Tuesday, 4 February 2014
PSIKOLOGI SAHABAT SEJATI
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha esa.
1. Saya kuatkan semangat, memperuntukkan sedikit masa, mencatat nota ini, dengan niat untuk mendapat sedikit pahala kebaikan. Moga catatan ini akan dipanjangkan oleh sekalian sahabat FB saya. Lalu sama-samalah dapat kita rasa, nikmat membantu diri sendiri dan jua insan lain….yang memerlukan.
2. Pada hari ini, isu manusia….berkonflik dengan rakan sebaya, rakan sekerja, adik beradik, jiran tetangga, rakan separti, rakan sepermaian HINGGALAH rakan sesurau…….bersiaran di dada akhbar dan media massa tanpa henti.
3. Umum menerima penghujahan, bahawa ibubapa yang terbaik boleh menjadi sahabat terbaik kepada anaknya. Guru terbaik, boleh menjadi sahabat terbaik kepada muridnya. Malah nenek terbaik boleh menjadi sahabat terbaik kepada cucunya.
4. Sahabat…………………...konotasi maksudnya sangat dinamik, universal dan dekat dihati insani. Ianya bermaksud insan atau seseorang yang setia, akan mendengar dan membantu masalah kita, sedaya upaya menjaga maruah kita hinggalah dianya sangat ikhlas benar menyayangi kita. Justeru, pasangan suami isteri yang bahagia…..mereka berkomunikasi guna caragaya sahabat yang setia, hingga sanggup berkorban nyawa dan harta. Persoalannya, apakah perspektif Islam dalam membugar maksud sahabat dan persahabat dalam neraca komunikasi insani……buat renungan masyarakat kita.
5. Menurut Imam Al Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumiddin….(buku ini adalah hadiah daripada cikgu saya Allahyarhamah Maimunah bt. Daie, moga Allah melimpah rahmat buatnya………berkat tulisan anak muridnya….yang dulu sangat nakal dan malas belajar, tapi kini alhamdulillah….dah pandai menghargai jasa cikgu) ……menurut nya,
“Orang yang tidak takut kepada Allah, tidak dapat dipercayai persahabatannya dan tidak dapat ditolak kecurangannya, bahkan biasanya ia memang suka bertukar-tukar sikap dengan pertukaran keadaan dan pendirian."
Lalu Imam Al Ghazali perkasakan hujahnya dengan merujuk kepada Firman Allah (Al Kahf : 28) yang bermaksud “Dan janganlah enkau menurut orang yang telah kami lalaikan hatinya dari mengingatiku, lalu ia mengikutkan hawanafsunya”.
Allah hu Akbar…….
Imam Al Ghazali nyatakan lagi, dengan merujuk kepada Firman Allah ( An Najm: 29) yang bermaksud “Maka berpalinglah engkau dari orang yang tiada mempedulikan peringatan kami dan ia hanya mengiinginkan kehidupan dunia semata-mata”.
Dan seterusnya, Allah telah berfirman (Luqman :15) maksudnya “Dan ikutlah jalan orang yang suka kembali (bertaubat)”.
6. Sahabat Nabi SAW bernama Alqamah telah berpesan kepada anak lelakinya, “Wahai anakku! Kiranya engkau merasakan perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang bersifat seperti ini……….
a. Jika engkau membuat bakti kepadanya, ia akan melindungi dirimu.
b. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, ia akan membalas baik persahabatanmu itu.
c. Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya, ia akan membantumu.
d. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik.
e. Jika ia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu.
f. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupinya.
g. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.
h. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu.
i. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu (membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).
j. Jika engkau berkata kepadanya, niscaya ia akaan membenarkanmu.
k. Jika engkau merancang sesuatu, niscaya ia akan membantumu.
l. Jika kamu berdua berselisih faham, niscaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.”
Demikianlah pesanan Alqamah kepada anaknya…………………..
HARI INI
7. Kini, kita hidup zaman moden,abad ke 21. Zaman yang berbeza daripada zaman Allahyarham P.Ramlee dan Pendeta Za’aba. Kini zaman KJ. Zaman yang cabarannya mudah diatasi. Nak berkomunikasi mudah. Nak ke Mekah mudah. Nak ke mana sahaja, nak pakai apa saja, nak makan apa sahaja….semuanya ada dah. Apa yang tak ada ialah duit……………..duit…………dan keRAJINan. Duit maknanya doa, usaha, ilmu dan tawakkal. Hari ini, ramai orang kita tak ada kemantapan DUIT (Doa, Usaha, Ilmu dan Tawakkal).
8. Masalah berkalu dengan merujuk ayat slanga berikut……….”Maka berbondong bondonglah manusia kini yang hipokrit dan nak cepat berjaya. Semuanya nak percuma. Kalau ada kawan berwang dan berkuasa……maka sebolehnya dieksploitasi…..hingga kawan jadi lawan. Sedara jadi musuh. Adik beradik jadi tak bertegur sapa……semua kerana nak DUIT cepat dan mudah”. Wal hal, dalam Islam, Allah dah tegaskan bahawa untuk menjadi sahabat yang mulia, hamba Allah yang bertakwa, modalnya adalah diri kita sendiri.
9. AYAT TANYA! ………….Bagaimana kita nak miliki sahabat? Sebab orang tak percayakan kita. Kita sebenarnya kehilangan KASIH BELAS MANUSIA…..….hingga timbul isu kita mudah sedih dan kecewa kerana kawan kita bukan sahabat….sebaliknya kawan makan kawan, kawan jadi ibarat gunting dalam lipatan….menjadi umpama harapkan pagar, pagar pula yang makan padi.
10. Maka isu ini menjadi besar…………..lalu dicadangkan kepada kerajaan Malaysia, bina lah MODUL SAHABAT PERKASA MENURUT SIASAH ISLAM. Kerajaan boleh gunakan kepakaran ahli psikologi, psikiatri dan teologi negara yang banyak dibawah ketua JAKIM, KKM dan KPM.
11. Jangan buruk sangka dimana sumbingnya retorik saya ini. Sesungguhnya, buruk sangka adalah sebohong-bohong cakap. Untuk berjaya macam bangsa China, kita wajib menghormati orang tua dan ketua kita. Baharulah lahirkan bangsa yang cekap, tak mudah gagap dan berjiwa sedap. Jua jangan suka sentap, agar tidak jatuh tertiarap.
12. Berkata UMMAT NABI S.A.W bernama Maimun bin Mahran…..Barangsiapa yang suka berkawan, tetapi tidak suka lah ia melebihkan kawan atas dirinya sendiri, maka lebih baik ia berkawan dengan ahli kubur………(Kitab Mauizhatul Mu’minin, Sheikh Jamaluddin Al Qasimi, hal.269).
TABARAKALLAH.
HARAPLAH SELAGI BERNAFAS.
DIRGAHAYU BANGSAKU.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment