • Hadir pada tarikh dan masa yang ditetapkan
  • Sesi mengambil masa di antara 45 minit @1 jam
  • Dikendalikan oleh seorang kaunselor
  • Suami isteri dan kaunselor mempunyai peranan bagi menjayakan sesi kaunseling


PERANAN KAUNSELOR
  • Menjemput klien
  • Membuat pendahuluan
  • Memberi layanan yang baik
  • Mengenalpasti masalah
  • Menggalakkan klien bercakap
  • Mengkategorikan masalah
  • Menyusunikut keutamaan
  • Menggunakan strategi pertolongan
  • Mengemukakan alternatif
  • Membantu klien membuat pilihan dan keputusan/membuat pertimbangan
  • Memeriksa/mendapatkan komitmen klien
  • Membuat rumusan/penutup/temujanji semula


PERANAN KLIEN (SUAMI ISTERI)
  • Mempunyai matlamat yang jelas
  • Mempunyai keyakinan/kepercayaan kepada kaunselor
  • Bersikap jujur dalam membentangkan masalah
  • Mengawal diri daripada bertingkahlaku agresif/dikuasai emosi/tindakan negatif terhadap pasangan/kaunselor
  • Memberikan komitmen/kerjasama
  • Bersedia melakukan perubahan positif menerima pandangan
  • Bertanggungjawab kepada keputusan yang diambil


KEJAYAAN KAUNSELING
  • Klien memberi kerjasama
  • Klien bermotivasi untuk berubah
  • Kaunselor mempunyai ilmu kemahiran dan pengalaman
  • Matlamat kaunselor dan klien sama
  • Kaunselor mengguna strategi pertolongan yang tepat
  • Tempat kaunseling yang selesa dan kondusif


KEBAIKAN MENDAPATKAN PERKHIDMATAN KAUNSELING
  • Masalah dapat dikesan di atasi pada peringkat awal
  • Hubungan suami isteri menjadi mesra dan harmoni
  • Mempertingkatkan kemahiran dan keupayaan diri
  • Membina keluarga bahagia
  • Menyelesaikan konflik secara baik

Sunday, 27 January 2013

WASIAT TERAKHIR NABI MUHAMMAD SAW


Khutbah terakhir Nabi Muhammad s.a.w
Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah
Tahun 10 Hijriyyah
Di Lembah Uranah, Gunung Arafah
“Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu,dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.”
“Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah yang suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak, janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah, sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu, dan Dia pasti akan membuat perhitungan di atas amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.”
“Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar. Maka, berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.”
“Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri, mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan, dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang tidak kamu sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.”
“Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini. Sembahlah Allah, dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah, setiap muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama. Tidak seorang pun lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam  taqwa dan beramal soleh.”
“Ingatlah, bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.”
“Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu, wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah al-Qur’an dan sunnahku.”
“Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikannya kepada orang lain dan hendaklah orang lain itu menyampaikannya pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang mendengar terus dariku. Saksikanlah ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu.”
Telah ku cuba menyampaikan pesanan darimu. Semoga daku menjadi salah seorang yang ingin mencintai dan bertemu denganmu…

Wasiat Raja-raja Melayu yang telah dimaktubkan pada 31 Ogos 1957:




"Kami namakan dan panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia)
Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan
Kamu isytihar dan simpan. Tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.
Bagi menjaga kamu dan melindungi anak-anak kamu, harta hak milik kamu, kami tubuhkan Rejimen Askar Melayu untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.
Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan Raja-raja Melayu memerintah negara ini.
Kami tetapkan Islam ialah Agama Persekutuan
Kami tetapkan juga bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu, dan
Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-raja Melayu
Untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan
Kepentingan sah kaum-kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak "
Wasiat raja-raja Melayu berkenaan adalah asas kepada falsafah tersirat disebalik kontrak sosial dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. 

PSIKOLOGI MOTIVASI KARTUN MALAYA