GAMBAR : SAYA BERSAMA PROF. DR. SANI.
Jika tidak dapat mengucapkan perkataan yang baik,
berat, cukuplah dengan menghulurkan doa dan munajat.
Setiap kita mempunyai kelebihan. Kata orang, TUHAN
tidak mencipta manusia bodoh. TUHAN mencipta
manusia dengan kebijaksanaan berbeza.
Justeru, carilah apakah 'kebijaksanaan' itu kerana
itulah saluran kita untuk berbakti. Ketika rasa takut
singgah oleh kebimbangan dijemput maut... katalah
pada diri, bila berhadapan dengannya kita akan
lupa segala-galanya. Kesayangan yang kita takutkan
kehilangannya, kecintaan yang kita bimbangkan
perpisahan dengannya, akan menjadi sedebu apabila
berhadapan dengan detik itu.
Kita akan terlupa jalan yang telah jauh kita tinggal^
kan di belakang kerana memandangkan jalan yang
ilebih jauh merentang di hadapan. Nikmat dunia akan
kita lupakan sebaik sahaja melihat azab di akhirat. Dan
di dunia akan kita lupakan setelah melihat nikmat
di akhirat.
Sesungguhnya mati itu bukan satu pengakhiran
tetapi ia satu permulaan kepada kehidupan yang lebih
sejati dan hakiki. Mati itu hanya proses perpindahan -
dari alam dunia ke alam barzakh. Sama seperti kelahiran
-proses berpindah dari alam rahim ke alam dunia.
Ya, kalau sanggup datang mesti sanggup pulang.
Hati sewajarnya sentiasa berasa bertemu tak jemu,
berpisah tak gelisah. Bukankah kita bertemu untuk
berpisah? Dan berpisah untuk bertemu? Semoga
kembara kita di dunia akan tiba bersama di hujung
destinasinya... syurga!
Pada kita, cuma pasrah...
HARAPLAH selagi bernafas.
-EVEN the MORON have A dreammmmmm...................-
No comments:
Post a Comment