Tuesday, 13 September 2016

YAKIN

Setiap matlamat akan mudah dicapai atas tiga perkara;

1. Yakin
2. Fokus
3. Gigih berusaha

Wednesday, 17 August 2016

PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING PROFESIONAL





JIKA ANDA ADA MASALAH BERAT DAN PERSOALAN MENGENAI KEHIDUPAN YANG INGIN ANDA KONGSI, MAKA ANDA BOLEHLAH MENGHUBUNGI SAYA DI TALIAN;

012 6650387 (DR. (Cr.) AHMAD KAMAL BIN ARIFFIN.



catatan;

1. Dalam hidup ni, kita terdedah kepada risiko gagal dalam banyak perkara
2. Kita akan hadapi saat ditipu, dianiaya, dihina atau dinafikan HAK kita
3. Orang akan bagi banyak alasan dan bidalan
4. Namun, jika kita tidak ada keyakinan, hidup bersandar pada orang, mudah bergantung, lemah semangat, maka cuba muhasabah diri.
5. Siapa yang berkuasa tadbir masa depan, nyawa dan nilai diri kita. Tiada lain melainkan tuhan
6. Justeru, jangan kecewa jika kita ditinggalkan atau ditipu atau dikhianati
7. Kita ada mungkin kemoronan (kelemahan) maka layaklah kita bangkit sedikit demi sedikit
8. Orang jadi kuat dan mungkin jadi sedikit sombong sebab ada banyak harta, kuasa atau pengaruh sokongan keluarga
9. Tak apelah, sebab kita ada kekuatan juga sama seperti yang pernah dinikmati dan dialami oleh para Nabi dan Rasul.
10. Kesimpulannya, tak baik kita menyembah manusia, sebaliknya sembahlah hanya kehadrat Tuhan Yang Esa.


Haraplah selagi bernafas
Maafkan saya.

DR. (Cr.) AKBA, 012 6650387

Friday, 29 July 2016

BIJAK MENTADBIR

Pengurusan Sumber Manusia memainkan peranan penting dalam organisasi. Bidang pengurusan merupakan suatu proses yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti yang dikawal bagi mencapai objektif sesebuah organisasi. Oleh yang demikian, Pengurusan Sumber Manusia akan menitikberatkan aspek motivasi pekerja termasuklah persekitaran dan peluang agar pekerja dapat menggunakan bakat dan kebolehan mereka untuk kemajuan diri sendiri dan organisasi.

Dalam sesebuah organisasi, satu unit khas telah diwujudkan yang dinamakan sebagai Bahagian Sumber Manusia atau HR Department. Bahagian ini terdiri dari beberapa kakitangan yang diketuai oleh seorang Pengurus Sumber Manusia, yang akan mengawal dan memantau kelancaran dalam syarikat atau organisasi. Berikut digariskan tiga peranan utama Pengurus Sumber Manusia  yang anda perlu tahu dalam sesebuah organisasi.

1. Mendatar (A Line Function)
Pengurus sumber manusia bertanggungjawab dalam bahagian atau jabatan yang menjalankan sesuatu tugas sahaja dan mempunyai pekerja di dalam bidang dan latihan yang sama. Contohnya, pengurus sumber manusia bertanggungjawab dalam hal ehwal yang berkaitan dengan jabatan dan memberi arahan terus kepada staf di bawah bahagian atau jabatannya tentang sesuatu tugasan.

2. Penyelaras Tugas dan Aktiviti (A Coordinative Function)
Pengurus sumber manusia bertanggungjawab dalam kerja-kerja merancang, mengorganisasi, memimpin dan mengawal pekerja dan tugas-tugas dalam sesebuah organisasi. Pengurus sumber manusia turut mempunyai pengurus lain yang bertugas sebagai subordinat iaitu pengurus sumber manusia yang akan mengurus pengurus yang lain. Pengurus sumber manusia bertindak selaku penyelia bagi pekerja bukan pengurusan sebagai subordinatnya. Pengurus sumber manusia membuat penyelarasan tugas dan aktiviti dan penyelarasan ativiti umumnya adalah selaras dengan kehendak sesebuah organisasi.

3. Penasihat dan Pembantu Staff (Staff Functions [Assist and Advise] )
Pengurus sumber manusia boleh bertindak selaku penasihat dan pembantu kepada pengurusan atasan. Pengurus sumber manusia akan mengambil tindakan pembetulan apabila organisasi menghadapi berbagai kesukaran yang tidak dijangka termasuklah menjadi orang tengah dalam menyelesaikan sebarang pertikaian (isu-isu syarikat) yang berbangkit. Selain itu, pengurus sumber manusia juga bertindak sebagai perunding berkaitan dengan isu yang perlu ditangani dan diselesaikan melibatkan perundingan seperti perundingan antara pihak pengurusan syarikat dengan kesatuan sekerja.

Perancangan sumber manusia oleh pengurus sumber manusia merupakan proses yang mengkaji secara sistematik keperluan sumber manusia untuk memastikan agar bilangan pekerja yang berkemahiran diperlukan oleh sesebuah organisasi mencukupi. Perancangan sumber manusia bertujuan untuk mengekal dan meningkatkan keupayaan organisasi, agar mencapai objektif korporat melalui sumbangan daripada sumber manusia. Pengurus sumber manusia turut terlibat dalam proses perancangan strategik sesebuah organisasi.

