Saudara
saya yang dirahmati dan dikasihi oleh Allah Taala, semua,
Selawat
dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Saw.
Bahawa......,
Menyelamat
orang yang sedang menuju ke neraka Allah Taala adalah tanggungjawab setiap
daripada kita.
Macam
mana kita nak selamatkan saudara kita?
Pertama
sekali berazam dan berusaha untuk menjadi soleh.
Setiap
orang Islam sama ada lelaki atau perempuan mesti perbaiki diri masing-masing.
Sirah
kenangan sikap buruk yang lalu janganlah dikenang. Pilihlah jalan taubat.
Jangan ulang akan sekalian salah, dosa dan noda.
Allah
Taala letakkan daya tarikan pada setiap amal kebaikan yang dilakukan oleh ummat
Nabi Muhammad Saw.
Hari
ini mengapa orang tidak minat kepada Islam ialah sebab kehidupan orang Islam
kebanyakannya tak ubah seperti kehidupan orang kafir.
Mereka
kerja untuk makan dan makan untuk kerja.
Ingatlah
pesan Nabi Saw mafhumnya "Kamu bantu Allah, Allah akan bantu kamu. Kamu
tunai segala perintah Allah, Allah tunaikan segala hajat kamu".
Haraplah
selagi bernafas.
Akhikum
Fillah,
Dr.
Ahmad Kamal bin Ariffin
No comments:
Post a Comment