Oleh :
Dr. Ahmad Kamal bin Ariffin.
Pengasas
Pusat Asuhan Pertiwi Malaysia.
PENDAHULUAN
Menurut seorang pakar motivasi barat terkenal bernama Dale
Carnegie (1988), lumrah hidup manusia, tidak semua orang akan selesa dan
memahami diri kita. Malah, kadang kadang, manusia sendiri tidak memahami hakikat
kehendak dan kemahuan dirinya sendiri. Umumnya, kesan berfikiran negatif asyik
bergantung kepada persepsi orang terhadapnya, maka banyak manusia cenderung
menjadi bersikap pasif, moron, terlalu sensitif dan membazir masa. Menjadi
asyik berfikir apa yang mesti atau sepatutnya orang buat kepada dirinya. Dia
sebenarnya akan hidup merugi dari segi masa, tenaga dan nilai diri. Peduli
mengenai isu ini, Saidina Ali bin Abi
Thalib R.A menyatakan bahawa “Allah
menyayangi orang-orang yang mengetahui kadar dirinya, dan tidak melewati batas
perjalanannya, menjaga lisannya dan tidak mensia-siakan masa dan umurnya”.
BERFIKIR SECAR RASIONAL
Ya benar! Manusia umumnya suka dirinya dihormati dan
dihargai. Apabila manusia merasa dirinya tidak dihormati dan dihargai, maka dia
cenderung untuk merasa tidak puas hati dan kecewa. Ia kesan daripada pemikiran
tak rasional. Cuba kita tanya diri sendiri, siapa kata diri kita mesti
dihormati dan dihargai. Hakikatnya, manusia tidak boleh mengawal perasaan dan
pemikiran orang. Hakikatnya, hanya Allah yang dapat kawal pemikiran dan hati
manusia. Manusia lain termasuk diri kita tidak mampu. Bagi menangani isu
tersebut, kita harus belajar berfikir secara rasional. Albert Einstein (1950) pernah berkata “The only real valuable thing is
rational thinking”. Alasan mengenainya diungkap oleh cendikiawan Korea
Selatan,
Ha Joon Chang (2003) seperti berikut “Rational thinking is an important
aspect of human nature, but we have imagination, we have ambition, we have
irrational fear, we are swayed by other people, we get indoctrinated and we get
influenced by advertising”. Maka pemikiran dan hati kita mesti kita
rasionalkan menurut panduan al Quran dan al Hadis sebab kita mukmin (orang
Islam). Panduan dan pedoman jalan penyelesaian setiap cabaran ummat ini mesti dipelajari oleh setiap kita.
Bagi atasi masalah tersebut juga, kita perlu bertindak dan
berfikir secara rasional dan kreatif. Hakikatnya, manusia kurang berpengaruh
dan menang dalam seni berkawan kerana tiada ilmu, kemahiran dan daya tarikan ketika
berkomunikasi. Kemahiran lisan atau komunikasi harian yang berkesan sangat
penting. Untuk berjaya dalam semua urusan hidup, asasnya adalah komunikasi
berkesan. Di antara kemahiran komunikasi berkesan adalah ;
1. Bina rapport (hubungan) dengan
semua orang (khususnya kepada ahli
keluarga) dengan niat untuk membantu. Ingat, kita boleh bantu memberi kesan
positif kepada orang lain dari segi ekspresi wajah, ketrampilan caragaya
berpakaian, cara bercakap yang jelas dan lembut, sifat santun dan tingkahlaku
penyayang.
2. Ingat sentiasa tujuan hidup kita
ialah untuk membantu diri sendiri dan orang lain, bukannya untuk mencari
pengaruh dan keuntungan personal sendiri.
3. Respon negatif daripada orang lain
dilihat sebagai satu rahmat daripada Allah. Ia berguna untuk menjadikan kita
rasa tawaduk dan rendah diri. Lagikan Nabi Noh a.s tidak dihargai dan
dimuliakan pandangan dan sikapnya oleh isteri, anak-anak dan orang kampungnya.