 Haraplah selagi bernafas..

Thursday, 23 June 2016

RESEPI HIDUP

1. CINTA
Hiduplah dengan cinta. Mencintai hidup, mencintai sesama dan seluruh alam semesta akan membuat kita terasa lebih hangat dan indah luar biasa.

2. RESPECT
Memberi dan menerima, sudah menjadi hal yang semestinya kita lakukan dalam kehidupan. Salah satunya memberikan rasa hormat kita pada orang lain. Membuat orang senang itu menyenangkan, let’s get do it.

3. BERSYUKUR
Tak ada yang lebih indah daripada kata hidup. Berterima kasihlah bahwa Tuhan telah memberikan hidup pada kita. Mari jadikan hidup penuh syukur.

4. BAHAGIA
Kata orang, bahagia itu relatif, tapi punya tanda minimal, yakni senyum. Orang yang berbahagia selalu menunjukkan senyumnya yang paling manis. Bukankah senyum pada saudara adalah ibadah.

5. FORGIVENEES
Banyak orang stress gara-gara tak bisa memaafkan dirinya sendiri dan orang lain. Hidupnya penuh dengan kemarahan, yang akhirnya membuat ia tertekan. Padahal jadi seorang pemaaf lebih menyenangkan.

6. BERBAGI
Salah satu cara membuat hidup itu tidak sepi adalah dengan berbagi. Berbagi apa saja, curhat sama teman, berbagi kasih sayang dengan anak yatim atau yang lainnya.

7. KEJUJURAN
Hidup tanpa kejujuran seperti nelayan yang selalu menambal jala sebelum terjun ke laut. Jujur mampu membuat hidup kita lebih ringan, tak ada beban untuk menutupi kebohongan yang kita lakukan.

8. KETULUSAN
Jika kejujuran membuat hidup kita lebih ringan, ketulusan membuat hidup kita lebih mantap.

9. KEPEKAAN
Suatu keajaiban yang diberikan Tuhan pada kita adalah hati. Dengan hati, kita bisa merasakan sedih dan senang, bisa memilih kebenaran. Tinggal kita menjaga hati yang tetap peka

10. KEDAMAIAN
Kedamaian adalah anugerah yang sangat mahal

Tuesday, 26 April 2016

MELAYU

Kita Melayu
Sampai bila kita mahu melihat
Orang luar datang menuankan diri

Kita Melayu
Sampai bila kita boleh dibeli?

Kita Melayu 
Kenapa pemimpin kita jenis pekak dan bisu?


Kita Melayu
Menang adat agama digadai?


Kita Melayu
M=Menjadikan
E=Ekonomi
L=Laksana
A=Agama
U=Utama

tukar jadi

M=Mematuhi
E =Enakmen
L=Luhur
A=Agama
Y=Yang 
U=Utama


OLEH;

CR. AKBA (012 6650387)

KERANA DIA


Dia menjadikan aku hampir buta
Sukar memahami dan menaakul hakikat diri

Ingin memiliki dan dimiliki
Namun diri ku dikhianati


Perjuangan terputus ditengah kesulitan
Diwaktu itu dia mengolah kiblat
dari satu kepada dua
Jadilah dia kiblatain

Aku tersungkur memendam rasa
Menelan Jadam sambil mendengar Janam
Tatkala itu, nasi sudah basi

Kerana dia
Aku hampir buta.

Wednesday, 13 April 2016

BAHAGIA BERSAMA

Dalam beribu
Dosa yang dah tersalah laku
Mungkin adanya sepahala
Menganugerahkan kau bersama

Syukran Ilahi
Menjodohkan takdir bertemu
Sempurna lengkap sanubari
Menjadi pasanganmu

Sejahtera kasih selamanya
Amin

Di dalam setiap doa
Namamu takkan ku lupa
Semoga kita
Setia berdua
Hingga ke Jannah
Bahagia bersama

Di dalam setiap mimpi
Kita saling mencintai
Ke akhir nanti
Setia berdua
Hingga ke Jannah
Bahagia bersama

Andai mengalir
Titis air mata menguji
Ku harap kau tabah bersabar
Harungi semua pancaroba

Akan ku janjikan
Senyuman di waktu yang sukar
Agar hanya detik yang indah
Tercoret dalam diari cinta

Sejahtera kasih selamanya
Amin

Di dalam setiap doa
Namamu takkan ku lupa
Semoga kita
Setia berdua
Hingga ke Jannah
Bahagia bersama

Di dalam setiap mimpi
Kita saling mencintai
Ke akhir nanti
Setia berdua
Hingga ke Jannah
Bahagia bersama

Hingga ke Jannah
Hingga ke Jannah
Insha Allah

Sejahtera kasih selamanya
Amin

Di dalam setiap doa
Namamu takkan ku lupa
Semoga kita
Setia berdua
Hingga ke Jannah
Bahagia bersama

Di dalam setiap mimpi
Kita saling mencintai
Ke akhir nanti
Setia berdua
Hingga ke Jannah
Bahagia bersama

Hingga ke Jannah
Hingga ke Jannah
Insha Allah