KEMAHIRAN MENDENGAR
A.
SEPULUH SEBAB MENGAPA PERLU MENDENGAR DENGAN BAIK.
1.
Untuk Belajar Sesuatu.
Dengan
memberikan perhatian dan tumpuan kepada orang yang bercakap, kita akan dapat menerima dan belajar mengenai sesuatu ilmu yang baru yang
mungkin kita belum pernah dengar sebelum
ini.
2. Untuk Memahami
Keadaan.
Bila
kita mendengar dengan baik melalui bahasa lisan
dan bahasa badan, maka kita akan memahami keadaan sebenar orang yang bercakap sama ada apa yang dikatakan itu
serius, bergurau ataupun sebagainya.
3. Untuk Mendapatkan
Maklumat.
Dengan
mendengar, kita akan dapat memahami
maklumat yang cuba
disampaikan oleh orang yang berucap.
4. Cuba Mengetahui Kehendak/Keperluan
Orang Yang Bercakap.
Orang
yang bercakap memerlukan perhatian, simpati, empati dan sebagainya. Dengan menjadi pendengar yang baik , kita akan dapat mengetahui dengan jelas apakah kehendak dan kemahuan
perucap itu sebenarnya.
5. Untuk Mengelakkan Salah Faham.
Penjelasan
sesuatu mesej yang hendak disampaikan oleh orang yang bercakap adalah
bergantung kepada kefahaman terhadap sesuatu mesej itu. Kefahaman terhadap sesuatu mesej tidak akan tercapai tanpa tumpuan dan
perhatian yang penuh semasa mendengar.
6. Untuk Menilai Maklumat Yang
Disampaikan.
Untuk
menilai kebenaran fakta yang disampaikan juga memerlukan pendengaran yang
teliti. Jika tidak, kita tidak dapat
membezakan kebenaran dan kesilapan fakta yang diberi sejajar dengan fakta yang
sedia ada pada diri kita.
7. Untuk Menyampaikan Maklumat Kepada Orang Lain.
Sesuatu
maklumat baru yang kita perolehi sewajarnya disampaikan kepada orang lain jika ianya memberikan faedah dan
manfaat kepada orang lain.
8. Untuk Menjiwai
Komunikasi.
Mendengar
dengan berkesan akan menjadikan kita
turut serta dalam proses komunikasi dan
menjiwai proses tersebut.
9. Untuk Melatih Orang lain Untuk
Mendengar.
Dengan
menjadi penengar yang baik, kita juga turut melatih orang lain mendengar dengan
baik.
10. Untuk Melatih Diri Menjadi Pendengar Yang Baik.
Mendengar
dengan baik akan dapat membentuk sifat-sifat
kesabaran diri kita sendiri.
TEKNIK MENDENGAR
DENGAN BERKESAN
1. Sentiasa berada dalam keadaan bersiap
sedia.
2. Peralatan yang lengkap untuk membuat
catatan.
3.
Tempat duduk yang hampir
dengan guru atau orang yang
berucap/bercakap.
4.
Mengetahui serba sedikit
tentang tajuk yang akan disampaikan oleh guru/perucap.
5.
Sentiasa berfikir dan dapat
menjangkakan apakah fakta atau keterangan yang akan disampaikan oleh
guru.
6.
Perhatikan kepada isyarat
tanpa lisan yang diberikan oleh guru
semasa mengajar seperti suara yang tinggi dan penekanan sesuatu perkataan yang
diucapkan.
7.
Catatkan isi-isi penting semasa mendengar.
8.
Hilangkan halangan fizikal dan emosi semasa mendengar.
HALANGAN
UTAMA MENDENGAR
1. Tidak sabar
2. Menetapkan agenda
sendiri
3. Tanggapan awal yang silap.
4. Tanggapan awal yang negatif.
KELEBIHAN MENDENGAR
DENGAN BAIK
1. Menggunakan anugerah
ALLAH sepenuhnya.
2. Meninggikan tahap
kesabaran.
3. Memberi
penghormatan kepada guru atau orang yang berucap.
4. Mengelakkan salah
faham.
5. Boleh
memberi bantuan kepada orang yang
memerlukan.
6. Menjiwai apa yang diajar.
7. Melatih orang lain mendengar.
No comments:
Post a Comment