Keris melela di dalam peti,
Peti dijaga singa barongan,
akanku berjuang biarpun mati,
asal kerisku jangan di tangan orang...
Peti dijaga singa barongan,
akanku berjuang biarpun mati,
asal kerisku jangan di tangan orang...
Gayong Ma'arifat gerak terpuji
Warisan pendekar zaman berzaman,
resam pendekar selalu diuji,
mudah-mudahan bertambah iman...
Warisan pendekar zaman berzaman,
resam pendekar selalu diuji,
mudah-mudahan bertambah iman...
keris sempena besi kursani,
hulunya tanjong,bersulam intan,
orang Melayu hendaklah berani,
hendaklah berani melawan syaitan...
hulunya tanjong,bersulam intan,
orang Melayu hendaklah berani,
hendaklah berani melawan syaitan...
jangan ditepuk susu di dulang,
anak harimau tidak dapat menyusu,
janganlah pecah rahsia hulubalang,
nanti harimau hilang kuku...
anak harimau tidak dapat menyusu,
janganlah pecah rahsia hulubalang,
nanti harimau hilang kuku...
jikalau ada dulang di tangan,
jangan biar jatuh terhempas,
jikalau ada senjata di tangan,
jangan biar orang merampas...
jangan biar jatuh terhempas,
jikalau ada senjata di tangan,
jangan biar orang merampas...
Pecah Gayung di dalam dulang,
Dulang hanyut di lautan tujuh,
pecah Gayung perpecahan sayang,
Di satu masa balik berpadu teguh...
Dulang hanyut di lautan tujuh,
pecah Gayung perpecahan sayang,
Di satu masa balik berpadu teguh...
Biduk berlalu kiambang bertaat,
kata bersahut silat Melayu menyambut...
kata bersahut silat Melayu menyambut...
No comments:
Post a Comment