Saidina Umar al-Khattab r. a telah berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan:
1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat
cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang
yang tidak perlu.
2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka
buruk terhadap Allah.
3. A’awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati
rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat
dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang
yang berada di tempat-tempat maksiat (cth: disko, kelab mlm & tempat
yg ada minuman keras).
5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik
sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan
glamour etc.
6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan
fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata
mulut.
7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH…)
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika
masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga
(suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri,
isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk
kemusnahan rumah tangga lagi).
8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya
ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.
9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari
No comments:
Post a Comment