Monday, 12 October 2015

MANUSIA DAN PERSONALITI

CIRI-CIRI MANUSIA YANG DILAHIRKAN DIBULAN :
JANUARI
·  Bercita-cita tinggi dan orangnya serius
·  Suka mendidik dan dididik
·  Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik
·  Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan
·  Smart, kemas dan teratur
·  Bersifat sensitif ,berfikiran mendalam
·  Pandai mengambil hati orang lain
·  Pendiam kecuali telah dirangsang
·  Agak pemalu daya tumpuan yang sangat tinggi
·  Mudah mendisiplinkan diri sendiri
·  Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema
·  Bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamerkannya
·  Cukup sayang pada kanak-kanak
·  Suka duduk di rumah
·  Setia pada segala-galanya
·  Perlu belajar kemahiran sosial
·  Cukup cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI
·  Berfikiran abstrak
·  Sukakan benda yang realiti dan abstrak
·  Bijak dan genius
·  Pesonaliti yang mudah berubah
·  Mudah menawan orang lain
·  Agak pendiam, pemalu dan rendah diri
·  Jujur dan setia pada segalanya
·  Keras hati untuk mencapai matlamat
·  Tidak suka dikongkong
·  Mudah memberontak apabila dikongkong
·  Suka pada kegiatan yang lasak
·  Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif
·  Mudah mempamerkan kemarahannya
·  Tidak suka benda yang remeh-temeh
·  Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya
·  Sangat berani dan suka memberontak
·  Bercita-cita tinggi,suka berangan-angan & merealisasikannya
·  Pemerhatian yang tajam
·  Suka hiburan dan sukan
·  Suka benda yang bersifat seni
·  Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran
·  Cenderung pada benda yang tahyul
·  Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros
·  Belajar untuk mempamerkan emosi

MAC
·  Berpesonaliti yang menarik dan menawan
·  Mudah didampingi
·  Sangat pemalu dan pemendam rasa
·  Sangat baik (semulajadi), jujur pemurah dan mudah simpati
·  Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran
·  Suka pada kedamaian
·  Sangat peka kepada orang lain
·  Sesuai dengan kerjaya yg memberi khidmat kepada orang lain
·  Tidak cepat marah dan sangat amanah
·  Tahu balas budi dan tahu kenang budi
·  Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam
·  Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal
·  Suka berangan-angan
·  Suka melancong
·  Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi
·  Kelam kabut dalam memilih pasangan
·  Suka dengan hiasan rumahtangga
·  Punya bakat seni dalam bidang muzik
·  Kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik
·  Jangan terlalu moody

 APRIL
·  Sangat aktif dan dinamik
·  Cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal
·  Sangat menarik dan pandai memanjakan diri
·  Punya daya mental yang sangat kuat
·  Suka diberi perhatian
·  Sangat diplomatik (pandai memujuk)
·  Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang
·  Sangat berani dan tiada perasaan takut
·  Suka pada adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah
·  Emosi cepat terusik
·  Try control the emotion
·  Cenderung pada sifat dendam
·  Agresif, kelam kabut untuk membuat keputusan
·  Kuat daya ingatan
·  Gerak hati yang sangat kuat
·  Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain
·  Berpenyakit disekitar kepala dan dada
·  Sangat cemburu dan terlalu cemburu


MEI
·  Keras hati dan degil
·  Kuat semangat dan bermotivasi tinggi
·  Pemikiran yang tajam
·  Mudah marah apabila tidak dikawal
·  Pandai menarik hati orang lain dan menarik perhatian
·  Perasaan yang amat mendalam
·  Cantik dari segi mental & fizikal
·  Tidak perlu dimotivasikan
·  Tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain
·  Mudah dipujuk
·  Bersikap sistematik (otak kiri)
·  Suka berangan
·  Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu
·  Bahagian telinga dan leher mudah diserang penyakit
·  Daya khayalan yang tinggi
·  Permikiran yang tajam
·  Pandai berdebat
·  Fizikal yang baik
·  Kelemahan sistem pernafasan
·  Suka pada sastera,seni dan muzik serta melancong
·  Tidak berapa suka duduk di rumah
·  Tidak boleh duduk diam
·  Tidak punya ramai anak
·  Rajin dan bersemangat tinggi

JUN
·  Berfikiran jauh dan berwawasan
·  Mudah ditawan kerana sikap baik
·  Berperangai yang lemah lembut
·  Mudah berubah sikap,perangai idea & mood
·  Idea yang terlalu banyak di kepala
·  Bersikap sensitif
·  Otaknya aktif (sentiasa berfikir)
·  Sukar melakukan sesuatu dengan segera
·  Bersikap suka menangguh-nangguh
·  Bersikap terlalu memilih dan mahukan yg terbaik
·  Cepat marah dan cepat sejuk
·  Suka bercakap dan berdebat
·  Suka buat lawak dan bergurau
·  Otaknya cerdas berangan-angan
·  Mudah berkawan dan pandai berkawan
·  Orang yang sangat tertib
·  Pandai mempamerkan sikap
·  Mudah kecil hati
·  Mudah kena selsema
·  Suka berkemas
·  Cepat rasa bosan
·  Sikap terlalu memilih dan cerewet
·  Kurang mempamerkan perasaan
·  Lambat nak sembuh apabila terluka hati
·  Suka kepada barang yang berjenama
·  Mudah menjadi eksekutif
·  Kedegilan yang tidak terkawal
·  Sesiapa yang memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya adalah kawan saya

