KISAH SI TUKANG KAYU
Pada satu masa, terdapat seorang tukang kayu yang
semakin dimamah usia. Dia bercadang untuk bersara daripada kerjanya sebagai
tukang kayu yang bertanggungjawab membuat rumah di sebuah syarikat pembinaan.
Dalam fikirannya lagi, dengan tenaga yang semakin kurang, dia ingin
menghabiskan sisa-sisa hidupnya bersama keluarga tersayang. Tukang kayu ini
tidak akan menerima lagi upah sekiranya beliau bersara. Tetapi, dia tetap
dengan keputusannya. Lalu, tukang kayu itu memberitahu majikannya tentang
hasratnya tersebut.
Apabila majikannya mendengar luahan hati tukang kayu yang berpengalaman itu, dia merasa sedih dan juga memujuk tukang kayu tersebut agar menarik balik keputusannya. Akan tetapi, tukang kayu itu tidak berganjak dan tetap dengan niat untuk bersara. Justeru itu, majikannya bersetuju dengan keputusan tukang kayu itu, tetapi dengan satu syarat. Permintaan terakhir majikannya ialah menyuruh tukang kayu itu membina sebuah rumah buat kali terakhir.
Apabila majikannya mendengar luahan hati tukang kayu yang berpengalaman itu, dia merasa sedih dan juga memujuk tukang kayu tersebut agar menarik balik keputusannya. Akan tetapi, tukang kayu itu tidak berganjak dan tetap dengan niat untuk bersara. Justeru itu, majikannya bersetuju dengan keputusan tukang kayu itu, tetapi dengan satu syarat. Permintaan terakhir majikannya ialah menyuruh tukang kayu itu membina sebuah rumah buat kali terakhir.
Tukang kayu itu merasa gembira dan bersetuju dengan
syarat yang telah ditetapkan oleh majikannya. Tetapi, kegembiraannya untuk
bersara mengatasi semangat dan kemahiran yang ditunjukkan semasa bekerja.
Akibatnya, rumah yang dibina buat kali terakhir itu telah disiapkan dengan
sambil lewa, tanpa penelitian khusus serta menggunakan kayu yang rendah
kualitinya. Rumah itu berjaya disiapkan dalam jangkamasa yang singkat.
Apabila majikannya melihat rumah itu, dia mengambil kunci
pintu utama rumah tersebut dan memberikannya kepada tukang kayu itu seraya
berkata "Inilah hadiah persaraan daripada saya kepada kamu. Selamat
bersara."
Tukang kayu itu terkejut besar dengan kata-kata
majikannya. Beliau tidak menyangka bahawa rumah yang dibinanya buat kali
terakhir itu adalah rumah untuk kegunaannya sendiri. Alangkah menyesalnya dia
kerana menyiapkan rumah itu secara tergesa-gesa dan jika dia tahu sebelum itu,
dia akan membina rumah tersebut dengan penuh teliti dan menggunakan bahan yang
bermutu tinggi.
Pengajaran
Senario ini mungkin pernah berlaku di dalam hidup kita
seharian. Hidup ini boleh diibaratkan sebagai membina sebuah rumah untuk
kegunaan dan kemudahan kita di masa hadapan. Kita pula sering mengambil mudah
dengan kehidupan sekarang, kita merasa selesa kerana ibu bapa kita sentiasa
berada di samping kita, memberi sokongan dan membantu kita. Tetapi, sedarkah
kita apabila mereka tiada nanti, siapakah yang bertanggungjawab ke atas hidup
kita? Tak lain tak bukan DIRI KITA SENDIRI. Belajarlah bertanggungjawab dan
bijak merancang masa depan kita. Gunakan masa muda ini dengan belajar
bersungguh-sungguh dengan cita-cita untuk menjadi seorang manusia berguna
kepada agama, keluarga, bangsa dan negara.
Kata-kata hikmat
"Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan
balasan semata-mata, kerana semakin tinggi keikhlasan di dalam diri, semakin
tinggilah balasan baik yang akan diperolehi dalam keadaan sedar atau
tidak."
No comments:
Post a Comment