Wednesday, 18 January 2012



KEAJAIBAN NOMBOR DI DALAM AL-QURAN
Ajaib tetapi benar! Lihatlah sebahagian daripada hasil kajian seorang cendekiawan Islam terhadap kandungan Al-Quran. Didapati banyak perkara telah disentuh dan telah dibuat kajian oleh manusia seperti nombor, astronomi, angkasalepas, perubatan, geologi, kejuruteraan, minda dan sebagainya. Bilangan tentang perkara yang disebutkan di dalam Al-Quran:
DUNIA                                          115 kali            AKHIRAT                           115 kali
MALAIKAT                                     88 kali             SYAITAN                           88 kali
HIDUP                                          145 kali            MATI                                145 kali
FAEDAH                                        50 kali             KERUGIAN                         50 kali
UMMAH                                        50 kali             PENYAMPAI                       50 kali
IBLIS : PENGHULU SYAITAN             11 kali             MOHON PLDGAN DRPD IBLIS           11 kali
BALA/MUSIBAH                              75 kali             BERSYUKUR                      75 kali
BERSEDEKAH                                 73 kali             BERPUAS HATI                             73 kali
ORANG YANG SESAT                       17 kali             ORG YG MENINGGAL DUNIA 17 kali
MUSLIMIN                                     41 kali             JIHAD                               41 kali
EMAS                                           8 kali               KEMURAHAN HIDUP            8 kali
KEAJAIBAN                                    60 kali             FITNAH                            60 kali
ZAKAT                                         32 kali               BERKAT                            32 kali
MINDA                                           49 kali             NUR                                 49 kali
LIDAH                                          25 kali              SUMPAH                           25 kali
NAFSU                                            8 kali               KETAKUTAN                      8 kali
BERCAKAP DI KHALAYAK RAMAI      18 kali             BERDAKWAH                     18 kali
KESUSAHAN                                   114 kali           KESABARAN                       114 kali
MUHAMMAD                                  4 kali               SYARIAT                           4 kali
LELAKI                                         24 kali             PEREMPUAN                      24 kali
SOLAT (SEMBAHYANG)                    5 kali               BULAN                            12 kali
HARI                                            365 kali               LAUTAN                        32  kali
DARATAN                                      13 kali             LAUT dan DARAT = 32 + 13 = 45
Justeru itu, peratusan laut = 32/45 x 100 = 71.11111111 peratus
Peratusan daratan = 13/45 x 100 = 28.88888889 peratus
JUMLAH = 100 peratus
Kajian sains oleh manusia telah membuktikan bahawa air meliputi 71.111 peratus daripada bumi dan tanah meliputi 28.889 peratus.Begitulah kebesaran dan keagungan ciptaan Allah SWT!!


NOTA:
Diterjemahkan daripada karya asal yang dipetik daripada "The Series Of The Scientific Miracles In Quraan," oleh Dr. Tariq Al Suwaida


BIMBINGAN ROHANI
Satu renungan: Di saat kematian menjelang
  • Lidah kelu di saat kematian. Kematian pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati... mengapa kebanyakan orang yang nazak (hampir ajal) tidak dapat berkata apa-apa, lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya menahan kesakitan sakaratul maut.
  • Diriwayatkan sebuah Hadis Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:
"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."
  • Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apapun semasa azan berkumandang. Sebagai orang Islam, kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya.
  • Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri... mengapa azan kita tidak boleh mendiamkan diri...!!! Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba... maka kita tidak dapat mengucapkan kalimah "Laailahaillallah...", yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya dicabut... Allah menjanjikan syurga untuknya.
  • Dari itu, marilah kita sama-sama menghormati azan,... dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu walaupun nyawa sedang dicabut.

"Ya Allah, anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkanlah lidah kami mengucapkan kalimah Laailahaillallah... semasa Sakaratul Maut menghampiri kami... amin... amin... amin... ya rabbal aa'lamin... "

BIMBINGAN ROHANI
Berkomunikasi dengan Allah (Bahagian 1)
  • Sudahkah anda "berkomunikasi" dengan Allah? Bagaimana? Kalau para remaja ingin tahu, maksud sebenar "berkomunikasi" dengan Allah SWT ialah dengan melalui sembahyang atau solat.
  • Dari Jabir RA, katanya beliau mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:

