1~ Hati yang tercemar dengan kekotoran.
Hati yang di dalamnya
terdapat kekotoran seperti sifat hasad, sombong, bohong dan sebagainya. Apabila
turun rahmat dan ilmu ke dalam hati ini, tercemarlah rahmat tersebut oleh
kekotoran yang ada di dalam hati itu. Seperti yang disebut Allah s.w.t:
"Tidakkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhan
mereka dan disesatkan oleh Allah dengan ilmu mereka". Ilmu tetap masuk,
tetapi kerana setitis hawa nafsu, ianya dapat mencemarkan selautan ilmu. Inilah
perumpamaan bagi hati yang dicemari oleh kekotoran.
2~ Hati yang pecah.
Hati yang pecah adalah
hati manusia yang melakukan maksiat. Setiap kali dia melakukan kebaikan, dia
akan melakukan maksiat selepas itu. Hadir majlis ilmu di masjid, tetapi bila
keluar dari majlis terus mengumpat orang lain. Berzikir dan solat, tetapi tidak
menjaga pandangan dan batas pergaulan. Maka tidak sempat pun rahmat yang
diturunkan oleh Allah kekal di dalam hatinya melainkan ianya keluar disebabkan
maksiat yang dilakukan.
3~ Hati yang tertutup.
Hati yang tertutup
adalah amat bahaya bagi manusia. Bagaimana rahmat Allah nak masuk kedalam hati
kita jika ianya tertutup. Hati yang tertutup ini adalah sifat manusia yang suka
membangkang. Membangkang Allah, membangkang orang-orang yang soleh dan apabila
dia menghadiri satu majlis yang baik, dia akan mencari kesalahan orang. Seperti
yang disebut Rasulullah s.a.w: "Empat golongan yang tidak diampunkan
dosanya pada bulan Ramadhan, antaranya adalah dosa derhaka kepada ibu bapa,
peminum arak, dua orang yang bermusuh dan yang memutuskan silaturrahim. Maka
memang tidak akan masuk rahmat ke dalam hatinya.
4~ Hati yang suci.
Harap
hati kita semua jenis hati yang ke-4 ni. Hati yang jernih, bersih dan menerima
rahmat dari Allah. Hati yang suci ini, jika diisi dengan majlis ilmu, berzikir
dan solat maka penuhlah ia dengan rahmat Allah.
Hati ibarat bekas kosong dan rahmat Allah ibarat air, jika elok bekasnya maka eloknya air yang terkandung di dalam bekas, sama-samalah kita merawat hati, harap hati kita semua adalah jenis yang ke-4, tepuk dada tanya iman. Hati adalah organ besar yang terpenting kepada manusia, elok hati, maka sihatlah tubuh badan kita.
6 Cara Merawat Hati Manusia Menurut Islam.
1.
Banyakkan
bertaubat.
2.
Membaca
Al-Qur'an serta amalkannya.
3.
Jalinkan
ukhwah antara manusia.
4.
Perbanyakkan
solat malam.
5.
Perbanyakkan
puasa sunat.
6.
Banyakkan
berzikir.
13 Perkara Yang Menenangkan Hati.
1.
Mengerjakan Solat
Wajib di awal waktu.
2.
Mengerjakan
solat sunat.
3.
Bersedekah
dengan hati yang ikhlas.
4.
Berzikir.
5.
Menolong
orang yang susah.
6.
Beriktikaf
di dalam masjid.
7.
Mendengar
ceramah agama.
8.
Membaca
Al-Qur'an dan memahami isinya.
9.
Berpuasa
sunat.
10.
Menolong
ibu bapa.
11.
Memaafkan
orang lain dan meminta maaf jika ada kesalahan.
12.
Mendoakan
kesejahteraan semua orang.
13.
Bersangka
baik sesama makhluk
No comments:
Post a Comment