Thursday, 8 November 2012

PERADABAN UMMAT ISLAM




1.         Pengetahuan modalku
2.         Akal asal agamaku
3.         Cinta adalah dasarku
4.         Keinginan adalah kenderaanku
5.         Mengingat Allah adalah teman kesukaanku
6.         Kepercayaan adalah perbendaharaanku
7.         Dukacita adalah temanku
8.         Ilmu senjataku
9.         Sabar adalah selendangku
10.       Taat (kepatuhan) itulah yang mencukupkanku
11.       Faqir kebanggaanku
12.       Zuhud pekerjaanku
13.       Keyakinan itu kekuatanku
14.       Kebenaran (ketulusan) itu penolongku
15.       Berjuang itulah pekertiku
16.       Sembahyang itulah buah mataku

SKILL MENYAKINKAN PELANGGAN


1. Jangan Berdebat
2. Jangan menyalahkan
3. Akui kelemahan diri
4. Berbaik budilah
5. Cakap serupa bikin
6. Rendahkan diri
7. Ajak bekerjasama
8. Belajar melihat dari kacamata orang lain
9. bersimpati/empati
10. Jadi model ikutan

CIRI INSAN BERMOTIVASI


¨      Suka Kerja Berkaitan Pencapaian

¨      Suka Ambil Risiko Yang Sederhana

¨      Suka Kerja Yang Ada Tanggungjawab

¨      Suka Feedback Tentang Pencapaiannya

¨      Pentingkan Masa Depan

¨      Tabah Menempuh Kegagalan

Thursday, 27 September 2012

SEBELAH JIWAKU




Ketika kau ucap kata selamat tinggal
Ku sangka diriku kan hancur oh, oh



Nestapa menyiksa membuat aku sedar
Hanya aku yang bisa mengubah arah hidup

[Chorus]
Lihatlah, lihatlah aku buktikan padamu
Walaupun ku jatuh tapi tak tersungkur
Biarkan, biarkan ku berdiri sendiri
Kerana ku yakin masih lagi mampu
Bernyawa dengan sebelah jiwaku oh

Ku tahu kau mahu melihat aku sugul
Tapi tak akan ku menzahirkannya oh, oh
Meskipun hatiku berderai bagai kaca
Ku kutip serpihannya dan cantumkan semula

Lihatlah, lihatlah aku buktikan padamu
Walaupun ku jatuh tapi tak tersungkur
Biarkan, biarkan ku berdiri sendiri
Kerana ku yakin masih lagi mampu
Bernyawa dengan sebelah jiwaku oh

Takkan ku biarkan mata mengalirkan air mata kecewa oh, oh, oh
Kini ku berani lebih berdikari yeah, yeah, yeah

Lihatlah, lihatlah aku buktikan padamu
Walaupun ku jatuh tapi tak tersungkur
Biarkan, biarkan ku berdiri sendiri
Kerana ku yakin masih lagi mampu
Bernyawa dengan sebelah jiwaku oh

Bernyawa dengan sebelah jiwaku [2x]

Sunday, 6 May 2012

KELAS RANCANGAN KHAS DAN KELAS ALIRAN AGAMA DI KPM



PDF | Print |
Pengenalan Kelas Rancangan Khas (KRK)
Kelas Rancangan Khas (KRK) diwujudkan di sekolah menengah harian sebagai satu alternatif kepada murid-murid lepasan UPSR dari sekolah sekolah kerajaan yang mendapat keputusan cemerlang dalam kurikulum serta aktif dalam kokurikulum tetapi tidak mendapat tempat di Sekolah Berasrama Penuh (SBP). Hal ini kerana tempat di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) adalah amat terhad dan tidak dapat menampung kesemua murid yang mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR.

Melalui Kelas Rancangan Khas ini adalah diharapkan kecemerlangan murid-murid ini akan dapat diteruskan serta dapat membawa iklim yang positif kepada warga sekolah demi menjayakan aspirasi kerajaan untuk membina modal insan berminda kelas pertama.
SMK TTDI Jaya akan memulakan Kelas Rancangan Khas yang pertama secara rasmi pada tahun 2011 dengan mempunyai 35 orang murid. Pemilihan nama-nama murid tersebut telah dibuat oleh pihak Pejabat Pelajaran Daerah Petaling (PPD) dalam Mesyuarat Pemilihan Murid-murid KRK.
Matlamat KRK
Melahirkan individu yang cemerlangdari segi kurikulum, kokurikulum dan sahsiah.