 JULAI
·  Sangat seronok didamping
·  Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki
·  Agak pendiam kecuali diransang
·  Ada harga dan maruah diri
·  Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan
·  Mudah dipujuk dan bercakap lurus
·  Sangat menjaga hati orang lain dan sangat peramah
·  Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya
·  Berjiwa sentimental dan jarang berdendam
·  Mudah memaafkan tapi sukar melupakan
·  Tidak suka benda yang remeh-temeh
·  Membimbing cara fizikal dan mental
·  Sangat peka, caring dan mengasihi serta penyayang
·  Layanan yang serupa dengan semua orang
·  Tinggi daya simpati
·  Pemerhatian yang tajam
·  Suka menilai orang lain dengan pemerhatian
·  Mudah dan rajin belajar serta  Suka muhasabah diri
·  Suka megenangkan peristiwa atau kawan2 lama
·  Suka mendiamkan diri dan suka duduk dirumah
·  Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan
·  Tak agresif kecuali terpaksa
·  Lemah dari segi kesihatan perut
·  Mudah gemuk kalau tak kawal diet
·  Minta disayangi
·  Mudah terluka hati tapi lambat pulih
·  Terlalu mengambil berat dan Rajin dalam membuat kerja







 OGOS
·  Suka berlawak dan mudah tertawan kepadanya
·  Sopan santun dan caring terhadap orang lain
·  Berani dan tidak tahu takut
·  Orangnya agak tegas dan bersikap kepimpinan
·  Pandai memujuk orang lain
·  Terlalu pemurah & bersikap ego
·  Nilai harga diri yang sangat tinggi
·  Dahagakan pujian
·  Semangat juang yang luar biasa
·  Cepat marah dan mudah mengamuk
·  Mudah marah apabila cakapnya dilawan
·  Sangat cemburu
·  Daya pemerhatian yang tajam dan teliti
·  Cepat berfikir
·  Fikiran yang berdikari
·  Suka memimpin dan dipimpin
·  Sifat suka berangan
·  Berbakat dalam seni lukis,hiburan dan silat
·  Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk
·  Cepat apabila ditimpa penyakit
·  Belajar untuk relax tetapi ikap kelam kabut
·  Romantik ,pengasih,penyayang dan suka mencari kawan


SEPTEMBER
·  Sangat bersopan santun dan bertolak ansur
·  Sangat cermat,teliti dan teratur
·  Suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik
·  Pendiam tapi pandai bercakap
·  Sikap sangat cool, sangat baik dan mudah simpati
·  Sangat prihatin,terperinci,amanah,setia dan jujur
·  Kerja yang dilakukan sangat sempurna
·  Sangat sensitif yang tidak diketahui
·  Orang yang banyak berfikir
·  Daya penaakulan yang baik
·  Otak bijak dan mudah belajar
·  Suka mencari maklumat
·  Kawal diri dari terlalu mengkritik
·  Pandai mendorong diri sendiri
·  Mudah memahami orang lain(daya firasat yg tinggi) kerana banyak menyimpan rahsia
·  Suka sukan,hiburan dan melancong
·  Kurang menunjukan perasaannya
·  Terluka hatinya kerana sangat lama disimpan
·  Terlalu memilih pasangan


OKTOBER
·  Suka bersembang tetapi cepat marah
·  Suka pada orang yang sayang padanya
·  Suka mengambil jalan tengah
·  Sangat menawan dan sopan santun
·  Kecantikan luar dan dalam
·  Tidak pandai berbohong dan berpura-pura
·  Mudah rasa simpati,baik pentingkan kawan
·  Sentiasa berkawan
·  Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama
·  Macam pentingkan diri sendiri
·  Tidak menolong orang kecuali diminta
·  Suka melihat dari perspektifnya sendiri
·  Tidak suka terima pandangan orang lain
·  Emosi yang mudah terusik
·  Suka berangan dan pandai bercakap
·  Emosi yang kelam kabut
·  Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan)
·  Suka melancong,bidang sastera dan seni
·  Pengasih ,penyayang dan lemah lembut
·  Romantik dalam percintaan
·  Mudah terusik hati dan cemburu
·  Ambil berat tentang orang lain
·  Suka pada kegiatan luar tetapi mudah patah semangat
·  Orang yang adil
·  Boros dan mudah dipengaruhi persekitaran

 NOVEMBER
·  Banyak idea dalam perkara
·  Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya
·  Berfikiran ke hadapan , unik dan bijak
·  Penuh dengan idea-idea baru yg luarbiasa
·  Pemikiran yang tajam dan cuba sampai berjaya
·  Daya firasat yang sangat halus dan tinggi
·  Cermat dan teliti serta personality dinamik
·  Sifat yang berahsia, pandai mencungkil rahsia
·  Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra
·  Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran
·  Terlalu degil dan keras hati serta tidak marah kecuali digugat
·  Apabila hendak, diusahakan sehingga berjaya
·  Mudah ambil berat terhadap orang lain
·  Pandai muhasabah diri dan bercita-cita tinggi
·  Cara berfikir lain dari org lain kerana otak yang sangat tajam
·  Pandai mendorong diri sendiri dan tidak menghargai pujian
·  Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi dan apabila hendak sesuatu
·  Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam
·  Romantik dan suka duduk dirumah
·  Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang
·  Sangat rajin dan berkemampuan tinggi
·  Amanah, jujur setia dan pandai berahsia
·  Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi ,perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

