KAEDAH HAFAZAN AL-QUR’AN YANG SISTEMATIK
Berdasarkan kajian di maahad-maahad
tahfiz terdapat beberapa kaedah yang sistematik dan berkesan dalam memperolehi
hafazan al-Qur’an yang berkualiti dan kekal dalam ingatan, iaitu:
Kaedah
Membahagi-Bahagikan Ayat (Chunking)
Memisahkan al-Qur’an kepada juzuk,
kumpulan surah dan sebagainya.
Membahagikan juzuk kepada hizb,
rubuc dan sebagainya.
Kemudian rubuc dibahagikan
kepada helaian dan ayat-ayat yang panjang kepada
beberapa bilangan ayat atau bahagian
ayat mengikut kemampuan penghafaz.
Kaedah
Memahami Ayat-Ayat Yang Akan Dihafaz
Kaedah ini sesuai bagi mereka yang
memahami bahasa Arab dengan baik, kerana ayatayat yang hendak dihafaz perlu
difahami terlebih dahulu bagi memudahkan seseorang hafiz mengingati ayat yang
ingin dihafaz dengan lebih pantas.
Memahami ayat al-Qur’an dengan melihat
terjemahan daripada tafsir al-Qur’an.
Setelah memahami kandungan ayat,
bacaan perlu dilakukan berulang-ulang kali sehingga dapat mengingatinya.
Kaedah
Minda Fotografi (Tumpu Dan Ingat)
Menumpukan penglihatan kepada ayat,
muka surat dan tulisannya serta gambarkannya kedalam ingatan.
Gambaran tersebut mestilah benar-benar
mantap dan mampu menulis ayat tanpa perlu
melihat kepada mashaf.
Sekiranya gambaran masih kabur,
tumpukan kembali penglihatan kepada ayat sehinggalah kepala ayat di awal dan di
akhir mukasurat dan huruf-hurufnya dapat dilihat
dalam minda seolah-olah mashaf
terbentang di hadapan.
Mengulang-Ulang
Bacaan Sebelum Menghafaz
Sebelum menghafaz ayat-ayat tertentu,
penghafaz perlu membuat bacaan ayat-ayat yang hendak dihafaz secara
berulang-ulang sekurang-kurangnya sepuluh kali atau lebih mengikut kemampuan.
Setiap ayat yang telah dihafaz,
penghafaz perlu mengulang beberapa kali sebelum
menghafaz ayat baru, kaedah ini
praktikal kepada mereka yang mempunyai ingatan yang
lemah.
Kaedah
Mendengar Kaset
Memilih kaset bacaan qari-qari yang
baik bacaannya dan diakui kesahihannya, kemudian mendengar bacaan ayat yang
ingin dihafaz.
Selepas mendengar dengan teliti,
penghafaz boleh memulakan hafazan.
Kaedah
Merakam Suara
Rakamkan bacaan ayat yang telah
dihafaz kedalam kaset.
Dengarkan kembali bagi memastikan
hafazan betul dan tepat.
Kaedah
Menghafaz Berpasangan
Pilih seorang rakan yang sama-sama
menghafaz al-Qur’an.
Saling memperdengarkan dan menyemak
bacaan yang telah dihafaz serta membetulkan jika terdapat kesalahan1
Kaedah
Menulis Sebelum Dan Selepas Menghafaz
Ulama terdahulu sering menggunakan
kaedah ini, iaitu menulis dahulu ayat yang ingin
dihafaz.
Selepas menulis ayat, mula menghafaz
ayat yang telah ditulis, kemudiannya menulis
kembali ayat yang telah dihafaz.
Setiap ayat yang ditulis selepas
menghafaz perlu disemak dengan mashaf bagi
memastikan ketepatan ayat yang
dihafaz.
Kaedah
Menghafaz Sebelum Tidur
Membaca atau menghafaz ayat sebelum
tidur.
Semasa melelapkan mata, dengarkan
bacaan ayat yang dihafaz melalui kaset dan
bayangkan kedudukan ayat di dalam
minda.
Kaedah
Mindmaping
Bentukkan peta minda bagi setiap
pembahagian ayat yang ingin dihafaz kepada juzuk,
hizb dan sebagainya serta
tetapkan masa yang diperuntukkan kepada sesuatu pembahagian. Menghafaz mengikut
cabang-cabang pembahagian ayat dan masa yang terdapat pada peta minda.
Kaedah
Gundalan
Ayat pertama dibaca sebanyak 40 kali
atau mengikut kemampuan. Seterusnya membaca ayat kedua sebanyak ayat yang
pertama. Kemudian gundalkan ayat pertama dan kedua sebanyak 10 kali.
Selepas menggundal ayat pertama dan
kedua, baca ayat ketiga sebanyak ayat pertama
dan kedua kemudian gundalkan ayat pertama hingga ketiga
dan demikianlah yang seterusnya.
Jazakallah krana mnyenaraikn pelbagai kaedah mnghafal quran. Saya guna teknik braintree (sejenis peta minda) dn teknik2 lain yg saudara sebutkn itu (misal, teknik ustz Adi Hayat dri Indonesia). (utube)
ReplyDelete