Bagaimana pula terhadap diri anda dan saya yang
merupakan insan biasa-biasa ini.
4. Banyakkan mendengar apabila
bercakap dengan orang. Tunjukkan minat dan hormat dengan memandang pada wajah
orang tersebut dengan baik. Set dalam minda kita dahulu bahawa kita menghormati
dan menghargai setiap pandangan nya.
5. Cuba respon kata-kata orang lain
yang bercakap dengan kita dari segi isi, perasaan dan pengalaman hidup melalui
penceritaannya. Oleh itu, perhatian kita mesti fokus kepada nya.
6. Apabila kita mengamalkan setting
bercakap dengan sopan, banyak mengangguk, tidak suka mencelah sebaliknya banyak
mengia atau menyokong, tidak menyilang tangan dan kaki ketika bercakap dengan
orang lain, dan banyak senyum manis tkita gembira ketika bercakap, maka ia
menjadikan lawan bicara kita itu rasa selamat dan gembira.
7. Orang akan suka dan sentiasa
teringin untuk berbincang dan menyokong pandangan kita pada asa akan datang
kerana kita sendiri telah menunjukkan sikap terpuji dari segi komunikasi
berkesan.
Dalam ilmu sejarah, banyak tokoh dunia yang terkenal, namun turut
punyai musuh, dibenci oleh ramai orang dan ia termasuklah apa yang pernah
dialami oleh para sahabat Nabi Muhammad SAW.
Misalnya Saidina Abu Bakar, Saidina Ali, Saidina Umar dan Saidina Uthman.
Kini, kita sendiri sering melihat terdapat dalam kalangan pemimpin negara kita
yang terserlah terampil dari segi ekspresi wajah dan hujah politik, namun
terdapat juga orang ramai yang mencemuh dan mengutuk mereka. Hujah mereka mengutuk dan membenci ialah
kerana tidak berfikiran selari dengan mereka. Moralnya ialah kita juga perlu
sentiasa bersedia untuk menerima kritikan atau tersalah tafsiran daripada
sesiapa sahaja yang menjadi lawan bicara kita. Meninjau sikap dan akhlak para
nabi dan rasul, mereka hidup dalam keadaan aman dan bahagia meskipun dihujani
pelbagai rintangan dan ujian. Mereka tetap terus mengamalkan sahsiah yang
selari dengan apa yang telah diperintahkan dalam Al Quran dan sunnah Nabi SAW. Mereka
sentiasa percaya, bahawa setiap tindakan orang yang soleh adalah berasaskan
niat suci mereka untuk mendapat;
1. Hidayah Allah = Petunjuk oleh Allah
2. Irsyad Allah =
Pimpinan oleh Allah
3. Tasdid Allah = Sokongan oleh Allah
4. Ta’jid Allah =
Bantuan oleh Allah
Sama ada di dalam rumah atau di luar rumah, setiap ibubapa
mesti;
- Beriman
- Beramal
- Meyakini
- Bertawakal
- Fokus……. untuk bersiap siaga untuk menemui saat yang sukar iaitu masuk kubur dan terlebih sukar iaitu mencari bekal masuk kubur (Kata-kata Saidina Ali kepada sahabatnya Muaz bin Jabal).
Jangan mudah sakit hati, risau dan marah jika anak-anak
bersikap kasar, malas belajar dan banyak main. Ingat bahawa setiap anak adalah
milik Allah bukan milik kita. Kita hanya pemegang amanah Allah. Cara kita
berdepan setiap kerenah, masalah dan kenegatifan sikap anak ialah dengan cara;
- Hikmah
- Teladan yang baik
- Terus berdoa
Menurut Nabi Muhammad Saw doa itu senjata setiap mukmin.
Benar doa ada yang cepat dan lambat dimakbuli Allah. Maka disitulah cabaran
untuk Allah nilai sejauhmana kalangan mukmin itu ikhlas dan sabar terhadap
Rabbnya.