 DISEMBER
·  Sangat setia dan pemurah
·  Bersifat patriotik dan bercita-cita tinggi
·  Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan
·  Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa
·  Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi
·  Seronok didampingi
·  Suka bercampur dengan orang
·  Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai
·  Sangat jujur amanah dan bertolak ansur
·  Tidak pandai berpura-pura
·  Cepat marah
·  Perangai yang berubah-ubah
·  Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi
·  Benci pada kongkongan
·  Suka berlawak
·  Berfikiran dengan logik
















Kajian Dr. Fazillah Kamsah mengenai sifat seseorang berpandukan tarikh haribulan ia dilahirkan
(dari 1-31 hb merangkumi semua bulan)

1. Tarikh Lahir pada 1, 9 & 24

Pada umumnya pasangan ini bersifat pendiam konservatif. Namun dengan orang-orang tertentu dia cepat mesra. Tapi pasangan yang lahir tarikh ini mudah terperasan.Kerana sifatnya itu menyebabkan ramai orang yang tidak menyukainya. Namun begitu dia tetap dikagumi kerana bersikap serius terutamanya yang berhubung dengan orang ramai. Dalam hal percintaan, dia sanggup berhabis semata-mata untuk memenuhi segala keinginan pasangannya Tapi hati-hati kadangkala dia lebih mementingkan persahabatan daripada percintaan dan lebih rela memutuskan cintanya demi sebuah persahabatan yang telah terjalin lama.

2. Tarikh Lahir pada 2, 11 & 30

Orangnya perasa dan mudah tersinggung. Sifatnya yang suka menyendiri membuatkan dia lebih suka tinggal di rumah. Ramai orang suka bergaul denganya kerana perwatakannya yang lembut & ramah.Dia paling benci jika cintanya ditolak atau dikhianati oleh orang yang benar-benar dicintainya.Namun begitu dia selalu bersikap sabar dan tidak terburu-buru dalam bertindak. Sayangnya untuk urusan masa depan dia bersikap pesimis sering mengalah sebelum mencuba. Oleh itu mesti ada yang mendorongnya agar tidak terus dengan sikap pesimisnya.

3. Tarikh Lahir pada 3, 18 & 29

Sabar serta pandai menguasai diri adalah ciri yang khas bagi pasangan yang lahir pada tarikh ini. Tapi jangan cuba mempermain-mainkannya,dia akan mengamuk dengan hebat. Dia tergolong pasangan yang bijaksana dan bertanggungjawab. Sifat jujur & ramah adalah modal utamanya dalam bergaul. Tapi dalam soal cinta dia merupakan pasangan yang susah untuk dimengertikan.

4. Tarikh Lahir pada 4, & 13

Pasangan yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang pandai,suka bergaul dan mudah berubah pendapat. Dia seringkali tidak yakin dengan diri sendiri. Dalam soal cinta, dia tergolong pasangan yang mata keranjang dan suka bertukar-tukar partner. Sifat ini membuatkan orang tidak suka apa lagi untuk bersimpati dengannya. Dia sering bersifat dingin kepada orang lain kerana menganggap orang lain merupa dan faktor penyebab timbulnya masalah. Tapi dia memiliki sifat kelakar, mudah ketawa dan kadangkala bersikap keanak-anakkan.

5. Tarikh Lahir pada 5 & 17
Yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang optimis,bercita-cita tinggi dan punya kecederungan untuk berprestasi.Namun begitu dia adalah seorang yang berwatak keras dan apa yang diinginkan selalunya dipenuhi.Memandangkan sesuatu selalunya dari segi yang menguntungkan. Tapi sayangnya dia suka menganggap remeh pada orang lain.Dalam soal cinta, berhati-hatilah kerana dia suka bertukar-tukar pasangan.
6. Tarikh Lahir pada 6, 14 & 27

Dia adalah seorang pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang menyerah.Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia disegani.Dalam soal cinta dia dia ingin memberi yang terbaik kepada orang yang dicintainya. Namun begitu harga dirinya terlalu tinggi sehingga dia tidak pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya.

7. Tarikh Lahir pada 7, 28 & 31

Dia adalah seorang yang bersifat terbuka berterus terang & jujur.Namun dia mudah sekali terpengaruh dan ingin mencapai sesuatu itu dengan cara mudah. Cinta baginya sering diertikan sebagai pengisi masa lapang. Semasa bercinta dia sangat berhati-hati dan suka sekali merayu dan kalau pasangannya curang dia dengan mudah meninggalkannya.

8. Tarikh Lahir pada 8 & 23

Dia bersifat peramah dan mudah perasa. Kepada teman-teman dia bersifat lembut & bijaksana. Namun begitu dia tersisih dari teman-teman kerana rasa rendah diri yang terlalu menebal. Dia memerlukan suasana yang seimbang baik sewaktu berfikir mahupun dalam kehidupan seharian. Kelemahan yang paling menonjol ialah gugup dan selalu dihantui perasaan khuatir tetapi dia adalah seorang yang penjimat.Dalam urusan cinta, dia seorang yang tabah dan rela berkorban.


