Sunday, 5 August 2018
Friday, 3 August 2018
CITRA DAN CITA
Ummat Nabi Muhammad Saw kini telah hilang darinya rasa takut kepada Allah. Lancangnya manusia kini
melakukan hal-hal yang dilarang Allah, meninggalkan perintah Allah, dan
meremehkan ajaran-ajaran Nya itu semua adalah disebabkan rasa takut manusia kepada
Allah telah hilang. Tanpa ketakutan terhadap Allah, maka tidak wujud
Cinta Allah dan Cinta Rasul-Nya. Ummat Nabi Muhammad Saw kini hanya cinta pada diri sendiri. Hanya cinta dunia dan ego, mengejar nafsu mandiri.
Tanpa Cinta Allah, tidak akan wujud semangat yang mendalam untuk Allah, dan tanpa semangat itu manusia menjadi mati hati budinya, manusia menjadi penindas, manusia menjadi golongan mereka yang menyokong ketidakadilan, menjadi penegak kezaliman dan ketidakadilan. Itulah sebabnya, terdapat berjuta-juta umat Islam di dunia ini, mungkin dua bilion umat Islam, tetapi hati mereka semua telah mati, dibuai kepentingan mandiri, politik kepartian dan kesombongan pangkat derajatnya. Natijahnya ummat Islam kini gagal menghayati konsep kehidupan dan kesiapsiagaan untuk mencari bekal masuk kubur nanti. Mereka telah menjadi banyak yang sesat menggila candu fesyen, rokok, vape, panggung wayang dan pemuas nafsu duniawi semata-mata.
Sedikit azam dan kesedaran ini, kami jadikan modal untuk mengajak sahabat-sahabat kami, dalam kalangan anda sidang pembaca coretan kerdil kami ini, marilah kita menuju jalan kebaikan, meninggalkan maksiat, menjauhi permusuhan, saling bersatu demi kemajuan dan keselamatan ummat Nabi Muhammad Saw, kaum muslimin sejagat.
Amin Ya Allah.
Akhikum Fillah,
Dr. Ahmad Kamal bin Ariffin.
Tanpa Cinta Allah, tidak akan wujud semangat yang mendalam untuk Allah, dan tanpa semangat itu manusia menjadi mati hati budinya, manusia menjadi penindas, manusia menjadi golongan mereka yang menyokong ketidakadilan, menjadi penegak kezaliman dan ketidakadilan. Itulah sebabnya, terdapat berjuta-juta umat Islam di dunia ini, mungkin dua bilion umat Islam, tetapi hati mereka semua telah mati, dibuai kepentingan mandiri, politik kepartian dan kesombongan pangkat derajatnya. Natijahnya ummat Islam kini gagal menghayati konsep kehidupan dan kesiapsiagaan untuk mencari bekal masuk kubur nanti. Mereka telah menjadi banyak yang sesat menggila candu fesyen, rokok, vape, panggung wayang dan pemuas nafsu duniawi semata-mata.
Sedikit azam dan kesedaran ini, kami jadikan modal untuk mengajak sahabat-sahabat kami, dalam kalangan anda sidang pembaca coretan kerdil kami ini, marilah kita menuju jalan kebaikan, meninggalkan maksiat, menjauhi permusuhan, saling bersatu demi kemajuan dan keselamatan ummat Nabi Muhammad Saw, kaum muslimin sejagat.
Amin Ya Allah.
Akhikum Fillah,
Dr. Ahmad Kamal bin Ariffin.
MEMBANGUN BERSAMA ISLAM
Wahai orang-orang yang beriman! Allah (SWT) telah mencipta kita manusia
dari tiada. Dia telah memberi kita masa yang terhad di muka bumi ini,
dan apabila masa itu tamat, kita semua akan mati. Kita akan mati dan
kemudiannya dimasukkan ke dalam kubur dan menantikan hari kebangkitan,
di mana kita semua akan menghadap Tuhan untuk diadili. Dan pada hari
terakhir itu, Yaumul al-Qiyamah, di kehadirat Allah Subhana wa Ta’ala
Jalla wa’Ala, kita akan dipertanggungjawabkan atas segala amalan
perbuatan yang dilakukan di dunia ini baik semasa kita sedang celik
maupun sedang kita tidur. Setiap saat yang berlalu, setiap nafas yang
dihela dan dihembus, setiap langkah yang kita ambil, semakin mendekatkan
diri dengan realiti itu. Realiti di mana kita semua akan berdiri di
kehadirat Maliki Yawmi Deen. Maliki Yawmi Deen itu, Allah menggambarkan
Hari itu, sebagaimana Dia (SWT) telah berfirman dalam Surah ‘Abasa,
BismillahirRahmanirRahim. “Apabila datang suara jeritan yang dahsyat.