    "Sesungguhnya tali penghubung antara seseorang dengan syirik dan kafir, ialah meninggalkan solat."
  • Tahukah anda, ibadah solat itu terbahagi dua (separuh-separuh) antara Allah dan hamba-Nya yang menunaikan solat tersebut?. Abu Hurairah berkata, bahawa Rasulullah S.A.W. pernah bersabda yang bermaksud:
"Siapa yang tidak membaca Ummul Quran (Al-Fatihah) dalam solat, maka solatnya tidak sempurna." (Rasulullah telah mengulangi kenyataan ini sebanyak TIGA kali).
Lalu ditanyakan orang kepada Abu Hurairah, "Bagaimana kalau kami solat mengikut imam?"
Maka jawab beliau, "Bacalah perlahan-lahan! Kerana aku mendengar Rasulullah S.A.W.
bersabda bahawa Allah S.W.T. berfirman: Solat itu kubahagi dua antara-Ku dan hamba-Ku. Untuk hamba-Ku ialah apa yang dimintanya."
  • Al-Fatihah telah terbahagi kepada 3 iaitu:
1. Ayat 1-4 untuk Allah;
2. Ayat 5 untuk Allah dan hamba-Nya;
3. Ayat 6-7 untuk hamba-Nya.
  • Solat juga boleh diertikan sebagai zikir kepada Allah. Melalui sabda Rasulullah S.A.W., Allah berfirman: "Aku adalah sahabat orang-orang yang mengingati-Ku."
  • Kerananya, bila Allah menjadi sahabat seseorang yang sedang solat, itu bererti bahawa orang tersebut mampu melihat sahabatnya (Allah). Inilah sebabnya, solat itu disebut sebagai "berkomunikasi" dengan Allah.
  • Menurut Ibnu Arabi, barang siapa yang solatnya sudah mencapai pada tingkatan melihat Allah, maka ia selalu menjadi imam dalam solatnya, meskipun solatnya sendirian. Ini kerana, para malaikat akan menjadi makmum dibelakang orang yang bersolat di tingkatan itu. Solat sebegini yang dapat mendatangkan nikmat dan khusyuk yang tiada taranya.
Ketika "berkomunikasi" dengan Allah melalui sembahyang atau solat, kita membaca Al-Fatihah setiap rakaat. Cuba lihat bagaimana proses komunikasi ini berlangsung:
Apabila kita membaca "Bismillah" yang bermaksud "Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang", maka Allah S.W.T. menjawab "Hamba-Ku telah mengingati-Ku".
·         Apabila kita membaca ayat pertama Surah Al-Fatihah yang bermaksud "Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam", maka Allah S.W.T. menjawab "Hamba-Ku telah memuji-Ku".
·         Apabila kita membaca ayat kedua Surah Al-Fatihah yang bermaksud "Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang", maka Allah S.W.T. menjawab "Hamba-Ku telah mengagungkan-Ku".
·         Apabila kita membaca ayat ketiga Surah Al-Fatihah yang bermaksud "Yang menguasai hari pembalasan (kiamat)", maka Allah S.W.T. menjawab "Hamba-Ku telah memuliakan-Ku" atau "Hamba-Ku telah berserah diri kepada-Ku".
·         Apabila kita membaca ayat keempat Surah Al-Fatihah yang bermaksud "Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan", maka Allah S.W.T. menjawab "Inilah bahagian-Ku dan bahagian hamba-Ku, dan bagi hamba-Ku apa yang dimohon akan dimakbulkan".
·         Apabila kita membaca ayat kelima Surah Al-Fatihah yang bermaksud "Tunjukkanlah kami jalan yang lurus, (iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka; bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat", maka Allah S.W.T. menjawab "Ini semua bahagian hamba-Ku, dan terkabullah semua permohonan hamba-Ku".
·         Kesimpulannya, jika kita tidak ingin tergolong di dalam orang-orang yang syirik dan di dalam kekafiran, seterusnya ingin menjadi sahabat Allah S.W.T., maka sentiasalah menjaga solat kita. Dirikanlah ia tepat pada waktu. Jangan leka dan lalai daripada mengerjakannya. Dan apabila mengerjakannya, sentiasa buat yang terbaik dengan penuh khusyuk, ikhlas dan mengharapkan balasan baik daripada Allah.




BIMBINGAN ROHANI
Wasiat Rasullullah (s.a.w) Kepada Saidana Ali (r.a)
Wahai Ali,
Bagi orang mukmin itu ada 3 tanda-tandanya:
1.    Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia
2.    Tidak terpesona dengan pujuk rayu wanita
3.    Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia
Wahai Ali,
Bagi orang alim itu ada 3 tanda-tandanya:
1.    Jujur dalam kata-kata
2.    Menjauhi segala yang haram
3.    Merendahkan diri
Wahai Ali,
Bagi orang takwa itu ada 3 tanda-tandanya:
1.    Takut berlaku dusta dan keji
2.    Menjauhi kejahatan
3.    Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman
Wahai Ali,
Bagi ahli ibadah itu ada 3 tanda-tandanya:
1.    Mengawasi dirinya
2.    Menghisab dirinya
3.    Memperbanyakkan ibadah kepada Allah S.W.T.
* Perangi nafsu dengan empat pedang riadhah (latihan jiwa), iaitu:
1.    Makan sekadar untuk menguatkan badan,
2.    Bicara seperlunya,
3.    Mengurangi tidur dan
4.    Menahan cercaan orang lain.








Bimbingan Rohani
20 JANGAN
  • JANGAN sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.
  • JANGAN masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.
  • JANGAN makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.
  • JANGAN biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
  • JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).
  • JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
  • JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
  • JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
  • JANGAN biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
  • JANGAN bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.
  • JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
  • JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
  • JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.
  • JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.
  • JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
  • JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
  • JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.
  • JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
  • JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
  • JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita.
Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk ciptaanNya...

No comments:

Post a Comment