9. Tarikh Lahir pada 10, 16 & 21

Suka bekerja keras, memiliki nafsu yang tinggi dalam usaha mencapai cita-citanya. Dalam pergaulan sehari-hari dia merupakan orang yang mudah tersinggung. Namun begitu dia seorang yang jujur & tabah dalam menghadapi persoalan. Soal cinta dia sangat setia dan sebab itulah dia mudah disenangi. Tapi dia seorang yang terlalu cemburu.Kalau baik dia sangat baik dan kalau jahat dia merupakan orang yang paling jahat.

10. Tarikh Lahir pada 12 & 19
Orang yang lahir pada tarikh ini memiliki sifat suka dipuji.Dia berharap setiap orang akan menganggapnya sebagai juara. Pada dasarnya dia suka berdandan dan berpakaian rapi. Kerana itu dia sering membelanjakan wangnya untuk menunjukan penampilannya. Dalam kehidupan sehari-hari dia adalah pasangan yang disegani kerana bakat kepimpinannya. Sifatnya yang bijaksana membuatkan dia disegani dalam pergaulan. Dalam urusan cinta, dia adalah pasangan yang sangat susah untuk dipercayai.

11. Tarikh Lahir pada 15, 20 & 26
Jangan mengharapkan sifat romantis dari pasangan yang lahir pada tarikh ini. Dia tergolong dalam orang yang kurang serius,bersikap bodoh dalam menghadapi sesuatu. Namun begitu dia selalu bersikap penuh pengertian bila menghadapi sesuatu masalah. Dia sangat benci pada perkara-perkara yang berbau keributan terutama yang menimbulkan huru-hara. Dalam hal percintaan dia menuntut untuk lebih diberi perhatian tapi dia jarang mengambil berat pada pasangannya.Namun begitu sikapnya disenangi oleh kawan-kawan.

12. Tarikh Lahir pada 22 & 25

Wataknya paling susah untuk dimengertikan. Kadangkala dia disukai kerana kebaikannya dan kadangkala dia dibenci kerana perbuatannya

