Friday, 3 August 2018

MEMBANGUN BERSAMA ISLAM

Wahai orang-orang yang beriman! Allah (SWT) telah mencipta kita manusia dari tiada. Dia telah memberi kita masa yang terhad di muka bumi ini, dan apabila masa itu tamat, kita semua akan mati. Kita akan mati dan kemudiannya dimasukkan ke dalam kubur dan menantikan hari kebangkitan, di mana kita semua akan menghadap Tuhan untuk diadili. Dan pada hari terakhir itu, Yaumul al-Qiyamah, di kehadirat Allah Subhana wa Ta’ala Jalla wa’Ala, kita akan dipertanggungjawabkan atas segala amalan perbuatan yang dilakukan di dunia ini baik semasa kita sedang celik maupun sedang kita tidur. Setiap saat yang berlalu, setiap nafas yang dihela dan dihembus, setiap langkah yang kita ambil, semakin mendekatkan diri dengan realiti itu. Realiti di mana kita semua akan berdiri di kehadirat Maliki Yawmi Deen. Maliki Yawmi Deen itu, Allah menggambarkan Hari itu, sebagaimana Dia (SWT) telah berfirman dalam Surah ‘Abasa, BismillahirRahmanirRahim. “Apabila datang suara jeritan yang dahsyat. Pada hari seseorang itu lari dari saudaranya, dan ibunya serta bapanya. Dan isterinya serta anak-anaknya. Tiap-tiap seorang dari mereka pada hari itu, ada perkara-perkara yang cukup untuk menjadikannya sibuk dengan hal dirinya sahaja. Beberapa wajah pada hari itu berseri-seri, seperti subuh, Tertawa, lagi bersuka ria; Dan beberapa wajah pada hari itu penuh berdebu, diliputi oleh warna hitam legam dan gelap-gelita. Mereka itu ialah orang-orang yang kafir, yang derhaka.” Sadaqallahuladzim. (80: 33-42).

No comments:

Post a Comment