Wednesday, 29 January 2014

PEMBIMBING RAKAN SEBAYA




PERKARA YANG BOLEH DAN TIDAK BOLEH DILAKUKAN OLEH PRS


BOLEH

TIDAK BOLEH

A
Menjadi fasilitator yang bersikap terbuka, yakin dan percaya diri, berasa selesa dan berempati.

A
Mengawal, memberi khutbah atau mendesak rakan tentang apa yang mereka harus buat.
B
Menerima rakan secara terbuka dan tanpa syarat.

B
Membuat kesimpulan awal dan cuba mengubah mereka.
C
Mendengar, menjelas dan membantu rakan melihat beberapa alternatif selepas membuat keputusan.

C
Memberi nasihat dan cadangan penyelesaian untuk diikuti.
D
Memberi sokongan dan galakan untuk rakan mengambil langkah positif.

D
Membuat sesuatu yang sepatutnya dilakukan oleh rakan itu sendiri.
E
Mematuhi etika kerahsiaan.

E
Membuka rahsia rakan.
F
Menyedari bahawa bukan semua masalah boleh diselesaikan / diatasi.

F
Mengharapkan semua masalah boleh diatasi dengan segera.
G
Berbincang dan membantu rakan yang menghadapi masalah biasa / normal.


G
Terus berbincang dengan rakan yang menghadapi krisis / masalah emosi yang mendalam.
H
Memimpin rakan melihat masalahnya dengan objektif dan menggalakkannya mencari penyelesaian sendiri supaya ia belajar melalui pengalamannya sendiri.

H
Bertindak menyelesaikan masalah rakan.
I
Merujuk kes yang berat kepada Guru B&K dan menjadi penghubung kepada rakan yang bermasalah untuk bertemu dengan Guru B&K atau orang yang lebih arif.

I
Mengendalikan masalah rakan yang runcing sehingga mengganggu ketenteraman jiwa.
J
Menjalankan projek membantu sambil mempengaruhi rakan lain supaya melibatkan diri mereka bersama.

J
Menjalankan projek bersendirian dan mengenepikan rakan lain.
K
Mengutamakan kesejahteraan diri dan memahami batasan diri untuk membantu.


K
Terlibat dengan masalah rakan secara peribadi sehingga mengganggu pelajaran dan perasaan sendiri.


No comments:

Post a Comment