Sunday, 11 October 2015

PERMAINAN ELEKTRONIK DAN KESANNYA KEPADA KANAK-KANAK


OLEH :
CR. Ahmad Kamal bin Ariffin,
Ketua
Pusat Asuhan Pertiwi
Kuala Pilah
Negeri Sembilan Darul Khusus.
PENDAHULUAN
Fitrah sifat kanak-kanak bahawa mereka memang suka bermain. Permainan kanak-kanak zaman dahulu berbeza dengan zaman sekarang. Zaman dahulu, tidak ada permainan gadjet macam Play Station dan Game Boy. Malah, alat permainan pada zaman moden abad ke 21 sekarang sangat menarik, mencabar minda dan punyai daya tarikan yang sangat tinggi. Ia kerana faktor animasi, gambar-gambar animasi 3D yang menakjubkan dan disokong pula dengan muzik-muziknya yang mempesonakan.
Bagi kalangan ibubapa yang berduit, mereka belikan anak-anak dengan set permainan Play Station yang umumnya sangat mahal harganya, iaitu bernilai lebih daripada RM650.00. Manakala bagi kanak-kanak yang tidak mampu miliki, mereka adakalanya menikmati permaian tersebut dikedai-kedai permainan yang memberikan perkhidmatan sewa main bernilai RM 3.00 untuk tempoh 1 jam.
Pakar paediatrik Amerika Syarikat dalam tahun 2008 telah menghasilkan satu kajian penyelidikan yang mendapati kesan jangka panjang permainan Play Station dan MP3 terhadap kanak-kanak sama natijahnya dengan penyakit barah yang dihidap oleh perokok tegar.
Manakala persatuan pediatrik kanada menyatakan bahawa kanak-kanak dari umur 0-2 tahun tidak sepatutnya didedahkan pada teknologi, 3-5 tahun dibenarkan hanya sejam sehari dan umur 6-18 tahun hanya dua jam sehari.
Seorang pakar terapi pediatrik Amerika Syarikat bernama Cris Zone tmenyarankan agar kanak-kanak bawah 12 tahun dilarang sama sekali bagi menggunakan gajet. Beliau memberikan 10 sebab:-
1. Perkembangan otak
Di antara 0 – 2 tahun, saiz otak kanak-kanak membesar tiga kali ganda dan terus berkembang hingga berusia 21 tahun . Perkembangan awal otak ditentukan oleh rangsangan alam sekitar, atau kurang rangsangan alam sekitar. Rangsangan kepada otak yang berkembang yang disebabkan pendedahan keterlaluan kepada teknologi (telefon bimbit, Internet, iPad, televisyen) telah dibuktikan berkait rapat dengan kekurangan fungsi dan perhatian dalam melakukan sesuatu, kognitif lembap, pembelajaran terjejas, peningkatan kepada perlakuan mengikut emosi dan kurang kebolehan untuk mengawal selia diri, contohnya mengamuk.
2. Perkembangan fizikal terbantut
Menggunakan gajet mengurangkan pergerakan, yang boleh menyebabkan perkembangan terbantut. Seorang dari tiga kanak-kanak kini memasuki sekolah dalam keadaan perkembangan terbantut, memberikan impak negatif pada pencapaian akademik dan literasi. Pergerakan fizikal meningkatkan perhatian dan kebolehan belajar. Penggunaan teknologi untuk kanak-kanak bawah 12 tahun cenderung untuk menyebabkan kerosakan perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak.
3. Obesiti Epidemik
Permainan video dan televisyen berkait dengan peningkatan kadar obesiti. Kanak-kanak yang dibenarkan menggunakan gajet dalam bilik tidur mempunyai 30 % lebih bukti yang mereka obes. Seorang dari empat kanak-kanak Kanada dan seorang dari tiga kanak-kanak AS obes. 30% dari kanak-kanak obes akan mendapat kencing manis, dan individu obes mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk mendapat serangan strok dan jantung di awal usia, memendekkan jangka hayat (Center for Disease Control and Prevention 2010). Disebabkan obesiti, kanak-kanak abad 21 mungkin menjadi generasi pertama yang akan mati dahulu sebelum ibu bapa mereka (Professor Andrew Prentice, BBC News 2002).
4. Kurang tidur
60% ibu bapa tidak mengawal selia penggunaan teknologi oleh anak-anak mereka, dan 75% anak dibenarkan penggunaan teknologi dalam bilik tidur . 75% kanak-kanak dari usia 9-10 tahun tidak cukup tidur sehinggakan memberi impak negatif kepada pencapaian akademik .
5. Penyakit mental
Penggunaan teknologi secara keterlaluan diimpikasikan sebagai penyebab kepada peningkatan kes kemurungan di kalangan kanak-kanak, kebimbangan, gangguan ikatan kekeluargaan, autisme, gangguan bipolar, psikosis dan kelakuan kanak-kanak bermasalah. Satu dari enam kanak-kanak di Kanada telah didiagnosis mengalami masalah mental, dan kebanyakannya mengambil ubat psikotropik.
6. Keagresifan
Kandungan media yang ganas boleh mengakibatkan keagresifan pada kanak-kanak. Lebih ramai kanak-kanak didedahkan dengan insiden keganasan fizikal dan seksual dalam media masa kini. Aplikasi permainan “Grand Theft Auto V” mendedahkan kanak-kanak kepada perlakuan seks, pembunuhan, rogol, penyeksaan dan pencacatan secara jelas, begitu juga kebanyakan filem dan rancangan televisyen. AS telah mengkategorikan keganasan dalam media sebagai risiko kesihatan orang ramai kerana impak kasual kepada keagresifan kanak-kanak. Terdapat peningkatan laporan media tentang kanak-kanak yang dikurung atau diasingkan dalam bilik khas kerana keagresifan yang sukar dikawal.
