TEORI PEMUSATAN PERORANGAN
1. Pandangan Mengenai Manusia
a) Manusia mempunyai kecenderungan (tendency) bergerak ke arah NIRWANA KENDIRI.
b) Manusia bersifat KONSTRUKTIF, RASIONAL menyesuaikan diri dengan alam sekitar.
c) Mempunyai otonomi untuk menentu Haluan Hidup (Self-Directing).
d) Bergerak ke arah motivasinya.
e) Mempunyai keperluan untuk ditangkap secara positif oleh orang lain.
2. Personaliti
a) Pembentukan personaliti dipandu oleh interaksi organisasi lengkungan fenomena diri.
b) Pembentukan personaliti dipengaruhi oleh persepsi seseorang terhadap realiti.
c) Individu berkehendakkan kepada harga diri, pengiktirafan dan penghormatan
d) Orang yang signifikan boleh membentuk personaliti.
e) Individu mempunyai syarat-syarat nilai iaitu membuat pertimbangan berdasarkan penilaian orang lain.
3. Punca Kecemasan
a) Tidak kongruen diantara konsep kendiri dengan pengalaman
b) Gangguan tentang syarat nilai
c) Kekecewaan untuk mendapat ‘self-regard’
d) Kadangkala penilaian positif dan negatif tak sealiran dengan desakan yang wujud secara tidak disedari
4. Matlamat Kaunseling
a) Untuk tercapainya matlamat klien
b) Respon pada ciri-ciri dalaman
c) Mengembalikan semula kesedaran kendiri
d) Arahan kendiri dan menyempurnakan fungsi klien secara kongruen, matang dan terbuka kepada pengalaman
5. Teknik Kaunseling
a) Soalan terhad
b) Peneguhan semula
c) Galakkan cadangan
d) Komunikasi berteraskan penerimaan
e) Penghargaan
f) Penerimaan tanpa syarat
6. Proses Kaunseling
a) Empati
b) Penerimaan tanpa syarat
c) Kongruen
d) Genuine
e) Psikologi Kontek
f) Persepsi terhadap kaunselor
g) Kemahiran mendengar
TEORI PSIKOANALISIS
Psikoanalisis merupakan satu sistem psikologi yang dipelopori oleh Sigmund Freud. Psikologi bolehkan diiktirafkan sebagai satu kaedah bagi merawati seorang individu yang meminta bantuan berkaitan dengan masalah emosi dan personaliti yang tertekan.
Ciri utama dalam Teori Psikoanalisis (Pandangan terhadap manusia)
1. Manusia dilahirkan dengan desakan naluri semulajadi
Id : merupakan satu tenaga yang primitif, tidak teratur, tidak rasional, dan penuh dengan orientasi berkehendakkan kepuasan. Ia merupaakn sumber LIBIDO.
Ego : Berkembang berperingkat, penuh dengan persepsi inginkan kemajuan dan boleh menyesuaikan fungsinya mengikut keadaan.
Superego : merupakan struktur yang ketiga dalam pemikiran manusia. Ia menyerupai hati nurani atau ‘conscience’ seseorang individu. Ia merupakan akar tunjang dari aspek peneguhan moral yang baik.
2. Manusia dengan konsep antirasionalisme, iaitu tidak rasional, tidak sosial dan penuh dengan desakan yang merosakkan diri
3. Manusia tidak dapat membawa arah kepada nasib haluannya
4. Tingkahlaku manusia lebih digalakkan oleh naluri kehaiwanan dan desakan biologikal
5. Desakan utama diri manusia adalah desakan mendapatkan kepuasan nafsu kendiri
Personaliti
1. Semua tingkahlaku dan reaksi emosi manusia itu mempunyai sebab ayang tertentu yang dikenali Penentuan Psiki. Dalam ertikata lain, ada perkaitan antara tahap sedar dengan tahap tidak sedar, antara pemikiran yang rasional dengan tindakan atau gerakkan emosi yang serta merta
2. Fahaman tenaga psiki yang menimbukan desakan yang berasaskan kepada konsep LIBIDO iaitu deskan seksual
3. Desakan yang kedua dalam tenaga psiki adalah desakan agensi atau THANATOA (kehendak mati)
Tahap kesedaran
Konsep ini adalah penting selain dari Penentuan Psiki. Psikoanalisis menyatakan bahawa ada tiga tahap kesedaran :
1. Tahap sedar tergolong segala aspek tingkahlaku, tindakan, perasaan yang mana disedari oleh individu. Rasa segi, suka, menulis, berlari dan sebagainya.
2. Tahap Prasedar tergolong dari keadaan pemikiran yang berkaitan dengan perasaan, pemikiran kita yang boleh dipanggil secara kendiri supaya dapat dirasai kenyataanya dalam keadaan sedar.
3. Tahap bahawah Sedar memainkan peranan dalam pembentukan tingkahlaku seseorang itu selain dari desakan naluri yang semualajadi seperti tenaga psiki.
