Wednesday, 14 September 2011

MENGAWAL AMARAH


KAWAL PERASAAN MARAH

``KALAU kita merasakan tindakan orang lain menyebabkan kita rasa tercabar sekali gus boleh menimbulkan kemarahan, ada baiknya kita maklumkan kepadanya.
``Jelaskan kepada individu terbabit supaya orang terbabit mengawal tindakannya bagi mengurangkan darjah kemarahan kita,'' demikian saranan Pakar Perunding Psikiatri, Jabatan Psikiatri, Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Dr. Azhar Md. Zain.
Ini kerana, kemarahan yang tidak dikawal boleh menyebabkan seseorang bertindak di luar batasan hingga mendera orang lain.
Penderaan, boleh bermula dari rasa marah yang tidak terkawal sekalipun puncanya amat kecil. Secara fitrahnya, memang amat sukar untuk sesiapa pun memendam rasa marah dan ia perlu dikeluarkan. Tetapi, kemarahan harus dilontarkan dengan cara positif.
``Setiap orang seharusnya bijak dan tahu mengawal perasaan marah. Kemarahan yang tidak terkawal mengakibatkan individu terbabit melepaskannya kepada orang lain dalam bentuk mencederakan mangsa secara fizikal seperti penderaan,'' jelas beliau ketika mengulas kes penderaan seorang pembantu rumah oleh majikannya baru-baru ini.
Sehubungan itu, Dekan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan itu memberitahu, penting bagi setiap individu mengenali tanda-tanda jika kemarahan akan timbul dalam diri.
Azhar menasihatkan, individu yang ingin marah supaya menjauhkan diri daripada orang yang menyebabkan timbulnya perasaan marah tersebut.
``Tetapi, jika sudah marah, tiada apa yang boleh dilakukan. Bagaimanapun, kita boleh didik diri dengan melepaskan kemarahan mungkin dalam bentuk kata-kata.
``Bukannya secara fizikal dengan menyerang orang lain,'' katanya ketika dihubungi baru-baru ini.
Bagaimanapun, beliau tidak menafikan kemarahan seseorang boleh memuncak sekiranya ada tindak balas daripada pihak yang satu lagi.
Sebagai contoh, katanya, jika pembantu rumah dimarah oleh majikannya atas kesilapan yang dilakukan, jangan cuba `melawan' atau menjawab.
Keadaan ini memanglah boleh menyemarakkan kemarahan. Dalam keadaan ini, orang yang dimarah seharusnya mendiamkan diri atau tidak memberi sebarang tindak balas.
``Biasanya, apabila ada tindak balas atau sebelah pihak cuba melawan, kemarahan seseorang semakin memuncak,'' katanya.
Begitu juga individu yang dimarahi, dia mungkin akan menjadi terlalu takut. Apabila dalam keadaan takut, kemungkinan untuk melakukan kesilapan juga tinggi.
Azhar menjelaskan, semasa dalam keadaan yang terlalu marah memang agak sukar seseorang mengawal keadaan.
Kemarahan, hingga membawa kepada penderaan disifatkan sebagai satu kepuasan kepada tuan punya diri.
``Mungkin, individu terbabit terlalu geram, hingga tidak dapat mengawal perasaan marahnya dengan melakukan sesuatu tindakan di luar perikemanusiaan,'' kata beliau.
Hakikatnya, kata beliau, siapa pun tahu dan faham mendera sehingga mengakibatkan kecederaan itu memang sesuatu yang tidak wajar.
Tetapi, apabila kemarahan menguasai diri dan untuk melepaskan rasa geram yang membuak-buak, seseorang boleh hilang pertimbangan.
Punca yang menyebabkan seseorang marah hingga membawa kepada berlakunya penderaan secara fizikal membabitkan tiga faktor.
``Ini termasuklah, si pendera, yang didera dan persekitaran. Jadi, tidak wajar untuk menyalahkan sebelah pihak apabila kes-kes seumpama ini berlaku,'' jelasnya.
Jika penderaan membabitkan kes-kes pembantu rumah, ada kemungkinan, ia berpunca daripada sikap pembantu itu sendiri.
Antaranya, mungkin terlalu lembap melakukan kerja-kerja rumah atau selalu membuat silap yang akhirnya mengundang kemarahan majikannya.
Kebetulan, kemungkinan majikannya pula seorang yang garang, panas baran atau mengalami gangguan mental.
``Kebiasaannya, walaupun seorang pembantu rumah itu agak lembap dalam melakukan kerja-kerja rumah atau tidak begitu mahir, kepada orang yang normal mereka masih boleh mengawal tindakannya.
``Tetapi, gabungan tidak dapat mengawal rasa marah dan kemungkinan ada gangguan mental, maka terjadilah kes-kes seumpama ini,'' katanya.
Kemarahan hingga membawa seseorang bertindak mendera berlaku gabungan tiga faktor iaitu diri si pelaku, mangsa dan persekitaran.
Si pelaku, berkemungkinan seorang yang panas baran, ada masalah personaliti, kemurungan atau psikosis.
Menurut Azhar, kemurungan yang ekstrem boleh menjadikan sesetengah penghidapnya terlalu sedih, manakala sebahagian yang lain cepat marah.
Begitu juga psikosis, atau gangguan bipolar. ``Mereka tidak dapat membezakan antara yang betul dengan tidak betul.
``Pada tahap yang tinggi, pesakit biasanya cepat marah, kekuatan tenaga meningkat dan orang lain perlu mengikut kata mereka,'' ujarnya.
Beliau menambah, faktor persekitaran seperti keluarga, suami atau jiran-jiran juga menyebabkan si pelaku mengalami tekanan.
Selain itu, katanya, cara seseorang dibesarkan turut memainkan peranan. ``Mereka yang pernah didera masa kecil, akan melakukan cara yang sama apabila dewasa kerana itulah `model' yang pernah mereka lihat,'' kata beliau.
Mengulas keadaan mangsa, Azhar menyarankan supaya mangsa diberi rawatan kaunseling atau psikoterapi setelah kecederaan fizikalnya sembuh.
Ini kerana, parut yang kekal pada tubuh bukan saja mengakibatkan mangsa berasa rendah diri. Malah, mangsa akan mengalami trauma yang berpanjangan setiap kali ingatan pada peristiwa datang dalam fikiran.
Rumusannya, janganlah mudah marah. Kawallah diri anda daripada marah. Sikap pemarah merosakkan imej dan peribadi. Bagi yang ingin berubah, tahniah diucapkan. Semoga sentiasa sabar, bahagia dan berani untuk berubah menjadi lebih tenang, sabar dan bijaksana dalam tindakan. Biarlah orang terkejut melihat diri anda menjadi baik, lebih baik dan sangat baik dari masa ke semasa. Amin.

