Maafkan sahaja orang lain yang memfitnah, menyakiti hati atau
menghina dirimu. Orang itu juga hamba Allah. Dia pun pasti takut akan
sukarnya keadaan dalam kubur. Percayalah setiap ujian dan dugaan di atas
dunia ini adalah atas kehendak Allah. Dari Allah kita datang kepada
Allah kita kembali. Maka bila datang orang lain berbuat tak baik kepada
kamu, maka balaslah dengan memaafkan. Doakan dia semoga dia diberi
rahmat kebaikan daripada Allah. Itulah bimbingan yang Nabi Muhammad Saw sering ingatkan kepada semua ummat Islam.
Dengan sifat ihsan dan kasih sayang juga, tidak salah untuk kamu
belajar untuk lebih rajin beribadah, rajin menolong orang susah dan
rajin untuk memuhasabah diri. Sesungguhnya Allah maha pengampun lagi
maha pengasihani. Atas sifat mulia, setiap mukmin pasti menjadi ahli
syurga.
Selamat maju jaya semua.
Akhikum Fillah,
Dr. Ahmad Kamal bin Ariffin.
No comments:
Post a Comment