OLEH :
DR. AHMAD KAMAL BIN ARIFFIN
PENDAHULUAN
Anak-anak bakal menjadi pemimpin pada
masa depan. Jika kita ingin melihat bagaimana keadaan rupa kepimpinan kendiri
dalam kalangan anak-anak kita pada masa
depan, maka kita tengoklah keadaan anak-anak kita hari ini. Ia ibarat seperti
kita melihat akan sepohon pokok. Sepohon pokok itu hakikatnya menjadi sumber
kebajikan kepada mahkluk. Ia sama ada dari kalangan manusia mahu pun haiwan.
Sepohon pokok dengan melalui benih yang baik, kemudiannya akan berkembang
tumbuh menjadi akar tunjang yang kuat. Itulah asas penting bagi tumbuhnya
sepohon pokok. Ia merupakan satu analogi kepada proses perkembangan jati diri
setiap insan.
MEMBUDAYA
SEMANGAT CINTAI ILMU PENGETAHUAN
Asas utama bagi memiliki jati diri
unggul ialah ilmu pengetahuan. Rasullullah Saw telah bersabda maksudnya;
“Orang
yang paling baik antara kamu ialah mereka yang mempelajari Al Quran dan
mengajarnya kepada orang lain.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Al Quran adalah peliti ilmu. Al Quran
adalah panduan hidup yang telah diturun oleh Allah buat sekalian manusia. Untuk
maju dan selamat hidup di dunia dan akhirat, setiap manusia mesti ikut panduan
yang telah digazet oleh Allah di dalam al Quran. Jelasnya, diantara ilmu yang mesti
diberi penekanan terhadap anak-anak ialah belajar bahasa Arab kerana dengan nya
kita dapat memahami maksud Al Quran.
Dengan ilmu bahasa Arab, kita dapat mengetahui maksud kebanyakan
kitab-kitab ilmu agama Islam yang telah ditulis oleh kalangan ulamak muktabar
di dalam bahasa Arab. Bahasa Arab juga adalah
bahasa yang mesti digunakan ketika kita solat. Sembahyang tidak boleh
dilaksana dengan mengguna bahasa selain daripada bahasa Arab. Ibrahnya ialah
jati diri kita akan terbina dengan penguasaan ilmu yang bersepadu melalui
ibadah solat.
Ilmu-ilmu lain yang perlu dikuasai ialah
ilmu tentang Ulum Al Quran, Ulum Al
Hadis, sejarah Nabi Muhammad SAW,
perundangan dalam Islam, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik,
Kejuruteraan, Kesihatan dan seumpamanya. Dengan ilmu pengetahuan yang mantap
akan lahirlah modal insan yang berketerampilan dan mempunyai jati diri yang
unggul. Manusia menjadi kelihatan unggul kerana miliki imej yang mantap daris
segi pencapaian akademik, bakat istimewa, kepakaran, sumbangan terhadap negara
dan seumpamanya.
Seorang cendikiawan bernama Mustafa
Mashur (1989) telah menyatakan bahawa untuk memiliki jati diri, seseorang itu
perlu menguasai dan mendalami ilmu pengetahuan seperti berikut;
“Ia hendaklah mendalami ilmu agama serta
berusaha untuk menambahkannya dan memahami masalah-masalah yang berlaku dalam
kalangan orang Islam serta sentiasa menyebarkan pengetahuan dan kepakarannya.
Ia hendaklah juga memantapkan bidang pengkhususannya...”
Allah Taala telah berfirman (Al Zumar : 9) maksudnya;
“Katakanlah Wahai Muhammad apakah
sama antara mereka yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui”.
Anak-anak yang memiliki jati diri unggul
lazimnya mempunyai karakter yang sentiasa mengamalkan ilmu yang telah
dipelajarinya. Ia selari dengan sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud;
“Tidaklah
seseorang itu dipanggil alim sehingga amalannya menurut ilmunya.”
(Sahih Muslim)
MEMBACA
MENJANA JATI DIRI UNGGUL
Membaca adalah jambatan ilmu. Dengan
membaca, manusia berkembang tumbuh untuk menjadi insan yang berkarisma dan
miliki jati diri. Pelajar yang tekun dan
berfokus midannya untuk menuntut ilmu umumnya miliki jati diri unggul.
Ironinya, insan yang memiliki jadi diri tidak mudah terpedaya dengan gejala
negatif orang lain dan tidak mudah terpengaruh dengan bisikan nafsunya.