Salam ukhwah daripada Presiden EMMC Malaysia, 0112 6650387, emmcresourcesmalaysia@yahoo.com

MOTIVASI KEMAHIRAN BELAJAR

TEKNIK MENGHADAPI PEPERIKSAAN


TUJUAN PEPERIKSAAN


Untuk menilai :

ü  Pencapaian Akademik

ü  Kefahaman

ü  Penguasaan

ü  Kebolehan Istimewa


PRA PEPERIKSAAN


ü  Tetapkan matlamat yang jelas

ü  Belajar ikut jadual waktu sendiri

ü  Kosongkan pemikiran sebelum belajar

ü  Tenangkan fikiran (be happy)

ü  Jangan membazir masa

ü  Tingkatkan tahap pemahaman dan ingatan

ü  Ganjaran kepada diri sendiri


TEKNIK MENDUDUKI PEPERIKSAAN


ü  Jawapan mesti menepati kehendak soalan

ü  Fahami arahan dengan betul

ü  Fahami kata-kata kunci dalam soalan

ü  Tulisan biar kemas dan mudah dibaca

ü  Skrip jawapan sentiasa bersih

ü  Jawapan hendaklah padat

ü  Guna bahasa yang menarik, hujah yang jelas dan contoh yang terkini/sensasi


TEKNIK MENDUDUKI PEPERIKSAAN


ü  Mendapatkan sebanyak mungkin markah

ü  Jawab semua soalan yang dipinta walaupun kurang sempurna

ü  Rancang setiap jawapan

ü  Jangan meniru

ü  Semak dengan teliti semua jawapan


BAGAIMANA CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN ?


ü  Konsisten dalam pembelajaran

ü  Bersedia dengan topik baru

ü  Tumpukan perhatian kepada ajaran guru

ü  Jika kurang faham, minta penjelasan

ü  Sudahkan setiap kerja rumah dengan tanggungjawab


BAGAIMANA CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN ?


ü  Berani untuk gagal

ü  Jadikan kesilapan satu iktibar /tauladan

ü  Jangan jadikan kesilapan batu penghalang

ü  Teruskan usaha, jangan putus asa

ü  Kegagalan bermula apabila kamu berhenti mencuba

Ingat!!!

Kita tidak kalah kalau kita jatuh , tapi kita memang kalah kalau tidak bangun semula


BAGAIMANA CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN ?