Pada hari seseorang itu lari dari saudaranya, dan ibunya serta bapanya.
Dan isterinya serta anak-anaknya. Tiap-tiap seorang dari mereka pada
hari itu, ada perkara-perkara yang cukup untuk menjadikannya sibuk
dengan hal dirinya sahaja. Beberapa wajah pada hari itu berseri-seri,
seperti subuh, Tertawa, lagi bersuka ria; Dan beberapa wajah pada hari
itu penuh berdebu, diliputi oleh warna hitam legam dan gelap-gelita.
Mereka itu ialah orang-orang yang kafir, yang derhaka.”
Sadaqallahuladzim. (80: 33-42).
Monday, 23 July 2018
ISTERI PEMARAH SUAMI REBAH
OLEH : DR. AHMAD KAMAL BIN ARIFFIN
PAKAR MOTIVASI DAN KAUNSELING KELUARGA
PENDAHULUAN
Zaman
dahulu, orang banyak cerita perihal suami pemarah atau baran atau kaki pukul
atau telinga nipis. Orang pemarah ini disebut oleh jumhur ulamak sebagai
nafsunya tahap ammarah. Orang jenis nafsu ammarah akan dimasuk neraka oleh
Allah jika tak sempat bertaubat tatkala ajalnya tiba. Namun, dewasa kini lain
pula keadaannya. Kaum wanita dilihat terperangkap dalam bernafsu ammarah, cepat
marah dan pemarah. Ia misalnya dikaitkan dengan kejadian muka suami ditampar,
zakar suami dipotong-potong, anak sendiri dipukul tanpa ihsan, bayi sendiri
dibuang dan banyak kejadian pembunuhan dilakukan oleh pihak isteri terhadap
suami sendiri. Ia bukan sahaja berlaku di Malaysia, malah juga di luar negara.
Berita utama di dada akhbar menyatakan, kesannya ialah suami rebah dalam
keadaan ada yang;
1.
Nyawa
melayang
2.
Pengsan
tidak sedarkan diri
3.
Gila
sawan kesan stres kronik
Oleh
itu, masalah ini mesti ditangani dengan segera supaya tidak ada lagi kejadian
negatif sepertinya berlaku atau sebaliknya.
PUNCA
Pada
hemat saya, punca sikap isteri pemarah hingga merebahkan suami dalam pelbagai
keadaan menyedihkan seperti di atas adalah kerana;
1.
Masalah
iman yang rapuh
2.
Komunikasi
tidak berkesan
3.
Tiada
penghayatan hidup beragama
4.
Tidak
mendirikan amalan solat berjemaah
5.
Tidak
membudaya amalan bermusyawarah dalam kalangan seisi keluarga
6.
Tiada
sikap sabar dalam hadapi kesulitan mahupun kegagalan dalam mengusahakan sesuatu
perkara.
7.
Adanya
suami yang lemah nilai kepimpinan dari segi keagamaan, kewangan, kesihatan,
kemajuan haluan hidup berkeluarga dan kerjaya
Maka
kunci kepada penyelesaian 7 perkara di
atas ialah ilmu pengetahuan, yang boleh mengubah sikap si isteri menjadi insan
SOLEH, yang ada sifat syukur, optimis, luhur, ehsan dan harmoni jiwa. Ironinya,
sebelum melangkah dalam alam pekerjaan dan perkahwinan, setiap orang mesti ada
ilmu. Hidup, bekerja dan berkeluarga tanpa ilmu ibarat kapal yang berlayar tanpa nakhoda. Akhirnya jadi
karam sebab tiada haluan dan pedoman. Pedoman untuk kelangsungan pelayarannya. Seterusnya,
kita mesti elak sikap berserah pada takdir. Ibarat untung sabut timbul untung
batu tenggelam. Sebaliknya, kita mesti bersikap terancang, peduli dan simpati
kepada keperluan diri dan orang lain khususnya pasangan kita. Justeru, selaku isteri, bakal menjadi isteri, bakal
suami dan suami diluar sana, sila baca dengan ikhlas tulisan saya ini.
