Tuesday, 20 May 2014

MASA

DAN DETIK WAKTU
Jika tidak dapat mengucapkan perkataan yang baik,
banyakkan DIAM. Jika memberi nasihat dirasakan terlalu
berat, cukuplah dengan menghulurkan doa dan munajat.
Setiap kita mempunyai kelebihan. Kata orang, TUHAN
tidak mencipta manusia bodoh. TUHAN mencipta
manusia dengan kebijaksanaan berbeza.
Justeru, CARILAH apakah 'kebijaksanaan' itu kerana
itulah saluran kita untuk berbakti. Ketika rasa takut
singgah oleh kebimbangan dijemput maut... katalah
pada diri, bila berhadapan dengannya kita akan
lupa segala-galanya. Kesayangan yang kita takutkan
kehilangannya, kecintaan yang kita bimbangkan
perpisahan dengannya, akan menjadi sedebu apabila
berhadapan dengan detik itu.
KITA akan terlupa jalan yang telah jauh kita tinggal
kan di belakang kerana memandangkan jalan yang
lebih jauh merentang di hadapan. Nikmat dunia akan
kita lupakan sebaik sahaja melihat azab di akhirat. Dan
di dunia akan kita lupakan setelah melihat nikmat
di akhirat.
HARAPLAH SELAGI BERNAFAS.

No comments:

Post a Comment