PERKARA YANG BOLEH
DAN TIDAK BOLEH DILAKUKAN OLEH PRS
BOLEH
|
TIDAK BOLEH
|
||
A
|
Menjadi fasilitator yang bersikap terbuka,
yakin dan percaya diri, berasa selesa dan berempati.
|
A
|
Mengawal, memberi khutbah atau
mendesak rakan tentang apa yang mereka harus buat.
|
B
|
Menerima rakan secara terbuka dan tanpa
syarat.
|
B
|
Membuat kesimpulan awal dan cuba mengubah
mereka.
|
C
|
Mendengar, menjelas dan membantu rakan
melihat beberapa alternatif selepas membuat keputusan.
|
C
|
Memberi nasihat dan cadangan
penyelesaian untuk diikuti.
|
D
|
Memberi sokongan dan galakan
untuk rakan mengambil langkah positif.
|
D
|
Membuat sesuatu yang sepatutnya
dilakukan oleh rakan itu sendiri.
|
E
|
Mematuhi etika kerahsiaan.
|
E
|
Membuka rahsia rakan.
|
F
|
Menyedari
bahawa bukan semua masalah boleh diselesaikan / diatasi.
|
F
|
Mengharapkan semua masalah boleh diatasi
dengan segera.
|
G
|
Berbincang dan membantu rakan yang
menghadapi masalah biasa / normal.
|
G
|
Terus berbincang dengan rakan
yang menghadapi krisis / masalah emosi yang mendalam.
|
H
|
Memimpin
rakan melihat masalahnya dengan objektif dan menggalakkannya mencari
penyelesaian sendiri supaya ia belajar melalui pengalamannya sendiri.
|
H
|
Bertindak menyelesaikan masalah
rakan.
|
I
|
Merujuk kes yang berat kepada
Guru B&K dan menjadi penghubung kepada rakan yang bermasalah untuk
bertemu dengan Guru B&K atau orang yang lebih arif.
|
I
|
Mengendalikan masalah rakan
yang runcing sehingga mengganggu ketenteraman jiwa.
|
J
|
Menjalankan projek membantu
sambil mempengaruhi rakan lain supaya melibatkan diri mereka bersama.
|
J
|
Menjalankan projek bersendirian
dan mengenepikan rakan lain.
|
K
|
Mengutamakan kesejahteraan diri dan
memahami batasan diri untuk membantu.
|
K
|
Terlibat dengan masalah rakan secara
peribadi sehingga mengganggu pelajaran dan perasaan sendiri.
|
No comments:
Post a Comment