ü  Analisis setiap Ujian

ü  Susun pencapaian setakat ini

ü  Letakkan target dihujung

ü  Kaji caragaya pembelajaran kamu

ü  Jika markah tinggi……teruskan

ü  Jika markah rendah…..perbaiki


Atasi kesilapan dengan segera


ü  Elakkan kecuaian dengan menggandakan latihan

ü  Perkukuhkan jawapan melalui banyak membaca

ü  Perbanyakkan latihan dan perbincangan


PERSEDIAAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN


Persediaan Mental

ü  Buang anggapan negatif terhadap peperiksaan

ü  Tukar persepsi bahawa peperiksaan itu penyakit

ü  Tanamkan azam dan cita-cita

  Persediaan Emosi

ü  Kawal gangguan emosi

ü  Atasi gangguan emosi

ü  Dapat bantuan dari jaringan sosial


 

PERSEDIAAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN


Persediaan sosial

ü  Cari rakan yang positif

ü  Tinggalkan rakan yang merosakkan

ü  Buat pilihan yang menguntungkan hari depan

Persediaan Fizikal

ü  Jaga tubuh badan agar sihat di hari peperiksan

ü  Tidur mencukupi dan makanan teratur


MENGHADAPI SOALAN OBJEKTIF


ü  Baca dengan teliti dan fahami kehendak soalan

ü  Pilih jawapan yang kamu tahu salah dahulu

ü  Telitikan soalan bukan atau kecuali

ü  Buat soalan yang senang dahulu

ü  Ikut arahan :

   Pensil 2B

   Hitamkan

   Padam hingga hilang kesan pensil

   Pantang larang ‘OMR’


MENGHADAPI SOALAN BERJAWAPAN PENDEK


ü  Baca setiap soalan dahulu

ü  Fahami kehendak soalan

ü  Pastikan menjawab soalan yang kamu kuasai jawapannya

ü  Jawapan biar ringkas dan padat


TEKNIK MENGGILAP PERMATA DIRI


ü  Attitude (sikap)

ü  Belief (kepercayaan)

ü  Confidence (keyakinan)

ü  Determination (keazaman)

ü  Ethusiasm (bersemangat tinggi)

ü  Fun (seronok)


TEKNIK CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN


ü  5 bulan Sebelum Peperiksaan

ü  Input Learning telah selesai

ü  Tumpukan Output Learning

ü  Aktiviti bukan akademi dihentikan

ü  Jaga kesihatan dan pemakanan


SEHARI SEBELUM PEPERIKSAAN PAGI DI HARI PEPERIKSAAN


ü  Bangun awal dan solat serta berdoalah

ü  Pastikan sarapan mencukupi

ü  Urusan ketandas beres

ü  Pastikan peralatan dan dokumen cukup

ü  Beri keyakinan pada diri sendiri

ü  Bertenanglah


SEMASA PEPERIKSAAN


ü  Berada dalam keadaan sedia

ü  Dengar arahan ketua pengawas

ü  Baca arahan dengan teliti

ü  Ingat, Setiap markah, penting

ü  Anggarkan masa

ü  Baca dan faham kehendak soalan

ü  Teruskan kepada soalan yang lebih mudah

ü  Semak jawapan selagi berkesempatan

ü  Jangan panik,Relaks



SELAMAT BERJAYA UNTUK MURID DAN PELAJAR MALAYSIA. SALAM UKHWAH DAN KASIH SAYANG – PRESIDEN EMMC MALAYSIA, 012 6650387- emmcresourcesmalaysia@yahoo.com

TEORI KAUNSELING - KEMAHIRAN PEMBANGUNAN INSAN



TEORI PEMUSATAN PERORANGAN


1.         Pandangan Mengenai Manusia

a)             Manusia mempunyai kecenderungan (tendency) bergerak ke arah NIRWANA KENDIRI.
b)            Manusia bersifat KONSTRUKTIF, RASIONAL  menyesuaikan diri dengan alam sekitar.
c)             Mempunyai otonomi untuk menentu Haluan Hidup (Self-Directing).
d)            Bergerak ke arah motivasinya.
e)             Mempunyai keperluan untuk ditangkap secara positif oleh orang lain.

2.             Personaliti

a)             Pembentukan personaliti dipandu oleh interaksi organisasi lengkungan fenomena diri.
b)            Pembentukan personaliti dipengaruhi oleh persepsi seseorang terhadap realiti.
c)             Individu berkehendakkan kepada harga diri, pengiktirafan dan penghormatan
d)            Orang yang signifikan boleh membentuk personaliti.
e)             Individu mempunyai syarat-syarat nilai iaitu membuat pertimbangan berdasarkan penilaian orang lain.