Ingatlah, bukan senang menjadi wanita dan isteri solehah, tetapi nak jadi
wanita zalim dan derhaka memang mudah. Ia sama macam nak hasilkan sebuah
lukisan. Lukisan cantik yang diibarat bagai manusia berakhlak. Lukisan buruk
ibarat manusia tidak berakhlak. Maka nak hasilkan lukisan yang cantik, ia
memerlukan daya hemah, empati, sensitiviti tinggi, tindakan yang halus dan tabah.
Sebaliknya, lukisan buruk sekadar dibuat sambil lewa, cincai dan main
cakar-cakar sahaja. Nilai dan maknanya tiada melainkan tidak disukai dan gagal
membina emosi orang yang melihatnya.
Mengenainya,
pada hemat saya, sikap tidak bertanggungjawab misalnya “sebelum berkahwin
memang sudah pergi kursus pra perkahwinan”. Tetapi di sepanjang kursus
berlangsung, jasadnya sahaja dalam dewan kuliah namun fikirannya menerawang
keluar tanpa belajar dengan tekun intipati kursus berkenaan. Natijahnya,
hilanglah berkat dan nilai ilmu dalam jasad dan roh kendiri seseorang itu.
Inilah yang diingatkan oleh Nabi Muhammad Saw bahawa ilmu tanpa amal adalah sia-sia.
SIFAT MARAH
MENURUT PERSPEKTIF ISLAM
Berikut dijelaskan beberapa huraian ilmu
bertujuan menjelaskan lagi kefahaman para pembaca berhubung soal sikap marah
dan kesannya kepada diri sendiri. Sikap marah
ada 2 elimen nilai kendiri iaitu pertama marah terpuji dan kedua marah tercela.
Marah yang Terpuji merujuk kepada
perlakuan seseorang untuk membela diri, agama, kehormatan, atau menolong orang
yang dizalimi. Manakala Marah yang Tercela pula merujuk kepada sifat marah yang dilakukan atas dasar balas dendam,
melepaskan kebencian atau ego diri sendiri. Moralnya, marah yang tidak dilakukan
untuk menegakkan kebenaran dan kebaikan dan ia tidak dibenarkan oleh syariat
Islam.
Pada
suatu hari, Rasulullah Saw bertanya
kepada para sahabat baginda….. “Siapakah
orang yang paling kuat dalam kalangan kamu?” Maka para sahabat memberi
berbagai-bagai jawapan tertentu. Lalu dijelaskan oleh baginda Saw, “Bukanlah orang yang kuat itu orang yang
banyaknya berperang (selalu menumpaskan orang lain); Sesungguhnya orang yang
kuat itu adalah orang yang dapat mengawal dirinya ketika marah.” (Riwayat
Bukhari dan Muslim). Peristiwa tersebut menunjukkan betapa pentingnya kita
menahan diri daripada sifat marah. Banyak insiden yang tidak diingini
boleh dielakkan sekiranya kita berjaya menahan marah.
Rasulullah
Saw menunjukkan teladan
yang baik ketika sedang
marah. Misalnya, dalam satu kejadian, seorang Arab Badwi telah menarik pakaian Rasulullah
Saw sehingga meninggalkan kesan merah pada leher baginda. Seterusnya, lelaki Arab
tersebut menuntut agar Rasulullah Saw memberikan wang kepadanya. Respon
baginda ketika itu ialah hanya tersenyum dan mengarahkan seorang sahabat
menunaikan permintaan lelaki tersebut.
