OLEH : DR. AHMAD KAMAL BIN ARIFFIN, 012 6650387
PENDAHULUAN
Dewasa
ini, saya banyak dihubungi oleh kalangan ibubapa yang stres sebab tak tahu apa
strategi “utuh” untuk tolong anak gadisnya yang masih bersekolah namun
“kemaruk” bercinta dengan suami orang di luar sana. Antara realiti dan fantasi,
ia memang sudah terjadi dan sukar ditangani tanpa minda berjiwa dan akal budi
bestari. Demikianlah getusan “jumhur” guru bimbingan dan kaunseling di sekolah.
Adapun isu bercinta dengan suami orang dalam kalangan remaja perempuan yang
masih bersekolah menengah terbukti memang boleh mengundang konflik. Konflik
tersebut mencakupi konflik personal diri dan konflik dengan ibubapa serta seisi
keluarga. Umumnya, remaja perempuan yang masih bersekolah mesti memberi tumpuan
kepada pelajaran di sekolah. Apabila mereka terlibat dengan dunia percintaan
dengan suami orang (sama ada sedang bekerja atau telah dibuang kerja), maka
ditakuti akan menimbulkan masalah krisis kendiri dalam kalangan remaja sendiri
misalnya hilang fokus terhadap pelajaran, masalah pergaulan bebas/maksiat dan
menimbulkan persepsi negatif oleh ahli masyarakat setempatnya.
KONFLIK
Berikut
adalah konflik-konflik yang sering berlaku natijah daripada percintaan dengan
suami orang;
1.
Konflik
dengan isteri kekasih hati
2.
Konflik
dengan ibubapa sendiri
3.
Konflik
dengan diri sendiri
NASIHAT
Pada
hemat saya, memang wajarlah anak perempuan yang masih bersekolah dinasihati
dari semasa ke semasa. Dia mesti dinasihat dengan merujuk kepada beberapa
perkara;
1.
Kemahiran
berfikiran rasional
2.
Adab
dan batas pergaulan di dalam Islam
3.
Kesan-kesan
berkahwin dengan suami orang
4.
Kesan-kesan
kepada seorang anak perempuan yang tidak mendengar nasihat ibubapanya
Berasaskan
perkara diatas, adalah wajar pihak ibubapa menasihati anak perempuan sendiri
dengan lemah lembut dan yakin. Dari segi psikologi, anak-anak perempuan akan
mudah mendengar nasihat ibubapa dengan menggunakan kaedah bercakap secara
jelas, ringkas, lembut dan kasih mesra. Iringan usaha bercakap dan menasihat
mesti dikukuh dengan amalan solat hajat dan doa-doa yang berterusan. Nabi
Muhammad Saw telah berpesan bahawa doa seorang ibu dan bapa sangat makbul.
Seterusnya, barangkali pihak ibubapa tertentu memang sedari azali terkenal sebagai
seorang ibubapa yang bercakap kasar dan
keras intonasinya, maka gunakanlah saat waktu yang mencabar tersebut
untuk “berubah sikap”. Berubahlah sikap untuk menjadi ibubapa yang punyai sikap
apabila “bercakap”, maka dia akan bercakap secara penuh hemah, lembut, intonasi
tenang dan kata-kata yang bijaksana. Jangan dan elak dari sikap apabila
bercakap, jangan;
1.
Menghina
2.
Mengutuk
3.
Mengherdik
4.
Mengungkit
5.
Menengking
6.
Menyumpah seranah
7.
Membanding banding
8.
Menjatuhkan ego anak
8
jenis caragaya bercakap diatas jika dilakukan, maka musnahlah objektif ibubapa
untuk menolong dan membimbing anak perempuan itu. Ia bukan membantu sebaliknya
merosakkan konsep kendiri anak. Anak perempuan itu akan jadi bertambah kusut,
keliru dan rosak perasaannya. Jika tidak dirawat dan dipulih, dia boleh jadi
meroyan, histeria dan MID (Mental Illness Disorder).