3.             Punca Kecemasan

a)             Tidak kongruen diantara konsep kendiri dengan pengalaman
b)            Gangguan tentang syarat nilai
c)             Kekecewaan untuk mendapat ‘self-regard’
d)            Kadangkala penilaian positif dan negatif tak sealiran dengan desakan yang wujud secara tidak disedari

4.             Matlamat Kaunseling

a)             Untuk tercapainya matlamat klien
b)            Respon pada ciri-ciri dalaman
c)             Mengembalikan semula kesedaran kendiri
d)            Arahan kendiri dan menyempurnakan fungsi klien secara kongruen, matang dan terbuka kepada pengalaman

5.             Teknik Kaunseling

a)             Soalan terhad
b)            Peneguhan semula
c)             Galakkan cadangan
d)            Komunikasi berteraskan penerimaan
e)             Penghargaan
f)             Penerimaan tanpa syarat


6.             Proses Kaunseling

a)             Empati
b)            Penerimaan tanpa syarat
c)             Kongruen
d)            Genuine
e)             Psikologi Kontek
f)             Persepsi terhadap kaunselor
g)            Kemahiran mendengar


TEORI PSIKOANALISIS

Psikoanalisis merupakan satu sistem psikologi yang dipelopori oleh Sigmund Freud.  Psikologi bolehkan diiktirafkan sebagai satu kaedah bagi merawati seorang individu yang meminta bantuan berkaitan dengan masalah emosi dan personaliti yang tertekan.

Ciri utama dalam Teori Psikoanalisis (Pandangan terhadap manusia)

1.             Manusia dilahirkan dengan desakan naluri semulajadi
Id : merupakan satu tenaga yang primitif, tidak teratur, tidak rasional, dan penuh dengan orientasi berkehendakkan kepuasan.  Ia merupaakn sumber LIBIDO.
Ego : Berkembang berperingkat, penuh dengan persepsi inginkan kemajuan dan boleh menyesuaikan fungsinya mengikut keadaan.
Superego : merupakan struktur yang ketiga dalam pemikiran manusia.  Ia menyerupai hati nurani atau ‘conscience’ seseorang individu.  Ia merupakan akar tunjang dari aspek peneguhan moral yang baik.

2.             Manusia dengan konsep antirasionalisme, iaitu tidak rasional, tidak sosial dan penuh dengan desakan yang merosakkan diri
3.             Manusia tidak dapat membawa arah kepada nasib haluannya
4.             Tingkahlaku manusia lebih digalakkan oleh naluri kehaiwanan dan desakan biologikal
5.             Desakan utama diri manusia adalah desakan mendapatkan kepuasan nafsu kendiri

Personaliti


1.             Semua tingkahlaku dan reaksi emosi manusia itu mempunyai sebab ayang tertentu yang dikenali Penentuan Psiki.  Dalam ertikata lain, ada perkaitan antara tahap sedar dengan tahap tidak sedar, antara pemikiran yang rasional dengan tindakan atau gerakkan emosi yang serta merta
2.             Fahaman tenaga psiki yang menimbukan desakan yang berasaskan kepada konsep LIBIDO iaitu deskan seksual
3.             Desakan yang kedua dalam tenaga psiki adalah desakan agensi atau THANATOA (kehendak mati)

Tahap kesedaran


Konsep ini adalah penting selain dari Penentuan Psiki.  Psikoanalisis menyatakan bahawa ada tiga tahap kesedaran :

1.             Tahap sedar tergolong segala aspek tingkahlaku, tindakan, perasaan yang mana disedari oleh individu.  Rasa segi, suka, menulis, berlari dan sebagainya.

2.             Tahap Prasedar tergolong dari keadaan pemikiran yang berkaitan dengan perasaan, pemikiran kita yang boleh dipanggil secara kendiri supaya dapat dirasai kenyataanya dalam keadaan sedar.

3.             Tahap bahawah Sedar memainkan peranan dalam pembentukan tingkahlaku seseorang itu selain dari desakan naluri yang semualajadi seperti tenaga psiki.



Terdapat Lima peringkat perkembangan personaliti

1.             Peringkat Oral

Kepuasan yang mula dirasai oleh bayi adalah keseronokan yang dikecapi dimulut.  Hampir semua objek dibawa ke mulut oleh bayi.