Berdasarkan
kejadian tersebut, pengajarannya ialah Rasulullah Saw menunjukkan
beberapa panduan kepada kita bagaimana menguruskan sifat marah. Rasulullah Saw sentiasa
menasihati para sahabat agar berwaspada dengan sifat marah.
Seorang
sahabat bernama Abu Hurairah r.a. telah meminta Nabi Muhammad Saw menasihatinya.
Lalu Rasulullah Saw bersabda; “Jangan
marah”. Ingatan dan pernyataan ini diulang-ulangi oleh baginda Saw beberapa kali. (Hadis
Riwayat al-Bukhari, Malik dan Tirmizi).
Begitulah
juga dengan seorang lagi sahabat yang
bernama Abdullah bin Amru. Beliau bertanya baginda Saw tentang sesuatu yang
boleh menyelamatkan dirinya daripada kemurkaan Allah. Baginda Saw menjawab
perkara yang sama iaitu, “Jangan
Marah”.
Dalam
suatu kejadian lain lagi, seorang sahabat meminta nasihat daripada Rasulullah
Saw, lalu Baginda bersabda, “Janganlah
kamu marah.” Sahabat lain pula bertanya, “Apakah yang dapat menyelamatkan daku daripada kemurkaan Allah?”
Maka jawab Rasulullah Saw; “Jangan
tunjukkan kemarahan kamu.” Sahabat yang lain pula meminta satu
amalan kebaikan yang mudah untuk dilakukan, maka sabda Rasulullah Saw , “Janganlah marah!”
Seterusnya,
dari Sulaiman bin Surad r.a., katanya: “Saya
duduk bersama Rasulullah Saw dan terdapat dua orang yang saling bermaki-makian antara satu
sama lain. Salah seorang dari keduanya itu telah merah padam mukanya dan
membesar tegang urat lehernya. Melihat keadaan
itu, Rasulullah Saw
bersabda: “Sesungguhnya aku mengetahui suatu ucapan yang apabila
diucapkannya, tentulah hilang apa yang ditemuinya (iaitu kemarahannya), iaitu
andai kata dia mengucapkan: “A’udzu billahi minasy syaithon,” tentulah lenyap
apa yang ditemuinya itu (kemarahan).”
Menjelaskan lagi
isu ini, berdasarkan Ilmu Sahsiah Islam, marah ada beberapa jenis iaitu;
1.
Wajib
Iaitu
misalnya kita memang sedang terlihat sesuatu perbuatan maksiat berlaku di depan
kita. Mengenainya, Nabi Muhammad Saw telah bersabda yang artinya;
“Apabila kalian melihat sesuatu kemungkaran
maka ubahlah dengan tangan/kekuasaanya, apabila tidak mampu, maka ubahlah
dengan ucapan/lisan (nasihat), apabila tidak mampu, maka ubahlah dengan hati.
Dan yang terakhir, inilah wujud serendah-rendahnya iman. (Hadis Riwayat
Muslim).
2.
Sunnah
Ia
adalah berkaitan saranan Nabi Muhammad Saw bertujuan untuk kebaikan ummah.
Misalnya Nabi Muhammad Saw marah kepada sahabat yang memanjangkan bacaan surah
pada saat sembahyang berjemaah. Adapun kemarahan Rasullullah tersebut
bukan dalam hal yang maksiat, kerana tujuannya ialah jika seorang imam dalam
sembahyang memanjangkan bacaan surahnya tapi tidak disukai oleh makmumnya maka
akan menjadi berdosa (bacaan panjang tersebut).
3.
Mubah
Mubah
hukumnya boleh juga dilakukan. Misalnya ialah pernah terjadi kepada Saidina Abu
Bakar ketika beliau marah kepada anaknya
kerana kebetulan tetamu yang datang ke rumah belum diberikan makanan walhal tetamu tersebut sengaja menunggu
Saidina Abu Bakar datang dahulu kemudian baharulah makan bersama mereka. Kerana
takut dimarahi ayahnya, anak Saidina Abu Bakar iaitu Abdul Rahman ketika itu
bersembunyi kerana takut dimarahi ayahnya.
4.
