OLEH :
CR. Ahmad Kamal bin Ariffin
Ketua
Pusat Asuhan Pertiwi
Kuala Pilah, Negeri Sembilan Darul Khusus.
PENDAHULUAN
.
Dalam
akta kanak-kanak dan juga perihal hak asasi kanak-kanak sedunia, dinyatakan
bahawa setiap kanak-kanak berhak melakukan kesilapan. Mereka berhak buat silap
kerana mereka masih tidak matang dari segi kognitif (fikiran) dan juga emotif
(emosi). Oleh Itu, mereka amat perlukan bimbingan yang berterusan. Di dalam
Islam, Allah menyatakan akan memberi banyak pahala kebaikan buat setiap muslim
yang sabar, tabah dan empati ketika mengasuh seseorang kanak-kanak. Satu hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: Bukanlah dari golonganku (umatku)
orang yg tidak menyayangi kanak-kanak dan orang yang tidak memuliakan
orang-orang tua dan orang yg tidak menyuruh berbuat kebaikan dan mencegah kpd
kemungkaran [Hadis riwayat At-Tirmidzi, Bab Wasilah. Manakala kanak-kanak dalam konteks
akta kanak-kanak di Malaysia merujuk kepada mereka yang berumur bawah 18 tahun.
KAEDAH MENANGANI MASALAH
Hakikatnya,
kita tidak akan rasa bersalah atau
tertekan jika kita menggunakan langkah berikut untuk membina konsep kendiri
yang positif kepada kanak-kanak. Ia adalah seperti berikut;
- Sandarkan niat dengan penuh ihsan, bagi membantu
memotivasi dan membimbingnya menjadi insan yang bertakwa.
- Setelah adanya niat, maka bertindaklah untuk memberi
teladan dan nasihat dengan penuh hikmah dan lembut.
- Jangan menggunakan perkataan dan intonasi yang kasar,
mengugut dan maki hamun. Kerana caragaya komunikasi sebegitu adalah
petanda manusia yang rendah moral dan hina.
- Terimalah diri setiap kanak-kanak tanpa syarat. Tetap
kasih dan sayang padanya meskipun dia melawan dan berkasar bahasa.
Sesungguhnya, kita tidak rugi berperibadi sopan dan santun ketika dalam
proses membimbing anak atau setiap kanak-kanak.
- Ingat sentiasa, kita sedang dalam proses mendidik insan. Kita bukan sedang
mendidik haiwan atau robot. Justeru, cara menundukkan ego manusia ialah
dengan menggunakan pendekatan lembut dan kasih sayang.
Berkaitan
strategi untuk berniat menghantar
kanak-kanak tinggal dan belajar di asrama, ianya terpulanglah kepada kita. Pada
hemat saya, ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya. Ingat pesanan
Profesor Diraja Ungku Aziz (1969) bahawa manusia boleh berubah. Apa yang
penting, berniatlah untuk kebaikan dirinya. Ada beberapa pesanan penting daripada
saya khusus buat para ibubapa dan penjaga yang dalam proses mendidik anak-anak
di asrama.
- Nyatakan padanya, asrama adalah medan terbaik untuk
menggagahi diri bagi menjana ilmu di dada.
- Nyatakan padanya, kehidupan di asrama akan membina
konsep kendiri unggul dalam aspek disiplin, kepimpinan dan ketabahan
kendiri.
- Nyatakan padanya, hidup di asrama akan menjadikan kita
peluang untuk melatih diri bercakap, berkomunikasi dan berkawan dengan
penuh diplomasi, santun dan bertolak ansur.
- Nyatakan padanya, tidak semua kalangan remaja dan belia
berpeluang belajar di asrama. Kebanyakan tokoh negara, misalnya mantan
Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir bin Mohamad adalah pelajar yang
cemerlang di asrama sekolah.
- Nyatakan padanya, jangan tinggalkan solat dan
sentiasalah bersyukur. Sesungguhnya, semua peristiwa dan pengalaman
peribadi setiap manusia, adalah anugerah Allah yang tidak dapat dijual
beli.
KESIMPULAN
setiap detik
dan masa hendaklah kita manfaatkan dengan amalan yang baik (mahmudah). Masa adalah
sangat berharga. Untuk cemerlang, samada sebagai penjaga kanak-kanak ataupun
penjaga sebuah negara bangsa, asasnya adalah niat dan amal yang soleh.
Jika ada dalam hati niat tak baik, suka
mengungkit atau kuat melakukan adu domba, maka kita akan menjemput banyak
kesulitan kepada diri kita dan orang lain. Oleh itu, kekalkanlah kebaikan,
nescaya hidup bahagia berkekalan.
No comments:
Post a Comment