2.             Peringkat anal

Pada tahun kedua kanak-kanak mula berkembang dan berupaya mengasingkan fungsi pembuangan najis dari kehendak naluri yang semulajadi.

3.             Peringkat falik

Peringkat ini kanak-kanak mula berseronok dengna organ jantinanya.  Peringkat mula perkembangan kompleks oedipus dan kompleks elektra.

Kompleks oedipus berlaku apda kanak-kanak lelaki apabila tanpa disedari ianya tertarik kepada ibunya.  Begitu juga perempuan tertarik kepada bapanya iaitu komplek elektra.

4.             Peringkat pendaman

Umur lima hingga dua belas tahun, kehendak seksual terpendam.  Peringkat ini juga penuh dengan suasana menguatkan sifat serta ciri kelakian atau kewanitaan.  Semasa ini ia mula berkawan mengikut jantina.

5.             Peringkat genital

Menghampiri baligh kehendak seksual diganti dengna struktur ego yang mengambil alih semula perkembang diri.  Individu mula dengna peranan sosialisasi, pelaksanaan aktiviti berkelompok, mula dengna penarikan interaksi seksual dan persediaan perkahwinan, berkeluarga dan penetapan vokasional.

Apabila fungsi ego yang sedia ada tidak dapat menyesuaikan dengan keadaan sekeliling, seseorang individu akan secara tanap sedar menggunakan mekanisme bela diri bagi menangani keadaan yang dihadapi.  Antaranya :


Mekanisme Bela Diri


1.             Pendaman

Pengenepian desakan sebagai perwakilan idea daripada tahap sedar.  Perkara ini berlaku apabila ada desakan yang menyebabkan kepincangan yang tidak sanggup ditangani.  Kesannya mengakibatkan berlaku keresahan sekiranya timbul pada tahap sedar.  Ciri pendalaman yang berterusan akan memakan diri di samping pengaliran tenaga ego bagi tujuan membela diri.

2.             Keresahan

Merupakan perasaan ketakutan dalaman.  Ini berasas dari ingatan serta pengalaman lampau yang pahit dan menyakitkan diri.



3.         Rosotan

Satu proses dimana seorang individu dalam keadaan tertekan akan mengguna gerak balas dilakukan pada peringkat awal perkembangan personaliti.

4.         Pembentukan reaksi

Proses ini merupakan satu perkembangan sikap yang bertentangan dengan perkara yang telah dipendam.  Keadaan ini berasaskan kepada prinsip bertentangan polariti.  Contohnya  desakan melakukan kegiatan ‘mengotorkan’ bertentangan dengan desakan kegiatan ‘bersih’ yang ada dalam pendaman.

5.         Unjuran

Suatu keadaan dimana seorang individu melepaskan sikap diri sendiri ke arah orang lain.

6.         Introjeksi

Suatu keadaan dimana seorang individu menghimpun dalam dirinya semua sikap afektif dan bukan afektif berkaitan dengna objek atau orang luaran.  Mekanisme ini penting sebagai asas kepada proses pengenalpastian dalam peranan superego.


7.         Pengenalpastian

Proses dimana seorang individu menggabungkan sikap orang lain ke dalam dirinya.

8.         Pindah gantian

Proses mengalirkan tenaga  psiki dari sumber atau objek yang tidak dapat diakses kepada objek lain. Keadaan ini akan mendatangkan satu bentuk kartasis atau kelegaan dalam diri.  Contohnya : pukul anak, sindir menantu

9.         Sublimasi

Satu bentuk pindah gantian yang berunsur seksual, apabila desakan seksual dialihkan ke arah tindakan sosial dan memunafaatkan serta kreatif.



Teknik Kaunseling


1.             Perkaitan Bebas : Teknik berkehendakkan agar klien meluahkan apa sahaja yang terlintas dalam pemikiran tanpa menapis susunan logik
2.             Transferen : meletakkan klien dalam satu keadaan minda bahawa kaunselor sebenarnya adalah ibubapa atau signifikan lain dalam pengalaman hidupnya yang lampau.
3.             Pentafsiran : Menimbulkan wawasan psikologi kepada klien.  Menggerakkan klien ke arah kelegaan dan tingkahlaku yang baru.












Matlamat Kaunseling

Matlamat penting dalam proses kaunseling psikoanalisis adalah bagi menjelmakan wawasan kepada akal pemikiran klien.  Hasil ini akan hanya tercapai apabila timbul perseimbangan antara struktur personaliti yang merangumi idea, ego dan superego.


 Selamat berjaya daripada Presiden EMMC Malaysia, 012 6650387 - emmcresourcesmalaysia@yahoo.com