Makruh
Iaitu misalnya perbuatan yang apabila kita lakukan
tidak berdosa, namun jika ditinggalkan akan mendapat pahala. Contohnya; ketika
Sa’ad bertanya pada Rasulullah perihal seumpama ada lelaki yang berzina dengan
isterinya, maka ia akan membunuh lelaki itu sebelum mendatangkan empat orang
saksi. Marahnya Sa’ad ini adalah makruh kerana ucapannya hanyalah baharu
peringkat persepsi emosi semata-mata.
5.
Haram
Adalah
kemarahan yang disertai dengan caci maki, hinaan, dan kata-kata yang keji.
Misalnya tindakan seorang isteri yang terlalu marah kepada suaminya hingga
mengeluarkan kata-kata nista, hinaan dan makian terhadapnya. Ia adalah
perbuatan berdosa dan haram hukumnya.
Berdasarkan
maklumat diatas, jelas sekali betapa sikap marah boleh dilakukan oleh kalangan
isteri atas alasan yang wajar misalnya untuk mempertahan agama, nyawa, maruah
dan harta sendiri. Sebaliknya ia jadi berdosa jika dilakukan semata-mata untuk
ikutkan nafsu, menunjuk kekuatan dan ego sendiri.
MENURUT
ILMU KESIHATAN
Menurut ilmu
kesihatan pula mendapati bahawa Sifat Marah (pemarah, panas baran dan mudah
marah) boleh menyebabkan seseorang itu mengalami gejala penyakit berikut;
Hipertensi
Hipertensi disebut juga dengan darah tinggi, darah tinggi sering terjadi kerana kemarahan tahap tinggi. Hipertensi jika tidak dirawat boleh menyebabkan sakit stroke, serangan jantung dan kegagalan buah pinggang berfungsi dengan normal.
Tubuh lemah
Sikap pemarah juga boleh menyebabkan otot badan menjadi tegang dan menimbulkan kelelahan tubuh. Marah seminit bersamaan dengan nilai 4 jam bekerja. Akibat dari sikap pemarah, kelelahan pernafasan boleh berlaku pada diri. Ia akan menyebabkan kadar metabolisme tubuh menurun. Apabila kadar metabolisme menurun, maka penyakit dari luar akan mudah memasuki tubuh kita sebab daya ketahanan anti penyakit kita menjadi lemah.
Lemah Otak
Sikap pemarah juga boleh melemahkan otak yang menyebabkan fungsi otak akan menurun secara drastik. Sebabnya ialah ketika kita marah, darah dalam otak akan berkurang. Darah lebih banyak mengalir kepada otot-otot besar, sehingga darah sebagai suatu yang penting dalam otak akan berkurang. Kesannya ialah seseorang itu akan mudah hilang kawalan emosi dan pertimbangan peribadi juga akan lemah. Ia sangat membahayakan bukan sahaja kepada keselamatan diri sendiri malah orang lain. Banyak kes membunuh, merosak harta benda awam dan menganiayai orang lain kesan daripada keadaan seperti ini.
Masalah
Pencernaan
Seseorang
yang pemarah juga mudah mengidap penyakit sukar buang air besar, sakit dalam perut
dan ia tidak baik untuk kesihatan perut dan sistem percernaan makanan tubuh
badan. Kesannya ialah boleh menyebabkan seseorang itu menjadi lemah tubuh badan
dan memberi kesan kepada produktiviti seseorang.
Susah
Tidur
Susah
tidur juga merupakan kesan utama yang akan dialami oleh orang yang pemarah. Ia
berpunca apabila sikap marah tersebut akan menjadikan susunan hormon manusia
menjadi lemah dan tidak normal.
Mudah
Cemas
Orang
yang pemarah atau mudah marah akan mengalami sikap negatif mudah cemas. Mudah
cemas ataupun kelam kabut adalah salah satu kesan negatif yang dengan mudah akan dialami oleh orang yang
pemarah. Ia berlaku kerana dalam diri seorang pemarah itu telah berlaku
peningkatan pada hormon kortisolnya.
Serangan
Jantung
Seorang
yang pemarah akan senang mendapat penyakit jantung atau serangan jantung. Ia
disebabkan kegagalan darah dan oksigen mengalir dalam urat saraf dengan normal
natijah daripada tekanan yang dialami oleh organ dalaman manusia yang pemarah.
