Thursday, 13 August 2015

SIFAT SABAR

Ada yang sedang sembelit
ada yang sedang kepanasan
sabar akan menjadi sulit
saat tak ada keikhlasan

Thursday, 6 August 2015

ILMU TERBANG SELAMAT

" Bila kita beragama, dengan sendiri kita akan merasa bahawa disisi kita ada malaikat yang memerhati, ada Allah SWT sedang memantau...Keyakinan ini merupakan satu brek untuk kita terus lakukan dosa...tanpa ada yakin seperti ini manusia akan hilang brek...kalau kereta hilang brek, ia akan terjun gaung, tapi kalau manusia hilang brek, dia akan terjun Neraka"....

Wednesday, 5 August 2015

KASIH SAYANG

Minda Ketua
Pusat Asuhan Pertiwi
Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

TAJUK : BERSABAR DALAM MENCARI REZEKI HALAL. JAUHKAN DIRI DARIPADA SIKAP BERGANTUNG DENGAN DERMA.

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM;
Sahabat yang dikasihi Allah,
Berlaku sabar dengan sungguh-sungguh meraih rezeki HALAL adalah suatu bentuk meminta tolong kepada Allah, sebagaimana telah berfirman Allah di dalam Al Quran:
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah ) dengan sabar dan solat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang yang khusyuk’.(Iaitu) orang-orang yang meyakini bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan bahawa mereka akan kembali kepada-Nya”.( Al Baqarah 45-46).
Sahabat yang dimuliakan,
Kesabaran diperlukan tatkala diri ditimpa musibah, bencana alam, sakit, mencari rezeki, ataupun saat amarah sudah berbalam-balam tinggi. Dalam hal mencari rezeki, telah menjadi fitrah manusia untuk mencari nafkah dengan bekerja dkuat demi keperluan duniawi.
Rasullullah SAW telah bersabda bahawa terdapat dosa yang tidak akan dihapus kecuali oleh keinginan yang kuat untuk mencari penghidupan. Dalam hal ini penghidupan yang dimaksud adalah mendapatkan rezeki melalui dengan bekerja sendiri. Tiada seorang pun yang ingin merasakan kepayahan, miskin, kepanasan, kesejukan mahupun kekurangan lainnya. Oleh itu, sekalian manusia berusaha dengan cekal mendapatkan hasilnya yang banyak untuk memenuhi segala keperluan hidup. Asal sahaja jangan mencuri, merasuah, mengugut, mengeksploitasi kuasa dan juga meminta-minta daripada orang lain.....diri itu! akan menjadi mangsa, dibuli dan ditarik hidungnya tanpa prasangka, kerana telah menjadi rendah moralnya apabila hidupnya bergantung dengan derma atau sogokan orang lain. Ia adalah kunci rasuah dan kezaliman.
Telah pasti ancaman dari Allah Taala iaitu bagi mereka yang dengan sengaja melakukan hal yang dilarang termasuk dalam mencari rezeki. Bagi pemimpin atau penguasa atau pedagang curang yang dengan sengaja mengurangi berat timbangan, mengenakan cukai demi kepentingan sang penguasa bergembira kekal kuasa, maka sungguh azab Allah sangat pedih bagi meraka di akhirat kelak.
Ia telah ditegaskan oleh Allah di dalam Al Quran yang bermaksud;
“Kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang curang (1) (iaitu) orang-orang yang apabila menerima takaran dari orang lain mereka minta dipenuhi, (2) dan apabila mereka menakar atau menimbang untuk orang lain, mereka mengurangi.(3)” (AL-Mutaffifin:1-3)
Juga Allah telah berfirman maksudnya;
“Sekali-kali tidak, sesungguhnya mereka pada hari itu benar-benar tertutup dari (rahmat) Tuhan mereka. (15) Kemudian, sesungguhnya mereka benar-benar akan dimasuk ke dalam neraka. (16) Kemudian, dikatakan (kepada mereka): “Inilah azab yang dahulu selalu kamu dustakan”. (17)” (AL-Mutaffifin: 15-17).
Maha suci Allah;
Sahabat yang budiman,
Sulitkah untuk berlaku jujur dalam memimpin, mentadbir dan berdagang? Tidakkah malu menjadi sebahagian dari iman sehingga mengurungkan niat untuk berlaku tidak adil bagi para rakyat, orang miskin dan para pembeli dalam kalangan pengguna? Harta dari perniagaan yang haram, seberapapun banyaknya, tetaplah haram. Allah akan menolak kebaikan orang yang mengalir di tubuhnya kerana makan minum yang haram.
Banyak orang telah salah memahami bahawa kebahagiaan kuncinya adalah dengan memiliki harta yang melimpah agar dapat memiliki kereta mewah, bermegah-megah membina rumah mewah, ataupun memiliki perhiasaan hidup yang mewah. Oleh kerana itu selain curang dalam memimpin, menyalahguna kuasa dan menipu ketika berdagang, mereka melakukan hal kotor lainnya dengan mengambil hak orang lain untuk kepentingan dirinya sendiri. Itulah perkara yang sangat dikutuk oleh junjungan Rasullullah SAW. Sepatutnya ummat Islam ini, dididik dengan baik orang para sekalian orang dewasa, mencakupi para ibubapa, pendidik dan para pemimpin ummah, agar menjauh diri dari sikap rasuah, menipu, mencuri dan curang dalam melaksanakan sekalian amanah, yang telah diberikan oleh Allah.
Ini semua sekalian anak, isteri, harta dan kuasa adalah pinjaman daripada Allah. Ke mana lagi hendak kita pergi, melainkan ke dalam lubuk kubur jua. Kemudiannya nanti, hadir para malaikat mungkar dan nangkir, bertanya kepada jasad yang empunya diri, apa sahaja yang telah kita jarah dan mentedarah di muka bumi Allah yang fana ini. Berfikir dan bertindaklah dengan kasih dan sembah rahmat Allah, moga-moga rakyat Kuala Pilah bangkit untuk lebih gigih menjaga kebersihan kotanya. Ameen, Ya Rabbal Alamin.
Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang baik itu body
Pandai betul dia jaga.
-Haraplah selagi bernafas-
Selamat Ulang Tahun Kemerdekaan Negara.
IKHLAS,
CR. Ahmad Kamal bin Ariffin.