7. Demensia Digital
Kandungan media yang terlalu pesat boleh menyumbang kepada defisit perhatian, serta kurang kepekaan dan memori kerana otak memangkas trek neuron kepada korteks hadapan. Kanak-kanak yang tidak dapat menumpukan perhatian tidak dapat belajar.
8. Ketagihan
Apabila ibu bapa lebih mendekatkan diri mereka kepada teknologi, mereka menjauhkan diri dari anak-anak. Apabila tidak wujud ikatan dengan ibu bapa, anak anak mengikat diri mereka kepada gajet, yang boleh mengakibatkan ketagihan. Satu dari 11 kanak-kanak berumur 8-18 tahun ketagih teknologi.
8. Pengeluaran radiasi
Pada Mei 2011, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengklasifikasikan telefon bimbit (dan kebanyakan gajet tanpa wayar) sebagai risiko kategori 2B (agen kanser berkemungkinan) disebabkan oleh pengeluaran radiasi (WHO 2011). James McNamee dari Healh Canada pada Oktober 2011 mengeluarkan amaran menyatakan “kanak-kanak adalah lebih sensitif kepada pelbagai agen berbanding orang dewasa disebabkan otak dan sistem imuniti mereka sedang berkembang, jadi risikonya tidak sepatutnya sama antara orang dewasa dan kanak-kanak. Pada Disember 2013, Dr. Anthony Miller dari Sekolah Kesihatan Orang Ramai Toronto mengesyorkan yang berdasarkan kajian terbaru, pendedahan frekuensi radio patut di klasifikasikan semula sebagai 2A (agen kanser yang berkemungkinan besar), bukan 2B (agen kanser yang berkemungkinan). Akademi Pediatrik Amerika memohon untuk penilaian semula tentang pengeluaran radiasi EMF dari alatan teknologi, sambil merujuk kepada tiga sebab yang berkaitan impak kepada kanak-kanak.
10. Tidak dapat dikekalkan
Cara kanak-kanak dibesarkan dan diberi pembelajaran menggunakan teknologi adalah tidak boleh lagi dikekalkan. Kanak-kanak ialah masa depan kita, tetapi tidak ada masa depan untuk kanak-kanak yang menggunakan teknologi secara berlebihan. Satu pendekatan berpasukan perlu dan penting untuk mengurangkan penggunaan teknologi di kalangan kanak-kanak.
SUDUT POSITIF PERMAINAN ELEKTRONIK
Umumnya ada beberapa tahap yang akan dilalui oleh kanak-kanak semasa mereka bermain permain Play Station atau seumpamanya. Antaranya ialah “ludic play”, permainan yang membabitkan pemikiran dan ada peraturan yang mereka harus ikuti seperti permainan catur dan bolasepak. Tidak terkecuali ialah permainan video yang ada undang-undang yang tersendiri. Ia sekaligus mendidik daya keakuran kanak-kanak terhadap menghormati dan akur kepada sesuatu peraturan yang telah ditetapkan. Ia adalah merupakan pendidikan nilai dalam kendiri kanak-kanak.
Kesan dari aspek sosiologi pula ialah kanak-kanak tersebut akan terdedah kepada kemahiran menumpukan perhatian terhadap sesuatu pekerjaan dan dalam konteks ini permainan video tersebut dikendalikan oleh mereka dengan penuh fokus dan semangat. Permainan tersebut juga mendidik kanak-kanak agar bijak berfikir untuk menangani masalah dan tekanan yang dihadapi melalui permaian tersebut. Ia menggalakkan kanak-kanak berfikir kreatif dan merangsang daya estetika mereka.
CARA MENANGANI MASALAH
Untuk mengelakkan kanak-kanak atau anak-anak tuan/puan daripada rasa “gilakan” permaian Play Station atau MP3, berikut adalah langkah-langkah yang boleh dilakukan iaitu;
1. Buat jadual penggunaannya, contohnya hanya boleh dimainkan pada hari Sabtu dan Ahad antara jam 04.30 hingga 6.00 petang.
2. Pastikan hanya permainan yang bertemakan positif sahaja yang boleh dibeli dan dimainkan oleh anak-anak melalui aplikasi Play Station tersebut. Contohnya bola sepak dan bola keranjang. Jangan benarkan permainan yang bertemakan keganasan misalnya pembunuhan dan pergaduhan.
3. Pastikan anak-anak sentiasa mematuhi peraturan permainan yang telah ditetapkan oleh ibubapa. Jangan mengambil mudah untuk menguatkuasakan peraturan permainan tersebut dan jangan mudah terpedaya dengan pujuk rayu anak-anak demi pembangunan sahsiahnya pada masa depan.
KESIMPULAN
Jelas sekali bahawa teknologi permainan elektronik seperti Play Station dan seumpamanya mempunyai kesan positif dan negatif. Walaubagaimana, kesan negatifnya lebih banyak khususnya jika kalangan ibubapa tidak memantau penggunaan alat permainan tersebut dengan bersungguh-sungguh. Ini kerana permainan tersebut hanya boleh merangsang dua deria sahaja iaitu deria penglihatan dan pendengaran sedangkan kita ingin mendidik anak-anak cemerlang dari aspek deria yang sempurna mencakupi deria sentuh, rasa, bau, lihat dan juga dengar.

