Tuesday, 20 June 2017

SIKAP MULIA


Hidup kita didunia ini hakikatnya sangat singkat.
Umumnya, menurut Nabi Muhammad Saw, umur ummat manusia kini sekitar 60 tahun sahaja. Sampai ajal, matilah ia.

Andai umur mereka lebih sikit, umumnya mereka sudah lemah, kudrat menipis, banyak yang semakin nipis, tipis dan sadis.
Jika awak lihat, manusia berumur lebih 60 tahun, namun lidah, mata, fikiran dan kaki tangan mereka masih dan semakin ghairah mencari;

1. Hiburan
2. Perempuan
3. Harta
4. Kuasa
5. Populariti

Maka pada tuhan, itulah tanda mereka;

1. Terpedaya
2. Iq lemah
3. Eq lemah
4. Gelojoh
5. Jiwa kosong

Maka, kita golongan muda yang empati, berfikiran klasik dan berminda futuristik, wajib menolong kalangan orang tua yang sedemikian dengan cara;

1. Hadiahi mereka al Quran dan kitab Fadhilat Amal karangan Maulana Muhammad Zakaria.
2. Sentiasa doakan mereka agar dikurnia taufik hidayah.
3. Muliakan mereka. Umumnya, orang tua hatinya mudah tersentuh jika dimuliakan.
4. Bawa mereka menuju persekitaran ibadah.
5. Terus berbual kebaikan kepada mereka. Penuhi keperluan kebajikan mereka.

Konklusinya, layanilah semua orang khususnya orang tua dengan baik. Jangan hina dan label personaliti orang tua yang lemah. Ingatlah, balasan Allah dalam kubur lagi sangatlah menakutkan. Justeru, jika pandangan kamu terhadap orang lain sentiasa positif, kasih dan empati, maka insya Allah, kamulah agen kepada pembinaan persekitaran hidup yang mahmudah dan takwa.

Haraplah selagi bernafas
Even the Moron have a dream.

Akhikum Fillah,
Dr. Ahmad Kamal bin Ariffin.

No comments:

Post a Comment