Seterusnya, saya panjangkan satu ungkapan berbunyi seperti
berikut;
“Kepada siapa engkau akan memohon
jika bukan kepada Allah? Kepada siapa engkau akan meminta jika bukan kepada
pemilik segalanya? Kepada siapa engkau akan mencari perlindungan jika bukan
kepada Allah? Pengatur langit dan bumi serta miliknya juga semua yang ada di
keduanya, yang jika mengatakan tentang sesuatu….Jadilah maka jadilah sesuatu
itu” – Pernyataan oleh Dr. Abdullah Azzam (1988).
Allah telah berfirman setiap hambanya akan diuji. Maka setiap
hambanya yang sabar dengan ujian, Allah beri balasan pahala dan nikmat syurga.
Bagi hambanya yang ingkar dan tidak sabar, maka kekallah dalam kejahilan dan
balasan neraka menunggunya di akhirat nanti.
Sekali sekala, bukalah minda (empty your cup) sambil
membayang apakah sikap kita yang;
- Pemarah
- Penjahat
- Pengkritik
- Prasangka
- Prejudis
- Perasan
- Pemalas……
menepati ciri para muallim, mursyid, murabbi, muaddib,
mujahid dan mudarris yang akan mewarisi syurga di alam akhirat kelak? Cakap
siang pandang-pandang cakap malam dengar-dengar. Persoalannya, apa yang kita
wajib pandang dan dengar saat kita masih boleh bernafas dan waras pada saat
ini? Yang mesti kita pandang ialah pandangan Nabi Muhammad Saw dan yang mesti
kita dengar ialah ayat al Quran yang mendidik kita agar sentiasa bersikap dan
bertindak seperti manusia yang sentiasa mengingati mati. Firman Allah (Surah Al Munafiqun ayat 11) yang bermaksud;
“Dan Allah sekali-kali tidak akan
menangguhkan kematian seseorang apabila datang waktu kematiannya. Dan Allah
maha mengetahui apa yang kamu kerjakan”.
Ilmu psikologi ingat mati ini jika diamal boleh menjadikan
seseorang ibubapa khususnya dan setiap anak-anak umumnya agar;
- Belajar dengan niat suci
- Berjalan dengan rendah diri
- Bekerja dengan patuh syar’ie
- Beribadah dengan sepenuh hati
- Berpolitik dengan dakwah Islami
Ada satu kalimat bijak pkitai Inggeris menyatakan “Whenever life sucks, remember you’re going
to die someday”. Berhubung dengannya, beringatlah, bahawa awal kehidupan
kita digelar si bayi dan akhir kehidupan kita digelar si mati.
KESIMPULAN
Sesungguhnya, kesulitan atau cabaran hidup menjadikan setiap
manusia berkembang menjadi lebih bijak dan matang. Menurut Albert Camus (1957),
“Kita tidak boleh mencipta pengalaman”.
Kita mesti hadapi setiap cabaran dengan daya tawakal. Jelasnya, pengalaman
adalah anugerah Allah bukan ciptaan manusia. Kita tidak dapat lari daripada
masalah atau ujian, misalnya ujian miliki kawan yang tidak pandai jaga hati kita
dan tidak mahu menerima pandangan kita atau memahami kita. Kita perlu amalkan sikap
sabar dan berfikiran positif. Banyakkan masa kita untuk mencapai kejayaan yang kita
impikan pada masa depan (berjaya di dunia dan akhirat). Jangan habiskan masa
untuk berfikir tentang orang lain yang ternyata tidak dapat mengubah masa depan kita dan menjamin kebahagiaan kita.
Isilah masa dengan berfikir dan berbuat perkara-perkara yang berfaedah. Ia ibarat kata pepatah orang Jepun yang
berbunyi “Hidup umpama aiskrim, nikmatilah ia sebelum cair”.
No comments:
Post a Comment