Objektif KRK
  • Menghasilkan 100% murid mendapat semua A dalam peperiksaan PMR.
  • Menggilap porensi murid agar dapat menjadi wakil-wakil sekolah dalam pelbagai pertandingan samada berbentuk kurikulum atau kokurikulum di peringkat daerah, negeri, kebangsaan mahupun antarabangsa.
  • Menghasilkan murid-murid yang memiliki serta mengamalkan keperibadian yang tinggi dan mulia sepanjang masa.
  • Menjadi role model kepada murid-murid lain.

Aktiviti KRK
  • Sukatan pelajaran secara ekspres atau advanced sylibus.
  • Penggunaan komputer riba (laptop) bagi tujuan pembelajaran di dalam kelas.
  • Lawatan sambil belajar semasa P & P.
  • Persatuan berbentuk ko akademik.
  • Program hari Sabtu sekurang-kurangnya sekali sebulan.
  • Program pemantapan sahsiah dan kerohanian.
  • Taklimat kepada ibu bapa Kelas Rancangan Khas (KRK).
Pengenalan Kelas Aliran Agama
Kelas Aliran Agama (KAA) di sekolah menengah harian diwujudkan atas permintaan ibubapa dan masyarakat kepada pendidikan yang disediakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama(SMKA). SMKA yang sedia ada tidak dapat menampung permintaan ibubapa berikutan pencapaian prestasi murid-murid dalam UPSR yang meningkat. Kementerian Pelajaran Malaysia pula tidak lagi bercadang untuk menambah bilangn SMKA maka keperluan kepada aliran seperti yang dilaksanakan di SMKA amat diperlukan dan diperluaskan di Sekolah Menengah Harian Biasa iaitu melalui kelas KAA. Kelas ini telah diwujudkan di SMK TTDI Jaya pada tahun 2006 yang bermula dari Tingkatan Satu. Tahun 2008 adalah merupakan tahun pertama murid KAA yang telah menduduki PMR mengambil mata pelajaran Bahasa Arab. Pada tahun tersebut, seramai 9 orang murid KAA telah mendapat 9A di dalam PMR.

Kriteria Pemilihan Murid Ke KAA
  • Murid tersebut memohon masuk ke KAA dan dipilih oleh pihak sekolah dan dipersetujui oleh pihak JPN
    Murid dari kawasan setempat yang mempunyai kelayakan minima 3A 2B dalam peperiksaan UPSR. Jabatan Pendidikan Negeri dibenarkan membuat pemilihan mengikut keadaan dan keperluan setempat
  • Murid-murid tersebut boleh menulis, membaca jawi dan membaca Al-Quran dengan baik
  • Pemilihan murid juga dibuat oleh pihak sekolah berdasarkan kecemerlangan UPSR dan lulus PAFA.
  • Pemilihan melalui ujian lisan dan bertulis.

Proses Pemilihan Murid Ke KAA
  1. Pemilihan calon-calon murid yang layak oleh Jabatan Pendidikan Negeri;
  2. Pemilihan calon-calon murid yang layak juga boleh dibuat oleh pihak sekolah;
  3. Murid yang berkelayakan boleh memasuki kelas KAA melalui Ujian Penempatan Secara Bertulis dan Lisan ( Ujian Kelayakan Kelas Aliran Agama

Saturday, 5 May 2012

PEJUANG


Tanam kan hatimu dengan semangat seorang pejuang. Insya Allah semua kerja yang kamu buat tidak menjadi sia-sia.

Thursday, 29 March 2012

KEYAKINAN KENDIRI


Dalam saat-saat sukar ketika belajar,bekerja dan mendepani pelbagai ujian atau masalah dalam hidup, amatlah penting kita yakin akan diri kita sendiri.
Yakin diri boleh kita miliki apabila:
1. Kita telah bersedia sebelum datangnya sesuatu tugasan, contohnya telah sedia dari segi ilmu, maklumat, kesihatan dan emosi sebelum masuk ke dalam dewan peperiksaan.
2. Kita telah sedia dengan amalan ibadah yang mantap sebelum bersedia mengadap saat-saat gering sakaratul maut.
3. Kita telah buat kajian yang mendalam, terperinci dan bersungguh sebelum kita membuat sesuatu keputusan.