Tuesday, 1 July 2014

KEBAIKAN

KELEBIHAN MEMBERI MAKAN KETIKA BERBUKA PUASA DIBULAN RAMADHAN


Diriwayatkan daripada Zaid bin Khalid al-Juhaniy r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: 
"Sesiapa yang menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka, dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala orang yang berpuasa itu tanpa mengurangkan sedikitpun pahala orang yang berpuasa tersebut." 
(Hadis riwayat Imam Tirmizi). 
 

Pengajaran Yang Boleh Diambil Dari Hadis: 

1- Penjelasan tentang kelebihan orang yang menjemput orang yang berpuasa berbuka malah disunatkan berbuat demikian serta dorongan supaya melakukannya. 
2- Dalam tindakan menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka terdapat seruan kepada kasih-sayang, persamaan dan bantu-membantu di kalangan umat Islam. 
3- Pahala seperti ini akan diganjarkan kepada sesiapa sahaja yang menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka walaupun hanya dengan sebiji kurma, seteguk air minum atau seteguk susu. 

KARAKTER INSAN

Manusia terbahagi dalam empat golongan :

1. Orang yang mengerti dan mengerti bahwa ia mengerti, itulah    orang pandai,maka ikutilah dia.
2. Orang yang mengerti tapi tidak mengerti bahwa ia        mengerti,itulah orang yang lalai,maka peringatilah ia.
3. Orang yang tidak mengerti dan ia mengerti bahwa ia tidak mengerti,itulah orang yang sadar diri, maka ajarkanlah ia.
4. Orang yang tidak mengerti dan tidak mengerti bahwa ia tidak mengerti, itulah orang yang bodoh, maka tinggalkanlah ia. 

KISAH MOTIVASI

KISAH SI TUKANG KAYU
Pada satu masa, terdapat seorang tukang kayu yang semakin dimamah usia. Dia bercadang untuk bersara daripada kerjanya sebagai tukang kayu yang bertanggungjawab membuat rumah di sebuah syarikat pembinaan. Dalam fikirannya lagi, dengan tenaga yang semakin kurang, dia ingin menghabiskan sisa-sisa hidupnya bersama keluarga tersayang. Tukang kayu ini tidak akan menerima lagi upah sekiranya beliau bersara. Tetapi, dia tetap dengan keputusannya. Lalu, tukang kayu itu memberitahu majikannya tentang hasratnya tersebut.

Apabila majikannya mendengar luahan hati tukang kayu yang berpengalaman itu, dia merasa sedih dan juga memujuk tukang kayu tersebut agar menarik balik keputusannya. Akan tetapi, tukang kayu itu tidak berganjak dan tetap dengan niat untuk bersara. Justeru itu, majikannya bersetuju dengan keputusan tukang kayu itu, tetapi dengan satu syarat. Permintaan terakhir majikannya ialah menyuruh tukang kayu itu membina sebuah rumah buat kali terakhir.
Tukang kayu itu merasa gembira dan bersetuju dengan syarat yang telah ditetapkan oleh majikannya. Tetapi, kegembiraannya untuk bersara mengatasi semangat dan kemahiran yang ditunjukkan semasa bekerja. Akibatnya, rumah yang dibina buat kali terakhir itu telah disiapkan dengan sambil lewa, tanpa penelitian khusus serta menggunakan kayu yang rendah kualitinya. Rumah itu berjaya disiapkan dalam jangkamasa yang singkat.
Apabila majikannya melihat rumah itu, dia mengambil kunci pintu utama rumah tersebut dan memberikannya kepada tukang kayu itu seraya berkata "Inilah hadiah persaraan daripada saya kepada kamu. Selamat bersara."
Tukang kayu itu terkejut besar dengan kata-kata majikannya. Beliau tidak menyangka bahawa rumah yang dibinanya buat kali terakhir itu adalah rumah untuk kegunaannya sendiri. Alangkah menyesalnya dia kerana menyiapkan rumah itu secara tergesa-gesa dan jika dia tahu sebelum itu, dia akan membina rumah tersebut dengan penuh teliti dan menggunakan bahan yang bermutu tinggi.
Pengajaran
Senario ini mungkin pernah berlaku di dalam hidup kita seharian. Hidup ini boleh diibaratkan sebagai membina sebuah rumah untuk kegunaan dan kemudahan kita di masa hadapan. Kita pula sering mengambil mudah dengan kehidupan sekarang, kita merasa selesa kerana ibu bapa kita sentiasa berada di samping kita, memberi sokongan dan membantu kita. Tetapi, sedarkah kita apabila mereka tiada nanti, siapakah yang bertanggungjawab ke atas hidup kita? Tak lain tak bukan DIRI KITA SENDIRI. Belajarlah bertanggungjawab dan bijak merancang masa depan kita. Gunakan masa muda ini dengan belajar bersungguh-sungguh dengan cita-cita untuk menjadi seorang manusia berguna kepada agama, keluarga, bangsa dan negara.