Sakit
Kepala
Orang
yang pemarah akan mudah mengalami sakit-sakit pada kepalanya. Ia juga berpunca
daripada urat otak yang gagal berfungsi dengan normal akibat tekanan urat saraf
semasa seseorang itu marah dan selalu marah hingga seharian atau berhari-hari.
Depresi
Orang
yang pemarah juga akan cenderung mengalami depresi, terutama depresi dalam
jangka panjang dalam hidupnya. Orang yang alami depresi mempunyai ciri misalnya
suka menyendiri, kurang selera makan, cepat melenting, emosinya tidak konsisten
dan kurang daya penumpuan semasa bercakap dengan orang lain. Jika ini berlaku,
seseorang itu akan kelihatan lemah dari aspek imej kendiri dan merencatkan objektif
konsultasinya dengan orang lain.
KESAN KEMARAHAN
DAN LANGKAH PEMULIHAN
Taubat
dan bertaubat adalah tindakan yang pertama bagi mengatasi masalah sikap pemarah
ini. Khususnya kepada para isteri di luar sana, cuba tanya dan fikir mendalam,
apa baiknya sikap pemarah, mudah marah dan ketagih dengan nafsu ammarah
tersebut? Apakah kesan sikap marah atau nafsu ammarah kepada kehidupan kita?
Pada hemat saya, sikap isteri yang pemarah menjadikan dirinya;
1.
Berdosa
2.
Imej
buruk
3.
Dibenci
orang
4.
Tidak
dipercayai
5.
Hidup
tidak berkat
Seseorang
yang mengalami masalah sikap cepat marah atau panas baran juga boleh berubah
menjadi seorang yang sabar, tenang dan reda dengan mengikuti kursus-kursus
pemantapan kendiri yang banyak diadakan sama ada di masjid, pusat motivasi,
pusat kaunseling dan juga universiti awam dan swasta. Malah kini kita boleh
dapat ilmu pengurusan marah dengan lebih mudah dengan adanya youtube dalam
internet. Kita juga boleh mengurus kemarahan diri dan sensitiviti diri kita
dengan membaca pelbagai buku-buku motivasi diri dan pembangunan iman dan amal
yang banyak kedapatan di perpustakaan awam mahupun boleh membelinya di
kedai-kedai buku yang berdekatan.
Banyakkan
bergaul dengan orang-orang yang soleh, berperibadi mulia dan pendengar yang
baik juga akan membantu memantapkan konsep kendiri seseorang itu menjadi isteri
yang sabar, tenang dan ehsan.
Selain
daripada perkara di atas, seseorang isteri yang ingin berubah agar tidak
bersikap pemarah juga boleh berjumpa dengan para kaunselor bertauliah yang ada
di semua sekolah rendah dan menengah mahupun di klinik kesihatan keluarga untuk
mendapat nasihat dan bimbingan. Banyak teknik mengurus kemarahan yang boleh
dipelajari daripada para kaunselor misalnya;
- Teknik menarik nafas
- Teknik membina bayangan
- Teknik menekan jari tangan
- Teknik menahan emosi sabar
- Teknik melupakan rasa kemarahan
KESIMPULAN
Nabi
Muhammad Saw tidak pernah menunjukkan kemarahan baginda terhadap golongan kafir
Quraisy yang sentiasa bertindak di luar batasan terhadap kaum Muslimin yang
hidup di zamannya. Bahkan, baginda Saw sentiasa bercakap dengan lemah lembut
dan penuh hikmah. Nabi Muhammad Saw akan memberi respon positif, tenang dan
sabar dalam berhadapan apa sahaja perbuatan buruk oleh orang yang memusuhi
baginda kerana kesedaran sikap marah tidak menguntungkan diri baginda sama ada
dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Oleh itu, semua kaum wanita yang
menjadi isteri amnya dan masih belum berumahtangga khususnya mesti berlatih dan
berwaspada dari semasa ke semasa untuk memiliki sikap yang mulia, tenang, sabar
dan tidak pemarah. Meskipun ada ruang untuk kita marah demi untuk agama dan
maruah, namun selain daripada itu, sikap sabar dan tenang lebih menguntungkan
diri dari segi imej, kesihatan jiwa dan kesihatan hubungan suami isteri.
