Umur saya 16 tahun. Ada seorang rakan lelaki
pernah mengajak saya menjadi teman wanitanya tetapi saya menolaknya dengan
baik. Akibatnya, rakan lelaki itu memburuk-burukkan saya kepada rakan lain.
Perlukah saya bersemuka dengannya?
Orang yang berprestasi rendah cenderung membuat
fitnah, adu domba dan bercakap seolah dia ok, orang lain KO. Dalam isu anda,
saya Nampak anda sedang tertekan kononnya rakan lelaki anda itu berdendam
kerana anda menolak untuk menjadi kekasihnya. Natijahnya, dia buruk-burukkan
anda. Apa bentuk perkara yang diburuk-burukkannya
tidak pula anda jelaskan. Dan mungkin anda telah menjadi mangsa fitnah daripada
dia.
Di dalam dunia kini, manusia banyak yang lalai.
Nilai kasih dan cinta menjadi begitu murah dan mudah diadaptasi dan
direalisasi. Hukum halal dan haram tidak diambil peduli. Maka lahirlah generasi
muda belia yang hidup serba tak reti malu, alpa, mangsa whattsapp, FB, akhbar,
twitter, majalah dan seumpamanya. Pada si gadis jelita dan pemuda ada rupa,
timbul rasa ego dan ujub, betapa dialah yang paling gojes, diva kontemporari
dan menjadi pujaan ramai. Walhal, itu semua tipuan dunia belaka. Kecantikan,
kekuatan jasad dan banyakkan harta adalah bersifat sementara. Orang yang
tertipu dengan nikmat dunia, sifatnya mudah resah, cepat marah, suka
menyalahkan orang, suka berkhayal dan melengah-lengahkan ibadah wajib dan
sunat.
Sebaliknya, orang yang jiwa dan raganya sentiasa
takutkan Allah, dia tak peduli akan isu-isu yang remeh temeh, misalnya orang
mengutuk, mencerca, menghina ataupun computer bimbitnya dicuri orang. Sebab
apa? Sebab hati dan fokus hidupnya hanya kehadrat Allah. Dia Nampak orang
susah, dia mudah rasa ingin tolong. Dia Nampak
orang yang cemerlang, hatinya mudah ingin meneladani dan Berjaya sepertnya.
Jika dia sedar dirinya dibuli atau difinah, maka dia akan pastkan setiap akhir
penghujung malamnya, dia bangun bertahajud untuk meminta tolong daripada Allah.
Benar! Di dunia moden kini kita boleh jumpa
sahabat atau muallim atau kaunselor, untuk berkngsi rasa pilu, sedih atau
kecewa! Namun, hakikatnya, semua mereka adalah jua hamba Allah yang lemah dan
tidak mampu menolong anda, melainkan Allah jua tempat manusia mengadu. Allah dah
bersumpah dalam Al Quran, jika manusia minta tolong daripadanya, maka Insya Allah
akan datang bantuan daripada Allah. Malah, Allah telah tegaskan dalam Al Quran,
supaya setiap orang mukmin itu jangan takut kepada manusia, sebaliknya hanya
takut kepada Allah, tuhan yang maha esa.
STRATEGI MENANGI SIKAP LELAKI YANG JAHAT
Apa caranya untuk elakkan rasa tidak tenteram lantaran sikap negatif rakan lelaki anda itu? Jawabnya ialah;
1.
Sibukkan diri anda dengan amal ibadah yang mahmudah,
misalnya buat target untuk hafal Al Quran.
2.
Jadikan diri anda seorang pemimpin wanita unggul.
Wanita unggul cirinya berjiwa besar dan sibuk dengan menambah ilmu dan berbakti
kepada diri dan bangsanya (masyarakatnya).
3.
Baca kisah Rabiatul Adawiyah. Nilai dan ikut bagaimana
dia menghadapi pelbagai ujian dan fitnah dengan penuh ketenangan, ketrampilan
dan kejayaan.
4.
Maafkan diri rakan lelaki itu. Kemudian doakan kebaikan
untuknya. Sesungguhnya wanita yang solehah dia bersikjap pemaaf.
5.
Ingat, hidup di dunia tidak kekal. Yang kekal ialah
hidup di akhirat. Justeru, jangan obses dengan hal dunia, sebaliknya obses dan
persiapkan bekalan pahala bagi dekadensi hidup selamat dan bahagia di alam akhirat,
syurga yang didamba.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, jika anda menapati bahawa anda mangsa fitnah atau
sikap lempar salah orang yang cemburu atau tidak boleh menerima keputusan anda,
maka serahkan saaja urusan itu kepada Allah. Biarlah Allah yang akan membalas
segala perilaku lelaki tersebut. Dosa orang yang memfitnah sangat besar dan
dahsyat azabnya di akhirat kelak. Allah SWT menempatkan dosa membuat fitnah
lebih buruk dampaknya daripada membunuh. Firman Allah: "... fitnah itu
besar (dahsyat) dari melakukan pembunuhan ..." ~ Surah al-Baqarah, ayat
217.
No comments:
Post a Comment