Penekanan tentang kepentingan amalan membaca bagi menjana jati diri unggul ini
ada ditegaskan oleh Allah di dalam Al Quran (Surah Al Alaq : 1-5) yang
bermaksud;
“Bacalah (wahai Muhammad) dengan
nama Tuhan engkau yang menciptakan (sekelian makhluk). Dia mencipta manusia
dari segumpal darah beku. Bacalah dan Tuhanmu yang maha pemurah. Yang mengajar
manusia melalui pena dan tulisan. Dan mengajar manusia apa yang mereka tidak
ketahui”.
Membaca adalah berkaitan rapat dengan
maksud belajar. Dengan membaca, kita belajar memahami dan mengetahui banyak
perkara sama ada yang telah berlaku ataupun belum berlaku. Bagi menjelaskan
lagi, menurut Imam al Ghazali, bahawa
teknik belajar yang berkesan adalah seperti berikut;
1.
Banyakkan diam
2.
Fokuskan diri dengar
3.
Berusaha untuk faham
4.
Sentiasa membina amal
5.
Tidak lokek untuk sebar
Jelasnya, apabila seseorang pelajar
berada dalam majlis ilmu di dalam kelas bersama seseorang guru, maka hendaklah
dirinya diam sambil mendengar kata bicara guru. Seterusnya mesti fokus akan
perhatian minda dan hatinya semasa menuntut ilmu. Ia bertujuan agar mudah
memahami intipati pengajaran dan pembelajaran bersama guru. Manakala setelah
faham akan sesuatu pelajaran, hendaklah diamalkan sama ada dengan cara
mengulang-ulang sebut ataupun latihan yang berterusan. Apabila telah yakin dan
sedar akan dirinya telah menguasai akan sesuatu topik pembelajaran, maka
alangkah baiknya akhlak seseorang pelajar itu untuk berkongsi kemahiran dan
ilmu bersama rakan-rakan sebayanya yang lain dengan menyebarkannya secara
ikhlas dan kasih sayang. Ilmu pengetahuan menurut Saidina Ali bin Abi
Thalib k.w sifatnya unik. Ilmu pengetahuan jika dikeluarkan akan bertambah,
sebaliknya harta jika dikeluarkan akan berkurang.
Jati
diri adalah terkait dengan sifat, sahsiah, perwatakan, personaliti dan karisma
seseorang. Orang yang miliki jati diri unggul pula adalah merujuk kepada imej
seseorang yang miliki persona yang hebat seperti berikut;
1.
Berwajah manis, tenang dan menawan. Meskipun
kulitnya hitam, namun dia tetap dilihat menawan lantaran seri mukanya, bersih
halus kulitnya, senyuman terukir tanda bahagia dan lirik matanya redup
menyerlahkan keluhuran hatinya.
2.
Tutur katanya teratur, lontaran ideanya
penuh tertib dan caragaya komunikasinya ringkas tetapi mantap, intonasinya
sederhana namun sedap untuk didengar.
3.
Gerak tangan dan kakinya sentiasa
terbuka dan bersahaja. Dia berjalan dengan langkah yang tenang dan jelas hala
tujunya.
4.
Dia seorang pendengar yang setia dan
sentiasa mengangguk tanda hormat dan memotivasi akan orang yang menjadi lawan
bicaranya.
5.
Kalimat ucapannya sentiasa menyandarkan
rasa syukur kehadrat tuhan. Mendorong orang lain yang berbicara dengannya agar
beringat bahawa segala perkara sama ada baik atau buruk semuanya ada hikmah dan
segalanya datang daripada kehendak tuhan.
Dengan
adanya 5 trait dimensi jati diri di atas, seseorang itu akan mengekalkan imej
seorang yang berjati diri dengan nilai positif keberkatan hidup berikut;
1.
Hidupnya bertambah senang pada hari ini
berbanding semalam dengan keadaan semakin bertambah bertakwa
2.
Dia kekal istiqamah dengan jati diri
yang yang unggul tersebut
Dengan adanya jati diri, seseorang tidak
mudah terpengaruh dengan elimen-elimen hidup zaman moden kini yang boleh
menjerumus seseorang remaja mahupun belia ke dalam situasi negatif berikut;
1.
Fanatik dengan fesyen namun apologetik
terhadap mencari duit (Duit maksudnya doa, usaha, ilmu dan tawakal)
2.
Fanatik dengan kecantikan zahir namun
apologetik terhadap kecantikan batin (iman dan jiwa)
3.