Thursday, 19 July 2018
KHABAR INGATAN BUAT DIRI INI
DI USAHAKAN OLEH :
DR. AHMAD KAMAL BIN ARIFFIN
TUAN TUAN YANG MULIA
Tulisan ini adalah untuk kebaikan kita. Satu pahala buat saya, satu pahala buat Tuan yang membaca. Sebab Allah janjikan pahala buat kita semua, meskipun dengan membaca satu patah perkataan yang mulia.
Allah (SWT) telah menciptakan kita dari tiada. Allah Taala….. telah memberi kita bentuk dan mencorak kita menjadi satu ciptaan yang sedemikian sempurna. Allah maha mengetahui apa yang telah DiciptakanNya, dan Allah maha mengetahui bagaimana harus kita menjalani hidup ini. Bahawa Allah telah menciptakan kita dari anak-anak Adam (AS) dan bukan dari monyet, keldai, atau dari kalangan binatang. Dengan mudah Allah boleh mengubah segalanya. Mereka yang tidak berpuas hati bahawa Allah telah menciptakan mereka dan memberi mereka gelaran tertinggi sebagai manusia dan mengutuskan kita ke dunia, menjadikan kita sebagai wakilNya di dunia ini, dan jika kita tidak memikul tanggungjawab ini, maka nantikanlah. Sesuatu yang amat berbahaya sedang mendatangi kita. Rupa bentuk kita adalah manusia. Kerohanian kita harus bersifat kemanusiaan. Tindakan kita harus bersifat kemanusiaan. Semuanya harus berkemanusiaan. Dari mana kita belajar semua ini? Kita perlu mengambil contoh Nabi (AS).
Gaya hidup yang Allah ajar kepada Nabi (AS) dan pewarisnya bukanlah sesuatu yang bermaksud untuk menimbulkan kesulitan, atau membebankan hidup kita. Ia adalah satu-satunya gaya hidup yang akan membawa kedamaian dan kepuasan di hati kita. Kedamaian dan kepuasan adalah dua perkara yang tidak dapat dimiliki oleh manusia abad ke 21kini. Gamaknya kini. perasaan damai di jiwa tidak wujud dalam roh manusia. Mereka mencari di mana-mana tetapi tidak dapat menemukannya. Mereka tidak dapat menemukannya di rumah, di pasar raya, di tempat kerja, di disko atau dangdut, di Pavillion, di KLCC, di Cyberjaya, di Nilai 3, meskipun di langit, di bumi atau di lautan sana.
Lalu banyaklah pakar psikologi dan perubatan moden mencari formula demi kantung fikir, intelek dan poket mereka. Maka dikaitkan bahawa kita kini telah memasuki ke dalam satu era, iaitu era perubatan “anti kemurungan”. Era di mana manusia telah menjadi begitu tertekan dan resah gelisah sehingga semua orang kini perlu mengambil ubat-ubatan moden agar mereka dapat berfungsi hidup maju di dunia fana ini. Tetapi jika dilihat secara keseluruhan, dapat kita saksikan bahawa apa yang dimiliki manusia pada zaman ini, segala bentuk kesenangan dan kemewahan yang dirasai, adalah sesuatu yang belum pernah dilihat jua dialami oleh manusia sebelum ini di sepanjang tujuh ribu tahun peradaban manusia. Semua orang kini hidup dalam gaya hidup serba mewah yang bahkan tidak pernah dimiliki Firaun dan Namrud sekalipun. Ia disebut gojes, fantastik, eligen, fesyen hebat, wow factor, punk, hippies dan seumpama lagi. Gojes di mata manusia leka goblok di mata anbiak.
Ironinya, para Nabi (AS) dan para pengikutnya tidak memerlukan ubat-ubatan untuk menikmati kedamaian dan kepuasan. Jangankan dikatakan penyakit mental, mereka sendiri malah tidak pernah mengalami penyakit fizikal. Lalu timbul persoalan………Mengapa? Apakah rahsianya?