Jika
terdapat dalam institusi keluarga anda yang miliki anak perempuan masih
bersekolah menengah yang bercinta dengan suami orang, maka sering timbul isu
sejauhmana kebaikannya jika pihak ibubapa pergi menemui kekasih (gelap) anak
berkenaan. Idea menemui kekasih anak anda yang sudah berkahwin itu, maka ianya
adalah terpulang kepada pihak ibubapa. Komen saya, jika menemuinya, kita tidak
tahu sejauhmana dia menghormati nasihat kita. Jika pihak anda sebagai ibubapa
tidak bertemu dan berbincang secara baik
dengannya, maka pada hemat saya ia tetap tidak menjamin kejayaan kepada pihak
anda. Apa yang lebih penting, anda berusaha sungguh-sungguh untuk selamatkan
anak perempuan anda daripada terdedah kepada risiko dianiayai secara mental dan
emosi seandainya pihak isteri kekasih anak anda itu mengetahuinya. Jika tidak
dibanteras, ia mungkin mendedahkannya kepada keadaan menimbulkan perasaan
negatif kepada isteri kekasih anak anda itu misalnya kecewa, musykil, benci,
dendam dan sengsara.
Sesungguhnya,
pada hari ini, terdapat banyak kes anak-anak gadis dalam kalangan masyarakat
kita mengalami pelbagai gangguan emosi dan masalah sosial akibat bercinta
dengan lelaki yang sudahpun berkahwin. Insya
Allah, dengan melihat setiap masalah
secara positif dan menanganinya menggunakan kemahiran komunikasi yang
bijaksana, disamping doa dan amal mahmudah yang tidak pernah berputus asa,
pihak anda selaku ibubapa prihatin pasti akan berjaya membantu anak perempuan
itu untuk kembali taat kepada ibubapa sendiri dan boleh membuat keputusan yang
matang dan futuristik.
PERANAN REMAJA
Sebagai
generasi muda remaja yang punyai banyak peluang untuk maju jaya, sewajarnya
mereka perlu bijak membuat keputusan dan merancang masa depan. Janganlah kita lupa betapa sebagai ummat Nabi Muhammad SAW kita perlu ada rasa
malu dan membina maruah diri yang tinggi. Maruah dan imej kendiri positif mesti
dibina dan seterusnya tunjukkan kepada kedua ibubapa dan diri kita sendiri,
betapa kita boleh menjadi insan yang bukan sahaja bermanfaat kepada diri
sendiri, malah juga kepada orang lain. Seterusnya, sama ada kepada pihak
ibubapa, mahupun kepada pihak anak perempuan, apa sahaja masalah yang timbul,
jalan penyelesaiannya akan menjadi sangat mudah apabila kita sebagai “muslimin dan
muslimat” agar menggunakan pendekatan
akhlak yang mahmudah dalam proses
berkomunikasi khususnya untuk berbincang bagi menangani sebarang
masalah. Asasnya ikut peraturan syarak dan elakkan daripada ikut hati dan
perasaan semata-mata. Buat semua anak perempuan, lupakah “kamu” akan segala
jasa ibubapa yang telah berpenat lelah memelihara dan menjaga keselamatan “kamu”
sejak baharu lahir. Hanya kerana cinta yang tidak direstui ibubapa, sanggupkah
kalangan anak-anak perempuan di luar sana menderhakai ibubapa kandung sendiri? Allah
hu Akbar. Allah hu Akbar. Allah hu Akbar.
KESIMPULAN
Telah
dijelaskan kesan dan akibat bercinta diantara “pelajar perempuan dengan suami
orang”. Sebaik-baik anak ialah dia bersikap lunak terhadap kehendak ibubapanya,
sebab dia mengerti erti kenang budi dan mentaati ibubapa sendiri. Sebaik-baik ibubapa
ialah dia tidak “dayus” hingga tergamak memendam rasa, berjiwa takut hingga tak
berani mempertahankan hak dan maruahnya sendiri demi masa depan anak gadisnya yang
masih bersekolah. Maka ada baiknya kita renung makna tersirat disebalik Sabda
Nabi Muhammad SAW berikut iaitu
maksudnya;
“Sukakah aku beritahu padamu orang yang diharamkan masuk neraka?
Baginda melanjutkan ucapannya bahawa neraka itu haram ke atas sesiapa yang
lembut, ringan, tenang dan baik budi.” (HR Tirmizi).
Buanglah
yang keruh, ambillah yang jernih, nescaya akan teguhlah peribadi.
No comments:
Post a Comment