ANDA BOLEH MENDERMA PADA
MAYBANK : NO AKAUN 166010109002
-SEKIAN, SELAMAT BERIBADAT-

Monday, 5 October 2015

MENJANA PENDAPATAN LUAR BIASA HEBAT



OLEH KETUA
PUSAT ASUHAN PERTIWI
KUALA PILAH
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

TAJUK : DEKATNYA HARI KEBANGKITAN

Ibnu Umar r.a. berkata, “Umar r.a. telah menulis surat kepada Saad bin Abi Waqas r.a. di Qadisiyah, surat tersebut berbunyi: perintahkan kepada Nadhlah bin Mu’awiyah supaya membawa satu pasukan ke Hulwan”
Sebaik sahaja Saad menerima arahan tersebut maka beliau dengan segera menagarahkan Nadhlah membawa 300 orang tentera untuk menawan Hulwan. Apabila sampai di sana dengan izin Allah swt maka dapatlah Nadhlah dan tenteranya menawan dengan mudah kota tersebut. Banyaklah tawanan dan harta perang yang diperolehi.
Apabila masuk waktu solat Nadhlah dan tenteranya pergi ke daratan di tepi bukit, lalu Nadhlah memulakan azan. Ketika Nadhlah mengucap : “Allahu akbar, Allahu akbar”, maka dengan tiba-tiba kedengaran suara dari bukit itu berkata: “Engkau telah mengagungkan Yang Maha Esa wahai Nadhlah”
Nadhlah meneruskan azan dengan menyebut:“Asyhadu Alla Illaha Illallah”
Suara dari bukit itu berkata lagi: “Itulah kalimat ikhlas wahai Nadhlah”
Nadhlah meneruskan azan dengan menyebut:“Asyhadu Anna Muhammada Rasullullah”
Suara dari bukit itu berkata lagi: “Dialah yang telah diberitahu kepada kami oleh Isa a.s.”
Nadhlah meneruskan azan dengan menyebut:“Hayya Alas Solah”
Suara dari bukit itu berkata lagi: “Untunglah sesiapa yang rajin menunaikannya”
Nadhlah meneruskan azan dengan menyebut:“Hayya Alal Falah”
Suara dari bukit itu berkata lagi: “Sungguh beruntung orang yang menyambut Nabi Muhammad s.a.w. dan itulah jaminan kekalnya umat Muhammad s.a.w.”
Nadhlah meneruskan azan dengan menyebut:“Allahu akbar, Allahu akbar, La Illaha Illallah!”
Kata suara dari bukit itu lagi: “Ikhlas benar kamu wahai Nadhlah, Allah swt telah megharamkan jasad kamu dari api neraka”
Setelah Nadhlah selesai mengalunkan azan maka dia pun berkata: “Siapakah kamu yarhamuka Allah, adakah kamu malaikat, jin atau hamba Allah (manusia). Kamu telah memperengarkan kepada kami suara kamu, maka tunjukkanlah kepada kami rupamu itu. Kami ini adalah utusan dari Allah, Rasullullah dan Umar bin al-Khattab”
Selepas Nadhlah berkata demikian maka dengan tiba-tiba muncul seorang lelaki tua yang berjanggut putih dan berpakaian shuf lalu berkata: “Assalamualaikum warah matullahi wa barakatuh.”
Jawab Nadhlah: “Waalaikas salam warahmah, siapakah kamu semoga Allah memberi rahmat kepada kamu”
Orang tua itu berkata: “Sebenarnya aku ini adalah Zarnab bin Bar’ala pesuruh Nabi Isa AS, saya ditempatkan di bukit ini dan didoakan umur saya panjang sehingga turunnya Nabi Isa AS dari langit. Saya tidak dapat berjumpa dengan Muhammad s.a.w. namun begitu sampaikan salam saya kepada Umar dan katakan kepadnya: “Wahai Umar, bersederhanalah kamu dan mudahkan segala sesuatu sebab hari Kiamat itu terlalu dekat. Dan katakan kepada Umar kalau terjadi beberapa perkara kepada umat Muhammad s.a.w., maka hendaklah segera lari, segeralah lari… antaranya:
1. Kalau lelaki membuat hubungan sesama lelaki ( homoseks ).
2. Kalau perempuan membuat hubungan sesama perempuan ( lesbian ).
3. Mereka bernasab kepada bukan keturunan mereka.
4. Apabila orang yang tua tidak sayang lagi kepada orang yang muda.
5. Apabila orang yang muda tidak hormat lagi kepada orang yang tua.
6. Apabila orang mula meninggalkan amal makruf dan melakukan perkara yang munkar.
7. Apabila orang yang belajar ilmu semata-mata untuk mendapatkan wang.
8. Turunnya hujan di musim kemarau.
9. Apabila anak-anak menyebabkan kedukaan kedua orang tuanya.
10. Apabila berkurangnya orang yang mengenang budi.
11. Apabila betambahnya orang yang tidak mengenang budi.
12. Apabila manusia berlumba-lumba membina rumah.
13. Apabila manusia menurutkan hawa nafsunya.
14. Apabila manusia menukarkan agama dengan dunia.
15. Apabila manusia tidak mengambil berat tentang pertumpahan darah.
16. Apabila manusia gemar memutuskan tali persaudaraan.
17. Apabila manusia mula menjual hukum.
18. Apabila manusia mula meninggikan bangunan menara dan memperhiasi bentuk mushaf dan masjid namun ia tidak digunakan sebetulnya.
19. Apabila rasuah berleluasa.
20. Apabila manusia gemar memakan riba’
21. Apabila orang kaya dimuliakan.
22. Apabila wanita-wanita dapat berkenderaan sendiri”
Kata Nadhlah lagi: “Setelah orang tua itu memberi nasihat tersebut maka dia pun pergi menghilangkan diri.”
Wahai saudara-saudari yang beraqidah akan keimanan kepada hari akhirat sekelian kalau kita perhatikan 22 nasihat tersebut yang diterangkan di atas, maka kita dapat mengatakan kesemuanya itu telah pun dan sedang berlaku, yang cuma belum berlaku ialah KIAMAT. Kiamat itu adalah rahsia Allah, kita tidak perlu menghitungnya. Yang perlu kita lakukan ialah takutlah kepada Allah dan menjauhkan segala larangan dan melakukan segala arahanNya.
Sumber : Kitab At Tadzkirah Bi Ahwal Al Mauta Wa Umur Al Akhirah Karangan Imam Al Qurtubi.

Sunday, 13 September 2015

PERINGATAN PENTING PENGAJARAN PENTING

Tanda-tanda kiamat kecil mengikut dalil:
1) Penaklukan Baitulmuqaddis
Dari Auf b. Malik r.a., katanya, “Rasulullah s. a. w. telah bersabda: “Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat” Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” – Sahih Bukhari
2) Zina bermaharajalela
“Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim
3) Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik
4) Bermaharajalela alat muzik
Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka.”Ada yang bertanya kepada Rasulullah; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab; “Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi2 wanita” – Ibnu Majah
5) Menghias masjid dan membanggakannya
Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat Nasai.
6) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik
Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim
7) Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan
8) Ramai orang soleh meninggal dunia
Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran – Riwayat Ahmad
9) Orang hina mendapat kedudukan terhormat
Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia” – Riwayat Thabrani
10) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang.”
gempa bumi
gempa bumi di nepal2
Tanda-tanda kiamat besar:
1) Keluar sejenis binatang dari perut bumi yang digelar Dabbatul Ardhi.
2) Lahirnya Dajjal.
3) Keluar asap tebal.
4) Turunnya Nabi Isa a.s.
5) Kemunculan Imam Mahdi.
6) Matahari terbit dari ufuk barat.
7) Keluarnya suku Ya’juj dan Ma’juj.
8) Diangkat Al-Quran dan perkara-perkara yang baik
9) Runtuhnya Ka’abah.
10) Terdengar tiupan sangkakala pertama.
11) Ada azan tak di jawab
12) 3 kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat, dan yang ketiga di Semenanjung Arab.
*bertaubatlah selagi waktu masih ada..
*jangan ingat mati hanya datang pada usia tua kita..
*tingkatkanlah amalan dan istiqamahlah (berterusanlah) dengan amalan tersebut..
“Ya Allah jadikan aku seorang hambamu yang beriman dan ampunilah segala dosa-dosa ku dan selamatkanlah semua kaum muslimin di muka bumi ini”

