PENGHARGAAN DIRI
Tajuk : Kotak Supernova (Cahaya
yang menyinari)
Objektif : Diakhir aktiviti ini peserta dapat:
1. mengenalpasti ciri terbaik yang ada pada wajahnya.
2. berkongsi anugerah Tuhan yang dimilikinya.
3. meyakinkan orang lain yang dia adalah insan istimewa.
Masa : 120 minit
Bahan : Kotak dan cermin
Langkah :
1. Peserta membentuk bulatan dalam kumpulan masing-masing.
2. Fasilitator mengedarkan kotak supernova bermula dengan
peserta pertama hingga yang terakhir dan merahsiakan apa yang dilihat.
3. Fasilitator meminta setiap peserta berkongsi anugerah Tuhan dengan ahli-ahli kumpulan kelebihan yang terdapat pada wajahnya seperti mulut, mata, alis mata, hidung, bibir dan sebagainya.
4. Setiap peserta diminta meyakinkan peserta yang lain tentang keistimewaan yang ada pada dirinya.
5. Fasilitator membuat rumusan.
Falsafah :
1. Dirimu sangat berharga
No comments:
Post a Comment