ANAK YANG SUSAH

“Anak umpama biji benih,
Lontar ke laut menjadi pulau,
Lontar ke udara menjadi kejora,

Lontar ke darat menggunung sasa.”

Tuesday, 4 August 2015

KEUNGGULAN WANITA

Pesanan Rasulullah SAW Terhadap Wanita :
1) Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah. (Riwayat Muslim).
2) Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi, agar mereka mencium bau harumnya maka ia adalah perempuan zina,dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina. (Riwayat Ahmad, Thabarani dan Hakim)
3) Dikahwini wanita itu kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya, maka carilah yang kuat beragama nescaya kamu beruntung.
4) Wanita apabila ia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat pada suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki. (Riwayat dari Ahmad Ibnu Hibban, Thabarani, Anas bin Malik).
5) Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaaan berhias bukan untuk suami nya dan muhrimnya adalah seumpama gelap gelita di hari kiamat, tiada nur baginya. (Riwayat Tarmizi)
6) Apabila lari seorang wanita dari rumah suaminya, tidak diterima sembahyangnya, sehingga ia kembali dan menghulurkan tangan kepada suaminya (meminta maaf). (Riwayat dari Hassan).
7) Wanita yang taat pada suami, semua burung-burung di udara, ikan diair, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristigfar baginya selama ia masih taat pada suaminya dan diredainya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).
8) Dari Muaz bin Jabal bersabda Rasululllah SAW: Mana-mana wanita yang berdiri di atas kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.
9) Tiap-tiap wanita yang menolong suaminya di dalam urusan agama, maka Allah memasukkanya dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (sepuluh ribu tahun) kerana dia memuliakan suaminya di dunia maka mendapat pakaian dan bau-bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan mengadapnya.
10)Ya Fatimah, jika seorang wanita meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotong kumisnya dan mengerat kukunya, diberi minum Allah akan dia sungai syurga, diiringi Allah baginya sakaratul maut dan akan didapati kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga serta dicatatkan Allah baginya kelepasan dari neraka dan selamatlah ia melintasi titian Siratul-mustaqim.
11)Mana-mana wanita yang berkata kepada suaminya “tidak pernah aku dapat dari engkau satu kebajikan pun”. Maka Allah akan hapuskan amalannya selama 70 tahun, walaupun ia berpuasa siang hari dan beribadah pada malamnya.
12)Apabila wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya, Allah mencatatkan baginya setiap hari seribu kebajikan dan menghapus baginya seribu kejahatan.
13)Apabila wanita mulai sakit untuk bersalin, Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah (perang sabil).
14)Apabila wanita melahirkan anak keluarlah dosa-dosa darinya seperti keadaan ibunya melahirkannya.