Sunday, 6 September 2015

KEKASIH TASIK ROMANIA

Entah berapa kali
Kucuba membohong hati ku ini
Hebat dilanda
Rindu padamu

Namun semua alasan
Rapuh bagaikan awan berarak
Yang memang tidak pernah abadi
Dan terlalu cepatnya berlalu

Pabila di giring angin
Dan mudah pula layu

Selepas ia melimpahkan
Titis-titis ehsan
Kini hatiku sangat terdesak
Untuk memilikimu

Agar bisa aku meneruskan
Sisa-sisa hidupku ini
Seperti manusia yang punya kekasih
Yang punya kekasih

Thursday, 3 September 2015

KAEDAH KAUNSELING ISLAM DALAM MENGASUH KANAK-KANAK



OLEH : 
CR. Ahmad Kamal bin Ariffin
Ketua 
Pusat Asuhan Pertiwi
Kuala Pilah, Negeri Sembilan Darul Khusus.


PENDAHULUAN
.
Dalam akta kanak-kanak dan juga perihal hak asasi kanak-kanak sedunia, dinyatakan bahawa setiap kanak-kanak berhak melakukan kesilapan. Mereka berhak buat silap kerana mereka masih tidak matang dari segi kognitif (fikiran) dan juga emotif (emosi). Oleh Itu, mereka amat perlukan bimbingan yang berterusan. Di dalam Islam, Allah menyatakan akan memberi banyak pahala kebaikan buat setiap muslim yang sabar, tabah dan empati ketika mengasuh seseorang kanak-kanak. Satu hadis Nabi Muhammad SAW yang  bermaksud: Bukanlah dari golonganku (umatku) orang yg tidak menyayangi kanak-kanak dan orang yang tidak memuliakan orang-orang tua dan orang yg tidak menyuruh berbuat kebaikan dan mencegah kpd kemungkaran [Hadis riwayat At-Tirmidzi, Bab Wasilah. Manakala kanak-kanak dalam konteks akta kanak-kanak di Malaysia merujuk kepada mereka yang berumur bawah 18 tahun.

KAEDAH MENANGANI MASALAH

Hakikatnya, kita  tidak akan rasa bersalah atau tertekan jika kita menggunakan langkah berikut untuk membina konsep kendiri yang positif kepada kanak-kanak. Ia adalah seperti berikut;

  1. Sandarkan niat dengan penuh ihsan, bagi membantu memotivasi dan membimbingnya menjadi insan yang bertakwa.
  2. Setelah adanya niat, maka bertindaklah untuk memberi teladan dan nasihat dengan penuh hikmah dan lembut.
  3. Jangan menggunakan perkataan dan intonasi yang kasar, mengugut dan maki hamun. Kerana caragaya komunikasi sebegitu adalah petanda manusia yang rendah moral dan hina.
  4. Terimalah diri setiap kanak-kanak tanpa syarat. Tetap kasih dan sayang padanya meskipun dia melawan dan berkasar bahasa. Sesungguhnya, kita tidak rugi berperibadi sopan dan santun ketika dalam proses membimbing anak atau setiap kanak-kanak.
  5. Ingat sentiasa, kita sedang dalam  proses mendidik insan. Kita bukan sedang mendidik haiwan atau robot. Justeru, cara menundukkan ego manusia ialah dengan menggunakan pendekatan lembut dan kasih sayang.

Berkaitan strategi  untuk berniat menghantar kanak-kanak tinggal dan belajar di asrama, ianya terpulanglah kepada kita. Pada hemat saya, ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya. Ingat pesanan Profesor Diraja Ungku Aziz (1969) bahawa manusia boleh berubah. Apa yang penting, berniatlah untuk kebaikan dirinya. Ada beberapa pesanan penting daripada saya khusus buat para ibubapa dan penjaga yang dalam proses mendidik anak-anak di asrama.

  1. Nyatakan padanya, asrama adalah medan terbaik untuk menggagahi diri bagi menjana ilmu di dada.
  2. Nyatakan padanya, kehidupan di asrama akan membina konsep kendiri unggul dalam aspek disiplin, kepimpinan dan ketabahan kendiri.
  3. Nyatakan padanya, hidup di asrama akan menjadikan kita peluang untuk melatih diri bercakap, berkomunikasi dan berkawan dengan penuh diplomasi, santun dan bertolak ansur.
  4. Nyatakan padanya, tidak semua kalangan remaja dan belia berpeluang belajar di asrama. Kebanyakan tokoh negara, misalnya mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir bin Mohamad adalah pelajar yang cemerlang di asrama sekolah.
  5. Nyatakan padanya, jangan tinggalkan solat dan sentiasalah bersyukur. Sesungguhnya, semua peristiwa dan pengalaman peribadi setiap manusia, adalah anugerah Allah yang tidak dapat dijual beli.

KESIMPULAN


setiap detik dan masa hendaklah kita manfaatkan dengan amalan yang baik (mahmudah). Masa adalah sangat berharga. Untuk cemerlang, samada sebagai penjaga kanak-kanak ataupun penjaga sebuah negara bangsa, asasnya adalah niat dan amal yang soleh. Jika  ada dalam hati niat tak baik, suka mengungkit atau kuat melakukan adu domba, maka kita akan menjemput banyak kesulitan kepada diri kita dan orang lain. Oleh itu, kekalkanlah kebaikan, nescaya hidup bahagia berkekalan.