Sunday, 13 September 2015

PERINGATAN PENTING PENGAJARAN PENTING

Tanda-tanda kiamat kecil mengikut dalil:
1) Penaklukan Baitulmuqaddis
Dari Auf b. Malik r.a., katanya, “Rasulullah s. a. w. telah bersabda: “Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat” Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” – Sahih Bukhari
2) Zina bermaharajalela
“Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim
3) Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik
4) Bermaharajalela alat muzik
Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka.”Ada yang bertanya kepada Rasulullah; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab; “Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi2 wanita” – Ibnu Majah
5) Menghias masjid dan membanggakannya
Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat Nasai.
6) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik
Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim
7) Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan
8) Ramai orang soleh meninggal dunia
Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran – Riwayat Ahmad
9) Orang hina mendapat kedudukan terhormat
Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia” – Riwayat Thabrani
10) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang.”
gempa bumi
gempa bumi di nepal2
Tanda-tanda kiamat besar:
1) Keluar sejenis binatang dari perut bumi yang digelar Dabbatul Ardhi.
2) Lahirnya Dajjal.
3) Keluar asap tebal.
4) Turunnya Nabi Isa a.s.
5) Kemunculan Imam Mahdi.
6) Matahari terbit dari ufuk barat.
7) Keluarnya suku Ya’juj dan Ma’juj.
8) Diangkat Al-Quran dan perkara-perkara yang baik
9) Runtuhnya Ka’abah.
10) Terdengar tiupan sangkakala pertama.
11) Ada azan tak di jawab
12) 3 kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat, dan yang ketiga di Semenanjung Arab.
*bertaubatlah selagi waktu masih ada..
*jangan ingat mati hanya datang pada usia tua kita..
*tingkatkanlah amalan dan istiqamahlah (berterusanlah) dengan amalan tersebut..
“Ya Allah jadikan aku seorang hambamu yang beriman dan ampunilah segala dosa-dosa ku dan selamatkanlah semua kaum muslimin di muka bumi ini”

Sunday, 6 September 2015

KEKASIH TASIK ROMANIA

Entah berapa kali
Kucuba membohong hati ku ini
Hebat dilanda
Rindu padamu

Namun semua alasan
Rapuh bagaikan awan berarak
Yang memang tidak pernah abadi
Dan terlalu cepatnya berlalu

Pabila di giring angin
Dan mudah pula layu

Selepas ia melimpahkan
Titis-titis ehsan
Kini hatiku sangat terdesak
Untuk memilikimu

Agar bisa aku meneruskan
Sisa-sisa hidupku ini
Seperti manusia yang punya kekasih
Yang punya kekasih

Thursday, 3 September 2015

KAEDAH KAUNSELING ISLAM DALAM MENGASUH KANAK-KANAK



OLEH : 
CR. Ahmad Kamal bin Ariffin
Ketua 
Pusat Asuhan Pertiwi
Kuala Pilah, Negeri Sembilan Darul Khusus.


PENDAHULUAN
.
Dalam akta kanak-kanak dan juga perihal hak asasi kanak-kanak sedunia, dinyatakan bahawa setiap kanak-kanak berhak melakukan kesilapan. Mereka berhak buat silap kerana mereka masih tidak matang dari segi kognitif (fikiran) dan juga emotif (emosi). Oleh Itu, mereka amat perlukan bimbingan yang berterusan. Di dalam Islam, Allah menyatakan akan memberi banyak pahala kebaikan buat setiap muslim yang sabar, tabah dan empati ketika mengasuh seseorang kanak-kanak. Satu hadis Nabi Muhammad SAW yang  bermaksud: Bukanlah dari golonganku (umatku) orang yg tidak menyayangi kanak-kanak dan orang yang tidak memuliakan orang-orang tua dan orang yg tidak menyuruh berbuat kebaikan dan mencegah kpd kemungkaran [Hadis riwayat At-Tirmidzi, Bab Wasilah. Manakala kanak-kanak dalam konteks akta kanak-kanak di Malaysia merujuk kepada mereka yang berumur bawah 18 tahun.

KAEDAH MENANGANI MASALAH

Hakikatnya, kita  tidak akan rasa bersalah atau tertekan jika kita menggunakan langkah berikut untuk membina konsep kendiri yang positif kepada kanak-kanak. Ia adalah seperti berikut;

  1. Sandarkan niat dengan penuh ihsan, bagi membantu memotivasi dan membimbingnya menjadi insan yang bertakwa.
  2. Setelah adanya niat, maka bertindaklah untuk memberi teladan dan nasihat dengan penuh hikmah dan lembut.
  3. Jangan menggunakan perkataan dan intonasi yang kasar, mengugut dan maki hamun. Kerana caragaya komunikasi sebegitu adalah petanda manusia yang rendah moral dan hina.
  4. Terimalah diri setiap kanak-kanak tanpa syarat. Tetap kasih dan sayang padanya meskipun dia melawan dan berkasar bahasa. Sesungguhnya, kita tidak rugi berperibadi sopan dan santun ketika dalam proses membimbing anak atau setiap kanak-kanak.
  5. Ingat sentiasa, kita sedang dalam  proses mendidik insan. Kita bukan sedang mendidik haiwan atau robot. Justeru, cara menundukkan ego manusia ialah dengan menggunakan pendekatan lembut dan kasih sayang.

Berkaitan strategi  untuk berniat menghantar kanak-kanak tinggal dan belajar di asrama, ianya terpulanglah kepada kita. Pada hemat saya, ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya. Ingat pesanan Profesor Diraja Ungku Aziz (1969) bahawa manusia boleh berubah. Apa yang penting, berniatlah untuk kebaikan dirinya. Ada beberapa pesanan penting daripada saya khusus buat para ibubapa dan penjaga yang dalam proses mendidik anak-anak di asrama.

  1. Nyatakan padanya, asrama adalah medan terbaik untuk menggagahi diri bagi menjana ilmu di dada.
  2. Nyatakan padanya, kehidupan di asrama akan membina konsep kendiri unggul dalam aspek disiplin, kepimpinan dan ketabahan kendiri.
  3. Nyatakan padanya, hidup di asrama akan menjadikan kita peluang untuk melatih diri bercakap, berkomunikasi dan berkawan dengan penuh diplomasi, santun dan bertolak ansur.
  4. Nyatakan padanya, tidak semua kalangan remaja dan belia berpeluang belajar di asrama. Kebanyakan tokoh negara, misalnya mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir bin Mohamad adalah pelajar yang cemerlang di asrama sekolah.
  5. Nyatakan padanya, jangan tinggalkan solat dan sentiasalah bersyukur. Sesungguhnya, semua peristiwa dan pengalaman peribadi setiap manusia, adalah anugerah Allah yang tidak dapat dijual beli.

KESIMPULAN


setiap detik dan masa hendaklah kita manfaatkan dengan amalan yang baik (mahmudah). Masa adalah sangat berharga. Untuk cemerlang, samada sebagai penjaga kanak-kanak ataupun penjaga sebuah negara bangsa, asasnya adalah niat dan amal yang soleh. Jika  ada dalam hati niat tak baik, suka mengungkit atau kuat melakukan adu domba, maka kita akan menjemput banyak kesulitan kepada diri kita dan orang lain. Oleh itu, kekalkanlah kebaikan, nescaya hidup bahagia berkekalan.