Thursday, 21 August 2014

REZEKI, FIKIR DAN MANDIRI.

Bila kita nak duit banyak,nak rezeki murah, maka kita kena buat macam ni;

1. Kita mesti solat dengan sempurna.
2. Lepas tu, kita berdoa..........berdoa, niatkan agar Allah beri kita celik akal.
3. Celik akal untuk hasilkan sesuatu perkara, yang orang lain akan hargai, suka dan akan bayar pada kita. Sebab kita hiburkan mereka dengan bakat kita.
4. Kalau kita dah ada kerja, tak cukup duit, maka Allah suruh kita tingkatkan daya kreatif dan usaha kendiri.
5. Pada tuhan, selagi kita serius nak murah rezeki, maka dia akan makbulkan doa kita.
6. Pendek kata, asal sahaja kita berfungsi untuk memberi impak positif kepada orang lain, maka kita akan murah rezeki. Rezeki ada macam-macam. Misalnya rezeki buku, rezeki kawan, rezeki biskut, rezeki kasut, rezeki kenderaan dan rezeki idea.
7. Rezeki datang daripada Allah, bukan orang. Orang suka dan bayar produk kita sebab Allah perkenankan usaha kita.
8. Kita tanya diri begini, macam mana orang tak suka kita kalau kita hakikatnya memang berguna untuk orang lain. Sebaliknya kalau kita jahat, asyik kencing orang macam PKR (Pakar kencing rakan), maka nanti orang tak suka dan susah hati.
9. Rakyat Palestine bukan tak berguna, tapi rakyat Israel yang nak gunakan tanah air mereka. Justeru, Israel toron Palestine.
10. Apabila badai menimpa, bala mendatang, bencana tiba-tiba muncul, maka itu adalah takdir Allah.
11. Kita tak dapat lawan takdir. Allah suruh kita bantu orang yang takdirnya buruk sebab Allah nak bagi orang sihat pahala kerana tolong orang sakit.
12. Apabila semua orang dah sihat dan baik, maka ketika itu Kiamat pun muncul.

Apakah rahsia retorik pak cik di atas. Maka adik-adik fikirlah sikit. Sikit je. Tak banyak.

HARAPLAH SELAGI BERNAFAS.
Even the MORON have a DREAM.


No comments:

Post a Comment