KASIH KU BUAT NEGARA BANGSA

TINTA,
PUSAT ASUHAN PERTIWI.
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA ESA;
Saya mukadimahkan bicara ini dengan pernyataan berikut;
"Janganlah rakyat Malaysia takut kepada Tun Dr. Mahathir. Takutlah hanya kepada Allah Taala. Mahathir pasti akan pergi selamanya. Yang kekal hanya Allah Taala tuhan semesta alam. Apa yang pasti, hargailah setiap buah butir bicaranya hari ini. Lupakah kita siapa yang menghasilkan banyak kejayaan negara, ambil peduli seperti Jambatan Pulau Pinang, Dasar Pandang Ke Timur, Kota Putrajaya, Proton Saga, Dinamika Bandar Cyberjaya, Menara Berkembar Malaysia, Wawasan Negara Bangsa dan Sajak Biar Malaysia Benar-benar Merdeka".
-Alangkah indahnya jika DS Najib Tun Razak menyantuni Dr. Mahathir, dapatkan dia, cium tangan dia dan bercakap dengan dia sebagai anak yang merendah hati. Rakyat pasti rasa bangga dan insya Allah mata wang negara pasti kembali kukuh.
-Susah kah seorang anak yang kini sudah jadi PM, turunkan ego dan pergi dapatkan seorang ayah, yang telah banyak kali cakap, dia tak marah, tapi dia nasihat.............?
Kita jangan lupa, 3 syarat untuk melonjakkan ekonomi dan nilai mata wang sesebuah negara.
1. Keluaran hasil produktiviti negara mampan.
2. Pelaburan dari negara luar mampan.
3. Kepimpinan negara mampan.
"All progress is initiated" kata George Bernard Shaw (1973).
Sekarang, nilai ekonomi negara kita dah macam sedang naik sampan sambil belayar di lautan Cina Selatan yang sedang bergelora.
Untuk selamat, kita kena tukar sampan ke pada kapal. Ia Insya Allah tidak akan karam. Tapi, kalau sang nakhoda segan-segan nak tukarkan sampan, maka rakyat kena fikir sendirilah ibarat dalam sampan, keadaan dah semakin suspen dikeheningan malam tanpa lampu neon atau pelita juragan.
Sampan ke kapal maksudnya tukar strategi. Strategi tu hanya boleh dibuat jika DS Najib jumpa segera Tun Dr. Mahathir. Tun tu ayah yang penyayang dan pemaaf. Ia demi untuk "survival" orang kita dan bangsa kita (Malaysia). Demi Malaysia, ia bermakna "Sesal dahulu kita selamat, sesal kemudian negara kita dalam bahaya".
-Semoga Allah Taala menyatukan kembali Najib dan Mahathir.
-Kami sedar betapa orang kafir itu sedang bergembira untuk menyucuk dan merosakkan perpaduan ummat Islam dan kemerdekaan negara Islam Malaysia yang tercinta ini.
-Leraikanlah rasa marah di ubah dengan bersatu demi kekuatan ummah dan mencantikkan semangat menyambut hari Merdeka menjelang 31 Ogos 2015 ini.
Telah berfirman Allah Taala di dalam Al Quran maksudnya;
"Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan kebaikan, dan tatkala dalam medan perjuangan perteguhkan kesabaranmu melebihi kesabaran musuh dan lawan, dan bersiap-siagalah mempertahankan wilayah dengan segala kekuatan, serta bertakwalah kepada Allah, nescaya kamu akan beroleh kemenangan" - (Al Imran : 200).
Ameen.
Haraplah selagi bernafas.
Takkanku biar bangsaku dijajah lagi.
Ikhlas,
Cr. Ahmad Kamal bin Ariffin.
Ketua Pusat Asuhan Pertiwi
Kuala Pilah, Negeri Sembilan

NEVER

Never confuse a single defeat with a final defeat.