Fanatik dengan hiburan sukan namun
apologetik terhadap amal ibadah
4.
Fanatik dengan wang ringgit namun
apologetik terhadap belajar dahulu sebelum bekerjaya.
5.
Fanatik dengan politik namun opologetik
terhadap makna melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sebelum betul-betul
terjun dalam berpolitik, wajib dahulu betul-betul faham ilmu akidah, syariah,
muamalat, fekah dan siasah ummah.
STRATEGI
MEMBENTUK BUDAYA MENCINTAI ILMU
Hendaknya, setiap kalangan ibubapa mesti
menunjukkan minat membaca yang positif
di dalam rumah masing-masing. Tidak dinafikan betapa fitrah semua wanita di
atas muka bumi ini suka akan kecantikan, kebebasan berbelanja dan melancong ke
pelbagai destinasi yang menarik di seluruh dunia. Namun, setiap impian ada
syaratnya. Begitu jugalah setiap barang, ia ada nilainya yang tersendiri. Tanpa
keupayaan kewangan, kita akan terjerumus ke arah krisis emosi, nilai dan
perasaan.
Membaca jambatan ilmu. Membaca adalah
obor hemah. Orang berilmu lebih mulia disisi Allah berbanding yang tidak berrilmu.
Malah, orang berilmu sering dikaitkan dengan sikap yang sopan, berbudi bahasa,
tawaduk, tidak pemarah sebaliknya penyayang. Berikut disertakan panduan berguna
untuk membentuk budaya mencintai ilmu;
1. Ibubapa
menunjukkan sikap suka membaca buku dan membawa anak-anak menghadiri majlis
ilmu misalnya di surau, masjid, jemputan dewan orang ramai dan pelbagai agensi
kerajaan mahupun NGO (Non Government Organisation) yang mengadakan seminar atau
ceramah ilmu bertema misalnya bidang pendidikan kesihatan, motivasi kerjaya,
pencegahan dadah dan inhalan, keluarga penyayang dan seumpamanya.
2. Ibubapa
sering menghadiah diantara satu dengan lain serta untuk setiap anak-anaknya
sempena hari lahir dan seumpamanya berupa buku-buku yang berfaedah misalnya
buku sejarah negara, sejarah pahlawan Melayu, ensiklopedia tamadun manusia dan
seumpamanya
3. Mengadakan
satu sudut membaca atau perpustakaan mini di dalam rumah
4. Ibubapa
sentiasa memberi pesanan agar kalangan anak-anaknya memuliakan guru dan para
alim ulamak.
5. Ibubapa
sentiasa menitipkan slogan “Tuntutlah ilmu daripada dalam buaian hinggalah ke
liang lahad”.
KESIMPULAN
Anak-anak atau insan yang berilmu akan
memiliki jati diri. Trait orang yang miliki jati diri unggul pula sifatnya
mencintai ilmu, menghargai ilmu, memulia orang berilmu dan tidak kedekut ilmu.
Jelasnya, dia tahu orang yang memberi lebih baik daripada orang yang menerima.
Orang yang mengajar orang lain akan diberi limpah pahala berganda daripada
Allah. Insan yang berilmu bukan sahaja
punyai jati diri malah akan disayang serta disanjung tinggi oleh kalangan ahli
keluarga, rakan sebaya dan masyarakatnya.
CATATAN
"Saya sedang dalam usaha untuk membina Pusat Kaunseling Al Farabi yang mengguna pendekatan kaunseling Islam di Bangi. Dalam usaha ke arah itu, satu dana diperlukan sebagai kos penubuhannya yang berjumlah RM 3 juta. Kos berkenaan mencakupi pengwujudan sebuah pusat, kemudahan alatan sesi kaunseling individu dan kelompok, dewan majlis ilmu dan pejabat operasi yang terdiri daripada 5 orang staf. Justeru itu, saya merayu kepada YBhg Tan Sri, Dato', Datin, Tuan Puan muslimin muslimat yang sudi mewakaf sedikit dana kewangan untuk disalur kepada akaun EMMC RESOURCES : 8600369343, bagi tujuan merealisasi kewujudannya. Semoga Allah merahmati tindak usaha kita semua, dalam usaha kita membina program motivasi dan kaunseling ke arah memperkasa budaya ilmu, keutuhan iman, kemenjadian amal dan semangat kasih sayang dalam kalangan rakyat Malaysia khususnya dan masyarakat manusia global amnya. Amin
No comments:
Post a Comment