Kata-kata hikmat

"Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata, kerana semakin tinggi keikhlasan di dalam diri, semakin tinggilah balasan baik yang akan diperolehi dalam keadaan sedar atau tidak."

ROHANI



BIMBINGAN ROHANI
Satu renungan: Di saat kematian menjelang
  • Lidah kelu di saat kematian. Kematian pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati... mengapa kebanyakan orang yang nazak (hampir ajal) tidak dapat berkata apa-apa, lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya menahan kesakitan sakaratul maut.
  • Diriwayatkan sebuah Hadis Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:
"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."
  • Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apapun semasa azan berkumandang. Sebagai orang Islam, kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya.
  • Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri... mengapa azan kita tidak boleh mendiamkan diri...!!! Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba... maka kita tidak dapat mengucapkan kalimah "Laailahaillallah...", yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya dicabut... Allah menjanjikan syurga untuknya.
  • Dari itu, marilah kita sama-sama menghormati azan,... dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu walaupun nyawa sedang dicabut.


"Ya Allah, anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkanlah lidah kami mengucapkan kalimah Laailahaillallah... semasa Sakaratul Maut menghampiri kami... amin... amin... amin... ya rabbal aa'lamin... "

SAHABAT DAN PERSAHABATAN

7 JENIS PERSAHABATAN, HANYA 1 SAMPAI
AKHIRAT ::


1. TA'ARUFFAN
Persahabatan yang terjalin secara kebetulan, seperti
pernah bertemu di stesyen kereta api, hotel, hospital,
pejabat pos, ATM, dan lainnya.

2. TAARIIHAN
Persahabatan yang terjalin kerana faktor sejarah,
misalnya teman sekampung, satu kelas, satu sekolah,
satu asrama, dan sebagainya.


3. AHAMMIYYATAN
Persahabatan yang terjalin karana faktor kepentingan
tertentu seperti rakan bisnes, politik dan sebagainya.


4. FAARIHAN
Persahabatan yang terjalin kerana faktor hobi, seperti
teman futsal, badminton, memancing, dan sebagainya.


5. AMALAN
Persahabatan yang terjalin kerana kerjaya, misalnya
sama-sama guru, doktor, arkitek dan sebagainya.


6. ADUWWAN
Sahabat tetapi musuh, depan kita bukan main dia baik
lagi tapi bila belakang kita...Allah! Pijak semut pun tak
mati! Talam dua muka. Seperti firman Allah SWT :
"Kalau kamu mendapat kebaikan atau kesenangan, ia
menyakitkan hati mereka, bila kamu ditimpa musibah,
mereka senang hati..."
(Surah Ali Imran : 120)
Rasulullah SAW mengajarkan doa :
"Allahumma Ya Allah... selamatkanlah aku dari
sahabat yang bila melihat kebaikanku dia bersembunyi
tetapi bila dia melihat keburukanku dia sebarkan."