Terdapat Lima peringkat perkembangan personaliti
1. Peringkat Oral
Kepuasan yang mula dirasai oleh bayi adalah keseronokan yang dikecapi dimulut. Hampir semua objek dibawa ke mulut oleh bayi.
2. Peringkat anal
Pada tahun kedua kanak-kanak mula berkembang dan berupaya mengasingkan fungsi pembuangan najis dari kehendak naluri yang semulajadi.
3. Peringkat falik
Peringkat ini kanak-kanak mula berseronok dengna organ jantinanya. Peringkat mula perkembangan kompleks oedipus dan kompleks elektra.
Kompleks oedipus berlaku apda kanak-kanak lelaki apabila tanpa disedari ianya tertarik kepada ibunya. Begitu juga perempuan tertarik kepada bapanya iaitu komplek elektra.
4. Peringkat pendaman
Umur lima hingga dua belas tahun, kehendak seksual terpendam. Peringkat ini juga penuh dengan suasana menguatkan sifat serta ciri kelakian atau kewanitaan. Semasa ini ia mula berkawan mengikut jantina.
5. Peringkat genital
Menghampiri baligh kehendak seksual diganti dengna struktur ego yang mengambil alih semula perkembang diri. Individu mula dengna peranan sosialisasi, pelaksanaan aktiviti berkelompok, mula dengna penarikan interaksi seksual dan persediaan perkahwinan, berkeluarga dan penetapan vokasional.
Apabila fungsi ego yang sedia ada tidak dapat menyesuaikan dengan keadaan sekeliling, seseorang individu akan secara tanap sedar menggunakan mekanisme bela diri bagi menangani keadaan yang dihadapi. Antaranya :
Mekanisme Bela Diri
1. Pendaman
Pengenepian desakan sebagai perwakilan idea daripada tahap sedar. Perkara ini berlaku apabila ada desakan yang menyebabkan kepincangan yang tidak sanggup ditangani. Kesannya mengakibatkan berlaku keresahan sekiranya timbul pada tahap sedar. Ciri pendalaman yang berterusan akan memakan diri di samping pengaliran tenaga ego bagi tujuan membela diri.
2. Keresahan
Merupakan perasaan ketakutan dalaman. Ini berasas dari ingatan serta pengalaman lampau yang pahit dan menyakitkan diri.
3. Rosotan
Satu proses dimana seorang individu dalam keadaan tertekan akan mengguna gerak balas dilakukan pada peringkat awal perkembangan personaliti.
4. Pembentukan reaksi
Proses ini merupakan satu perkembangan sikap yang bertentangan dengan perkara yang telah dipendam. Keadaan ini berasaskan kepada prinsip bertentangan polariti. Contohnya desakan melakukan kegiatan ‘mengotorkan’ bertentangan dengan desakan kegiatan ‘bersih’ yang ada dalam pendaman.
5. Unjuran
Suatu keadaan dimana seorang individu melepaskan sikap diri sendiri ke arah orang lain.
6. Introjeksi
Suatu keadaan dimana seorang individu menghimpun dalam dirinya semua sikap afektif dan bukan afektif berkaitan dengna objek atau orang luaran. Mekanisme ini penting sebagai asas kepada proses pengenalpastian dalam peranan superego.
7. Pengenalpastian
Proses dimana seorang individu menggabungkan sikap orang lain ke dalam dirinya.
8. Pindah gantian
Proses mengalirkan tenaga psiki dari sumber atau objek yang tidak dapat diakses kepada objek lain. Keadaan ini akan mendatangkan satu bentuk kartasis atau kelegaan dalam diri. Contohnya : pukul anak, sindir menantu
9. Sublimasi
Satu bentuk pindah gantian yang berunsur seksual, apabila desakan seksual dialihkan ke arah tindakan sosial dan memunafaatkan serta kreatif.
Teknik Kaunseling
1. Perkaitan Bebas : Teknik berkehendakkan agar klien meluahkan apa sahaja yang terlintas dalam pemikiran tanpa menapis susunan logik
2. Transferen : meletakkan klien dalam satu keadaan minda bahawa kaunselor sebenarnya adalah ibubapa atau signifikan lain dalam pengalaman hidupnya yang lampau.
3. Pentafsiran : Menimbulkan wawasan psikologi kepada klien. Menggerakkan klien ke arah kelegaan dan tingkahlaku yang baru.
Matlamat Kaunseling
Matlamat penting dalam proses kaunseling psikoanalisis adalah bagi menjelmakan wawasan kepada akal pemikiran klien. Hasil ini akan hanya tercapai apabila timbul perseimbangan antara struktur personaliti yang merangumi idea, ego dan superego.
Selamat berjaya daripada Presiden EMMC Malaysia, 012 6650387 - emmcresourcesmalaysia@yahoo.com
No comments:
Post a Comment