Begini Tuan Tuan yang mulia.
Sewaktu Nabi (AS) mengutus Nama-i Sharif, undangan kepada raja-raja, beliau turut mengirimkan satu utusan ke Mesir, undangan kepada raja Qubtis (Koptik). Raja itu menerimanya dengan penuh penghormatan. Beliau menciumnya, menjunjunginya, dan sebagai tanda penghargaan beliau membalas dengan mengirimkan hadiah kepada Nabi (AS). Beliau memberikan hadiah berupa hamba-hamba suruhan, dan beberapa pemberian yang lain. Beliau turut mengirimkan beberapa orang doktor (tabib) untuk berkhidmat kepada Baginda Nabi (AS).
Lalu, melihatkan pemberian-pemberian dari Raja Qubtis itu, Rasulullah Saw berkata, ‘Orang-orang yang dikirimkan ini, boleh kami terima dan menggunakannya, tetapi doktor, kami tidak memerlukannya.’ Mendengarkan ini, seorang dari para Doktor pun berkata, ‘Raja kami telah membayar kami untuk tugas ini, agar kami berada di sini, bersama mu, untuk mengawasi keadaan kesihatan pengikut-pengikutmu. jika terdapat sesiapa yang jatuh sakit, maka dengan percumanya kami akan merawat mereka.” Maka dijawab oleh Nabi Saw “Baiklah jika itu yang kalian mahu, kalian semua boleh tinggal di sini bersama kami.” Dan doktor-doktor itu pun tinggal di situ bersama Nabi dan pengikutnya. Hari berganti bulan. Bulan berganti tahun. Waktu demi waktu berlalu. Namun tiada apa pun yang berlaku.
Satu hari, ketua doktor datang menghadap Nabi (SAW) dan bertanya, “Ya Muhammad (SAW), kami bukanlah musuhmu. Kami tidak mempunyai sebarang niat jahat terhadapmu dan pengikut-pengikutmu.”
Dan Rasulullah (SAW) menjawab, “Kami tahu itu.”
Doktor berkata, “Tetapi orang-orang kamu tidak datang kepada kami. Mereka tidak datang kepada kami untuk mendapatkan rawatan.”
Baginda (SAW) berkata “Mereka tidak datang kepada kamu kerana mereka tidak sakit. Mereka tidak perlu pada sebarang rawatan.”
Doktor yang kehairanan pun berkata, “Bagaimana mungkin? Kami malah tidak mempunyai waktu untuk menggaru kepala kami di negeri sendiri. Rakyat sentiasa jatuh sakit. Di sini, di padang pasir ini,mereka tidak jatuh sakit?”
Lantas Nabi (SAW) menjawab dengan suara lembut, “Mereka tidak jatuh sakit kerana mereka mentaati Nabi mereka (SAW). Mereka hidup mematuhi ajaran Nabi mereka. Maka mereka tidak jatuh sakit.”
Konklusinya, ketaatan kepada Allah dan Nabi-Nya
adalah kunci kebahagiaan, kesihatan dan kepuasan. Kerana kita, Bani Adam telah
diciptakan oleh Allah dan Allah telah mencipta bahagian yang paling penting
dalam tubuh badan manusia, iaitu hati, dengan ciri-ciri khas yang tertentu. Dan
satu-satunya cara hati akan memperoleh kepuasan, dapat menemui ketenangan,
dapat beristirehat, nikmati kebahagiaan adalah dengan berada dalam penyerahan
dan ketaatan kepada Allah, untuk mengingati Pencipta kita dan Penguasa kita
semua – wahai anak Adam. Itulah sebabnya Allah (SWT) berfirman,
BismillahirRahmanirRahim. Ala bi dhikrillahi tat’mainnal quloob – hanya
dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.” Sadaqallahuladzim.
MAAFKANLAH SAYA.
AKHIKUM FILLAH.
Subscribe to:
Posts (Atom)

























































