7. HUBBAN LIMAANAN
Sebuah ikatan persahabat yang lahir batin, tulus
saling cinta dan sayang kerana ALLAH Azza wa jalla,
saling menolong, menasihati, menutupi aib
sahabatnya, memberi hadiah, bahkan diam-diam
dipenghujung malam, ia doakan sahabatnya. Boleh jadi
ia tidak bertemu tetapi ia cinta sahabatnya kerana
Allah Ta'ala.


Dari 7 macam persahabatan di atas, 1 - 6 akan
LENYAP di Akhirat. Yang tinggal hanya 1 ikatan
persahabatan iaitu persahabatan yang ke-7.
Persahabatan yang terjalin kerana Allah Taala seperti
firman Allah SWT : "Pada hari itu (Kiamat) sahabat-
sahabat karib akan menjadi musuh bagi yang lain
kecuali persahabatan kerana ketaqwaan"
(Surah Az-Zukhruf :67)

OTAK

10 PERKARE MEROSAK POTENSI DAN KONDISI OTAK MANUSIA;

1. TIDAK MENGAMBIL SARAPAN PAGI :

- otak mrupakan orgaN yg pLng bNyk mngUnakan tNaga iaitU sbNyak 25% drpd kpErLuan tNaga badaN. x MngambiL sarapan pagi mNyebabkaN parAs guLa daLam darah mNjadi rNdah & mNgurangkan bkaLan nutrisi pd otAK. bNyk seL2 otAk akn mati & ksEluruhaN otaK akN mnjadi kUrang Aktif pd hari tErsebUt.

2. TERLEBIH MAKAN :

- x bErmakNa makanan bErlebihan mnyebabkan otak smakin baik. mkN bErlebihan mnyebabkan bAnyak darah dialirkan kpd pErut dan usus untuk tujuan pencernaan, mnyebabkan kekurangan darah yang sampai kpd otAk. ini mengakibatkan mNgantuk, malas dan hiLang daya fokUs..

.3. MEROKOK :

- asAp rokok sngat merbahaya krn mngandungi pelbagai racUn dan bLh membunuh bNyk sel2 otak.

4. MENGAMBIL GULA BERLEBIHAN :

- gula yg berlebihan dlm badan bLh menggangu pnyerapan protien & nutrisi. ia juga bLh mnggangu perkembangan otak yg sihAt.

5. MENGHIDU UDARA YANG TERCEMAR :

- otAK mrupakan pNgguna oksigen terbesar dLm bdn manUsia. mNghidu udara tercemar mnyebabkan krOsakkan seL2 otAk. bErkawan ngaN prokok jUgak mEndedahkan kpd kita asAp rokOk yg sNgat mErbahaya kpd otAk

.6. TIDUR YANG BERLEBIHAN

:- tidur adaLah baik uNtuk kSihatan otAk kita. namUn tidUr yg bErlebihaN mNyebabkan otAK kUrang aktif & mLemahkan daYa fikir sEseorang.

7. TIDUR DENGAN MENUTUP MUKA:

- tidUr sMbiL mEniarAp & mNekup muka kE baNtaL @ dgN buKu @ lengan bLh mnyebabkan bNyak gAs kArbOn dioksidA tErperaNgkap daN dsEbut sMuLa sms bErnafas. iNi bLh mnYEbabkan otAk kEkurangan oksigEn.

8. KURANG BERIMAGINASI:

- berfikir mrUpakan 1 carA yg baik uNtk mEngasah otAk. kUrang BerimagiNasi mnyebabkan tAhap kEcerdasAn otaK mNurun.

9. JARANG BERFIKIR

:-jaRang bErfikir mNyebabkan otak mNjadi Lembap & x aktif. maka, sLalu bErfikir akan mLatih otAk bEkerja dan mNingkatkan keupayaan otak

10. TIDAK MEMBACA AL-QURAN :

- Al- Quran mrupakan kaLimah2 ALLAH s.w.t. membacanya akn Memberi bNyak mAnfaat kpd badaM kita tErmasukLah mEngaktifkan otak kita dan mengelakkannya drpd rOsak. x mEmbaca aL-Quran mnyebabkan otak kita menjadi dUngu & dangkaL.